Manusia Dan Alam Sekitar : Kesan Tanah Runtuh

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Manusia Dan Alam Sekitar : Kesan Tanah Runtuh as PDF for free.

More details

  • Words: 3,780
  • Pages: 21
Pengenalan

Malaysia berjaya memastikan 20 juta hektar atau 61 peratus daripada negara ini masih diliputi hutan hujan tropika, termasuk lima juta hektar yang menjadi hutan simpanan kekal.Hutan yang terdapat di negara ini meliputi pelbagai jenis.Di antaranya,hutan hujan tropika,hutan paya,hutan pantai dan hutan gunung.Sebagaimana diketahui,hutan mempunyai pelbagai sumber yang amat bernilai yang menjadi khazanah kepada negara.Flora dan fauna yang menjadi penghuni hutan merupakan aset bernilai kepada sistem ekologi hutan itu sendiri. Bagi menjamin pengurusan hutan tidak dipandang remeh dan terabai, Dasar Hutan Kebangsaan diwujudkan pada 1978, disusuli dengan Akta Perhutanan Negara 1984.Dengan itu,penerokaan hutan tidak dijalankan sewenang – wenangnya tanpa batasan tertentu.Kemusnahan hutan ekoran kerakusan mengaut keuntungan demi pembangunan di merata negeri di negara ini semakin membimbangkan.Ianya berlaku seolah – olah tiada sesiapa yang memantau atau menyekat aktiviti tersebut.Pelbagai kesan dapat dilihat ekoran terlampau mengejar keuntungan hingga memusnahkan flora dan fauna yang sentiasa perlu memerlukan di bumi ini.

1

Soalan 1 Kepentingan Hutan Kepada Ekonomi Negara Hutan diakui begitu berharga kepada sektor ekonomi negara.Dianggarkan sejumlah 6.2 juta hektar hutan dikhaskan bagi tujuan ekonomi negara.Di antaranya,hutan memainkan peranannya sebagai sumber pembalakan.Dalam pengurusan seumpama itu, pembalakan di kawasan yang dibenarkan perlu menepati syarat tertentu iaitu hanya antara tujuh hingga 12 pokok yang ditebang daripada 500 pokok dalam setiap kawasan satu hektar. Pokok yang ditebang pula perlu melebihi diameter 45 sentimeter dan pemilihan pokok dibuat supaya anak-anak pokok baru berpeluang mendapat cahaya yang mencukupi untuk membesar selain mewajibkan penanaman semula. Pengurusan teratur itu membolehkan 1.65 hektar hutan balak yang ditebang kini ditanam semula, termasuk 64 kawasan sebagai hutan rekreasi dan 90,000 hektar penanaman balak komersil.Berdasarkan carta yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia,jumlah eksport produk kayu kayan utama bernilai hampir RM 3600 juta pada tahun 2000. Selain itu,hutan juga dapat meningkatkan ekonomi negara melalui sektor pelancongan.Hutan tropika juga boleh sebagai tempat riadah kerana keindahan dan keunikannya telah menarik individu atau kumpulan yang berminat. Hutan ini juga sesuai untuk pergi bersiar-siar serta melakukan aktiviti luar seperti merentasi hutan sambil belajar dan tempat untuk menikmati keadaan yang penuh dengan misteri kerana kepelbagaian spesiesnya. Mengikut Kajian Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), hutan tropika negara dihuni 15,000 spesies tumbuhan berbunga, 300 spesies mamalia, 700 spesies burung, 300 spesies reptilia, 165 spesies amfibia, 300 spesies ikan air tawar dan berjuta-juta spesies serangga.

2

Hutan yang ada tasik biasanya di legeh air boleh menjadikan taman rimba amat indah. Hutan simpanan seperti di pedalaman Pahang (Taman Negara), Sabah dan Sarawak telah mengadakan projek taman rekreasi misalnya Hutan Lipur di Lintang, Tampler dan Bentong. Pemuliharaan hidupan liar di hutan boleh menghasilkan

pendapatan

bagi

sektor

pelancongan.Pendapatan

sektor

pelancongan pada tahun 2006 meningkat sebanyak 139 peratus menjadi RM 37.6 billion.Ini jelas menunjukkan bahawa hutan menyumbang kepada sumber ekonomi negara. Kerajaan turut menyediakan peruntukan RM335.7 juta untuk pelbagai projek tanaman semula hutan selain menggalakkan penanaman pohon hutan di kawasan bandar dan kampung sebagai sumber ekonomi tambahan jangka panjang. Malahan,tidak dapat dinafikan bahawa sumber perubatan masih boleh diperolehi daripada hutan.Contohnya,pelbagai jenis ubat dan bahan industri turut dihasilkan daripada sumber hutan. Hampir 25 peratus daripada bahan perubatan di Amerika Syarikat adalah hasil daripada hutan hujan tropika. Institut Barah Kebangsaan Amerika Syarikat mengesahkan bahawa 75 peratus daripada sumber tumbuhan yang dikenal pasti dapat menyembuhkan barah hidup di hutan hujan tropika dan kajian menyeluruh mengenainya belum disempurnakan. Hutan tempatan juga menjadi habitat tongkat ali (Eurycoma longifolia), tumbuhan dan jika dikomersilkan ia mampu memberi saingan yang setara kepada Viagra tanpa sebarang kesan sampingan yang berbahaya. Khasiat pokok kuinin yang diguna dalam perubatan pesakit malaria tidak asing lagi di rantau Asia dan kemungkinan bahan mengubati barah atau Aids masih terpendam di hutan tempatan adalah tinggi dan wajar diterokai.

3

Mengikut kajian Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (Frim), tongkat ali sudah lama digunakan dalam perubatan tradisional Melayu untuk mengubati tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit angin serta memanaskan badan. Kedah adalah antara negeri yang memproses ubatan daripada tongkat ali dan dianggarkan nilai ekonomi akar serta batang tongkat ali di Kedah adalah antara RM332,100 hingga RM8.3 juta setahun bergantung kepada kaedah jualan. Di samping itu,hasil hutan selain balak turut menyumbang dalam meningkatkan ekonomi negara.Sehubungan itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) turut mengadakan bengkel bertajuk, 'Ekonomi Perhutanan dan Polisi: R&D Ke arah Mencapai Pengurusan Hutan Mapan', baru-baru ini bagi mengupas potensi serta nilai sebenar hasil hutan selain balak. Kertas kerja yang disediakan oleh Awang Noor Abd Ghani, Rusli Mohd, Shukri Mohamed, Faridah Hanum dan Mohamed Zakaria Hussin dari Fakulti Perhutanan UPM serta Mohd Shahwahid Othman dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UPM memberikan anggaran terperinci nilai hasil hutan berkenaan. Sebagai contoh, hasil petai (Parkia speciosa) dan durian liar menghasilkan RM42,461 setahun manakala hasil bukan kayu dari hutan simpanan Pasoh, termasuk tongkat ali, gaharu (Aqualaria malaccensis) dan kayu manis (Cinnamomum mollissimum), dianggarkan RM44,591 setahun. Pendapatan purata tahunan negara menerusi eksport perabot rotan berjumlah RM107.9 juta dengan kutipan royalti tahunan bagi mengumpul rotan pula mencecah RM156,064. Buluh turut menjadi komoditi utama perusahaan membuat kayu penyepit, colok serta perabot dengan anggaran nilai ekonomi tahunan sebanyak RM178,274, tidak termasuk nilai komersil 82.2 juta rumpun buluh yang tumbuh subur di dalam kawasan hutan simpanan tetap.

4

Soalan 2 Implikasi Pembangunan Tanah Tinggi Kepada Alam Sekitar Banyak aktiviti pembangunan yang melibatkan kawasan tanah tinggi dijalankan.Di antaranya,penarahan kawasan bukit untuk petempatan,pembukaan kawasan pertanian baru.Namun,implikasi daripada aktiviti pembangunan di kawasan

tanah

tinggi

telah

memusnahkan

alam

sekitar.Adakah

perlu

mengorbankan alam sekitar dengan peningkatan pembangunan ini?Kita telah membaca rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang satu dekad ini yang melibatkan kemusnahan alam sekitar.Bahkan ia telah meragut segelintir nyawa manusia di sekitarnya.Implikasi yang berlaku akibat pembangunan tanah tinggi adalah hakisan tanah,tanah runtuh,banjir kilat dan kepupusan habitat dan spesies.Contohnya, pada tahun 1996 terdapat lebih 100 kejadian banjir, 20 kejadian tanah runtuh, lapan kejadian mendapan dan tujuh kes tebing sungai dihakis, yang dilaporkan di Lembah Klang sahaja.Selain itu,aktiviti pertanian di Cameron Highlands mungkin terjejas pada masa akan datang sekiranya masalah

hakisan

dan

pencemaran

di

kawasan

tersebut

tidak

diatasi

segera.Meskipun penggunaan tanah untuk aktiviti pertanian hanyalah 7.4 peratus daripada keseluruhan kawasan pusat peranginan tanah tinggi itu, tetapi bentuk muka bumi yang bercerun menjadikan ia sensitif kepada sebarang bentuk gangguan hakisan tanah.Masalah ini menjadi serius kerana hujan purata yang agak tinggi di kawasan itu iaitu mencapai 3,000 milimeter setahun, dan ia bertambah buruk pada musim hujan lebat pada Mei dan Oktober.

5

Akibat dari kejadian hakisan tanah ini, ia akan menyebabkan terjadinya beberapa masalah sampingan, seperti pencemaran sumber air yang dikenal pasti boleh menjejaskan persekitaran di kawasan berkenaan.Mengikut rekod, kadar hakisan tanah di kebun sayur di kawasan terbuka di Cameron Highlands kini mencecah 84 tan sehektar setahun, satu angka yang jauh melebihi daripada angka yang dibenarkan iaitu 12 tan sehektar setahun. Antara implikasi

lain yang turut berlaku adalah

kejadian tanah

runtuh.Tanah runtuh merupakan salah satu daripada fenomena geobencana yang sering berlaku samada secara semulajadi atau akibat aktiviti manusia. Proses kejadian tanah runtuh melibatkan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu kedudukan yang tidak stabil dan ianya berlaku secara pantas atau perlahan oleh tarikan graviti. Sekiranya ia berlaku secara kecilan dan perlahan, ia mungkin kurang membahayakan alam. Tetapi jika ia berubah kepada skala yang lebih besar dan pantas, ia boleh memberi kesan buruk dan mengakibatkan kemusnahan dan kematian pada sesuatu kawasan. Kejadian tanah runtuh merupakan salah satu daripada proses susutan darat yang disebabkan oleh ketakstabilan jisim tanah. Ia merupakan masalah utama yang dihadapi oleh beberapa negara terutama di kawasan tanah tinggi dan di kawasan yang berisiko gempabumi dan gunung berapi (volkano). Kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh aktiviti manusia adalah seperti penarahan kawasan bukit, perlombongan dan aktiviti pembangunan lain. Pergerakan runtuhan tanah boleh diklasifikasikan secara asas sebagai jatuhan batuan atau debris, gelongsoran batuan atau debris, aliran debris atau lumpur dan gelinciran ais (avalanches). Bukit-bukit ditarah untuk pembinaan jalanraya ataupun bangunan-bangunan.Kawasan bertopografi cerun lebih berisiko mengalami kejadian tanah runtuh akibat berbanding kawasan yang agak landai dan rata.

6

ketakstabilan cerun

Rajah 1 – Kejadian tanah runtuh Walaubagaimanapun, risikonya seringkali sukar diramal dan dielak oleh manusia. Fenomena ini boleh mengakibatkan kemusnahan insfrastruktur, pengangkutan dan merosakkan penempatan manusia. Terdapat pelbagai faktor dan contoh kejadian tanah runtuh yang sentiasa dikaji oleh ahli sains. Lebih sedekad yang lalu negara telah dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh. Tragedi kondominium Highland Towers runtuh pada 1993 mungkin hampir luput daripada ingatan masyarakat negara ini. Namun, dua bangunan kediaman itu masih tegak sebagai memorial hitam, hingga kini. Dua kondominium 12 tingkat dengan 100 unit kediaman di Hill View, Hulu Klang itu,

7

terbiar

usang

dan

sepi,

menyimpan

ingatan

tragedi

berdarah

yang

mengorbankan 48 penghuni Blok 1 pada 11 Disember 1993. Kajian yang dijalankan selepas tragedi Highland Towers yang mengorbankan 48 nyawa pada Disember 1993, menunjukkan tapak pangsapuri dan kawasan sekitarnya berisiko tinggi untuk berlaku tanah runtuh.

Pakar geologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Ibrahim Komoo berkata selain topografi kawasan itu yang berbukit, keadaan geologi dan jenis tanah yang tidak stabil juga menggalakkan berlaku tanah runtuh di situ.

Rajah 2 -

Tanah runtuh di Taman Hillview,Kelang

Antara lain kejadian tanah runtuh yang terbaru berlaku pada tahun 2007. Tanah runtuh di Bukit Berapit berlaku pada 22 November 2007 berdekatan dengan Bukit Berapit, Kuala Kangsar, Perak. Tanah runtuh ini berlaku bersebelahan dengan Lebuh Raya Utara-Selatan di KM 321.6, Jalan TaipingKuala Kangsar. Kejadian berlaku jam 10.00 pagi. Sebuah lori

8

ditimbus oleh

tanah runtuh tetapi pemandunya, Tay Hock Kee yang berusia 56 tahun telah terselamat. Siasatan awal oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Datuk Ir. Wong Wai Ching mendapati kejadian tanah runtuh itu mungkin disebabkan oleh dua buah kolam ikan di atas bukit itu pecah. Tanah itu menjadi lembab dan mudah runtuh.Gambar di bawah menunjukkan tentang kejadian tersebut.( Rajah

Tanah runtuh menghempap sebuah lori di Kilometer 64, Jalan Kuala Kangsar - Taiping berdekatan Bukit Berapit, semalam turut menjejaskan Lebuh Raya Utara-Selatan bersebelahan sehingga berlaku kesesakan teruk. – Gambar MOHD NAJIB MOHD NOR.

9

Tanah runtuh di Rawang,Selangor

Selain daripada implikasi tanah runtuh,berlaku juga banjir kilat.Ini disebabkan kebanyakan projek pembangunan tidak mematuhi undang-undang yang berkait dengan syarat-syarat pembangunannya, malah dimajukan juga projek di tanah bercerun melebihi 200. Misalnya, di projek perumahan besar Paya Terubong, kerja-kerja pembinaan dijalankan di tanah yang bercerun di antara 500 hingga 700. Oleh sebab itu, kawasan luas ini terdedah pada hakisan unsur-unsur cuaca dan hal ini mungkin akan menyebabkan berlakunya tanah runtuh. Selain pembangunan di kawasan ini, terdapat juga pembangunan di sekitar Bukit Teluk Bahang, Bukit Tanjung Bungah dan Bukit Bendera. Pembangunan tanah bukit yang berskala besar mungkin merupakan satu faktor penyumbang peningkatan risiko, dan vulnerabiliti manusia terhadap banjir. Hal ini demikian kerana pembukaan tanah bukit untuk pembangunan (khasnya untuk perumahan, pertanian dan rekreasi) akan mempercepat kadar hakisan dan kadar air larian permukaan, meningkatkan tanah runtuh dan mencetekkan dasar sungai akibat pemendapan kelodak. Kesemua hal tersebut akan membawa bertambahnya kekerapan banjir kilat.Biasanya, sebab utama

10

banjir kilat ialah aliran permukaan pesat akibat perubahan guna tanah (dari permukaan telapair seperti hutan kepada permukaan tidak telapair seperti konkrit, simen dan asphalt), alur-alur sungai dan longkang yang tersekat, berkurangnya keupayaan sungai melalui pemendapan kelodak dan kejadian hujan ribut seperti hujan ribut perolakan yang lebat. Misalnya, di dalam banjir September 1995 di Pulau Pinang, kira-kira 60 tanah runtuh telah berlaku di sekitar Bukit Bendera. Sebahagian besar telah diserap oleh tumbuhan dalam hutan dan juga oleh tanah sebagai simpanan air tanah. Maka hutan bukan sahaja memanjangkan masa tangguhan tetapi juga menyerap banyak hujan. Sebaliknya, di bawah keadaan permukaan tiruan yang tidak telapair di bandar, hampir kesemua air hujan yang turun akan masuk ke dalam sistem saliran pada tempoh masa yang singkat.

Akibatnya masa tangguhan kadangkala cuma beberapa minit sahaja. Aliran yang begitu pesat ke dalam alur-alur sungai dan longkang-longkang saliran akan menyebabkan banjir kilat berlaku.Di kebanyakan bandar di Malaysia, bencana banjir kilat semakin meningkat dari segi kekerapan dan magnitud kerana manusia memilih untuk menetap di dataran banjir, tidak mengambil berat tentang bahaya banjir, mengurus banjir dengan tidak baik, memajukan tanah dengan berlebihan (khasnya tanah bukit), dan memusnahkan sumber hutan dalam kadar yang pesat. Di Georgetown dan Kuala Lumpur, pembangunan pesat di dataran banjir telah mencetekkan dasar sungai; pembuangan sampah sarap menghalang aliran sungai; dan penggunaan tebing sungai untuk pertanian haram, perumahan haram (setinggan) dan tujuan lain sekurang-kurangnya telah mengakibatkan meningkatnya kekerapan banjir kilat (Chan, 1996a dan 1996b). Banjir kilat bukan seluruhnya dihasilkan oleh ‘tindakan manusia’ mahupun oleh ‘tindakan semula jadi’. Tanpa hujan ribut, dataran banjir mungkin tidak begitu kerap ditenggelami. Namun begitu, pilihan manusia untuk mendiami dan membangunkan dataran banjir dengan pesat, khasnya di bandar-bandar besar, merupakan sebab utama

11

meningkatnya kejadian banjir kilat. Masalah ini kian meruncing kerana manusia berterusan membangunkan dataran banjir, memusnahkan kawasan hutan dan memotong cerun bukit untuk pembangunan. Kepupusan habitat dan pelbagai spesies juga merupakan implikasi yang berlaku terhadap alam sekitar.Penerokaan hutan telah turut memusnahkan pelbagai habitat flora dan fauna. Manusia mengolah alam sekitar dan hidupan untuk mendapatkan keperluan asas hidupnya ( makanan , pakaian dan tempat kediaman ) dan mendirikan tempat rekreasi .Dalam

usaha memenuhi

keperluannya, manusia telah membuka hutan untuk pertanian , perumahan , industri

perlombongan , membina empangan dan mengeringkan hutan paya

bakau . Aktiviti-aktiviti manusia ini menukar dan mencemarkan alam persekitaran serta menghapuskan habitat semula jadi, banyak spesies tumbuhan dan haiwan.

Ini merupakan ancaman yang terbesar terhadap kemandirian hidupan liar . Tumbuhan dan haiwan yang juga diolah untuk keperluan manusia seperti sukan , makanan , ubatan , kulit dan bulu turut susut bilangannya . Beribu-ribu spesies tumbuhan dan haiwan menghadapi kepupusan kerana pupolasi mereka adalah terlampau rendah akibat aktiviti manusia . Spesies tumbuhan atau haiwan yang terpupus akan hilang dari bumi ini selama-lamanya. Contohnya , burung dodo , harimau bali , dan harimau kaspia adalah diantara beribu-ribu hidupan yang telah pupus dari permukaan bumi .

12

Soalan 3 Peranan Tumbuhan Kepada Alam Sekeliling dan Manusia

Tumbuhan dan haiwan memainkan peranan yang sangat penting dalam siratan makanan dan keseimbangan

alam . Tumbuhan hijau menolong

mengekalkan kandungan gas oksigen dalam atmosfera yang perlu untuk haiwan dan manusia bernafas . Sebaliknya haiwan dan manusia membebaskan gas karbon diosida yang diperlukan oleh tumbuhan dalam fotosintesis . Tumbuhan menapis kebanyakan debu dalam udara serta menyerap gas kasbon dioksida dan dengan itu membantu mengawal pencemaran udara . Tumbuhan memperlahankan aliran air hujan dan dengan itu mengelakkan banjir , hakisan tanah dan tanah runtuh daripada berlaku semasa hujan turun . Tumbuhan

13

melindungi permukaan bumi daripada sinaran langsung cahaya matahari , langsung mengurangkan penyejatan air dan membantu menyejukkan permukaan bumi. Di samping itu,tumbuhan berperanan dalam proses ekologi dan sistem penyangga kehidupan.Contohnya,hutan paya bakau.Hutan ini mempunyai pelbagai peranan yang penting terhadap alam sekeliling.Di antaranya,mencegah intrusi air masin ke daratan yang dapat merosakkan kawasan-kawasan pertanian dan untuk bekalan air minuman,

menahan angin dan ombak,

tempat

pembiakan pelbagai biota laut, ikan, udang dan sebagainya yang bermanfaat bagi kehidupan manusia,dan

sebagai penyaring dan pengurai bahan-bahan

organik yang datangnya dari daratan yang dibawa oleh aliran permukaan air hujan dan air sungai .

Soalan 4 Langkah – Langkah Untuk Membantu Menyelamatkan Bumi

Terdapat pelbagai langkah perlu diambil untuk memastikan bumi terus selamat didiami oleh manusia.Kesan yang ditinggalkan oleh pelbagai aktiviti manusia

seperti

perubahan

pandangan

darat,kepupusan,peningkatan

suhu,pencemaran,penipisan lapisan ozon,pulau haba dan hujan asid telah banyak memusnahkan bumi khususnya alam sekitar.Oleh itu,pelbagai usaha harus dijalankan agar alam sekitar akan sentiasa kekal keseimbangannya. Di antara langkah yang perlu dilaksanakan ialah usaha pemeliharaan dan pemuliharaan.Usaha ini dijalankan agar mengelakkan kepupusan sumber akibat penggunaan yang berterusan.Antaranya,langkah menjalankan penebangan 14

terpilih.Kaedah ini dijalankan dengan mengehadkan bilangan pokok yang ditebang dalam sesuatu kawasan hutan.Hanya pokok yang matang dan mempunyai saiz 45 cm diameter sahaja ditebang.Jabatan Perhutanan akan mengenal pasti pokok – pokok yang sesuai untuk ditebang sebelum mengeluarkan lesen kepada pembalak.Dengan cara ini,pokok kecil dibiarkan terus membesar untuk kegunaan masa hadapan.Selain itu,rawatan silvikultur turut dijalankan di kawasan tertentu bagi mengekalkan speseis pokok hutan yang kurang

subur.Manakala,usaha

pemuliharaan

hutan

dijalankan

dengan

mewujudkan estet hutan dan penghutanan semula.Dalam kawasan estet hutan,penebangan

pokok

untuk

tujuan

pembukaan

kawasan

pertanian,perindustrian atau kediaman tidak dibenarkan.Di antara estet hutan adalah di Johor,Pahang,Selangor dan Negeri Sembilan.

Selain

itu,langkah

penghutanan

semula

harus

dilakukan.Ekoran

pembersihan hutan untuk tujuan ekonomi telah menyebabkan banyak pokok matang dan berharga musnah.Mengikut kajian, kesan daripada penebangan hutan menyebabkan pelepasan antara lima hingga 10 bilion tan karbon dioksida ke atmosfera setiap tahun, termasuk antara tiga hingga enam bilion tan dari hutan hujan tropika. Secara keseluruhan, hampir separuh daripada kesan peningkatan suhu global berpunca akibat penebangan hutan, justeru penanaman semula hutan perlu sejajar dengan penebangan bagi mengurangkan kesan terbabit. Ini disokong oleh pakar perunding ekologi, Dr Zainuddin Dahaban, yang memenangi pingat emas Persatuan Pencinta Alam/Tan Teck Guan 1998 yang menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dari Universiti Kebangsaan Malaysia untuk tesis terbabit. Beliau berpendapat hutan tempatan juga menjadi habitat beberapa spesies endemik yang mungkin pupus sama sekali jika kajian terperinci serta usaha penanaman semula atau pembiakan flora dan fauna terbabit tidak dilakukan.

15

Oleh

demikian,aktiviti

penghutanan

semula

perlu

dilakukan

bagi

mengelakkan kepupusan spesies hutan.Aktiviti penghutanan semula adalah aktiviti penanaman semula kawasan hutan yang telah ditebang dengan anak – anak pokok yang berharga.Antara jenis pokok berharga yang ditanam ialah jati,sentang,cengal,akasia dan yemane.Menurut Jabatan Perhutanan,antara tahun 1996 hingga tahun 2000,negara kita telah melaksanakan aktiviti penghutanan semula yang melibatkan sebanyak 1856 hektar pelbagai pokok balak,6016 hektar pokok rotan,1672 hektar pokok hiasan tanaman lapang,3348 hektar kawasan pokok bakau dan 155 hektar pokok buluh.Usaha penanaman semula juga dilakukan oleh pihak swasta dengan mewujudkan ladang hutan untuk tujuan komersil.Malah,penanaman semula juga dilakukan di kawasan luar hutan.

Contohnya,pusat bandar,di tepi lebuh raya,kawasan perumahan,taman rekreasi dan kawasan peranginan yang baru dibangunkan.Tujuan utama penghutanan semula dijalankan di luar hutan adalah untuk menghijau,menyejuk dan mencantikkan kawasan tersebut. Seterusnya,langkah yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan bumi kita adalah dengan menjalankan penyelidikan dan pembangunan ( R & D ).Aktiviti penyelidikan dan pembangunan ialah kegiatan menghasilkan teknologi yang lebih baik.Dalam bidang alam sekitar,penyelidikan dan pembangunan adalah untuk mencipta kaedah pengeluaran dan pengunaan produk yang tidak mencemar

alam

alam.Contohnya,ada

sekitar.Teknik digunakan

ini

dikenali

jaring

kalis

sebagai serangga

teknologi

mesra

dalam

bidang

pertanian.Penggunaan jaring kalis serangga ini bertujuan untuk melindungi tanaman daripada serangan serangga.Maka,melalui kaedah ini,racun serangga tidak diperlukan.Dengan demikian,pencemaran akibat penggunaan racun

16

serangga dapat dielakkan.Di negara kita,penyelidikan dan pembangunan dijalankan oleh pusat penyelidikan dan institut pengajian tinggi awam dan pihak swasta. Contoh salah satu penyelidikan dalam bidang pertanian ialah teknik pertanian Fertigasi.Ia adalah kaedah menyediakan baja larutan kepada tanaman seperti sayuran dan buahan.Dalan teknik ini tanah tidak digunakan.Sebaliknya,ia digantikan dengan medium tananam seperti hampas sabut kelapa yang digaul dengan air dan batu zeolite. Jadual di bawah ( Rajah 5 ) memaparkan agensi R & D yang membangunkan teknologi mesra alam.

Agensi Penyelidikan

Contoh Aktiviti R & D •

Penggunaan baja organan

• •

Teknik Kawalan Serangga Teknologi Kawalan Serangga



Teknologi kurang Bahan Sisa



Teknik



berbahaya Teknik tanam semula hutan

Malaysia ( FRIM )



Teknik proses hasil hutan

Lembaga Minyak Sawit Malaysia

• •

Teknik biak baka hutan Teknik guna semula

Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia ( MARDI ) Institut Penyelidikan Perindustrian dan Piawai Malaysia ( SIRIM )

Institut

Penyelidikan

Perhutanan

mengurang

sawit Perbadanan

Pembangunan

Malaysia ( MTDC )

teknologi 17



Bioteknologi

sisa

sisa

Di samping itu,kerajaan perlu menguatkuasakan undang – undang dalam menangani

isu

alam

sekitar.Antaranya,menghadkan

pengeluaran

lesen

pembalakan.Dengan cara ini,sekurang – kurangnya tidak terlalu banyak syarikat pembalakan menjalankan aktiviti mereka.Selain itu,peranan undang – undang adalah untuk mengawal semua pihak supaya tidak melakukan perkara yang boleh

mendatangkan

pencemaran

atau

kemusnahan

pada

alam

sekitar.Contohnya,telah digubal Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,Akta Taman Negara 1980,Peraturan Alam Sekeliling ( Pembuangan Sisa Pepejal )1989 dan Arahan Kualiti Alam Sekitar ( Penilaian Impak Alam sekitar ).

Akta Hutan Negara 1985 telah diwujudkan dengan tujuan mewartakan kawasan taman negara dan kawasan rizab perlindungan hidupan liar.Di bawah akta ini,seseorang individu yang didapati mencuri tumbuhan hutan yang dilindungi daripada kepupusan boleh didenda sebanyak RM 50 000 atau dipenjara lima tahun atau kedua – duanya sekali.Begitu juga Majlis Perhutanan Negara telah meluluskan Dasar Perhutanan Negara yang bertujuan melindungi kepentingan ekologi agar dapat dinikmati oleh manusia secara berterusan. Selain itu,pengekalan hutan paya bakau perlu dijalankan.Hutan paya bakau yang merupakan ekosistem penyangga antara daratan dan lautan memegang peranan penting dalam mendukung produktiviti laut yang berada di sekitarnya.Menurut Pengarah Institut Oseanografi (INOS), Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Prof. Dr. Mohd. Lokman Husain, Malaysia memiliki sebanyak 612,580.11 hektar hutan bakau iaitu 341,377 hektar di Sabah, 168,000 hektar di Sarawak dan lebih 100,000 hektar di Semenanjung.Jumlah ini hanya sembilan peratus daripada keseluruhan kawasan hutan di negara ini. Hutan paya bakau di negara ini amat bernilai bukan sahaja dari segi 18

ekologinya tetapi juga biodiversiti.Ekosistem paya bakau terletak di antara sistem laut dan darat menjadikannya hutan yang amat bernilai. Satu lagi ciri menarik hutan bakau ialah ia dapat memerangkap enapan iaitu satu proses penambakan tanah secara semula jadi akibat fenomena pasang surut air.Malah, hutan ini berfungsi sebagai penahan ombak dan hakisan serta mampu menyerap tenaga yang dihasilkan daripada ombak.Kajian

mendapati beberapa hutan bakau

mampu memerangkap enapan untuk menambah ketinggian lebih dari 1 sentimeter (cm) setahun menunjukkan potensi bakau sebagai ekosistem yang boleh membantu negara mengatasi ancaman kenaikan aras laut global.Kajian mengenal pasti hutan paya bakau dijalankan oleh MARU menerusi dua geran penyelidikan iaitu geran Tumpuan Penyelidikan Dalam Bidang Keutamaan (IRPA) dan Jabatan Perhutanan Pahang. Kajian-kajian tersebut dikendalikan dengan sokongan Jawatankuasa Pengurusan Paya Bakau, Pantai Timur.

Dalam kajian tersebut,mana-mana kawasan bakau yang telah bertukar kepada hutan pantai boleh dibangunkan untuk tujuan ekonomi, manakala kawasan yang terhakis dan musnah boleh ditanam semula dengan spesies bakau yang sesuai sekiranya perlu. Pelbagai langkah yang dijalankan tidak akan tercapai objektif atau sasarannya jika masyarakat kita masih tidak peka kepada kepentingan menjaga alam sekitar.Oleh itu,maklumat yang jelas tentang akibat yang dirasai ekoran ketidakprihatinan tentang isu alam sekitar perlu sentiasa dihebahkan.Peranan media massa untuk

menayangkan dokumentari tentang tahap kemusnahan

alam masa kini.Program sebegini dapat membuka mata masyarakat sekeliling.Di samping

itu,maklumat

disebarkan.Kepentingan

tentang kitar

kempen

semula

dapat

kitar mengubah

semula

boleh

persepsi

minda

masyarakat tentang betapa pentingnya menjaga alam ini.Badan-badan bukan kerajaan juga harus berganding bahu menjalankan kempen kitar hingga ke akar umbi.Tidak memadai jika kempen kitar semula hanya digembar- gemburkan di

19

kawasan

ibu

kota

tetapi

masyarakat

desa

kurang

mendapat

manfaatnya.Sekiranya kempen kitar semula ini berjaya,maka tiadalah terlalu banyak

penggunaan

sumber

asli

digunakan.Contohnya,akan

berkurang

penebangan pokok untuk penghasilan kertas.Malah,penggunaan sumber tidak boleh diperbaharui dapat dijimatkan dengan adanya kitar semula seperti tin aluminium dan botol kaca.Kebersihan persekitaran dapat dikawal.

Rumusan

Kesimpulannya,dalam

mengejar

pembangunan,alam

sekitar

jangan

dikorbankan.Jika ini berlaku,tiada apa yang tinggal untuk generasi yang akan datang.Justeru,setiap rakyat di negara ini sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menyusun agenda pembangunan negara seharusnya peka dan sayangi alam sekitar. Pendidikan alam sekitar kepada rakyat perlu diberi perhatian oleh kerajaan selain kerajaan negeri yang berkuasa penuh ke atas kawasan hutan memantau segala operasi pembangunan di kawasan hutan agar tidak memusnahkannya atas nama pembangunan. Malah, pembukaan tanah untuk pertanian di kawasan tanah tinggi pada masa akan datang perlulah menekankan kepada kaedah pemilihan tanaman yang sesuai, amalan peraturan pemuliharaan tanah sedia ada dan pemakaian teknologi baru seperti penanaman di bawah SPH.Ini akan dapat menyelamatkan bumi ini daripada dihakis dan yang lebih penting dapat selamatkan nyawa yang mendiaminya.

20

21

Related Documents