Mahmoud Ahmadinejad Mahmoud Ahmadinejad
محمود احمدینژاد
Mahmūd Ahmadinejād memberi ucapan di Columbia University pada September 24, 2007
Presiden Iran ke-6 Masih berkhidmat Mula berkhidmat 3 Ogos 2005 Naib Presiden Parviz Davoodi Didahului oleh Mohammad Khatami Digantikan oleh Lahir Kerakyatan Parti politik
28 Oktober 1956 Aradan, Iran Iranian Persatuan Jurutera Islam
Mahmoud Ahmadinejad ( )محمود احمدی نژادmerupakan Presiden Iran yang mencapai kemenangan besar yang mengangkatnya sebagai presiden pada 3 Ogos 2005. Beliau merupakan presiden paling kontroversi sejak Revolusi Islam 1979 di bawah pimpinan Ayatullah Imam Khomeini. Dia adalah Presiden yang tidak berasal daripada kaum Mullah yang selama puluhan tahun mendominasi jawatan ‘kekuasaan’ di Iran.
Kerjaya Beliau pernah menjadi Gabenor Wilayah Ardabil (1993-1997) dan Datuk Bandar Tehran pada 2004.
Sikap dan Pandangan
Beliau dilihat sebagai memberikan kesan yang berbeza kepada iklim politik sejagat. Sejak hari pertama beliau bertanding sebagai presiden sehingalah kemenangannya sebagai presiden pada 3 Ogos 2005, kenyataan dan pandangannya menjadi perhatian dan perkiraan. Sebahagian besar penganalisis mengaitkan kemenangan besar Ahmadinejad dengan sikapnya yang populis walaupun konservatif. Mereka mengaitkan kemenangannya dengan imej 'Mardomyar' atau sahabat rakyat sehingga golongan sederhana pun mengundi beliau walaupun mengetahui beliau sangat keras berpegang kepada khattul-Imam (garis-garis perjuangan yang ditetapkan Almarhum Imam Khomeini). Kehidupan presiden yang miskin itu, dengan hanya sebuah kereta Paykan buatan Iran yang buruk dan sebuah rumah buruk, ternyata menarik perhatian ramai. Ahmadinejad hidup sederhana seperti pemimpin-pemimpinnya, Imam Khomeini dan Ayatullah Sayyid Ali Khamenei (Rahbar). Semasa hayatnya, Imam memilih kehidupan yang sukar walaupun di puncak kuasa. Ketika menjadi pemimpin nombor satu di Iran, pernah berlaku berlaku bekalan elektrik terputus. Para pembantu membawa minyak ke rumah sewaan Imam untuk menghidupkan janakuasa bagi membolehkan pemanas atau heater berfungsi. Namun, Imam menolak. Kalau rakyat dan mustadh'afin menggigil kesejukan, Imam bertanya, mengapa pula dia harus bersenang-senang memasang pemanas? Begitu juga dengan Rahbar. Pernah berlaku tetamu-tetamu yang menziarahinya dihidangkan dengan minuman yang sepatutnya berais tetapi tanpa ais. Apabila ditanya, mengapa tiada ais? Pembantunya memberitahu, "peti ais rosak, belum ada duit lagi nak dibaiki". Terpulanglah sama ada hendak mempercayainya atau tidak, pemimpin nombor satu Republik Islam Iran yang kaya dengan minyak, salah satu kuasa minyak terbesar di dunia, tidak ada duit hendak membaiki peti aisnya yang rosak! Itulah juga jalan hidup yang dipilih oleh Ahmadinejad. Ketika menjadi pemimpin besar dan boleh mendapatkan wang semahu hati kalau dia mahu, Ahmadinejad pernah menegur anaknya kerana terlalu lama mengakses Internet kerana, "abah tak cukup duit nak bayar bil Internet banyak-banyak". Begitu keterlaluan untuk diterima sebagai kebenaran? Sebab itulah Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, ketika menyimpulkan mengapa orangorang seperti Ahmadinejad diberi perhatian dan perkiraan, berkata, "orang gerun kepada dia sebab dia yang perintah dunia, bukan dunia yang perintah dia". Maksudnya pesona kemewahan dunia tidak mampu menumpaskannya. Sambil mengakui pandangan itu, pandangan Almarhum Dr Kalim Siddique ketika menilai kejayaan Imam Khomeini mungkin lebih tepat. Menurut Dr Kalim, Imam berjaya kerana beliau berpegang dengan sistem nilai dan logiknya sendiri, yang terbentuk dalam pengajian dan kemudian komitmennya sebagai ulama di hauzah-hauzah dan husainiyah-husainiyah (pusat-pusat pengajian Islam). Beliau tidak membiarkan dirinya menjadi lembu yang diikat tengkuknya dengan sistem nilai dan logik Barat.
Jika beliau terlalu bimbang dengan pandangan, logik serta sistem nilai Barat, dunia mungkin tidak menyaksikan kejayaan Revolusi Islam. Perjuangan Imam sendiri mungkin tidak akan mendapat apa-apa dan tidak akan mencapai kejayaan, jika beliau tunduk dan patuh kepada peraturan, sistem nilai, logik serta disiplin ilmu Barat. Memilih kehidupan yang susah itu sendiri sebenarnya mencerminkan Imam, Rahbar dan Ahmadinejad berpegang kepada sistem nilai dan logik yang berlainan. Ketika logik umum para pemimpin dunia, termasuk sebahagian ulama dan pemimpin di Iran sendiri, memilih sistem nilai yang mahukan para pemimpin menunjukkan kehebatan dan kehidupan yang penuh kilau-kemilau kononnya "supaya dihormati musuh," mereka memilih sistem nilai dan logik yang samasekali berlainan. Mereka mungkin mencontohi logik dan sistem nilai yang dipegang oleh Sayyidina Husain r.a. yang berlainan dari logik dan sistem nilai orang-orang awam. Ketika Ibnu Umar r.a. menasihati Husain supaya jangan menempah maut dengan melakukan bara'ah atau pemisahan diri dari kepimpinan Yazid, Husain memilih logik seorang syahid yang percaya bahawa di atas titisan darahnya akan berlaku islah terhadap kehidupan beragama masyarakat yang dinodai pemerintahan yang dilihatnya sebagai bejat dan akan berlaku juga kebangkitan yang lebih hebat - Revolusi Islam Iran, yang menumpaskan Shah si badut dan boneka Israel dan Amerika yang durjana, berpegang kepada pendirian "setiap hari adalah 'Asyura dan setiap tempat adalah Karbala". Begitu juga Ahmadinejad. Beliau memilih untuk berpegang dengan logik dan sistem nilainya sendiri yang dibentuk oleh madrasah Khomeini dan Revolusi. Dalam mempertahankan hak yang sah negaranya untuk memajukan tenaga nuklear, beliau memilih untuk merongkai belenggu sistem nilai dan peraturan yang dipaksakan kuasa-kuasa besar yang jahat yang memperkudakan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Malah dalam menilai sejarah pun, Ahmadinejad dengan berani mengemukakan logik dan sistem nilainya sendiri dengan menyatakan Holocaust adalah suatu cerita dongeng untuk kepentingan dan niat jahat Zionis. Beliau malah mengajak ahli-ahli sejarah, ahli-ahli sains dan pakar pelbagai bidang yang berkaitan untuk bersidang dan menilai kebenaran Holocaust. Ahmadinejad dan para pemimpin yang dikasihinya memberikan pelajaran yang amat mudah kepada seluruh ummah. Jika mahu berjaya sebagai ummah yang Rabbani, mencapai kemuliaan diri serta tidak dipandang enteng oleh musuh-musuh, berpeganglah kepada sistem nilai, logik dan disiplin ilmu dari khazanah agama kita sendiri, Islam.