RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran
:
Pendidikan Muzik
Tingkatan
:
2 Meekness
Tarikh
:
06 Julai 2017 (Khamis)
Masa
:
03:40 – 04:40PM (1 Jam)
Bilangan Pelajar
:
22 Orang
Tajuk
:
Kemahiran Nyanyian Ensemble Satu Suara
Aspek
:
Pengalaman Muzikal
Konsep Muzik
:
Kemahiran Nyanyian
Hasil Pembelajaran
:
Menyanyi dalam ensembel vokal secara unison dengan pic tepat.
Objektif Pembelajaran:
Pengetahuan Sedia Ada:
Bahan Bantu Mengajar:
Di akhir pembelajaran ini, 22 pelajar orang akan dapat: 1.
Menyanyi dalam ensembel vokal secara unison
2.
Menyanyi lagu “Aku Negaraku” dengan pic yang tepat.
1.
Pelajar telah mempelajari skel F menurun dan menaik.
2.
Pelajar telah mengetahui klasifikasi suara masing-masing.
3.
Pelajar pernah mendengar lagu ‘Aku Negaraku’.
Komputer riba, pembesar suara, kibod, gitar dan lirik lagu ‘Aku Negaraku.’
Strategi Pengajaran
:
Pengajaran berasaskan bahan.
Kaedah Pengajaran
:
Kaedah tunjuk cara, kaedah berpusatkan guru dan pelajar
Nilai Murni
:
Kerjasama, keyakinan diri dan patuh arahan
KBAT
:
Mengaplikasi dan menilai
Pentaksiran
:
1.
Pelajar akan dinilai dalam menyanyikan lagu ‘Aku Negaraku’ secara unison dengan penggunaan pic yang tepat.
AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
LANGKAH / MASA Set Induksi
CATATAN PERANAN GURU Aktiviti Pekenalan & Pemantauan Pelajaran Lepas.
PERANAN PELAJAR
Pengenalan (40 Minit)
Langkah 1 Permulaan Pengajaran (5 Minit)
Guru memperkenalkan diri kepada pelajar. Guru meminta pelajar memperkenalkan diri satu persatu. Guru menyuruh pelajar menyatakan alat muzik atau bakat seni yang diperolehi oleh pelajar untuk memudahkan sesi PdP dijalankan pada masa akan datang. Guru mengambil tahu tentang pengajaran yang dipelajari sebelum ini. Guru menerangkan rancangan atau aktiviti yang bakal dilakukan bersama pelajar semasa keberadaan guru di sekolah.
Guru menyuruh pelajar berdiri dan berada dalam postur yang tepat.
Aktiviti pemanasan dan pernafasan suara. Guru menyuruh pelajar membuat teknik bubbling; nada rendah ke tinggi. Guru menyuruh pelajar menyanyikan “ma, me, mi, mo, mu” dengan iringan not yang dimainkan; F3-A5. Guru menyuruh pelajar membuat teknik hissing untuk pengawalan nafas.
Pelajar memperkenalkan diri kepada guru dengan menyatakan nama dan alat muzik atau bakat seni yang diperolehi. Pelajar memberitahu tentang bab pengajaran yang lepas. Pelajar memberi perhatian terhadap penerangan guru. Pelajar menjawab soalan yang diutarakan oleh guru.
Nilai Patuh arahan Kerjasama
Pelajar berdiri dengan kaki renggang sedikit, badan seimbang dan menghadap depan. Pelajar membuat teknik buzzing dengan menggetar bibir untuk menghasilkan suara. Pelajar menyanyikan “ma, me, mi, mo, mu” dengan iringan not yang dimainkan di kibod. Pelajar menarik nafas secara perlahan dan menghembus dengan bunyi ‘hiss’
Strategi Pengajaran Berasaskan bahan Berasaskan tugasan. BBM Kibod
Langkah 2 (3 Minit)
Guru mengedarkan lirik lagu ‘Aku Negaraku’ dan memperdengarkan semula lagu ‘Aku Negaraku’ kepada pelajar. Guru menyuruh pelajar untuk membaca lirik dan mengingat melodi lagu tersebut.
Pelajar memberi perhatian dengan lagu yang diperdengarkan.
Strategi PdP Berasaskan bahan BBM Komputer riba Pembesar suara Lirik lagu KBAT Menganalisis
Langkah 3
Aktiviti Kelas 1.
(7 Minit)
Guru menyanyikan lagu tersebut secara frasa demi frasa dengan iringan gitar. Guru menyuruh pelajar untuk mengimitasi nyanyian dengan melodi dan pic yang tepat secara frasa demi frasa Guru menyuruh pelajar untuk menyanyikan rangkap demi rangkap. Guru menilai kepekaan pelajar dalam menyanyi secara unison dengan menggunakan pic yang tepat beserta iringan muzik.
Langkah 4 (3 Minit)
Aktiviti Pengukuhan. Guru menyuruh pelajar untuk menyanyikan lagu dari awal hingga ke akhir. Guru membahagikan bahagian suara lelaki dan perempuan.
Guru menyuruh pelajar untuk menyanyikan lagu tersebut semula dengan
Pelajar menyanyikan lagu ‘Aku Negaraku’ secara frasa demi frasa dengan bimbingan dan iringan muzik yang dimainkan oleh guru. Pelajar menyanyikan lagu tersebut secara rangkap demi rangkap.
Strategi PdP Berasaskan tugasan Berasaskan bahan BBM Lirik lagu Gitar Nilai Kerjasama KBAT Mengaplikasi Menilai
Pelajar memberi perhatian dengan bunyi yang dimainkan. Pelajar meneka dan menyatakan jenis tekstur tersebut.
Strategi Pengajaran Berasaskan bahan Berasaskan tugasan BBM Lirik lagu Gitar Nilai Kerjasama
Penutup
Rumusan. (2 Minit)
mengikut bahagian masing-masing. Guru menilai kepekaan pelajar dalam menyanyi secara unison dengan menggunakan pic yang tepat beserta iringan muzik. Guru bertanya pandangan pelajar tentang bagaimana topik ini dapat membantu dalam literasi muzik. Guru mengakhiri dengan membuat kesimpulan mengenai pembelajaran pada hari ini.
KBAT Mengaplikasi Menilai
Pelajar memberi pandangan tentang topik pembelajaran pada hari ini.
Nilai Keyakinan diri KBAT Menilai
LIRIK LAGU ‘AKU NEGARAKU’
Ku sedar tanah air aku bertuah Di sini tempatku berjasa Ku sedar sempurna hidupku di sini Malaysia ku terhutang budi [Chorus] Aku Negaraku Aku Negaraku Sememangnya Negaraku maju Negaraku tanah tumpah darahku Aku Negaraku Di hatiku negaraku Selamanya aku negaraku Satu Negaraku tanah tumpah darahku Kita bersama membina masa depan Semangat setinggi angkasa Kita bersama bersyukur pada Tuhan KepadaNYA kita berserah Ulang [Chorus] Ku laungkan namamu ke seluruh dunia Malaysia aku bahagia Ulang [Chorus] Aku Negaraku
JURNAL REFLEKTIF MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN MUZIK TARIKH: 06 JULAI 2017. MASA: 04:40 - 04:40PM.
APAKAH YANG BERLAKU Kelas ini terdiri daripada pelajar Tingkatan 2M. Saya menyuruh setiap pelajar untuk memperkenalkan diri dan menyatakan bakat seni yang mereka miliki. Saya juga mengambil tahu tentang sesi pembelajaran yang lepas bagi memudahkan perancangan pengajaran akan datang. MENGAPAKAH IA BERLAKU Ini membuatkan saya lebih kenal dan mengetahui bakat setiap pelajar dan memudahkan sesi PdP serta aktiviti-aktiviti yang bakal dilakukan bersama sepanjang menjalani latihan mengajar. APAKAH YANG DIPELAJARI Melalui sesi perkenalan ini, pelajar kelihatan lebih selesa untuk berkomunikasi dengan saya. Kelas dimulakan dengan pengajaran Aktiviti Pemanasan dan Pernafasan Suara. APAKAH TINDAKAN YANG SETERUSNYA Seterusnya, saya mengambil masa terluang tersebut untuk mengajar lagu Aku Negaraku yang merupakan lagu baru dan wajib bagi semua sekolah di Perak. Kelas ini dilakukan di Bilik Muzik telah memudahkan saya untuk mendemonstrasi lagu tersebut atas adanya alat muzik yang boleh mengiringi nyanyian. Lagu ini telah dipelajari oleh pelajar kelas tersebut, justeru itu saya ke langkah seterusnya iaitu membahagikan rangkap atau baris bagi perempuan atau lelaki.
Kelas berjalan dengan baik atas kerjasama yang baik daripada semua pelajar. KOMEN GURU PEMBIMBING