Masalah Buli

  • Uploaded by: tintamas
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Masalah Buli as PDF for free.

More details

  • Words: 544
  • Pages: 4
Masalah buli : Pelajar tandatangani perjanjian 08/06/2005 12:44 p.m. Oleh MARZITA ABDULLAH SATU perjanjian berupa kontrak antara pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah perlu diwujudkan bagi menangani masalah buli di sekolah terutama di sekolah berasrama penuh. Kontrak tersebut merupakan perakuan yang ditandatangani oleh pelajar dan ibu bapa untuk mematuhi peraturan sekolah dan sanggup menerima hukuman yang ditetapkan sekolah jika didapati bersalah melanggar peraturan yang telah termaktub. Presiden Persatuan Psikologi Malaysia Prof. Datin Dr. Noran Fauziah Yaakob berkata, peraturan sedemikian telah dilaksanakan di negara-negara maju dan berjaya mengurangkan masalah tersebut. Setiap pelajar diwajib menandatangani kontrak tersebut setiap awal tahun atau permulaan sesi persekolahan. Bagaimana pun beliau mahu pihak sekolah bersikap tegas dalam melaksanakan pendekatan itu tanpa tolak ansur terhadap pelajar mahupun ibu bapa pelajar yang terlibat. ``Jika ada tolak ansur bermakna peraturan itu tidak mempunyai makna dan tidak perlu dilaksanakan,'' katanya yang pernah melakukan kajian gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di negara ini. Jelas Noran Fauziah, menangani masalah buli tidak boleh dengan cara toleransi tetapi perlu tegas kerana kajian menunjukkan mereka yang terlibat dalam kes ini berpotensi terlibat dalam kegiatan jenayah apabila dewasa kelak.

Katanya, kajian menunjukkan mereka yang terlibat dalam kegiatan buli semasa di bangku sekolah akhirnya menjadi seorang dewasa yang terlibat dalam kes jenayah, merogol dan mendera isteri. ``Apa yang kita lakukan ialah untuk menyelamatkan pelajar dari cenderung ke arah perbuatan tersebut ketika dewasa kelak,'' tegas beliau. Ditanya mengenai kejadian buli yang kerap berlaku di sekolah berasrama penuh beliau berkata, ia sebenarnya telah menjadi budaya dalam kalangan pelajar sekolah sedemikian. Beliau mengulas kejadian buli terhadap Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin, 13, pelajar dari Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang. Namun tegas beliau, pihak sekolah seharusnya berperanan untuk memberi amaran terhadap pelajar mengenai natijah terlibat dalam kegiatan buli. ``Sepatutnya pihak sekolah sering mengingatkan pelajar masing-masing akibat membuli rakan-rakan atau pelajar junior,'' katanya. Malah beliau turut mempertikaikan proses pemantauan pihak sekolah terhadap pelajar-pelajar di sekolah berasrama penuh sehingga menyebabkan pelajar berkenaan boleh terlibat dalam kegiatan samseng. ``Lazimnya pelajar yang terlibat dalam kumpulan samseng adalah pelajar daripada sekolah harian biasa, justeru timbul tanda tanya bagaimana pelajar sekolah berasrama penuh boleh terlibat dengan kumpulan ini,'' katanya. Sementara itu katanya, dalam kajian terhadap gejala buli di sekolah berasrama penuh melibatkan pelajar senior yang mahu menunjukkan kuasa terhadap pelajar junior.

``Pelajar senior akan menjadikan pelajar junior sebagai budak suruhan seperti membasuh baju pelajar senior, membasuh bilik air, membeli makanan atau mengambil makanan untuk mereka,'' katanya. Buli fizikal akan berlaku apabila pelajar junior enggan menurut perintah pelajar senior. Dalam pada itu kajian beliau menunjukkan pelajar yang suka membuli pelajar lain terutama buli fizikal ialah kerana inginkan keseronokan. Faktor lain ialah mendorong mereka membuli ialah sengaja seronok melihat pelajar lain sengsara akibat perbuatan mereka. Malah membuli ini dilakukan oleh pelajar yang tidak cemerlang dalam akademik kerana didorong sikap cemburu terhadap pelajar yang cemerlang. ``Dengan cara tersebut dia boleh mengalihkan rasa tidak puas hati dan kekecewaannya pada orang lain,'' katanya. Faktor yang paling lumrah ialah pelajar membuli kerana merasa diri mereka hebat dapat memukul mangsa dan wujud perasaan benci terhadap mangsa.

a)

Berdasarkan bahan-bahan bacaan di atas, anda dikehendaki menulis satu

”Critical Review” berkaitan isu-isu disiplin di sekolah. Analisis anda perlu merujuk kepada teori-teori pembelajaran dan masalah tingkah laku.

Critical Review : 1)

Masalah Buli Di Sekolah.

Related Documents

Masalah Buli
April 2020 12
Buli
June 2020 18
Buli
May 2020 21
Buli
May 2020 26
Buli
May 2020 21
Batu Buli Buli .docx
June 2020 16

More Documents from "echa ariani"

Bhs Mly Tahun2
April 2020 36
Kkbi Agama Islam
April 2020 39
Cover Kissm
April 2020 42
Ujian_diag_bm2
April 2020 37
Pemulihan Khas
April 2020 46
Assign Individu Ip
April 2020 37