Dr. Mahathir

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dr. Mahathir as PDF for free.

More details

  • Words: 1,079
  • Pages: 3
tUN mAHATHIR -----------assalamualaikum dan salam sejahtera. ecehhh...eheheheh...kali neh bukan movie review aa...kali neh artikel, dan artikel pasai seseorang yg amat membanggakan negara kita. Ramai juga yg menjadikan beliau sbg idola diri masing2. jen jen jeng.... oklah...tgk tajuk pon dah tau..pasai sapa artikel neh di taip... ekcelli, aku tanak taip dlm bahasa yg skema-skema, aku taip dlm bahasa org muda ( org tua mcm marecza kalau nak guna bahasa neh pon boleh...ekekekek...ampon marec ) senang skit angpa nak baca...kang skema sangat, buhsan plak...ekekekek tujuan artikel neh ditaip oleh aku..bukan lah sebab apa, neh sebenaq nya idea bernas dr bro Jiwang kita...dia nak web kita ada satu artikel utk mengenang PM kita dan nak kita satu geng jiwang.org menghargai perdana menteri kita. Perlu diingatkan...artikel ini ditaip bukan atas sebab politik..tetapi atas rasa bangga dan hormat kami kepada Perdana Menteri kita , Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad Mari adik-adik, kita mengenali serba sedikit tentang Perdana Menteri Malaysia yang Ke-4 .. ehehehehe Ekcelli PM kita neh dilahirkan pada 20 Disember 1925 ( sapa sama besday ngan dia...angkat kebod! ) Beliau dilahirkan di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah ( sapa org Kedah, sila beri muka! ). Maknanya umoq PM kita skang dah 78 tahun, masih sihat dan segak lagik kan?! PM kita neh anak bongsu dr 9 adik beradik..Ayah beliau merupakan seorang chekgu bahasa Inggeris dan guru besar pertama sekolah Inggeris kat Alor Setar dolu dan emaknya surirumah tangga sepenuh masa..eheheh. Beliau mendapat pendidikan di Sek. Melayu Seberang Perak, pehtu sambung ke Maktab Sultan Abdul Hamid ( skang dikenali sbg Kolej Sultan Abdul Hamid - dasat woo skolah neh! ). Selepas itu beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya Singapura dan berjaya mendapat ijazah MBBS pd tahun 1953.

Kerjaya sbg doktor telah membawa beliau bertugas di Hospital Besar Alor Setar, Pulau Langkawi dan juga Perlis. 1957, beliau meninggalkan perkhidmatan di hospital kerajaan lalu membukak klinik sendri iaitu Klinik MAHA di Alor Setar ( Klinik neh merupakan klinik pertama anak Melayu di Alor Setar .). Semasa belajaq di Singapura, beliau berkenalan dengan Dr. Siti Hasmah dan akhirnya, Datuk Seri Dr. Mahathir telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd Ali...dan mendapat 5 org cahayamata. Ekcelli Pm kita neh dah menunjukkan kebolehan dlm berpolitik sejak beliau masih muda lagi, di bangku skolah dah start ( muda2 dia dah berani menentang Malayan Union ) Semua nya bermula pd tahun 1945, beliau aktif dlm beberapa kesatuan antaranya Saberkas, Kesatuan Pemuda Melayu Kedah dan juga UMNO. Ketama ( ehek..) kali masuk bertanding pilihanraya pada 1964 sbg calon parti Perikatan bg kawasan Parlimen Kota Setar. Perjuangan PM kita dlm politik neh kira mencabaq, kerana beliau pernah kalah pilihanraya pd 1969 ( pilihanraya yg mencetuskan rusuhan kaum ) pehtu berselisih pendapat ngan pucuk pimpinan UMNO sehingga beliau dipecat dr UMNO. Walaubagaimanapun, pd 7 Mac 1972 beliau akhirnya diterima memasuki UMNO semula dan dilantik menjadi Ahli Dewan Negara pd 1973. 1974, beliau memenangi pilihanraya dan

seterusnya PM pd masa itu Tun Abdul Razak telah melantik beliau menjadi Menteri Pelajaran ( skang neh Menteri Pendidikan ) Selepas Tun Abdul Razak meninggal dunia pd 1976, Tun Hussein Onn yg menjadi Pm pada masa tiu melantik beliau menjadi timbalan PM dan tugas sbg Menteri Pelajaran dikekalkan. Dan pd 1978, beliau bertugas sbg Menteri di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Berikutan peletakan jwatan PM oleh Tun Hussein Onn pd 1981, Dr Mahathir yg ketika itu menang kerusi Timbalan Presiden UMNO secara automatik menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sepanjang perkhidmatan beliau sbg PM, pelbagai dasar telah diperkenalkan oleh beliau. Dasar2 ini telah membawa pelbagai kejayaan disamping kestabilan negara kita ( Ya ampon...skema nyeh...ekekek ) Antara dasar2 yg diperkenalkan oleh PM kita ialah Dasar Pendidikan Tinggi, Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah, Kepimpinan Melalui Tauladan, Dasar Pandang Ke- Timur, Dasar Perindustrian Negara, Wawasan 2020 ( sapa ingat lagu tema dia?! ehehe ), Dasar Pembangunan Nasional ( DPN ) dan Semangat Malaysia Boleh Dasar2 ini dicetuskan utk menimbulkan semangat , matlamat serta visi rakyat utk berjaya serta negara maju disamping menjadikan negara kita bersatu padu dengan pelbagai kaum. Sebab tuh kita bleh lihat pelbagai langkah, perancangan dan acara yg dilakukan utk menjayakan dasar-dasar neh. Sepanjang perkhidmatan beliau untuk Malaysia..kita dpt lihat pelbagai kemajuan yg tercipta. Buktinya...ehehehe..besa pi KLCC? itu salah satu ilham PM utk melihat negara kita mempunyai mercu tanda tertinggi didunia. Besa pi Putrajaya? PM mengilhamkan Putrajaya tuh utk menempatkan semua pusat pentadbiran negara disatu kawasan...nampak lebih kemas dan teratur ( series...aku kagum waktu mula2 pi Putrajaya tuh! ) Apa lagi...KLIA, Litar Formula 1 ( kalau tadak mende neh, jgn harap bleh tgk Michael Shumacher berlomba keta dpn mata kita..ekekek ), LIMA ( Langkawi International Maritim and Air Exhibition ) , Kereta Malaysia ( Proton Saga, Iswara, Waja, Satria, Wira, Perdana, Putra, Kancil, Kelisa, Kenari...mcm2 aa! eheheh ), Motosikal Malaysia ( Kriss, Jaguh, Comel ..eheh) pehtu jgn lupa ketapi laju tuh ( puak2 LRT semua tuh! ) dan yg paling aku suka, Sukan Komanwel 98 ( ingat senang nak kumpul bapa puloh negara ( kalau tak silap aku 42 negara kot, kalau tak silap laa...) dlm satu acara sukan pehtu nak tinggai dlm negara M'sia kita yg kiut miut neh...eheheh ). Selain itu, Malaysia juga dipilih utk menjadi tuan rumah pelbagai persidangan, mesyuarat dan perjumpaan peringkat antarabangsa antaranya mcm skang neh, Persidangan OIC Disamping itu kejayaan rakyat Malaysia hasil dr dorongan beliau serta semangat Malaysia Boleh seperti berjaya menawan puncak Everest, mengelilingi donia ngan perahu layar secara solo- Datuk Azhar Mansor, menyeberangi selat Inggeris - Abdul Malik Maidin, pergi ke kutub utara,....apa lagi.......hmmm, manyak lagi laa..kalau disenaraikan kat sini, sampai esok baru abeh kot ( sbb nak kena surf sesatu..eheheh ) Satu negara Malaysia dah tau ( sapa tatao memang aa hidop dlm tempurong nyioq..eheheh) pasai Perdana Menteri ( PM ) kita akan bersara akhir bulan neh ( aku rasa satu dunia tau pasai berita neh ). Dan setelah memimpin Malaysia hingga berjaya, akhirnya Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah menyatakan utk meletak jawatan secara rasminya pada 31 Oktober 2003...rasa macam kejap jaa dia memegang tampuk kepimpinan negara kita. Sama usia ngan aku tuh...22 tahun.

Apa2 pon, sbg rakyat Malaysia, kita seharusnya menyatakan rasa kasih dan sayang kita sbg rakyat M'sia...dan berterima kasih yg amat sgt sbb tanpa beliau, M'sia takkan sampai ke tahap skang!! Sekian Terima Kasih..ehehehe. ~nakkal : secara peribadi, aku sedey gak dia nak bersara..eheheh..pehtu, rasa bangga sbb Malaysia maju sampai mcm skang neh, dan terima kasih kpd dia...sbb menjadikan Malaysia maju dan makmur!

Related Documents

Dr. Mahathir
November 2019 26
Tun Dr Mahathir Muhammad
October 2019 38
Pemikiran Dr Mahathir
November 2019 17

More Documents from "talib bin samad jamil"

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31