Mahasiswa Mendepani Isu Semasa

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Mahasiswa Mendepani Isu Semasa as PDF for free.

More details

  • Words: 3,181
  • Pages: 10
MAHASISWA MENDEPANI ISU SEMASA ‫ من يهده ال فل مضل له و من يضلل ال‬، ‫إن الحمد ل نستعينه و نستغفره و نعوذ بال من شرور أنفسنا‬ 1 ‫ أشهد أن ل إله إل ال و أشهد أن محمدا عبده و رسوله‬, ‫فل هادي له‬ 



  

 

  

2



  

 







‫أما بعد‬3 : Mahasiswa menurut konotasi umum yang tergambar pada pandangan masyarakat lebih besar maknanya dari apa yang dijelaskan di dalam Kamus Dewan iaitu mahasiswa adalah pelajar ( penuntut ) di universiti.4 Mahasiswa menurut masyarakat adalah agen perubah, pembela nasib dan penyelamat mereka. Takrifan ini bukan diada-adakan. Sejarah membuktikan mahasiswa adalah sedemikian. Mari kita soroti bersama perjuangan mahasiswa yang peka terhadap isu-isu semasa antaranya :- 3 Disember 1974 : Demonstrasi paling besar melibatkan kesatuan mahasiswa seluruh negara diadakan rentetan isu kelaparan, kemiskinan, penyelewengan dan lain-lain. - Tahun 1995 : Penubuhan Gabungan Bertindak Mahasiswa Membela Rakyat, UM (GABMRUM). GABMRUM telah mengeluarkan memorandum bantahan terhadap tindakan pencerobohan rumah penduduk-penduduk di Kampung Taman Aman, Petaling Jaya dan mendesak kerajaan supaya menimbangkan semula cadangan pembinaan landasan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di kawasan tersebut yang memaksa penduduk berpindah ke kawasan lain. Mahasiswa juga bangkit menyuarakan antarabangsa sebagai contoh :-

pandangan

mereka

dalam

isu-isu

- Tahun 1966 : Pembantahan pengeboman Hanoi – Hanpong oleh Amerika Syarikat. Seterusnya perarakan menentang sikap Filipina menuntut Sabah dan mengutuk dasar penaklukan Rusia ke atas Czehoslovakia. 1

Sunan Nasaie ( al-Mujtaba ), Kitab Nikah ( 26 ), Bab ( 39 ).Hadith Sohih Surah Aali ‘Imran , ayat 102 3 Sunan Nasaie ( al-Mujtaba ), Kitab Nikah ( 26 ), Hadith terdapat di penghujung Bab ( 39 ). Hadith Sohih. 4 Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Keempat, Halaman 975 2

28

- Tahun 18 Ogos 1992 : Satu perhimpunan secara aman diadakan di medan letak kereta Fakulti Sains UM bagi membantah keganasan Serbia ke atas rakyat Bosnia di samping mendesak PBB melindungi umat Islam di negara tersebut. - Tahun 1997 : Mahasiswa bangkit mengecam keputusan kerajaan menjemput Yahudi menyertai pertandingan kriket antarabangsa di negara kita. Secara ringkasnya, demikianlah beberapa sorotan perjuangan mahasiswa dalam mendepani isu semasa5. Namun gah mahasiswa sebagaimana yang diwar-warkan ini semakin lama semakin goyah lantaran ditekan dengan pelbagai faktor antaranya politik semasa Malaysia, ledakan hiburan dan kelemahan peribadi mahasiswa. Hasil satu wawancara yang pernah dijalankan terhadap pimpinan mahasiswa di Malaysia, seorang pemimpin mahasiswa6 pernah menyatakan :“.... gerakan mahasiswa perlu didefinisikan. Pada saya semua mahasiswa ‘bergerak’. Cuma yang membezakan pergerakan itu adalah ‘area of concern’ dan ‘area of influence’. Ada ‘push and pull factor’. Cabaran yang terbesar ialah sikap “tak kisah”. Sikap ini menular bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di kalangan mahasiswa UK. Tuntutan akademik tak wajar menjadi alasan untuk kita “tak kisah”. Bila timbul isu hiburan, misalnya, kita selalu “kisah”. Begitu juga dalam satu wawancara, seorang wartawan bertanya kepada Prof Dr Atan Long berhubung tujuan seorang pelajar belajar, beliau menjelaskan : “ .. membina perkembangan diri seorang individu supaya dia menjadi manusia yang mantap untuk bukan sahaja bagi faedah dirinya, malahan kepada masyarakat. Menjadi manusia mantap ini termasuklah dari segi fizikal, mental, kerohanian dan akademik.”7 Ringkasnya, mahasiswa dan masyarakat tidak dapat dipisahkan. Hubungan antara keduanya dijalinkan dengan isu-isu yang melanda saban waktu. Semakin banyak isu, semakin dekat mahasiswa dengan masyarakat. Namun, jika mahasiswa menyepikan diri dari membicarakan isu-isu ini, mahasiswa hanya akan tinggal nama sahaja ! Mahasiswa Menurut Al-Qur’an dan as-Sunnah 5

Tidak dinafikan juga peranan PMRAM dengan pelbagai Persidangan yang dianjurkan selama ini yang melibatkan kepimpinan pelajar di Timur Tengah mahupun di peringkat antarabangsa. 6 Sdr Noor Amin bin Ahmad, Naib Yang Dipertua MPPUPM 7 Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi Pelajar, terbitan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM ), tahun 1989 , halaman 22.

29

Di dalam al-Qur’an persoalan mahasiswa adalah persoalan penting. Ini kerana mahasiswa di dalam al-Qur’an digolongkan sebagai golongan yang menuntut ilmu. Lantaran itu, di dalam membincangkan persoalan

jihad dan perjuangan Islam, al-Qur’an tanggungjawab mahasiswa. Firman Allah8 : 

  

 



  

 



turut

  

 



 

menekankan 



peranan 



  

dan

  

Yang bermaksud : ” Dan tidaklah ( betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah) ”.9 Imam al-Qurtubi10 di dalam kitab tafsirnya11 menyatakan bahawa ayat ini menegaskan tentang kewajiban menuntut ilmu di samping menunjukkan ketinggian martabat golongan yang menuntut ilmu. Selain itu, ayat ini juga sebenarnya telah meletakkan dengan jelas bentuk menuntut ilmu yang disarankan oleh Islam dengan kalimah ‘tafaqquh’. Imam Jamaluddin al-Qasimi di dalam kitab tafsirnya menjelaskan makna tafaqquh sebagai : “ Ilmu yang berbekas di hati, bersebati pada jiwanya dan tertera kesannya pada tingkah laku, sehingga tidak mungkin bagi yang memilikinya melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ilmu tersebut. Jika tidak, maka sudah tentu dia tidak dianggap berilmu”.12 Ayat ini juga sebenarnya menggariskan tanggungjawab yang tergalas di bahu penuntut ilmu atau mahasiswa. Mahasiswa perlu menjalankan 4 tanggungjawab berikut :8

Surah at-Taubah, ayat 122. Malah banyak juga hadith yang mengaitkan menuntut ilmu dengan kebenaran dan perjuangan. Rujuk Fathul Bari syarah Sohih al-Bukhari, cetakan ke-3, Maktabah Darul Faiha’, tahun 2000, halaman 216 - 224 9 Pembentang kertas kerja memohon maaf atas kesilapan membaca ayat ini pada kalimah ‘al-Mu’minun’. 10 Abi ‘Abdillah Muhammad bin Ahmad al-Ansori al-Qurtubi ( meninggal 671 H ) 11 al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an, cetakan Darul Kutub ‘Ilmiyyah, Beirut, tahun 2000, jilid 4, halaman 186 – 188. 12 Kitab Mahasin at-Ta’wil, jilid 8, muka surat 330, ayat 122 surah at-Taubah ( Dinaqalkan dari nota kaki kitab mini bertajuk ‘ Rahmatul lil’Alamin ’ oleh Syeikh Muhammad ‘Adnan as-Saqa, cetakan Bait al-‘Ilm, Syria, cetakan ke-2, tahun 2006 M, halaman 6 )

30

1. Menyediakan diri untuk menuntut ilmu dengan sebaik-baik persiapan 2. Menuntut ilmu dengan mendalam dan beramal dengannya ( tafaqquh ) 3. Memberi peringatan ( al-Inzar ) kepada masyarakat 4. Optimis dan berkeyakinan dengan usaha yang dilakukan tersebut Justeru, kita dapati Islam meletakkan definisi yang lebih luas bagi golongan mahasiswa dan peranannya. Mahasiswa mengikut definisi Islam tidak bermakna sekiranya mereka tidak beramal. Apabila mahasiswa

beramal dengan ilmunya, maka semua aspek yang berlegar di sekelilingnya akan dilihat menurut neraca ilmu. Sebeginilah sepatutnya mahasiswa mendepani sesuatu isu. Isu Semasa dalam Konteks Mahasiswa Isu semasa yang ingin dibincangkan oleh mahasiswa bukanlah hanya isu-isu yang disensasikan, isu-isu yang tertera di dada akhbar, terpampang di kaca televisyen atau berkumandang di corong radio malah bukan juga isu politik semata. Bahkan, mahasiswa membincangkan semua isu sekelilingnya tanpa mengambil kira aspek bangsa, agama, sempadan geografi, politik antarabangsa dan seumpamanya. Mahasiswa menjadikan kebenaran sebagai kayu ukur sesuatu isu. Inilah faktor yang menjadikan gerakan mahasiswa sesuatu yang amat digeruni para diktator, watak protagonis universal di dunia ini. Sikap mahasiswa dalam mendepani isu semasa apabila berlandaskan kepada kebenaran akan menjadikan sesuatu gerakan mahasiswa kuat dan mapan. Mahasiswa tidak perlukan kepada faktor wang atau kuasa untuk menjadikan rakyat mengikutnya, mahasiswa cuma perlu bersuara dan berjuang dalam sesuatu isu; dan rakyat akan mendokong perjuangan mereka. Gerakan mahasiswa yang berani mengutarakan sesuatu isu dengan bersandarkan kepada kebenaran akan memberi impak yang positif pada pecinta kebenaran, dan akan memberi trauma buat mereka yang bencikan kebenaran. Keterlibatan mahasiswa dalam mendepani isu-isu semasa adalah satu usaha mencurah bakti kepada masyarakat. Mahasiswa rela dimanfaatkan untuk kebaikan serta keadilan. Mahasiswa tidak mahu maruah dan kesucian agama, bangsa dan negara dicemari sedang rakyat menjadi mangsa. Ilmu yang dipelajari di universiti bukan sekadar untuk mendapatkan segulung ijazah tetapi sebenarnya untuk mempertahankan keadilan rakyat dan negara. Kenapa Mahasiswa Perlu Dilibatkan

31

Suara mahasiswa pada pandangan awam bukan seperti bicara ahli politik atau ulasan-ulasan akhbar. Mahasiswa tidak mempunyai kepentingan politik atau dijanjikan imbuhan oleh mana-mana pihak. Mahasiswa bersuara dalam keadaan jiwa yang bersih dan tidak dicemari dengan virus-virus pemikiran yang ditabur Iblis apabila manusia tenggelam dalam kekayaan dan kekuasaan. Justeru, gerakan mahasiswa adalah gerakan yang paling ideal dalam memperjuangkan hak asasi manusia, keadilan dan kebenaran. Mahasiswa sebenarnya memikul tanggungjawab memimpin orang ramai malah sehingga tahap membangunkan bangsa dan negara. Cuba kita renungi, kenapa dalam mengejar pembangunan di mana-mana negara, di samping mereka meningkatkan kemodenan, mereka juga terpaksa memantapkan dan menyediakan lebih banyak pusat pengajian tinggi. Ini kerana tanpa golongan mahasiswa mengisi kemodenan tersebut dan menjayakannya, akhirnya kemodenan tersebut akan dinikmati oleh pihak luar. Sekiranya sebuah universiti berjaya menghasilkan seorang mahasiswa yang cemerlang, sebenarnya universiti tersebut telah menyumbang kepada kemajuan sebuah kampung sekurang-kurangnya . Kenapa ? Kita andaikan bahawa apabila mahasiswa tersebut pulang, dia akan berbakti di kampungnya. Maka semua ilmu, kefahaman dan kepakarannya akan dicurahkan kepada masyarakat kampungnya. Namun, jika mereka membawa kefahaman yang salah dan menyeleweng, maka seluruh masyarakat kampungnya juga akan menyeleweng.

Sekarang, jika dihitung jumlah mahasiswa Malaysia di Timur Tengah ( Mesir, Arab Saudi, Yaman , Jordan, Syria , Sudan ) boleh dikatakan menjangkau 10 ribu orang. Jika setiap mahasiswa ini memikul tanggungjawab dan amanah menyampaikan dakwah serta menyebarkan ilmu kepada 100 orang, kita akan dapat menghasilkan hampir 1 juta rakyat Malaysia yang berilmu. Jika jumlah yang sama mampu berdakwah kepada 10 non-Muslim setiap seorang di Malaysia , kita telah berjaya menyebarkan dakwah dan kebenaran Islam kepada 100,000 orang. Bagaimana jika kita mampu membukukan ilmu tersebut atau menyebarkannya dengan lebih efisien, sudah tentu bilangan tersebut akan meningkat lagi.13 Ringkasnya, mahasiswa merupakan kelompok yang tidak mempunyai kepentingan dan hanya berjuang untuk keadilan dan masa depan negara tercinta secara keseluruhannya. Oleh itu mahasiswa berhak memberikan komen terhadap situasi yang berlaku . Mahasiswa juga adalah satu golongan yang prihatin terhadap perkembangan semasa. Mahasiswa ialah kelompok terpelajar dan merupakan suara nurani rakyat. Menafikan hak mahasiswa bererti menafikan hak rakyat. 13

Pembentang memohon agar pembaca tidak salah faham terhadap maksud pembentang dalam isu murtad. Pembentang bahkan barisan mahasiswa Jordan sama sekali tidak memandang remeh permasalahan murtad yang melanda masyarakat Malaysia kini.

32

Saudara Helman b Sanuddin14, seorang aktivis mahasiswa menyatakan dalam satu wawancara : “ .. harus diingat bahawa gerakan mahasiswa bukan bertujuan untuk menumbangkan kerajaan. Mahasiswa bukan agen anarki. Mahasiswa hanyalah speaker hati rakyat. Dasar – dasar kerajaan yang baik harus disokong, idea – idea buruk dari pembangkang harus ditegur dan begitulah sebaliknya. Mahasiswa perlu berdiri di tengah – tengah dan memegang belati kebenaran, antara keduanya, jika ada yang tersasar dan menyusahkan rakyat maka belati mahasiswalah yang akan mengajarkan mereka erti sebuah perjuangan. Sebagai golongan terpelajar yang tidak mempunyai kepentingan peribadi, rakyat kebiasaannya mudah mempercayai semangat juang mahasiswa berbanding parti politik dan rakyat menjadikan mahasiswa sebagai ikon perjuangan massa dalam membangkitkan perjuangan rakyat seperti yang berlaku dalam peristiwa Revolusi Iran, Kebangkitan Taliban dan sebagainya. Justeru itu, peranan mahasiswa tidak boleh dipandang remeh. Mahasiswalah yang menjadi suara yang menyemarakkan revolusi perjuangan rakyat.” Beberapa Salah faham di Kalangan Mahasiswa Antara salah faham yang berlaku di kalangan mahasiswa sehingga menyebabkannya bersikap ‘tidak peduli’ terhadap isu-isu semasa yang berlegar di sekelilingnya adalah akibat beberapa faktor berikut :Mahasiswa berada di zon selesa Mahasiswa Timur Tengah kadangkala ketinggalan dengan isu-isu dalam negara meletakkan alasan mereka jauh dari negara. Namun sebenarnya ini adalah alasan yang tidak munasabah terutamanya dalam zaman IT seperti sekarang. Hakikatnya mereka meletakkan diri mereka di dalam zon selesa atau dalam kata lain mementingkan diri sendiri. Bahkan lebih menyedihkan apabila perkara ini dilakukan mahasiswa dalam suasana pengajian. Mereka lebih berminat menghabiskan masa di depan kaca TV berbanding bermasyarakat dengan komuniti mahasiswa. Kadangkala mereka menyepikan diri dari dunia persatuan walaupun untuk kerjakerja kebajikan,

dengan alasan persatuan melekakan dan merugikan masa. Namun apa yang dikesali, mereka boleh pula mengisi masa dengan berhibur. Tenggelam dengan hiburan Hiburan kini umpama barah atau wabak yang boleh menyerang sesiapa. Lebih parah lagi jika yang diserang itu adalah golongan agamawan. Apabila mahasiswa leka dengan hiburan, musnahlah harapan ummah. Hiburan sebenarnya menutup 14

Beliau merupakan mantan Setiausaha Agung MPPUiTM 1999 / 2000 dan merupakan antara mangsa tahanan ISA

33

mahasiswa dari berfikir secara waras, matang dan rasional. Hiburan menjadikan mahasiswa memandang isu-isu semasa hanyalah perkara normal, yang akan berlalu dan berputar mengikut edaran zaman, tanpa menyedari isu-isu itu juga sebenarnya akan mencorakkan diri dan keperibadiannya. Sistem pendidikan yang tidak membantu Tidak dinafikan sistem pengajian kini lebih maju dibandingkan dengan ratusan tahun dahulu. Namun peliknya mengapa kita masih gagal melahirkan ulamak sehebat ulamak dahulu sedangkan institusinya masih sama. Ringkasnya, sistem pendidikan kita kini telah mengalami perubahan yang merugikan. Kita didoktrinkan untuk belajar kerana sijil, malah ditawarkan dengan pekerjaan yang membolehkan kita tidak beramal dengan ilmu dan pelbagai kepincangan lagi. Malah kadangkala manhaj di universiti bertentangan dengan prinsip Islam. Keadaan ini sebenarnya memaksa kita mahasiswa keluar dari budaya ‘disuap’. Kita sewajarnya berdikari dan rasa bertanggungjawab untuk mengumpul sebanyak mungkin ilmu walaupun tidak dimasukkan dalam silibus pengajian universiti. Ilmu-ilmu tambahan inilah biasanya lebih banyak membantu kita mendepani isu semasa. Muhasabah Buat Mahasiswa – Polemik Keilmuan Mahasiswa Timur Tengah perlu melakukan beberapa koreksi demi memastikan masyarakat Islam di Malaysia tidak berpecah atau hilang panduan menghayati kebenaran dan keindahan Islam disebabkan kesilapan dan kelemahan kita. Martabat mahasiswa Timur Tengah pada mata masyarakat masih baik namun sudah ada bibit-bibit yang menyebabkan masyarakat hilang percaya. Ini berlaku akibat hilangnya sikap amanah ilmu, tidak berlapang dada, kurang bijak memahami waqi’e setempat dan gagal meletakkan ‘Aulawiyyat dalam berdakwah di kalangan masyarakat Malaysia. Malah ada beberapa isu ilmiah yang sewajarnya diselesaikan di peringkat pengajian di bawa sehingga berlarutan ke Malaysia. Masyarakat yang sentiasa dahagakan ilmu Islam akhirnya turut menjadi mangsa dan diseret ke medan perdebatan yang meretakkan komuniti umat Islam, sedangkan musuh-musuh Islam bergembira melihatkan perpecahan umat Islam dari dalam. Sebagai golongan mahasiswa yang intelek, terutamanya yang menuntut di Timur Tengah sewajarnya kita lebih matang dalam membawa sesuatu isu ilmiah untuk dibincangkan di Malaysia. Akibat keghairahan kita ingin menyampaikan semua ilmu yang dipelajari tanpa mengambil kira aspek ‘aulawiyyat, tahap kemampuan masyarakat dan mad’u ; menyebabkan usaha yang asalnya berdasarkan niat yang baik mengundang perpecahan. Sekiranya dialog antara Islam dan ahli Kitab dianjurkan oleh Islam, maka sudah tentulah dialog di kalangan cendekiawan dan ulama’ Islam keluaran Timur

34

Tengah ini lebih utama untuk dilaksanakan. Kita yakin dengan mengamalkan sikap berlapang dada, bersangka baik, amanah ilmu dan takutkan kemurkaan

Allah serta menjaga perpaduan ummah Islamiyyah sebagaimana yang dianjurkan RasuluLLAH; semua isu-isu di kalangan mahasiswa Timur Tengah antaranya pertembungan Salafi-Kholafi, sempadan politik dan identiti mahasiswa Islam dapat diselesaikan dengan baik dan berhemah. Saranan Untuk Mahasiswa Timur Tengah Mahasiswa Timur Tengah bukan sahaja Mesir bahkan di Arab Saudi, Jordan, Sudan , Yaman, Syria perlu bergabung dan bersatu dalam menyuarakan pandangan bersama mereka terhadap isu-isu semasa samada di peringkat mahasiswa, peringkat negara mahupun di peringkat antarabangsa. Gabungan ini sudah tentu akan memberi impak yang hebat kepada masyarakat Malaysia. Kita juga yakin isuisu yang diutarakan mahasiswa melalui gabungan ini pasti akan mencelikkan mata rakyat dan membangkitkan mereka dari lena. Malah mendepani isu semasa dengan cara sebegini lebih bijak sebenarnya. Kelompok mahasiswa Timur Tengah mampu menjadi moderator rasmi rakyat untuk membincangkan isu-isu rakyat terutamanya yang berkait rapat dengan agama Islam. Tambahan rakyat cukup teruja dan yakin dengan kenyataan ustaz dan ustazah keluaran Timur Tengah , maka bagaimana jika suara-suara para ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ ini disatukan. Begitu juga suara golongan profesional di Timur Tengah, khususnya penuntut bidang perubatan sewajarnya disekalikan agar mampu mencelikkan mata golongan intelektual dan profesional di Malaysia. Antara isu yang sewajarnya diselesaikan di kalangan mahasiswa Timur Tengah adalah seperti isu ‘ Budaya Tafaqquh di kalangan Mahasiswa ‘ , isu ‘ Perkahwinan di Alam Belajar ‘ , isu Salafi dan Kholafi15 dan isu – isu seumpamanya yang difikirkan wajar untuk dibincangkan di peringkat mahasiswa. Mahasiswa Timur Tengah juga disarankan untuk tampil bersama menyuarakan pandangan terhadap isu yang berlaku di dalam negara16 seperti isu Murtad17 , isu 15

Isu kemahasiswaan ini amat relevan diadakan agar kita mampu mengelakkan atau sekurang-kurangnya mengecilkan jurang perbezaan dari sudut ilmiah di kalangan mahasiswa Timur Tengah. 16 Mahasiswa Timur Tengah boleh mengadakan hubungan dengan persatuan-persatuan mahasiswa di Malaysia malah melibatkan mereka untuk memantapkan perbincangan isu ini di Malaysia 17 Perkara ini juga pernah disuarakan oleh Presiden PMRAM dalam ucapan dasar beliau pada Muktamar Sanawi PMRAM ke-70 di Dewan Haflah Kubra, Fakulti Perubatan, Universiti AlAzhar Kaherah yang bertemakan "MENGGILAP TAJDID MENDEPANI MASSA" . Mahasiswa di dalam negara sering terkehadapan dalam usaha seperti ini sebagai contoh pada 9 November 2006 sekumpulan persatuan mahasiswa menubuhkan Barisan Bertindak Anti Murtad (BBAM) ; dianggotai oleh GAMIS, PKPIM, KARISMA, PMIUM, ISIUKM, Kelab Ma’ruf

35

kezaliman ( akta ISA ) dan penyelewengan harta negara dan wang rakyat , isu kelemahan sistem pendidikan Malaysia yang kritikal, isu Hedonisme yang semakin melampau , serta keperluan berdakwah kepada Non-Muslim di Malaysia. Selain itu , di peringkat Antarabangsa mahasiswa Timur Tengah perlu tampil bersuara untuk isu Palestin18 khususnya , dan juga penindasan terhadap negara dan umat Islam . Selain itu isu yang wajar diketengahkan juga adalah kebencian terhadap dasar luar Amerika dan kekejaman Israel 19. Malah mahasiswa Timur Tengah

perlu menggesa kewujudan kesatuan negara-negara Arab20 di samping menggesa agar satu gagasan yang menghimpunkan semua ulamak Islam seluruh dunia diwujudkan secara rasmi untuk membincangkan semua isu dan permasalahan umat Islam. Penutup Sedarlah mahasiswa sekalian, dalam mendepani isu semasa pasti ada cabaran yang akan melanda. Namun itulah lumrah dalam berjuang dan menegakkan kebenaran. Ujian dan cabaran inilah menjadi bukti bahawa kebenaran itu sesuatu yang amat bernilai dan tidak boleh dipandang remeh. Semoga kita mampu memikul amanah ini yang telah dimandatkan oleh Allah , Rasul dan seluruh umat Islam. Marilah kita renungi ayat ini sebagai penutup kertas kerja ini . Firman Allah21 :  



 

 





 





  



Yang bermaksud : Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal

UIAM, PMIUPM & PMIUTM dan mengadakan Persidangan Akhbar berkenaan isu Murtad di Petaling Jaya. 18 Rujuk cadangan isu yang boleh diutarakan berkaitan Palestin berdasarkan kitab al-Irhab, Ta’rifuhu Nasya’atuhu, Anwa’uhu, Tarikhuhu, ‘Ilajuhu, Dr Muhammad ‘Abdul Qadir Abu Faris, cetakan 1, 2006 M, Darul Furqan , Amman. ( Halaman 229 – 245 : Keganasan Yahudi di Palestin dan Penyelesaiannya ) 19 Isu ini sebaiknya dijalankan bersama dengan mahasiswa Negara lain 20 Kita semua berusaha untuk mengembalikan Khilafah Islamiyyah ke tampuknya semula, namun antara langkah praktikal yang boleh dijalankan pada masa kini ( langkah awal ) adalah menggesa disatukan negara-negara Arab di samping menguatkan peranan OIC, serta diwujudkan sistem kewangan yang seragam antara Negara-negara Islam. 21 Surah Fussilat, ayat 33

36

yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" Dibentangkan oleh : Saudara Asyraf Hafdzan bin Abdullah Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan ( MPPM ) sesi 2006 / 2007 ( beliau memangku tugas Presiden MPPM yang pulang bercuti ke Malaysia ) * Kertas kerja ini disediakan oleh Majlis Tertinggi ( MT ) Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan ( MPPM ) sesi 2006 / 2007 berdasarkan permintaan penganjur PERMIT 2007. MPPM merupakan badan induk mahasiswa Jordan yang bertanggungjawab mentadbir dan menyelaras 4 persatuan zon mahasiswa Malaysia ( PZ ) dan 11 Badan Kebajikan Anak Negeri ( BKAN ). MPPM berdaftar di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Jordan ( JPMJ ).

37

Related Documents

Isu
May 2020 40
Isu
July 2020 27
Isu Isu Global
May 2020 34