Manusia Dan Alam Sekitar

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Manusia Dan Alam Sekitar as PDF for free.

More details

  • Words: 4,576
  • Pages: 17
HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

PENGHARGAAN

,

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat saya menyiapkan tugasan ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran. Setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu DR KADIR BIN JAAFAR di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan. Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan – rakan di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilaiharganya sepanjang semester ini. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya. Terima Kasih. Azman Bin Salleh 750312-02-5163 1 AZMAN SALLEH 750312025163

HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

ISI KANDUNGAN Halaman PENGHARGAAN

1

KANDUNGAN

2

1. SOALAN 1 1. Pengenalan

3

1.2 Faktor – faktor mempengaruhi pertumbuhan penduduk

4-7

2. SOALAN 2 2.Pengenalan

7-8

2.1 Kesan – kesan positif

9-10

3. SOALAN 3 3. Pengenalan

11

3.1 Cabaran – cabaran

11-12

4. SOALAN 4 4. Pengenalan

13

4.1 Cadangan – cadangan

14-15

5. RUMUSAN

16

6. BIBLIOGRAFI

17

SOALAN TUGASAN 2 AZMAN SALLEH 750312025163

HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Pertumbuhan penduduk yang tinggi pada lazimnya mendorong pertumbuhan ekonomi. Contohnya, negara amerika Syarikat mempunyai jumlah penduduk 264 juta dan negara Jepun mempunyai jumlah penduduk 124 juta orang. Penduduk di kedua – dua negara ini merupakan aset bagi pertumbuhan ekonomi negara. Di negara negara lain seperti India, Nigeria dan Indonesia, jumlah penduduk adalah tinggi tetapi penduduknya menjadi beban kepada kerajaan kerana perlu menanggung kos tinggi untuk menyediakan perkhidmatan. Maka, penduduk yang mempunyai kualiti akan dapat memanfaatkan kekayaan alam, modal dan seterusnya menyebabkan berlakunya pertumbuhan ekonomi. SOALAN 1 Berdasarkan kepada petikan di atas, bincangkan faktor – faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk dari segi faktor biologi, faktor ekonomi dan faktor teknologi. 1. PENGENALAN Menurut Modul OUM HBSS3103 Manusia dan Alam Sekitar (2007), menerangkan dalam geografi penduduk, istilah pertumbuhan penduduk digunakan dalam erti kata yang seluas – luasnya untuk meliputi bilangan perubahan penduduk yang mendiami sesuatu kawasan pada masa tertentu, tidak kira sama ada perubahan itu negatif atau positif. Kadar pertumbuhan penduduk dunia yang cepat hanya berlaku dalam pertengahan abad ke-17. Sungguhpun data pertumbuhan penduduk tidak diperoleh, dianggarkan kadar pertumbuhan tahunan penduduk bertambah dua kali ganda di antara tahun 1650 dengan 1850, berganda lagi dalam tahun 1920 dan sejak tahun itu, penduduk terus meningkat.Sejarah pertumbuhan penduduk dunia bermula dengan kadar yang perlahan sebelum kurun ke-19, bertambah pesat semasa kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 dan bertambah dengan pesatnya pada pertengahan kedua kurun ke-20.

1.2 FAKTOR – FAKTOR MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN PENDUDUK

3 AZMAN SALLEH 750312025163

HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Sekarang mari kita lihat antara faktor – faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk. Faktor yang pertama yang dapat kita lihat di sini ialah faktor biologi. Menurut Modul OUM HBSS3103 Manusia dan Alam Sekitar (2007), Struktur umur menentukan nisbah penduduk dalam kumpulan umur pembiakan dan seterusnya mempengaruhi kadar kelahiran. Kadar fertiliti yang tinggi menyebabkan kadar kelahiran turut tinggi dan ini pula menyebabkan pertumbuhan penduduk tinggi di negara – negara sedang membangun. Di negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat, para penyelidiknya telah maju serta menyediakan program – program yang membantu penduduknya untuk mendapat anak serta penyediaan perkhidmatan kesihatan yang amat sempurna membantu penduduknya menambah bilangan ahli keluarga. Dengan keadaan sebegini, faktor biologi membantu kepada sesebuah negara meningkatkan penduduk mereka. Namun begitu, di India dan Indonesia, jumlah kepadatan penduduk mereka telah memberi masalah kepada kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan yang sempurna kepada rakyatnya. Secara amnya, jika sesbuah negara itu stabil dan rakyatnya mempunyai tahap kesihatan yang tinggi, maka populasi akan bertambah dengan kadar kematian akan berkurangan dan di masa yang sama dapat meningkatkan tahap kesuburan. Seterusnya, kita lihat faktor kedua yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk di sesebuah negara iaitu faktor ekonomi. Tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan ekonomi dan pertumbuhan populasi mempunyai hubungan yang secara langsung. Diandikan apabila salah satunya berubah seperti pembangunan ekonomi, pertumbuhan populasi juga turut berubah dan begitulah sebaliknya. Walaubagaimana pun, corak perubahannya mungkin boleh berubah mengikut masa. (Populasi dan Alam Sekitar, Scribd)(2009). Menurut Clark (1967) dalam http://www.pdfcoke.com ‘Populasi dan Alam Sekitar’ (2009), ada menyatakan bahawa pertumbuhan populasi hanyalah daya yang cukup berkuasa untuk membuatkan komuniti berubah mengikut cara mereka, dan dalam perubahan jangka masa panjang mereka akan lebih maju dan menjadi masyarakat produktif. Dunia ini masih mempunyai sumber fizikal pertanian dan mineral yang banyak yang belum digunakan. Di dalam industri komuniti, kesan faedah ekonomi adalah besar dan pasaran berkembang dengan pesat. Masalah utama yang dibentuk oleh pertumbuhan populasi bukan disebabkan kemiskinan, tetapi secara luar biasanya peningkatan kekayaan secara pantas dalam beberapa kawasan bantuan untuk pertumbuhan populasi menarik populasi akan datang melalui migrasi dan penyebaran bandar yang tidak tersusun. 4 AZMAN SALLEH 750312025163

HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Maka boleh dikatakan di sini bahawa dengan pertumbuhan ekonomi yang meningkat di sesebuah negara, maka akan berlakunya dan mempengaruhi pertambahan bilangan penduduk di negara tersebnut. Contohnya di Jepun, perindustrian merupakan sektor ekonomi yang utama manakala sektor pertanian merupakan bahagian kecil yang menyumbang kepada ekonomi di Jepun, maka dengan peningkatan ekonomi yang makin stabil, kerajaannya mampu mengimpot makanan seperti beras untuk menampung keperluan hidup rakyatnya. Dengan jumlah penduduk seramai 264 juta orang, tenaga kerja tidak menjadi masalah bagi negara Jepun dan sebagai sebauah negara maju, penawaran pekerjaan amat tinggi dan ini juga mendorong untuk rakyatnya mempunyai keluarga yang besar. Faktor yang ketiga merujuk kepada faktor teknologi.Menurut laman web di http://ajidedim.wordpress.com/teknologi-islami/technology/ ada menyatakan makna Teknologi, menurut Capra (2004, 106) seperti makna ‘sains’, telah mengalami perubahan sepanjang sejarah. Teknologi, berasal dari literatur Yunani, yaitu technologia, yang diperoleh dari asal kata techne, bermakna wacana seni. Ketika istilah itu pertama kali digunakan dalam bahasa Inggeris di abad ketujuh belas, maknanya adalah pembahasan sistematis atas ‘seni terapan’ atau pertukangan, dan berangsur-angsur artinya merujuk pada pertukangan itu sendiri. Pada abad ke-20, maknanya diperluas untuk mencakup tidak hanya alat-alat dan mesin-mesin, tetapi juga metode dan teknik non-material. Yang bererti suatu aplikasi sistematis pada teknik mahupun metode. Sekarang sebagian besar definisi teknologi, lanjut Capra (2004, 107) menekankan hubungannya dengan sains. Ahli sosiologi Manuel Castells seperti dikutip Capra (2004, 107) mendefinisikan teknologi sebagai ‘kumpulan alat, aturan dan prosedur yang merupakan penerapan pengetahuan ilmiah terhadap suatu pekerjaan tertentu dalam cara yang memungkinkan pengulangan. Hubungkait teknologi dengan kadar populasi memainkan peranan yang amat penting. Contohnya, ia dapat membantu kadar kelahiran dan pengurangan kadar kematian. Ini disebabkan oleh kemajuan taraf kesihatan da teknologi perubatan yang dapat mengawal pelbagai penyakit berbahaya serta mengurangkan risiko kematian bayi yang baru dilahirkan. Malahan, pelbagai penyakit yang membawa kematian seperti hepetatis B, malaria, taun dan lain – lain penyakit dapat dikurangkan melalui teknologi perubahan moden yang pesat berkembang di dunia contohnya di benua Amerika Utara dan Selatan, Asia, Oceania, Afrika dan Eropah. Menurut Modul OUM HBSS3103 Manusia dan Alam Sekitar,163 (2007).

5 AZMAN SALLEH 750312025163

HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Selain itu, peningkatan teknologi yang tinggi di bidang pemakanan juga menyumbang kepada peningkatan populasi. Ini berikutan kemampuan untuk mengeluarkan hasil tanaman dan makanan yang sihat berserta teknik penanaman yang sihat dan berkesan. Makanan yang dihasilkan bermutu dan dijamin tahap kesihatannya maka ia dapat menyimbang kepada kesihata populasi dan pensuburan individu. Kawalan mutu makanan yang diselia dengan menggunakan teknologi tinggi lebih menjamin mutunya dan disamping penggunaan baja dan racun yang telah dikaji keberkesanan dan tidak mempunyai kesan sampingan. Teknologi juga memainkan peranan penting di dalam menyediakan perkhidmatan perubatan terutama kaedah rawatan moden yang menggunakan alatan yang canggih dapat membantu mengesan kanser serta berupaya mencegah dan mengubatinya. Kesimpulannya, kadar pertumbuhan populasi amat berkait rapat dengan ketiga – tiga faktor yang dinyatakan di atas. Walaupun terdapat berbagai faktor lagi namun ketiga- tiga ini adalah yang memainkan peranan yang paling penting di dalam mempengaruhi kadar pertumbuhan populasi di dunia. Faktor biologi memainkan peranan di dalam menyumbang kepada tahap kelahiran di mana golongan muda memainkan peranan penting untuk melahirkan seramai mungkin ahli keluarga berbanding dengan golongan tua. Namun, peranan sesebuah kerajaan menyediakan program yang sesuai dan bertepan untuk menjamin pertumbuhan kadar penduduknya serta menyediakan perkhidmatan yang secukupnya. Begitu juga dengan keadaan iklim dan persekitaran tempat tinggal memacu kepada pertumbuhan penduduk. Contohnya, di India, China dan Indonesia yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi berbanding di negara Eropah dan Afrika. Dari segi ekonomi pula, peranan yang lebih penting kepada kadar pertumbuhan kerna dengan keadaan ekonomi yang stabil, penduduk dapat menimbulkan keinginnan untuk menambah bilangan ahli keluarga. Maka tidak hairanlah negara – negara maju di dunia mempunyai kadar bilangan penduduk yang tinggi. Berikuta dengan fakta tersebut, maka mantan Perdana Menteri kita dahulu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad telah merangka satu dasar yang dikenali sebagai Dasar Kependudukan Negara yang ingin mencapai matlamat 70 juta rakyat Malaysia. Pada pandangan beliau, apabila populasi sesebuah negara meningkat dengan pesat, ekonomi turut berkembang serta pemintaan dan penawaran di dalam semua bidang akan meningkat dan seimbang.

6 AZMAN SALLEH 750312025163

HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Maka, apabila peningkatan penduduk serta ekonomi meningkat, arus teknologi memainkan peranan penting di dalam menyediakan perkhidmatan serta mengimbangi situasi yang berlaku. Alatan moden dan canggih mampu memangkin penjanaan kadar pertumbuhan dengan menyediakan bahan – bahan perubatan yang dapat membendung penularan penyakit serta mengurangkan kadar kematian. Selain itu, alatan moden dan canggih juga dapat membantu menikkan taraf kehidupan dan kesihatan rakyat serta menyediakan pemakanan yang sihat yang dapat membantu tahap kesuburan rakyat. Malah kini di Malaysia sendiri, bagi pasangan yang belum mempunyai anak, boelh mengikuti program serta menjalani rawatan kaedah penanaman benih melalui program persenyawaan yang ditawarkan oleh yayasan yang dibangunkan oleh Tuanku Permaisuri Sultan Pahang. SOALAN 2

Huraikan Empat kesan positif migrasi penduduk terhadap negara sedang membangun. Beri contoh yang relevan untuk menyokong jawapan anda. 2.1 PENGENALAN Sebelum kita menghuraikan kesan positif tersebut, mari kita lihat dahulu apa itu migrasi? Migrasi menurut Beny Darmawan(2007) menyatakan Migrasi merupakan suatu reaksi atas kesempatan ekonomi pada suatu wilayah. Faktor ekonomi merupakan motif yang paling sering dijadikan sebagai alasan utama dalam keputusan seseorang untuk melakukan migrasi. Untuk mengetahui perkiraan pola migrasi yang terjadi antarprovinsi di Indonesia, makalah ini mencuba melakukan estimasi pola migrasi antarprovinsi melalui ”indeks ketertarikan ekonomi” dari Model Hybrida, yaitu suatu pengembangan model dari model gravitasi dalam analisis migrasi yang melibatkan variabelvariabel ekonomi sebagai faktor utama dalam mempengaruhi pola migrasi. Manakala hal ini dipertegas lagi oleh Tommy Firman (1994) dalam Beny Darmawan (2007) bahwa migrasi (perpindahan penduduk) sebenarnya merupakan suatu reaksi atas kesempatan ekonomi pada suatu wilayah. Pola migrasi di negara-negara yang telah berkembang biasanya sangat rumit (kompleks) menggambarkan kesempatan ekonomi yang lebih seimbang dan saling ketergantungan (interdependensi) antara wilayah di dalamnya. Sebaliknya di negaranegara berkembang biasanya pola migrasi menunjukkan suatu pengutuban (polarisasi), iaitu 7 AZMAN SALLEH 750312025163

HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

pemusatan arus migrasi ke daerah-daerah tertentu saja, khususnya kota-kota besar. Migrasi ini juga merefleksikan keseimbangan aliran sumber daya manusia dari suatu wilayah ke wilayah lainnya. Menurut World Trade Organisation (WTO), tiada definisi jelas untuk negara membangun (developed country) dan negara sedang membangun (developing country). Klasifikasi dilakukan oleh negara itu sendiri sama ada untuk meletakkan dirinya sebagai sebuah negara membangun atau negara sedang membangun. Namun, anggota-anggota negara yang lain boleh mempersoalkan mana-mana negara yang difikirkan tidak sesuai berada di dalam klasifikasi yang dipilih. Di kebanyakan negara-negara sedang membangun, permasalahan ketara yang sering dihadapi adalah kemiskinan, kesukaran untuk memperolehi pelajaran, kemunduran sains dan teknologi dan aliran tunai yang rendah – pendapatan per kapita yang rendah. Permasalahan ini menyebabkan rakyat Negara-Negara Sedang Membangun sukar untuk menikmati suasana kehidupan yang dianggap selesa atau mempunyai pendapatan rumah tangga (Household Income) di atas paras kemiskinan, menurut piawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Jika ada, bilangannya amat kecil berbanding dengan jumlah penduduk negara tersebut. (dimuat turun dari www.angkasa.coop/pelancar/Arkib/nov05/november18.htm (2009).

2.2 KESAN – KESAN POSITIF Setelah mengetahui makna migrasi dan definisi negara membangun, maka dapat kita huraikan empat kesan positif hasil daripada migrasi yang berlaku di sesebuah negara. Antara empat kesan positif tersebut ialah: 1) Melalui migrasi, sesuah negara dapat mengatasi masalah kekurangan pekerja atau tenaga buruh. Dengan kebanjiran pendatang asing, masalah ini dapat diatasi dengan berkesan. Antara contohnya ialah di negara kita sendiri, dengan wujudnya pembangunan maka banyak projek – projek yang perlu dilaksanakan maka, dapat kita lihat sekarang ini ramai pekerja asing yang memenuhi permintaan pekerjaan tersebut. Maka, dapatlah projek – projek tersebut dibina mengikut jadual yang ditetapkan. Selain itu, kalau dilihat dari sudut lain, ia juga dapat mengurangkan kadarpengangguran di sesbuah tempat. Migrasi 8 AZMAN SALLEH 750312025163

HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

dalaman seperti berpindah ke tempat lain juga adalah satu contoh positif yang baik seperti berpindah dari kawasan yang kurang maju ke kawasan yang lebih maju dan banyak menawarkan peluang pekerjaan. 2) Kemasukan golongan golongan yang profesional juga banyak membantu negara tersebut.

Ini membawa erti contoh kepada tenaga profesional yang migrasi masuk ke sesebuah negara dengan membawa kepakaran mereka. Di Malaysia, kita mengalu – alukan kehadiran merekaseperti ini untuk memenuhi permintaan di dalam negara maka dengan ini, pakar pakar sesuatu bidang dapat ditambah di dalam negara. Seperti di Amerika Syarikat, mereka dibenarkan memiliki dua kerakyatan dan amat mudah untuk mendapat kerakyatan di sana. Dengan kedatangan golongan ini mampu memacu sesebuah negara dengan lebih efisyen dan maju. Melihat contoh di Malaysia, kita kekurangan tenaga kerja dalam bentuk pembantu rumah maka dengan kedatangan pembantu rumah dari negara luar sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah kepada kita. Malah kita tahu, Indonesia dan Filipina antara negara yang banyak menwarkan pembantu rumah di seluruh dunia. 3) Pengaliran mata wang ke dalam negara kita mengambil tempat dalam kesan positif yang

ketiga. Melihat dari sudut ini apabila ada antara penduduk sesebuah negara keluar melakukan migrasi dan hampir setiap bulan akan mengutus wang kembali ke negara asalnya. Ini akan menguntungkan pertukaran wang asing. Di Malaysia, hampir boleh dikatakan setiap bulan, para pendatang mengirim wang ke negara asal maka pengaliran wang ini menguntungkan negara mereka dengan keluarga merekadi sana akan membelanjakan wang tersebut maka, ekonomi mereka akan bergerak ke arah yang lebih stabil. Melihat dari dalam negara pula, adalah diharap rakyat kita yang melakukan migrasi akan kembali ke tanah air dengan membawak kepakaran yang telah di timba serta melakukan keuntungan yang tinggi dan dapat pula melabur kembali ke negara asal. 4) Migrasi keluar juga banyak membantu kepada negara atau bandar yang mempunyai

kepadatan penduduk. Contohnya Pulau Jawa, yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi maka adalah digalakkan kepada penduduknya untuk melakukan migrasi agar pertama, dapat menyelesaiakan masalah pengangguran di mana peluang pekerjaan di Pulau Jawa amat terhad dan tidak seimbang dengan jumlah penduduknya. Kedua, melalui cara ini, kerajaan Indonesia juga dapat menangani masalah setinggan yang terdapat di Jawa. Dengan penghijrahan ini, maka semakin kuranglah jumlah rumah setinggan yang 9 AZMAN SALLEH 750312025163

HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

wujud. Ketiga, kerajaan Indonesia juga dapat mengurangkan kos perkhidmatan yang perlu ditawarkan kepada penduduk yang yang ramai itu. Kesimpulannya, kemasukan atau proses migrasi sebenarnya memberi banyak kesan yang positif kepada sesebuah negara. Dua jenis migrasi yang dikategorikan ialah dalaman dan luaran. Dalaman bermaksud di dalam sesebuah negara itu sendiri dengan berhijrahnya rakyat dari sesuatu tempat ke tempat yang lebih menawarkana peluang pekerjaan dan sebagainya yang lebih baik seperti wujudnya kawasan FELDA yang disediakan khas kepada rakyat yang memerlukan. Begitu juga migrasinya penduduk daripada kawasan yang kurang maju ke kawasan yang lebih maju untuk meningkatkan taraf kehidupan masing – masing. Migrasi luaran bermaksud migrasi ke luar dari negara asal dan berhijrah mencari rezeki di luar negara. Indonesia dan Filipina antara negara yang menawarkan rakyatnya keluar dari kelopok kemiskinan dan mencari peluang dan rezeki di negara lain akibat tidak mampu menawarkan pekerjaan kepada penduduknya. Ini sedikit sebanyak membantu pengaliran mata wang asing ke dalam negara mereka selain mengurangkan kos untuk menyediakan perkhidmatan yang sempurna kepada rakyatnya disamping menyelesaikan masalah kemiskinan yang tegar di negara mereka. Namun tidak dinafikan, selain kesan positif masih banyak juga kesan negatif yang ditimbulkan akibat daripada migrasi. SOALAN 3 Bincangkan cabaran – cabaran kepada negara Malaysia dari segi menyediakan peluang – peluang pekerjaan dalam sektor perkilangan. 3.1 PENGENALAN Dahulu kita tahu bahawa ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesat maka terdapat banyak projek – projek pembangunan yang telah wujud dan berjalan lancar. Maka, melalui fakta ini wujudlah peluang pekerjaan yang luas dan juga menimbulkan masalah kepada kerajaan untuk menampung kekurangan pekerja. Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing datang untuk mencari rezeki yang lumayan dan dengan keadaan ini ia juga telah menimbulkan pelbagai cabaran bagi kerajaan Malaysia untuk ditangani. Namun kini, keadaan ekonomi dunia agak perlahan dan lembap maka, kebanyakkan sektor perindustrian dan perkilangan mengalami kemerosotan yang agak teruk. Ini telah menimbulkan banyak masalah kepada negara terutama cabaran bagi menangani masalah pengangguran dan kemiskinan. 10 AZMAN SALLEH 750312025163

HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

3.2 CABARAN - CABARAN Antara cabaran – cabaran yang perlu ditangani oleh negara Malaysia pertamanya kita lihat dari segi isu graduan yang menganggur. Kebanyakkan graduan di negara kita mempunyai persepsi yang berbeza terhadap sektor perkilangan. Mungkin mereka melihat tiada peluang menggilap kerjaya masa hadapan dalam sektor perkilangan dan tidak ramai yang memilihnya sebagai satu pilihan utama. Maka, peranan kerajaan amat penting menyedarkan mereka tentang pandangan negatif ini seperti mengadakan seminar atau kursus yang berkaitan bagi meningkatkan minat mereka terhadap sektor perkilangan. Rata – rata kita dengan lepasan graduan yang merungut tidak mendapat pekerjaan namun sebenarnya ada yang memilih kerjaya. Lantaran itu, perlu diadakan promosi dan bengkel yang boleh menyemarakkan semangat mereka untuk menceburkan diri di dalam sektor perkilangan. Sektor perkilangan amat penting di dalam menjana ekonomi negara namun masih terdapat jurang di dalam minat dan mencari kerjaya di dalam sektor tersebut. Mohd Nahar Mohd Arshad (2009), menyatakan bahawa data menunjukkan gunatenaga dalam sektor perindustrian ialah 36%, perkhidmatan ialah 51% dan pertanian 13%. Jelas menunjukkan kecenderungan gunatenaga Malaysia lebih kepada sektor perkhidmatan. Namun dilihat pula pada data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sektor perindustrian menymbang sebanyak 44.6%, perkhidmatan 45.7% dan pertanian 9.7%. Nyata sekali bahawa sektor perindustrian mendapat persaingan hebat dari sektor perkhidmatan. Melihat keadaan ini, langkah drastik perlu dilakukan oleh kerajaan supaya minat gunatenaga beralih kepada sektor perkilangan kerana ini mampu menimbulkan ketidakseimbangan dalam pasaran buruh sektor berkenaan. Cabaran seterusnya ialah masalah kebanjiran pendatang asing yang memenuhi permintaan buruh di negara kita. Walau pun pertama tujuannya untuk memenuhi permintaan buruh namun kesan negatif yang di bawa masuk juga mempengaruhi keamanan di Malaysia. Selain peluang – peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan juga semakin mengecil, masalah sosial dan sebagainya kini menjadi tajukutama kerana seringkali kita lihat di dada akhbar tentang jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing ini. Masalah penempatan mereka juga menjadi satu bebanan kepada kerajaan serta perlu menanggung kos bagi menyelesaikan masalah ini. Rakyat tempatan juga terhimpit dan terpaksa bersaing dengan mereka malah dengan jenayah yang di bawa, kehidupan rakyat tempatan agak terganggu. Selain itu, sektor perkilangan juga berhadapan dengan persaingan global. Mohd Nahar Mohd Arshad (2009), menyatakan negara – negara seperti Vietnam, China dan India kini muncul 11 AZMAN SALLEH 750312025163

HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

sebagai hub perindustrian baru dengan kos yang lebih murah. Ini menyebabkan kebanyakkan pelabur asing telah beralih ke negara – negara tersebut kerana kos buruh lebih rendah berbanding Malaysia. Banyak kilang – kilang tutup dan menyebabkan peratus pengangguran meningkat. Maka amat wajar jika Perdana Menteri kita telah menyediakan suntikan kewangan kepada sektor ini untuk menampung kerugian yang lebih tinggi. Pihak kerajaan juga telah menawarkan kursus – kursus dan bengkel kepada rakyat dengan di beri elaun supaya dapat membantu mereka merancang kerjaya mereka. Ini dilakukan kerana untuk mengekal kompetetif serta mengelakkan rakyat beralih kepada sektor lain seperti perkhidmatan. Jelas dapat disimpulkan di sini bahawa kerajaan perlu bersikap terbuka serta bertindak menangani masalah ini. Antara cadangan yang boleh diketengahkan selain di atas ialah dengan mengadakan polisi – polisi baru negara berkaitan dengan undang – undang perkilangan seperti dipermudah untuk mendirikan kilang serta mengurangkan kadar cukai yang dikenakan kepada pelabur yang ingin melabur di Malaysia agar mereka terus berlabur di sini dan lebih banyak peluang pekerjaan ditawarkan kepada rakyat. Isu gaji juga penting di mana, kerajaan perlu meletakkan gaji minima yang tinggi agar rakyat berminat untuk mencebur di dalam sektor ini. Selain itu, pengawalan kebanjiran pendatang asing perlu di bendung dan di hadkan kepada sesuatu bilangan agar rakyat tempatan tidak menerima persaingan yang hebat dari mereka. Untuk mencapai sesuatu kejayaan perlu ada pengorbanan dan kita tidak mahu keadaan seperti pepatah ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’.

SOALAN 4 Sebagai seorang warga alam sekitar, jelaskan bagaimana anda boleh membantu memelihara kawasan alam sekitar di sekeliling kawasan tempat tinggal anda. 4.1 PENGENALAN Alam semula jadi merupakan satu anugerah Allah SWT yang amat bersar dan tidak ternilai kepada seluruh umat manusia. Pemeliharaanya adalah menjadi tanggungjawab manusia bersama. Norzaidan bin Hamad (2007) menyatakan memelihara dan mencintai alam sekitar yang dianugerahkan oleh Allah SWT amatlah dititikberatkan oleh Islam bagi memastikan kesinambungan kehidupan manusia sejagat. Segala sesuatu di alam ini disusun dan diatur oleh Allah dengan sempurna demi kepentingan manusia dan juga makhluk – makhluk lain. Kemajuan 12 AZMAN SALLEH 750312025163

HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

yang dicapai oleh manusia dalam pelbagai displin ilmu dan kecanggihan teknologi telah membuktikan bahawa Allah benar – benar menciptakan alam ini untuk dimanfaatkan oleh manusia. Alam tabii yang dianugerahkan Allah ini adalah untuk manusia mendapat manfaat daripadanya. Mereka yang beriman dan menghayati nilai – nilai baik akan sentiasa mencintai alam yang penuh dengan nikmat yang ada padanya. Keindahanan flora dan fauna telah memperlihatkan kepada kita akan hakikat kebesaran dan keagungan Allah. Firman Allah dalam surah Ar-Ra’d ayat 3 bermaksud: ‘Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung – ganang ( terdiri kukuh) serta sungai – sungai (yang mengalir) dan dari tiap – tiap jenis buah – buahan, Dia jadikan padanya berpasangan. Dia juga melindungi siam dan malam silih berganti. Sesungguhnya semua itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir’ Firman Allah lagi di dalam surah Al-A’laa ayat 2-3 yang bermaksud: ‘Yang

telah

menciptakan

(sekalian

makhlukNya)

serta

menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya. Dan telah mengatur (keadaan makhluk – makhlukNya)

serta

memberikan

hidayah

petunjuk

(ke

jalan

keselamatan dan kesempurnaannya)’. 4.2 CADANGAN – CADANGAN Setelah mengetahui definisi alam sekitar, maka adalh menjadi tanggungjawab kita sebagai manusia dan khalifah di muka bumi ini untuk memelihara dan menjaga alam sekitar agar manfaatnya dapat dinikmati bersama. Sebagai seorang guru dan juga penduduk di sebuah kawasan taman, saya mencadangkan beberapa perkara yang dapat membantu persekitaran saya agar alam sekitar terjaga. Antara cadangan tersebut ialah: 1. Mewujudkan satu organisasi menjaga alam sekitar di kawasan tempat tinggal. Ini merujuk kepada mewujudkan jawatan kuasa yang menjaga dan menguruskan hal kebersihan serta penjagaan alam sekitar di kawasan tersebut. Organisasi ini bertujuan untuk merancang serta melancarkan sesuatu program yang dapat dijalankan di kawasan tersebut. 13 AZMAN SALLEH 750312025163

HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

2. Menggalakkan setiap rumah untuk menanam pokok. Ini adalah bertujuan menyemai semangat hijaukan bumi. Sumbangan benih pokok juga mungkin boleh disalurkan ke setiap rumah. Dengan cara ini, ia membantu menghijaukan bumi serta dapat mengekalkan bekalan oksigen. 3. Menjalankan kempen kesedaran mengenai undang-undang kepada semua

pihak yang melanggar peraturan atau Akta Kualiti Alam Sekitar. Menurut Hamidi Ismail & Tuan Pah Rokiah Syed Hussain (2005), bagi mewujudkan suatu iklim pengurusan alam sekitar yang mengambil kira kepentingan generasi kini dan akan datang, pelbagai langkah telah diatur dan dimulakan oleh kerajaan sejak seawal 1970-an lagi dengan tergubalnya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS1974) yang di pinda beberapa kali sehingga ke hari ini bagi mewujudkan kesesuaian perkembangan dan keperluan semasa. Ini merujuk kepada polisi polisi kerajaan yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar. Kempen –kempen seperti ini dijalankan mungkin pada setiap hujung minggu dengan mengadakan aktiviti gotong royong dan sebagainya. 4. Mengadakan ceramah penjagaan alam sekitar di dewan orang ramai atau di masjid-masjid serta surau-surau. Organisasi yang dibentuk mampu menjemput penceramah dari jabatan alam sekitar untuk memberi penerangan dengan lebih jelas lagi kepada penduduk. 5. Memperingati penduduk supaya sentiasa peka dengan isu ini serta menanam semangat kasih sayang terhadap alam flora dan fauna. Kepentingan menjaga kebersihan serta tidak membuang sampah merata-rata yang mampu mengganggu ekosistem alam semulajadi. Ini bertujan membentuk jati diri para penduduk dan seterusnya menjadikan setiap isi rumah itu sebagai seorang warga alam sekitar. Norzaidan Hamad (2007), mencintai alam sekita adalah merupakan tuntutan dalam Islam. Dalam membincangkan kecintaan kepada alam sekitar, ianya amat berkait rapat dengan penjagaan dan pemuliharaan. Pemuliharaan alam sekitar merupakan tanggungjawab semua golongan, terutamanya golongan pencinta alam atau environmentalist yang bersungguh-sungguh memainkan peranan dalam menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar. Pemuliharaan untuk menyelamatkan alam bukanlah

14 AZMAN SALLEH 750312025163

HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

semata-mata untuk tujuan kegunaan manusia sahaja sebaliknya merupakan tuntutan Allah SWT untuk memelihara alam yang indah ini. Kesimpulannya, kita sebagai manusia yang hidup dimuka bumi ini perlulah memainkan peranan yang penting di dalam menjaga dan memulihara alam sekitar. Kalau bukan kita yang menjaganya siapa lagi. Sikap dan mentaliti dari dalam diri perlu disemai sejak bangku sekolah lagi. Kita perlu tahu tentang ungkapan ‘Kita tidak mewarisi alam ini kepada anak cucu kita, tetapi kita meminjamnya daripada mereka’.

5. RUMUSAN Dapat dirumuskan di sini setelah saya melakukan tugasan kali ini telah banyak memberi manfaat serta input kepad pengetahuan saya. Bermula daripada faktor – faktor yang mempengaruhi kadar pertumbuhan penduduk di sesebuah negara di mana tiga faktor yang memainkan peranan penting iaitu dari sudut biologi, ekonomi dan teknologi. Ianya memacu dan mampu menjana tenaga buruh bagi sesebuah negara aidainya faktorfaktor ini sentiasa dititikberatkan. Sebagai sebuah negara yang bergerak maju, Malaysia perlu terus menyediakan faktor – faktor ini bagi merealisasikan Dasar Kependudukan Negara yang telah dirancang semoga Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara maju pada suatu hari nanti. Seterusnya, dapatlah dihuraikan dengan jelas berkaitan dengan kesan positif migrasi yang memberi impak terutama kepada negara asal serta negara yang dimigrasi. Pokok penting, ianya dapat menyelesaikan masalah kepada negara selain memberi kesenangan kepada penduduknya. Namun masih terdapat banyak juga kesan negatif yang boleh dibincangkan. Mencari keselesaan dan rezeki adalah tuntutan bagi kita semua dan apa yang penting ialah niat yang kita tanam di hati. Sebagai sebuah negara yang bergerak maju, maka perlulah ditempuhi pelbagai cabaran – cabaran. Cabaran yang paling getir bagi sesebuah negara ialah apabila pasaran ekonomi merudum. Ini kerana implikasinya amat kuat terutama kepada sektor perjawatan 15 AZMAN SALLEH 750312025163

HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

iaitu pekerjaan. Rata – rata kini, peluang pekerjaan adalah amat terhad ditambah pula dengan limpahan graduan menganggur, maka satu tidakan drastik serta inisiatif kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Akhirnya, sebagai seorang manusia yang cintakan alam sekitar, perlulah kita bertindak untuk menjaga dan mengekalkannya. Bencana dan musibah seperti banjir, gempa bumi, tanah runtuh dan sebagainya adalah hasil tindak balas alam terhadap kerosakan yang dilakukan keatasnya. Demi untuk menjaganya marilah kita sama – sama berganding bahu merealisasikan usaha kerajaan untuk menjaga alam sekitar. Bak kata pepatah ‘Perahu di air, pendayung ditangan, hanya nak mulakan sahaja’. ‘Tepuk dada, tanya iman’.

BIBLIOGRAFI Ajidedim (2009), Tazkiyah Peradaban – Pengertian Teknologi. Diperolehi pada 02 Nov 2009 dari http://ajidedim.wordpress.com/teknologi-islami/technology/ Beny Darmawan (2007), Perkiraan Pola Migrasi Antarprovinsi Di Indonesia. Universitas Indonesia, Depok. Hamidi dan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain (2005), Kelestarian Alam Sekitar Suatu Proses yang Lama. UUM, Sintok. Majalah Nasional Angkasa (2005), Mengapa Koperasi penting kepada Negara-negara Membangun. Diperolehi pada 02 Nov 2009 dari http://www.angkasa.coop/pelancar/Arkib/nov05/november18.htm Mohd Nahar Mohd Arshad(2009) Masa Hadapan Sektor Perindustrian Malaysia. University of Tasmania, Australia. Norzaidan Hamad(2007), Pemuliharaan Alam Semulajadi Mengikut Perspektif Pendekatan Islam Hadhari. Diperolehi pada 1 Nov 2009 dari http://www.pdfcoke.com/doc/15874392/Kewajipan-Memelihara-Alam-Sekitaredit1ForOnline Open University Malaysia (2007), HBSS3103 Manusia dan Alam Sekitar. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor. 16 AZMAN SALLEH 750312025163

HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Scribd (2007), Demografi dan Pembangunan. Diperolehi pada 01 Nov 2009 dari http://epyktn.blogspot.com/2007/10/kesan-migrasi-penduduk-terhadap-kawasan.html Scribd (2009), Populasi dan Alam Sekitar. Diperolehi pada 01 Nov 2009 dari http://www.pdfcoke.com/doc/18006177/Populasi-dan-Alam-Sekitar

17 AZMAN SALLEH 750312025163

Related Documents