TEMPAT BERSEJARAH
RUMAH KELAHIRAN DR. MAHATHIR Pada 20 hb Disember 1925, Y.B Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Keempat Malaysia telah dilahirkan di rumah nombor 18, Lorong Kilang Ais, Alor Star, Kedah. Rumah kayu beratap nipah ini dibeli oleh ayah beliau, Mohamad bin Iskandar dari seorang penjual yang masa itu hendak mengahwinkan anaknya. Semasa dibeli, rumah ini tidak dicat dan mempunyai satu bilik sahaja mempunyai serambi tetapi tidak bertangga di hadapan. Rumah ini menggambarkan kehidupan zaman kanak-kanak Tun Dr. Mahathir. Di sinilah beliau dibesarkan sehingga berkahwin. Walaupun selepas beliau berpindah ke rumah sendiri di Titi Gajah, beliau tetap berkunjung ke rumah ini untuk menziarahi ibu bapa beliau. Projek membaik pulih Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad ini adalah atas cadangan Lembaga Muzium Negeri Kedah. Dalam mesyuaratnya pada 21 Ogos 1990, Lembaga telah mencadangkan pihak Arkib Negara dipertanggungjawabkan untuk mengambilalih dan memelihara rumah tersebut di bawah projek Arkib Perdana Menteri. Pihak Lembaga Muzium Negeri Kedah telah mendapat kebenaran bertulis daripada Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dan saudara-maranya melalui surat bertarikh 29 Jun 1990 untuk dibaikpulih bagi maksud pemuliharaan. Rumah ini diperolehi oleh Arkib Negara pada Mei 1993. Usaha memulihara dan memperbaiki rumah ini adalah untuk menyelamatkan tempat yang mempunyai nilai sejarah ini daripada lupus. Projek untuk membesarkan Kompleks Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad ini diteruskan pada tahun 2000 dengan membina beberapa ruang tambahan bagi mempamerkan gambar-gambar dan artifak mengenai Tun Mahathir Mohamad serta membaik pulih bangunan kilang ais yang terletak berhampiran dengan rumah kelahiran ini kerana kilang ais ini mempunyai satu nilai dan memori kepada Tun Dr. Mahathir sendiri. Ruang-ruang yang baru dibina ini adalah di dalam bentuk rumah tradisi melayu seperti Rumah Bujang, Rumah Bumbung Lima dan Rumah Bumbung Panjang. Selain menempatkan ruang pameran, pembesaran kompleks ini juga memberi lebih keselesaan kepada pelawat-pelawat dengan menyediakan ruang-ruang seperti auditorium, surau, tandas awam, wakaf dan tempat letak kenderaan.
C ATATA N SE PA NJ A NG PE R J AL A NA N A S A L U S U L S E J A R A H N YA D A R A H K U
SEKADAR CATATAN PRIBADI GETAR RASA YANG TERANGSANG SEPANJANG PERJALANAN YANG DIPOTRETKAN SEPANJANG HIDUP SEBAGAI TANDA KENANG KENANGAN SEBUAH KEHIDUPAN....GEMAR BERCUTI DENGAN KELUARGA. SELALUNYA BERKERETA KERANA BEBAS UNTUK BERHENTI DIMANA HENDAK BERHENTI, BERJALAN BILA BILA SAJA. PALING TERPAUT HATI PADA TEMPAT BERSEJARAH. SEJUK MEMANDANG PADA ALAM YANG HIJAU. TERSENTAK MATA DIHIDANGKAN DENGAN KEGONDOLAN BUKIT. (gambar bersama 4 anak, 2 didepan anak sendiri, 2 dibelakang anak saudara) SANGAT MENGALU ALUKAN SEBARANG PENAMBAHAN MAKLUMAT OLEH PENGUNJUNG BAGI PENJELASAN YANG LEBIH MENDALAM
F R I D A Y, 2 1 N O V E M B E R 2 0 0 8
DARI RUMAH DR MAHATHIR KE ISTANA ANAK BUKIT
Pagi ni hujan renyai renyai....capai basikal terus kayuh. Cuaca dingin, tak panas langsung. Bukit di hujung sana pun masih berkabus. Menarik sekali. Cadangnya nak pusing pusing sekitar Anak Bukit dimana terletaknya istana Sultan Kedah dan juga kediaman TDM bila beliau pulang ke Kedah.
Inilah rumah TDM...bukan yang didepan ni tapi yang dibelakang sana. Ini merupakan rumah yang dibeli beliau
setelah menjadi doktor dan apabila berkahwin beliau menjadikan kediaman ini kediaman utamanya di kedah sehinggalah sekarang. Dibelakang rumah ini terdapat sungai Anak Bukit......Rumah kelahiran TDM terletak ditengah tengah bandar Alor Setar dan telahpun dijadikan muzium. Manakala rumah ini letaknya lebih kurang 10 km dari bandar Alor Setar. Di depannya terletaknya lapangan terbang utama negeri Kedah.....Didepan pagar tu bukannya basikal TDM, jangan salah andaian pula.
Ini merupakan istana tinggal yang terletak berhampiran rumah TDM. Cerita tentangnya yang sebenar tidak diketahui. Apapun 'Tok Wa' yang tinggal berhampiran kawasan ini pernah bercerita tentangnya. Tapi telah lupa. Tak apa, raya nanti akan 'paksa' dia cerita semula bila ziarahnya.
Terdapat tulisan jawi didepan bahagian atasnya. Tapi gagal dibaca dengan jelas. Lihatlah tingkap dan jeriji kayunya yang makin mereput.
Bumbungnya yang berukir......disebelah istana ini juga terdapatnya sebuah kediaman yang hampir serupa. Mungkin istana juga. Kawasan ini sememangnya merupakan kediaman kerabat diraja dari dahulu lagi. Ini kerana dibelakangnya terdapat sungai yang diketahui merupakan jalan perhubungan utama dahulu.
Jeriji tingkap kayu berukir yang masih bersisa. Sampai bila mampu bertahan tanpa selenggaraan.
Tiang istana yang didirikan daripada bata dan bukannya dikonkrit seperti binaan sekarang.
Ini merupakan kediaman yang terletak betul betul dihadapan istana tadi. Ianya juga binaan yang mungkin hampir seusia dengan istana tadi. ......Tapi ianya dijaga dan berpenghuni.
Yang menariknya ialah pengekalan bangunan secara kombinasi antara lama dan moden tanpa mengorbankan keasliannya........Terutama bahagian depannya. Lihatlah bahagian atas yang dikekalkan secara asalnya manakala bahagian bawah didirikan tiang konkrit baru. Menarik sekali.
Pandangan sudut lain rumah......Sepatutnya untuk rumah lama, kerajaan membuat polisi supaya ianya dikekalkan dan diberi insentif. Kawasan ini juga sesuai dijadikan kawasan warisan sebagai rujukan anak cucu nanti.
Antara rumah yang terdapat di sekitarnya......Sayangnya telah terbiar dan menunggu hari menyembah bumi. Sebenarnya banyak terdapat rumah seperti ini keadaannya di kawasan ini. Sayang sekali.
Pandangan bawah rumah. Inilah ciri ciri rumah m elayu dahulu.
Rumah lainnya yang masih didiami. Kebanyakannya telah didirikan binaan bata dibawahnya bagi menjadikan ianya kekal untuk di huni......Rasanya kurang sesuai dan hilang keindahannya. Alternatif lain harus difikirkan.
Contoh rumah lainnya.....Hilang keasliannya, tapi berjaya mengekalkan penghuninya.
Akhirnya ditemani basikal sampai kepintu utama Istana Anak Bukit yang merupakan kediaman rasmi Sultan Kedah. Pintu gerbang baru dan kawasan dalamnya telah dinaik taraf pada tahun lepas. Kalau tak silap belanjanya 62 juta......Lihatlah basikal yang 'terlena' sebentar keletihan.
Pandangan dekat basikal, pintu sisi pagar istana dan yang menariknya pokok disebalik pagar tersebut yang usianya pasti beratus tahun...tapi tak kelihatan dalam gambar ini.......Habis, terus balik.