Pernyataan Profesional Saya Liu Kit Onn dengan nombor kad matrik 201201012 dari kumpulan PISMP BC JUN 2013 akan menjalankan Praktikum Fasa 3 di SJK(C) Sungai Apong pada 25 July 2016 hingga 21 Oktober 2016 dan berjanji akan mematuhi syarat-syarat berikut :
1. Menjaga penampilan diri dan sentiasa bertingkah laku baik serta sentiasa menunjukkan nilai-nilai keguruan. 2. Membina hubungan yang baik dengan warga sekolah semasa praktikum. 3. Sentiasa berusaha bagi memperolehi ilmu pengetahuan dan bimbingan. 4. Mengikut waktu persekolahan yang telah ditetapkan oleh sekolah. 5. Menghayati peraturan sekolah praktikum. 6. Berada di sekolah lima hari seperti yang ditetapkan oleh pihak institut dan sekolah. 7. Memaklumkan kepada pihak sekolah tugasan yang perlu dilaksanakan. 8. Komited terhadap tugasan yang diberikan dan berusaha dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. 9. Sentiasa menjaga nama baik IPG Kampus Batu Lintang. 10. Menghormati keputusan dan menurut arahan daripada Guru Besar atau Penolong Kanan sekolah.
Yang benar,
___________________ (LIU KIT ONN) Guru Pelatih, PISMP BC JUN 2013, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.
1.0 Pernyataan Sebelum Praktikum
Sebelum menjalani Praktikum Fasa 3 di SJK(C) Sungai Apong, satu taklimat telah diadakan di Bilik Seminar, Blok Baru IPG Kampus Batu Lintang pada 21 July 2016. Pensyarah dari Unit Praktikum telah mengedarkan beberapa lampiran sebagai panduan kepada kami semasa menjalani praktikum di sekolah. Kemudian, beliau telah memberikan penerangan tentang praktikum kali ini dan tugasan yang perlu dibuat sepanjang tempoh praktikum selama tiga bulan. Saya telah difahamkan bahawa saya akan menjalankan praktikum fasa 3 di SJK(C) Chung Hwa Sungai Apong untuk subjek major saya iaitu Bahasa Cina (SJK), subjek Elektif 2 Pendidikan Seni Visual. Saya dan rakan saya telah melapor diri dengan Penolong Kanan 1 SJK(C) Sungai Apong pada 13 July 2016 untuk membuat pesediaan awal dan meninjau dahulu keadaan sekolah. Penolong Kanan 1 telah mengaturkan guru pembimbing kepada kami serta memberitahu jadual waktu kelas yang akan kami ajar sepanjang tempoh tiga bulan berada di sekolah. Pada 19 July 2016, saya telah pergi ke sekolah semula
bagi
berjumpa
dengan
guru
pembimbing
saya
bagi
mengetahui
perkembangan pengajaran dalam pembelajaran guru. Sebelum bermulanya pratikum fasa 3, saya telah menyediakan senarai semak yang mengandungi perkara dan maklumat
yang
perlu
dikumpulkan
dan
saya
juga
bermula
menyediakan
bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat portfolio bagi Praktikum Fasa 3. Saya berharap praktikum ini dapat memupuk minat saya untuk menjadi seorang bakal pendidik dan memperolehi lebih banyak kaedah dalam mengajar Bahasa Cina dan Pendidikan Seni Visual. Saya juga berjanji akan mematuhi segala arahan dan peraturan sekolah dan kod etika guru supaya menjaga maruah dan imej baik guru.
2.0 Pernyataan Semasa Praktikum
Tarikh
Perkara Melapor diri kepada Guru Besar Bersama dengan guru subjek Sains dan Bahasa Cina masuk kelas untuk memerhati cara pembelajaran murid dan cara
25 JULY 2016 HINGGA 29 JULY 2016
guru mengajar. Mula masuk ke kelas untuk mengajar pada hari Selasa. Berbincang dengan guru pembimbing atas sifat dan perangai para murid tahun 2Q,3K dan 5K. Menjaga nilam awal pagi pada hari jumaat. Menjalankan aktiviti Olahraga. Masuk ke kelas 2Q,3K dan 5K untuk mengajar. Berbincang dengan guru pembimbing tentang masalah tidak menghantar kerja rumah para murid tahun 2Q,3K dan 5K.
01 OGOS 2016 HINGGA 05 OGOS 2016
Penyeliaan pra dan penyeliaan pertama pensyarah pembimbing major. Membuat perbincangan dengan pensyarah pembimbing selepas penyeliaan. Membuat penambahbaikan atas pengajaran dalam pembelajaran. Menjalankan aktiviti Olahraga. Masuk ke kelas 2Q,3K dan 5K untuk mengajar.
08 OGOS 2016 HINGGA 12 OGOS 2016
Berbincang dengan guru pembimbing tentang masalah tidak menghantar kerja rumah para murid tahun 2Q,3K dan 5K. Menjalankan latihan Rumah Sukan Hijau. Masuk ke kelas 2Q,3K dan 5K untuk mengajar. Berbincang dengan guru pembimbing tentang masalah tidak
15 OGOS 2016 HINGGA 19 OGOS 2016
menghantar kerja rumah para murid tahun 2Q,3K dan 5K. Penyeliaan kedua guru pembimbing major. Membuat penambahbaikan atas pengajaran dalam pembelajaran. Menjalankan latihan Rumah Sukan Hijau.
Masuk ke kelas 2Q,3K dan 5K
untuk mengajar.
Berbincang dengan guru pembimbing tentang masalah tidak 22 OGOS 2016 HINGGA 26 OGOS 2016
menghantar kerja rumah tahun 2Q,3K dan 5K. Penyeliaan kedua guru pensyarah pembimbing major. Membuat penambahbaikan atas pengajaran dalam pembelajaran. Menjalankan latihan Rumah Sukan Hijau.
29 OGOS 2016 HINGGA 02 SEPT 2016 05 SEPT 2016 HINGGA 09 SEPT 2016
Minggu peperiksaan pertengahan penggal 2. Mula membuat projek “Paparan I-Think”. Minggu peperiksaan pertengahan penggal 2. Membuat projek “Paparan I-Think”.
12 SEPT 2016 HINGGA
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
16 SEPT 2016 Masuk ke kelas 2Q,3K dan 5K
untuk mengajar.
Berbincang dengan guru pembimbing tentang tingkah laku para murid tahun 2Q,3K dan 5K. 19 SEPT 2016 HINGGA 23 SEPT 2016
Penyeliaan pertama guru pembimbing minor. Membuat penambahbaikan atas pengajaran dalam pembelajaran. Sebagai pengawai pertandingan lompat tinggi. Menjalankan latihan Rumah Sukan Hijau. Membuat projek “Paparan I-Think”. Masuk ke kelas 2Q,3K dan 5K
untuk mengajar.
Berbincang dengan guru pembimbing tentang masalah tidak 26 SEPT 2016 HINGGA 30 SEPT 2016
menghantar kerja rumah para murid tahun 2Q,3K dan 5K. Sebagai pengawai menjaga tred sukan tahunan sekolah. Penyeliaan ketiga pensyarah pembimbing major Membuat penambahbaikan atas pengajaran dalam pembelajaran. Membuat projek “Paparan I-Think”.
Masuk ke kelas 2Q,3K dan 5K
untuk mengajar.
Berbincang dengan guru pembimbing tentang masalah tidak menghantar kerja rumah para murid tahun 2Q,3K dan 5K. Penyeliaan kedua guru pensyarah minor. 03 OKT 2016 HINGGA 07 OKT 2016
Penyeliaan bersama guru pembimbing dan pensyarah pembimbing minor. Penyeliaan ketiga guru pembimbing major Membuat penambahbaikan atas pengajaran dalam pembelajaran. Menjalankan aktiviti Olahraga. Membuat projek “Paparan I-Think”. Masuk ke kelas 2Q,3K dan 5K untuk mengajar. Berbincang dengan guru pembimbing tentang masalah tidak menghantar kerja rumah para murid tahun 2Q,3K dan 5K. Penyeliaan bersama guru pembimbing dan pensyarah
10 OKT 2016 HINGGA 14 OKT 2016
pembimbing major. Penyeliaan keempat guru pembimbing major. Penyeliaan kedua guru pembimbing minor. Membuat penambahbaikan atas pengajaran dalam pembelajaran. Pertandingan nyanyian lagu Bahasa Cina. Membuat projek “Paparan I-Think”. Masuk ke kelas 2Q,3K dan 5K
17 OKT 2016 HINGGA 21 OKT 2016
untuk mengajar.
Pertandingan bercerita dan syarahan Bahasa Malayu. Membuat projek “Paparan I-Think”. Memberi hadiah kepada murid tahun tahun 2Q,3K dan 5K. Memberikan cenderahati kepada pihak sekolah dan guru pembimbing.
3.0 Penyataan Selepas Praktikum
Praktikum fasa 1 ini membolehkan saya memperolehi banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang pelbagai. Saya menyedari bahawa setiap pelajar memerlukan kaedah pengajaran yang berlainan kerana latar belakang setiap pelajar adalah berlainan. Sebagai seorang guru perlu sabar dan penuh dengan kasih sayang serta prihatin. Guru perlu menjadi fasilitator kepada para pelajar bagi membolehkan bakat pelajar berjaya dicungkil dan menguasai segara ilmu yang disampaikan. Saya juga menyedari bahawa sebagai seorang warga pendidik haruslah pandai menyediakan suasana atau alam belajar yang sesuai bagi para pelajar supaya pelajar belajar dalam suasana yang konduktif. Di samping itu , saya juga mempelajari teknik berkomunikasi yang baik dengan orang lain. Kita akan mempelajari sesuatu jika kita mengalami dengan diri sendiri. Pengalaman praktikum kali ini membolehkan saya berfikiran lebih matang dan mempelajari cara menyelesaikan masalah serta mempertingkatkan lagi sifat perguruan saya. Kesimpulannya, kasih sayang dan perhatian daripada para guru merupakan pendorong kepada para pelajar berusaha dengan teguh dan menwujudkan individu yang seimbang dari segi JERIS.