2.0
AKHLAK/SIRAH
2.1
PENGENALAN
Dadah masih lagi menjadi musuh negara nombor satu. Baru-baru ini kita turut menyambut perayaan Hari Penyalahgunaan Dadah Sedunia. Nampaknya bukan sahaja kita menyambut perayaan hari-hari penting dalam sejarah negara kita seperti Hari Kemerdekaan atau Hari Perkerja, tetapi sejak akhir-akhir ini setiap isu inginkan sambutan harinya yang tersendiri seperti Hari AIDS dan Hari Penyalahgunaan Dadah. Mengikut perangkaan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) sehingga Mac 2006 terdapat sejumlah 292,696 penagih dadah. Menurut Bangsa-bangsa Bersatu bagi setiap penagih yang dilaporkan, terdapat empat lagi penagih yang tidak dapat dikesan. Jika andaian ini hendak diterima pakai, maka anggaran penagih dadah di Malaysia adalah 1.2 juta orang. Daripada jumlah keseluruhan penagih dadah di Malaysia, 203,716 penagih adalah di kalangan generasi belia. Ini bermakna hampir dua peratus daripada 11.2 juta belia adalah penagih dadah. ADK menganggap jika kadar penagih dadah melebihi 0.50 peratus daripada jumlah penduduk, maka sesuatu kawasan itu dianggap sebagai kawasan hitam. Dalam konteks penagih dadah belia, bolehlah dianggap sudah mencapai tahap yang boleh diklasifikasikan sebagai tahap ‘bahaya’. Setakat
ini
sudah
pelbagai
kempen
dilaksanakan
tetapi
kadar
penyalahgunaan dadah masih terus meningkat. Kenapakah keadaan begitu terjadi?. Adakah kempen anti dadah yang dilaksanakan kurang berkesan?. Atau adakah kita mempunyai pelbagai strategi oleh pelbagai pihak sehingga mesej dan sasarannya menjadi tidak menentu?.
32
Setakat ini tidak ada satu pelan strategik kebangsaan yang dicadangkan untuk menangani isu penyalahgunaan dadah. Setiap agensi, jabatan kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyumbang kepada kempen anti dadah melaksanakan dengan caranya yang tersendiri tanpa mengetahui dengan jelas kemungkinan keberkesannya.
33
2.2
DEFINISI DADAH
Dadah adalah apa sahaja bahan–bahan kimia sama ada asli atau tiruan yang mengubah perasaan, pengawalan dan juga kesedaran seseorang itu. Perubahan ini
terjadi
kerana
dadah
tersebut
dapat
mempengaruhi
‘protoplasm’
penggunanya. Misalnya, sedikit sahaja ‘chloromazina’ (sejenis dadah dalam kumpulan tranquilliser) digunakan ia akan menghasilkan rasa mengantuk kerana tindakannya yang mengurangkan aktiviti motor penggunanya. Pada amnya, dadah sebagai ubat digunakan oleh doktor-doktor untuk merawat penyakitpenyakit, tetapi dadah adalah racun yang boleh menyebabkan penyakit dan penagihan atau maut. 2.3
JENIS-JENIS DADAH
Menurut laporan dalam Jurnal Kebajikan Masyarakat (Jun 1980) dadah boleh terdapat dalam bentuk debu atau cecair atau pil (tablets) ataupun ‘capsules’. Dalam pengertian perubatan terdapat dua jenis dadah iaitu jenis dadah ringan (soft drugs) dan jenis dadah berat (hard drugs). Dadah ringan adalah dadah yang diterima oleh kebanyakan ahli masyarakat dan dadah jenis ini biasa mendatangkan kesan sampingan yang kurang membahayakan kesihatan badan manusia. Dadah jenis ini termasuklah kopi, rokok, tembakau, minuman keras, ‘panadol’ dan sebagainya. Manakala dadah berat adalah jenis-jenis dadah yang dilabelkan oleh pihak berkuasa sebagai dadah merbahaya kerana penggunaannya akan mendatangkan kesan sampingan yang buruk jika tidak di bawah pengawasan doktor. Dadah-daah jenis ini boleh dikumpulkan kepada lima kumpulan besar iaitu : i.
Tranquflisers - seperti valium, largactil, Librium, sparine dan lain-lain.
ii.
Hypnotics – seperti barbiturates, mandrax, mogaden dan sebagainya.
34
iii.
Stimulants – seperti amphetamines, fexedrines, caffeine dan lain-lain.
iv.
Analgesica – seperti candu, morphin(biasanya disuntik) dan karwin.
v.
Haliucinogens – seperti ganja, cocaine, diethylanride (LSD) dan lainlain. Menurut satu pamplets yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penerangan,
PEMADAM Kebangsaan bertajuk ‘Garis Panduan Penceramah Mengenai Penggunaan Dadah untuk pekerja-pekerja’ menunjukkan jenis-jenis dadah yang digunakan di Malaysia (PEMADAM, 1981:5) Heroin Heroin berbentuk tepung dan warnanya putih atau kekuningan dan diproses daripada morfin. Ada dua gred heroin yang didapati di Malaysia iaitu Heroin no.3 berwarna perang dan merupakan gred yang paling rendah. Heroin no. 4 berwarna putih dan merupakan heroin yang lebih tulin. Morfin Morfin terdapat dalam bentuk tepung atau ketul yang berwarna perang. Morfin diproses dari candu. Morfin berbentuk batu bata selalunya dijadikan serbuk atau larutan digunakan secara suntikan ke saluran darah (mainlining). Cannabis (ganja) Cannabis atau ganja ialah sejenis tumbuhan yang daunnya bila kering seakanakan tembakau. Cannabis lebih dikenali sebagai ganja. Daun ganja yang digulung atas lidi dipanggil ‘Buddha Sticks’ atau ‘satay-sticks’.
35
Candu Candu adalah sejenis dadah yang paling awal digunakan di Malaysia, iaitu sebelum morfin atau heroin. Sumber pembekalannya datang dari negeri di utara Malaysia atau dikenali sebagai ‘The Golden Triangle’. Bahan-bahan Psikotropik Di samping narkotik dadah seperti yang tersebut di atas, amphetamne dan mandrax (mx) juga ada digunakan.
36
2.4
FAKTOR-FAKTOR
YANG
MENGAKIBATKAN
PENYALAHGUNAAN
DADAH Penyalahgunaan dadah di Malaysia ialah pemiagaan besar. Statistik polis menunjukkan penagih membelanjakan lebih RM1 bilion (S$450 juta) setahun untuk ketagihan mereka. Menurut, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, dalam memahami penglibatan dan terjebak belia dalam gejala penagihan dadah ini, ada beberapa perkara utama yang sering menjadi sebab kepada tabiat buruk tersebut. Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagihpenagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut :2.4.1 Pengaruh rakan sebaya Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang banyak terhadap tindakan atau perlakuan seseorang. Ini kerana kita berada bersama rakan sebaya lebih lama berbanding berada di rumah. Tambahan pula banyak jenis perangai sosial boleh dipelajari dengan hanya berinteraksi dengan teman sebaya kerana mereka mengalami banyak pertukaran fizikal, perkembangan sosial dan psikologi yang sama. Remaja yang mempunyai konflik atau masalah sama ada di rumah atau di sekolah ditambah pula kekurangan kefahaman Islam akan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Ramai remaja menjadi penagih kerana gerakan atau desakan rakan-rakan sebaya. Pertama., kerana ingin mencuba. Perasaan ingin mencuba ini diikuti dengan ingin menjadi kelihatan kuat dan gagah di kalangan rakan-rakan mereka. Kedua., dipengaruhi rakan-rakan yang sudah terlibat dengan najis dadah. Orang seperti ini ingin menyesuaikan diri dalam kumpulan tersebut. Dengan menghisab dadah mereka dapat menyertai kumpulan tersebut.
37
2.4.2 Masalah keluarga Pengaruh ibu bapa amat penting dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa yang bekerja menyebabkan wujudnya perubahan sosial hari ini. Ada kalanya mereka terlalu mementingkan pekerjaan daripada memberi perhatian kepada anak-anak. Dari situ anak-anak akan berasa terbiar tanpa kasih sayang dan jagaan yang sempurna. Mereka bercampur dengan rakan sebaya yang bermasalah dan akhirnya menimbulkan masalah seperti penagihan dadah. Ibu bapa merupakan orang yang pertama bertanggungjawab memberikan pendidikan secukupnya kepada anak-anak sama ada pendidikan agama atau akademik.
Oleh
kerana
kesibukan
tugas
rutin
harian
dan
kealpaan
membahagikan masa, ramai ibu bapa tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak mereka. Jadi untuk mendapatkan perhatian daripada keluarga, anak-anak melibatkan diri dalam masalah sosial seperti penagihan dadah. Selain itu, remaja mengambil dadah juga mungkin untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa serta tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak. Rumah tidak lagi menjadi tempat perlindungan dan kebahagiaan. 2.4.3 Kurangnya didikan agama daripada ibu bapa Pendidikan agama merupakan faktor yang paling penting dalam membentuk sifat baik dan moral yang terpuji di kalangan masyarakat. Tanpa didikan agama, manusia tidak mempunyai pegangan hidup dan tidak takut untuk melakukan sesuatu perkara walaupun ia bertentangan dengan undang-undang. Manusia juga tidak mengenal dosa pahala dan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan hati mereka. Bila pelajaran agama ditekankan dan anak-anak kuat pegangan agamanya, soal mendidik dan mendisiplinkan anak-anak menjadi lebih mudah.
38
Malangnya dalam zaman kemajuan yang berlandaskan sains dan teknologi ini, ramai ibu bapa yang lebih ghairah melengkapkan anak-anak mereka dengan ilmu
sekular
dan
telah
lalai
dalam
melengkapkan
anak-anak
dengan
pengetahuan agama. 2.4.4
Kerana ingin mencuba sesuatu yang Untuk mendapatkan keseronokkan dengan berkhayal merupakan satu
sebab sesetengah orang mengambil dadah. Selain itu, perasaan ingin tahu yang amat kuat di kalangan remaja menyebabkan mereka menganggap mengambil dadah sebagai aktiviti untuk menambahkan pengalaman. 2.4.5 Untuk ketenteraman jiwa Selain itu, penyalahgunaan dadah juga berlaku atas alasan mencari ketenteraman jiwa. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya. Untuk melepaskan rasa kecewa atau kerunsingan, mencuba dadah ini hanya untuk melepaskan kekusutan fikiran, akhirnya mereka terjebak dengan penagihan lalu mengundang kepada lebih banyak masalah. Pada mulanya untuk bersukaria, bekerja kuat, belajar akhimya ketagih dan menggunakan untuk merosakkan fikiran dan kelakuan. Dadah yang mula berkembang seperti ekstasi dan syabu, yang dikatakan banyak digunakan oleh belia secara suka-suka. 2.4.6 Kurang pengetahuan Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu. Diri sendiri yang tidak mempunyai daya kekuatan untuk menolak. Dare to say NO (Berani berkata TIDAK) adalah slogan yang seharusnya menjadi pegangan para belia agar mampu menolak perkara-perkara yang negatif yang boleh merosakkan diri, keluarga dan masa depannya.
39
2.5
KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH
Masalah dadah merupakan satu wabak dan bencana kepada masyarakat Negara. Sekiranya permasalahan pengambilan dadah tidak diatasi dengan sewajarnya, pelbagai kesan buruk akan berlaku. Di dalam al-Quran istilah khamar adalah digunakan bagi semua bahan yang memabukkan atau boleh menghilangkan kewarasan akal fikiran. Oleh itu, dadah boleh dikategorikan sebagai
satu
daripada
jenis
khamar
kerana
ia
boleh
memabukkan,
mengkhayalkan dan menyebabkan ketagihan, perubahan tingkahlaku dan sebagainya. Perubahan ini berhubung rapat dengan akal fikiran.kesan ini boleh dilihat sama ada untuk jangka masa pendek atau jangka masa panjang. Di antara kesan yang timbul akibat penyalahgunaan dadah ialah : Dari segi fizikal Dari segi fizikal, penagih dadah biasanya kelihatan kurus, pucat dan letih kerana kekurangan zat makanan akibat hilang selera makan. Gerakan penagih juga terganggu kerana kecergasan dan kordinasi otot berkurangan. Dari segi mental Dari segi mental, ketagihan dadah menganggu fungsi otot. Seorang penagih akan mengalami kemerosotan dalam pemikiran, ingatan dan pertimbangan. Mereka tidak dapat menaakul, berfikir secara nasional dan logik serta sukar menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara. Dari segi fisiologi Dari segi fisiologi, pergantungan berlaku apabila dadah yang diambil menjadikan penagih
bergantung
kepadanya
sehingga
tidak
berupaya
berhenti
mengambilnya. Badan penagih dadah biasanya meningkatkan daya tahan
40
terhadap dadah yang diambilnya. Oleh itu, dos yang lebih tinggi sentiasa perlu diambil oleh penagih untuk menghasilkan kesan atau keseronokkan yang sama seperti mula-mula mengambil dadah. Gejala-gejala pengunduran ialah gangguan psikologi dan fizik ke atas penagih. Keadaan seperti perasaan takut, muram, mengantuk, dan seram sejuk mungkin dialami. Ia juga mungkin dialami tandatanda fizikal seperti muntah-muntah, cirit-birit, dan berpeluh berlebihan. Dari segi psikologi Dari segi psikologi, dadah menyebabkan penagih berubah sikap daripada positif kepada negatif. Penagih boleh berubah menjadi seorang yang pasif, tidak bermotivasi, hilang minat dalam kehidupannya dan tidak yakin terhadap diri sendiri. Penagih dadah juga biasa mempunyi perangai cepat marah, resah dan perasaannya menjadi tidak tenang. Mereka juga akan bersifat agresif. Dari segi sosial Dari segi sosial, penagih dadah biasanya mengasingkan diri daripada masyarakat umum dan mengabaikan keluarga. Penagih dadah juga melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan jenayah untuk membiayai kos memberi dadah. Golongan penagih dadah merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk menghidap penyakit Aids. Penyakit ini cepat merebak dengan penyalahgunaan dadah.
41
2.6
LANGKAH MENGATASI PERMASALAHAN DADAH
Proses menangani penyalahgunaan dadah lazimnya mempunyai dua teras iaitu pencegahan (preventive) dan pemulihan (rehabilitative). Proses pencegahan lebih bersifat proaktif dan menjangka pelbagai kemungkinan yang timbul dari rantaian penyalahgunaan dadah (supply chain of drug abuse) lalu melaksanakan pelbagai
dasar
dan
program
tertentu
untuk
menghalang
berlakunya
penyalahgunaan dadah. Langkah-Iangkah permulaan pula perlu dilakukan hanya setelah gejala penyalahgunaan dadah dikesan. Sejumlah dana terpaksa dibelanjakan untuk membina infrastruktur pemulihan penyalahgunaan dadah seperti pusat serenti dan seumpamanya. Proses pemulihan ini secara realitinya lebih mudah dikaji implikasinya (ex-post analysis) berbanding dengan proses pencegahan (ex anta analysis) namun proses pencegahan adalah lebih penting kerana magnitud proses pemulihan banyak bergantung kepada proses pencegahan. Di dalam tradisi ilmu Islam (turath al-Islami), kita diperingatkan bahawa pencegahan lebih utama dari pemulihan 'mencegah lebih utama dari mengubat'. Berdasarkan keutamaan (awwliyyat) ini, sewajamya lebih banyak dana dan sumber perlu difokuskan kepada langkah-langkah pencegahan. Programprogram pencegahan perlu lebih giat dilaksanakan. Implikasinya bukan cuma kepada program pemulihan tetapi juga menghalang timbulnya kesan-kesan lain seperti merebaknya jangkitan HIV/AIDS dan sebagainya.
42
Ada beberapa prinsip pencegahan yang perlu diambil kira dalam menghadapi permasalahan ini. Prinsip 'Amar Makruf nahi mungkar. Kita tidak boleh menyelesaikan isu ini dengan pencegahan sahaja. Konsep menggalakkan perkara kebaikan dan mencegah keburukan bukan sahaja berupaya menguatkan individu tersebut tetapi ia juga boleh menghalang suasana yang boleh mendekatkan mereka kepada gejala dadah Prinsip 'Mencegah lebih baik dari mengubati (Prevention is better than cure). Sikap proaktif dalam pencegahan ini lebih baik dari pemulihan. Ia bukan sahaja dapat menyelamatkan masyarakat malah kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan, Oleh itu prinsip ini jelas berkesan dan dapat bertahan dalam jangka masa yang lama. Ini dapat kita lihat statistik penagih dadah yang berulang. Prinsip 'Kasih Sayang bukan menghukum. Kita meletakkan insan itu ditahap yang tinggi darjatnya jika dibandingkan dengan semua makhluk kejadian Tuhan. Ia perlu dilayan sebagai insan yang punyai maruah dan harga diri. Sudah tentu pendekatan yang kita gunakan adalah untuk membawa mereka ke jalan yang benar dan menyediakan mereka peluang-peluang untuk mereka berjaya dalam kehidupan. Kita tidak perlu menghukum mereka disebabkan kelalaian dan kejahilan mereka sehingga terjerumus dalam penagihan dadah tetapi menyantuni dengan sebaik-sebaiknya atas dasar kemanusiaan. Namun begitu, kesedaran mereka harus ditingkatkan dan mereka perlu menunjukkan perubahan dan berusaha membuang tabiat yang buruk.
43
Strategi yang berbagai dan bersesuaian dengan gaya kehidupan belia sekarang. Tidak mungkin satu strategi dapat menyelesaikan masalah yang ada kerana sifat manusia yang berbagai. Malah sebab di antara penagih pun berbeza. Oleh itu, strategi yang digunakan perlu berupaya untuk meningkat kekuatan dalaman, kemahiran serta pengetahuan yang baik bagi membolehkan mereka dapat mengawal diri daripada terjebak dalam najis dadah. Belia bukan masalah. Belia mesti dijadikan rakan untuk mengawal merebaknya penagihan najis dadah ini. Peluang harus diberi untuk mereka turut membuat keputusan dalam program yang melibat para belia. Dengan kaedah partisipasi membuat keputusan dan dasar akan mendapat kerjasama yang mudah dari mereka. Penglibatan mereka harus bermula dari bangku sekolah kerana pemahaman perlu dihayati bak kata pepatah 'melentur buluh biar dari rebungnya’. Pencegahan jangan hanya memfokuskan kepada dadah. Pencegahan jangan hanya berfokuskan kepada dadah tetapi keseluruhan dalam kehidupan seperti gaya hidup sihat, penjagaan kesihatan, sikap bantu sesama rakan, mengelak diri daripada alkohol dan rokok. Pencegahan ini mestilah dilakukan secara konsisten bukan sekadar di pinggiran atau diarahkan oleh pihak atasan. Perkongsian maklumat dengan semua pihak. Di antara langkah yang boleh dipertimbangkan untuk proses pencegahan ialah membenarkan
perkongsian
data
dan
maklumat
mengenai
kemelut
penyalahgunaan dadah dengan kelompok NGO, pihak masjid, sekolah atau IPT 44
dan sebagainya. Perkongsian data dan maklumat ini dapat membangkitkan kesedaran tentang kemampuan dan implikasi penyalahgunaan dadah kepada masyarakat. Kelompok ini juga perlu disertakan dalam kempen pencegahan penyalahgunaan dadah seperti mana yang sedang dilakukan ketika ini. MBM sedang dan telah mengatur program benci dadah sebagai tanggungjawab untuk memberi kesedaran tentang bahaya dadah serta melibatkan belia dalam persatuan atau aktiviti yang sihat. Dan kelompok yang paling berkesan penyertaannya ialah orang yang terlibat dengan dadah dan yang telah pulih sepenuhnya.
45
2.7
KESIMPULAN
Kemelut permasalahan dadah pada masa kini semakin menjadi-jadi walaupun pelbagai langkah telah dan sedang diambil untuk membanteras kegiatan tidak sihat di kalangan remaja. Masalah penagihan dadah di negara kita terus meruncing dan meningkat setiap tahun. Cuba kita renungkan bersama apa akan berlaku kepada generasi warisan akan datang jika masyakat pada hari ini terus hanyut dibawa arus masalah akhlak seperti penagihan dadah. Justeru itu, agenda-agenda khusus menangani masalah penagihan dadah hendaklah disusun dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Segala-galanya akan dimanafaatkan dalam menjana kekuatan untuk meningkatkan martabat umat dalam segala bidang. Kebenaran, keadilan dan ihsan akan didaulatkan. Kita percaya sekiranya semua pihak bekerjasama secara menyeluruh dan bersepadu maka segala permasalahan penagihan dadah pada masa kini dapat diatasi dengan berkesan dan sebaik-baiknya.
46
.