MASALAH MENTAL DALAM SURVIVAL Masalah mental sering mengganggu anda lebih-lebih lagi apabila anda berhadapan dengan masalah dan keadaan yang baru dalam hidup anda. Antara masalah-masalah tersebut ialah: Tidak Mengetahui Jika anda berada dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu perkara boleh menjadikan anda cepat risau dan takut. Contohnya seorang pendaki yang sudah berpengalaman sudah tahu akan keadaan diatas gunung tersebut dan selalu bersedia untuk menghadapinya. Apabila seseorang yang tidak mengetahui apa-apa mengenai gunung tersebut, mungkin seseorang itu akan takut apabila kabus tebal melitupi gunung tersebut ataupun apabila angin bertiup kencang. Ingatkah anda dengan zaman mula-mula anda bersekolah? Semua yang berlaku disekitar anda adalah baru dan anda takut untuk menghadapinya. Jika anda mengalaminya, anda perlu bertenang, tarik nafas dalam-dalam dan mulakan berfikir dan merancang. Lama kelamaan sesuatu perkara yang baru itu akan menjadi kebiasaan anda. Ingatlah! Bahawa juga adalah baru sebelum anda menetap di tempat tinggal anda sekarang, dan sebelum itu anda masih belum mengetahui apa-apa mengenai tempat anda itu tetapi mula mengenal dan belajar secara perlahan-lahan hinggalah anda berasa seperti sekarang. Tidak Selesa Masalah ketidak selesaan semasa mengadakan aktiviti luar sering menghantui mereka yang biasa tidur diatas katil yang lembut, menggunakan pengangkutan yang selesa dan pantas dan pelbagai lagi kemudahan yang menjadikan kemampuan manusia untuk berusaha sendiri berkurangan. Tambahan pula ramai yang amat risau dengan keadaan yang sejuk ataupun panas, basah, lapar dan pelbagai lagi. Sebenarnya, seseorang pengembara yang baik pandai untuk mencari jalan menyelesakan keadaannya. Anda memerlukan sedikit latihan dan mencuba untuk mengatasi masalah-masalah ketidak selesaan ini dan harus ingat bahawa walaupun sesuatu perkara itu tidak selesa tetapi anda akan mendapat pulangan dari segi pengalaman dan kepuasan. Kelemahan Sendiri Kelemahan yang terdapat pada diri akan menjadikan kita berasa rendah diri dan takut untuk mencuba seterusnya akan bergantung kepada orang lain. Sebenarnya semua orang mempunyai kepandaian dan bakat yang tersendiri. Ia terpulanglah kepada anda untuk mencungkilnya. Cuba anda fikirkan baik-baik, sudah pasti ada keistimewaan anda yang tidak terdapat pada diri orang lain. Ingat! Bahawa seorang yang pakar gemar untuk menunjukkan kepakarannya kepada orang lain. Keadaan Dan Cuaca Keadaan dan cuaca yang berlainan dari tempat biasa kita boleh menganggu mental anda. Sekiranya anda sudah biasa dengan keadaan cuaca yang sederhana panas, mungkin anda akan terasa sengsara apabila berada di kawasan ais artik. Tetapi tidak terfikirkah anda tentang orang Eskimo yang menetap disana? Mereka amat selesa dengan keadaan yang amat sejuk tersebut. Mungkin mereka pula akan terasa tidak selesa bila berada ditempat seperti kita. Sebenarnya apa yang diperlukan oleh mental kita ialah dengan mengubah sedikit tanggapan kita terhadap keadaan di persekitaran. Kesunyian Mmmm... bab kesunyian ni memang sukar untuk dijangkakan. Kerana semua orang tidak mahu hidup kesunyian, namun ada masanya kita terpaksa hidup bersendirian. Didalam keadaan yang cemas ataupun terperangkap dengan masalah, rakan amat diperlukan. Namun, jika kita berada dalam keadaan seorang diri, sepatutnya kita lebih mudah untuk mencapai dan membuat segala keputusan dengan lebih baik. Jangan jadikan perasaan bersendirian itu menjadikan kita terlalu kecil dan tidak mampu untuk melakukannya sendiri. Walau apapun yang mengganggu fikiran anda, apa yang penting ialah anda bertenang dan buatlah keputusan dengan bijak. Kerana mental yang kuat akan turut mempengaruhi kekuatan fizikal anda! KAREKTOR YG HARUS ADA SEBELUM MEMPRAKTIKKAN TEKNIK SURVIVAL
Sebagai Penentu Anda harus bertindak sebagai penentu masa hadapan anda. Apa yang anda inginkan dimasa hadapan, maka usahalah sekarang. Sifat ini harus ada dalam diri, kerana contohnya jika anda terperangkap dalam sesuatu masalah, terpulanglah bagaimana, bila dan apa yang perlu dibuat untuk melepaskan diri dari masalah tersebut. Kita memang akur bahawa Tuhan sebagai penentu tetapi kita harus berusaha, jangan mengalah terlalu awal! Disiplin Diri -Disiplin diri yang tinggi adalah perlu untuk mendapatkan kualiti survival yang tinggi. Kerana disiplin diri dapat menjadikan seseorang itu mudah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya, membuat kerja tanpa bertangguh, membolehkan seseorang itu dapat menyiapkan kerja dengan lengkap dan baik serta menjadikan mereka kemas dan bersih. Mampu Diri Jika anda sudah biasa dengan hidup selesa dirumah, makan makanan cepat siap serta mewah dengan alat hiburan dirumah, tiba-tiba disuatu anda terpaksa merangkak keluar daripada rangka kapalterbang terhempas yang anda naiki dan anda terpaksa tinggal didalam hutan pergunungan yang gelap, adakah anda hanya akan berkata "apa yang harus aku buat" atau "malang sungguh nasib aku" ? Jika anda mempunyai sifat mampu diri, mungkin anda akan berusaha untuk menselesakan diri anda serta berikhtiar untuk mendapatkan bantuan. Anda seharusnya tidak hanya bergantung kepada cara kehidupan biasa anda. Biasa Dengan Kehidupan Di Luar Membiasakan diri dengan kehidupan diluar merupakan foundation ataupun asas dalam mempraktikkan skil-skil dan teknik survival. Kerana kehidupan diluar akan mengenemukan anda dengan kehidupan survival yang sebenar. Keyakinan Diri -Yakin dalam teknik survival menjamin anda untuk terus hidup dan selamat bagi jangka masa yang panjang. Bagaimanapun dua musuh utama untuk mencapai teknik survival yang berjaya ialah perasaan takut dan panik. Ramai orang yang tidak dapat mempertahankan dan meneruskan hidupnya disebabkan oleh kesilapan dalam membuat keputusan, dan menjadikannya panik seterusnya mati dalam kesejukkan, panas, binatang buas atau risiko yang lain. Sifat Kepimpinan Yang Baik -Untuk menjadi pemimpin yang baik tidak semestinya mempunyai pangkat atau lencana kepandaian penuh terlekat di lengan bajunya, tetapi ia boleh dilakukan oleh semua. Memimpin bukan hanya boleh dilakukan dalam sebuah kumpulan, tetapi ia juga boleh dilakukan dalam memimpin diri sendiri. Kerana dengan adanya sifat kepimpinan, mudah untuk menentukan arah hala tuju anda. Ketahanan Fizikal dan Mental Ia mampu membantu dalam segala situasi survival. Tidak ada bukti yang nyata bahawa badan yang tegap dan besar sahaja yang mempunyai daya ketahanan fizikal dan perempuan merupakan makhluk yang paling lemah. Semuanya ini boleh dilatih dan diperkembangkan dengan melatih diri dengan latihan-latihan yang melibatkan fizikal dan mental. Walaupun fizikal kuat, tetapi mental yang lemah mampu mempengaruhi fizikalnya untuk lambat dan malas untuk bertindak. plagiat daripada : http://www.sabah.net.my/huzaimi