PEMBULI Seperti yang kita maklum, para pelajar yang gemar membuli atau lebih dikenali sebagai pembuli amat sukar untuk kita fahami perasaan mereka. Hal ini kerana banyak faktor yang mendorong mereka untuk membuli pelajar yang lain. Namun apa yang pasti pelajar yang suka membuli, ingin menonjolkan diri mereka atau ingin diiktiraf hebat oleh pelajar yang lain. Mereka sebenarnya merupakan pelajar yang lemah. Tetapi mereka ingin mempamerkan kekuasaan dan kehebatan serta kemahiran intra personal yang sangat rendah. Justeru itu membuli pelajar yang lemah merupakan salah satu cara untuk mereka memperoleh perhatian. Selain itu juga, terdapat pelajar yang membuli pelajar lain kerana diri mereka sendiri pernah dibuli suatu ketika dahulu. Pengalaman pernah dibuli menyebabkan mereka ingin membalas dendam dan membuli pelajar yang lain. Melalui cara ini mereka akan berpuas hati dan merasakan pelajar lain juga patut menerima nasib yang sama seperti dirinya. Selalunya mereka memendam perasaan dan konflik dalaman yang berlaku menyebabkan mereka mula memberotak. Mereka melapaskan kemarahan kepada pelajar lain yang dianggap lemah. Akibatnya pelajar lain yang menjadi mangsa. Kadang kala pembuli terdiri daripada keluarga yang miskin. Oleh kerana keluarga mereka tidak mampu untuk memenuhi keperluan si pembuli, mereka mula mencari alternatif lain untuk mendapatkan wang saku. Membuli pelajar yang lemah dan meminta wang daripada pelajar yang dibuli merupakan cara mereka mendapatkan wang tambahan. Mereka tidak memikirkan perasaan pelajar lain, dan hanya semata-mata memikirkan kepentingan diri sendiri. Wang yang diperolehi digunakan untuk membeli barangan yang mereka inginkan. Kebiasaannya pembuli bertindak agressif terhadap mangsanya. Sikap agressif ini terbentuk disebabkan oleh beberapa faktor. Salah satunya ialah mereka sering melihat rancangan hiburan yang memperlihatkan unsur-unsur keganasan. Media massa merupakan faktor penting yang mempengaruhi perasaan mereka. Tambahan pula terdapat pelajar yang dididik dengan menggunakan kekerasan sewaktu berada di rumah. Hal ini menyebabkan mereka lebih cenderung untuk bersikap agresif terhadap pelajar yang lain. Mereka bersikap kasar, dan suka membentak-bentak apabila kemahuan mereka tidak dipenuhi. Lama-kelamaan pelajar ini akan membentuk kumpulannya yang tersendiri dan membuli pelajar yang lain untuk kepuasan mereka sendiri.
Kebanyakan daripada pelajar yang gemar membuli sudah tidak berminat untuk belajar. Mereka tidak menumpukan perhatian pada pelajaran dan hanya memikirkan cara untuk membuli pelajar yang lemah. Perbuatan mereka ini bukan sahaja memudaratkan diri sendiri, malah menimbulkan kesan kepada pelajar yang lain. Suasana persekolahan menjadi tidak seronok kerana terdapat ramai pembuli di sekolah. Oleh itu murid-murid lain berasa tidak tenteram untuk pergi ke sekolah. Masalah buli dalam kalangan pelajar sekolah sememangnya serius. Jika perkara ini berlanjutan, pelbagai masalah disiplin yang lain akan timbul. Jika pihak sekolah tidak mengambil tindakan segera ke atas pelajar yang gemar membuli, mereka akan semakin melampau. Tidak mustahil mereka akan bertindak dengan lebih jauh dan melanggar perlbagai peraturan sekolah yang lain. Malah perkara yang paling menakutkan ialah jika mereka bergaul dengan kempulan samseng di luar sekolah dan melakukan kegiatan buli di kawasan luar sekolah. Sudah tentu ini akan menimbulkan kekacauan di luar sekolah. MANGSA BULI Mangsa buli merupakan pelajar yang menjadi sasaran kepada pelajar yang membuli. Mangsa buli kebiasaannya terdiri daripada pelajar yang lemah dan agak pendiam. Hal ini kerana mereka sering dibuli dan diugut supaya tidak melaporkan kepada guru. Oleh itu mereka merasa rendah diri dan sanggup untuk berbuat apa sahaja asalkan tidak dipukul oleh pembuli. Akibat dibuli setiap hari di sekolah, mangsa buli tidak akan berminat lagi untuk pergi ke sekolah. Hal ini kerana mereka merasakan sekolah bukanlah institusi pendidikan yang selamat untuk belajar. Malahan mereka dibuli dan dianiaya setiap hari. Hal ini sudah tentu akan menjejaskan prestasi pelajaran mereka.