Mawar Ayu Binti Jamal D 20051023523 AT 19- Pend. Awal Kanak-kanak KAP 3033- Perancangan Program Dan Strategi Pengajaran PAKK Kumpulan A Tmn U 24 ( LATIHAN)
MAIN PERANAN KANAK-KANAK ( AKTIVITI JUAL BELI DI PASAR ) PROSEDUR : Guru 1. Guru akan menunjukkan kepada murid gambar haiwan laut yang terdiri daripada ikan, udang, sotong dan ketam. 2. Guru akan menunjukkan dan menerangkan kepada murid gambar haiwan laut yang pelbagai saiz, warna dan bentuk. 3. Guru akan memberi penerangan tentang fungsi haiwan tersebut seperti haiwan laut boleh dimakan, dipelihara dan dijual. 4. Guru akan memberi sehelai kertas yang mempunyai gambar haiwan laut untuk diwarnakan dan digunting. 5. Guru akan menyuruh murid mewarna gambar tersebut mengikut contoh gambar yang diberikan. 6. Setelah selesai mewarna, guru akan menyuruh murid menggunting mengikut garis gambar haiwan laut. 7. Guru akan membimbing murid cara menggunting dan mewarna dengan betul. 8. Setelah selesai mewarna dan menggunting, murid akan dibahagikan kepada 5 kumpulan. 9. Guru akan menjalankan aktiviti lakonan dan membimbing murid menjayakan peranan mereka.
10. Dalam setiap ahli kumpulan, akan mempunyai beberapa watak seperti nelayan, penjual haiwan laut dan pembeli laut. Dalam satu kumpulan ada seorang nelayan, dua orang penjual dan dua orang pembeli. 11. Guru akan menyuruh murid memakai beberapa kostum dan peralatan asas sebagai seorang nelayan, penjual haiwan laut dan pembeli haiwan laut seperti kain pelikat, baju t-shirt, topi, bakul, duit, kalkulator. 12. Guru akan memberitahu isi kandungan cerita yang perlu disampaikan serta memberi beberapa perkataan asas dalam aktiviti jual beli di pasar. Misalnya, jual, beli, terima kasih, pilih, kira, harga dan elok. 13. Guru akan membimbing murid menjayakan watak masing-masing murid diberi kebebasan menggunakan perkataan sendiri tetapi mesti menggunakan perkataan yang telah diberikan. 14. Guru akan memberitahu kepada murid setiap kumpulan yang menjayakan lakonan dengan baik akan diberi markah bonus bulanan dan menerima hadiah.
Murid 1. Murid akan melihat contoh gambar haiwan laut seperti ikan, udang, sotong dan ketam. 2. Murid akan mendengar dan memahami penerangan yang diberikan oleh guru seperti mengetahui saiz, warna dan bentuk haiwan tersebut. 3. Murid akan melaksana arahan yang diterima dari guru iaitu mewarna dan menggunting gambar haiwan laut. 4. Murid akan mewarna gambar mengikut warna yang sesuai. 5. Setelah selesai, murid akan menggunting gambar tersebut mengikut garisan yang ditetapkan pada gambar. 6. Kemudian, murid akan membentuk 5 kumpulan untuk menjalankan aktiviti lakonan. 7. Murid akan memahami jalan cerita yang diterangkan oleh guru.
8. Murid akan memahami perkataan yang diberikan oleh guru iaitu jual, beli, terima kasih, pilih, kira, harga dan elok. 9. Murid akan memakai kostum dan menggunakan peralatan asas seperti sebagai seorang nelayan, penjual haiwan laut dan pembeli haiwan laut seperti kain pelikat, baju t-shirt, topi, bakul, duit, kalkulator. 10. Murid akan menjayakan watak masing-masing dengan bimbingan guru. Dalam satu kumpulan ada seorang nelayan, dua orang penjual dan dua orang pembeli. Objektif aktiviti : 1. Murid dapat meningkatkan keyakinan dan jati diri mereka. 2. Murid dapat memperkayakan perbendaharaan kata mereka. 3. Murid dapat mengenal haiwal laut dari segi sai, bentuk dan warna. 4. Murid dapat meningkatkan kordinasi mata dan tangan. 5. Murid dapat memperkembangkan psikomotor mereka. Nilai : 1. Bekerjasama. 2. Tolong-menolong. 3. Menghormati antara satu sama lain.