Lebihan Isi Strategi.docx

  • Uploaded by: Suhaila Manijal
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Lebihan Isi Strategi.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,042
  • Pages: 4
3.0 PENDIDIKAN DI ZAMAN RASULULLAH Pengajaran dan pembelajaran ilmu-ilmu Islam telah wujud sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat lagi. Masjid al-Nabawi di Madinah al-Munawwarah merupakan masjid yang pertama menjadi istitusi Pendidikan Islam. Masjid terus menjadi pusat pengajian ilmu-ilmu Islam dan Pendidikan Islam. Di kebanyakan masjid, ilmu-ilmu Islam disampaikan secara kuliah dan halaqah. Guru pertama yang mengajar Pendidikan Islam ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib, iaitu Rasulullah yang terakhir, yang lebih dikenali dengan Nabi Muhammad S.A.W. Pendidikan Islam bermula sejak Nabi Muhammad S.A.W menerima wahyu kenabian dan kerasulannya. Setelah mendapat wahyu baginda S.A.W terus menyeru dan membimbing masyarakatnya agar meninggalkan perbuatan keji dan sebaliknya melakukan sesuatu yang baik. Di sinilah bermulanya pendidikan Islam terhadap orang-orang Arab di Makkah. Di zaman Makkah baginda S.A.W mengajar di rumah dan di rumah al-arqam bin Abial-Arqam. Setelah berpindah ke Madinah al-Munawwarah, baginda S.A.W dengan pertolongan daripada para sahabat berjaya membina sebuah masjid di Madinah yang dikenali hingga ke hari ini dengan nama Masjid al-Nabawi. Inilah institusi Pendidikan Islam yang pertama ditadbirkan secara formal untuk orang Islam. Di masjid ini Nabi Muhammad S.A.W mengajar para sahabat setiap hari mengenai ilmu-ilmu Islam yang termasuk hukum hakam, aqidah dan sebagainya. manakal bagi kaum wanita Rasulullah berjumpa dengan mereka seminggu sekali, iaitu pada hari Jumaat. Kebiasaannya Nabi S.A.W membaca ayatayat suci al-Quran dan menghuraikan maknanya. Inilah kurikulum pengajian Islam pada masa itu.Selain daripada kuliah umum, Rasulullah S.A.W juga menyusun kuliah khas di masjid. Perkembangan ilmu pengetahuan (dakwah) dan pendidikan Islam lebih pesat apabila Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah pada tahun 632 Masihi (Placeholder1). Sejajar dengan perkembangan dan penurunan wahyu, kegiatan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bentuk yang lebih meluas, sistematik dan formal. Objektif pendidikan di zaman Rasulullah S.A.W adalah untuk membentuk sahsiah Islamiah yang tulen serta mampu berjuang bagi menegakkan Islam sebagai agama Allah yang suci. Oleh itu, isi kandungan pendidikan yang disampaikan bergantung kepada wahyu daripada Allah S.W.T. Intipati pendidikan Rasulullah S.A.W di Mekah menerusi ayat-ayat Makiyyah yang antaranya menyentuh tentang aqidah yang benar, mengajak kepada tauhid, beribadat dan

menggesa supaya menjauhkan diri daripada syirik. Selain itu, ayat-ayat Makiyyah juga turut menjelaskan agar manusia melihat bukti kejadian, kekuasaan Allah, pengukuhan aqidah, serta pembentukan akhlak dan perletakan dasar umum dalam perundingan Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama kira-kira 23 tahun. Ia diturunkan apabila berlaku sesuatu kejadian dan timbul masalah yang perlu penerangan dan hukum-hakam. Sahabat-sahabat Nabi menulis ayat-ayat al-Quran di atas tulang, pelepah, tamar, kambing dan sebagainya. Berdasarkan wahyu al_quran tersebut berkembanglah ilmu pendidikan pada zaman itu. Isi kandungan yang terdapat pada zaman Rasullah adalah hal -hal yang berkaitan aqidah, akhlak, dan Syar’iyah.

3.2 Tarbiah dan Pengajaran Yang Jelas Kefasihan Rasulullah S.A.W tidak hanya terhad kepada gaya bahasa yang baik dalam ucapan, bahkan ia juga terpancar dari metod pengajarannya (Salleh & Wan Abdullah, 2014). Apabila bercakap baginda akan menyebutnya dengan jelas, dan tidak hanya menggerakkan kedua-dua bibir, mengulang-ulangnya tiga kali dan menyebut satu persatu sehingga dapat didengar dan dihafaz oleh semua. Bahasa badan yang digunakan Rasulullah dalam penyampaian adalah agar dapat memberikan impak yang mendalam dalam jiwa pendengar. Rasulullah S.A.W menggunakan nada suara yang sesuai dengan apa yang hendak disampaikan dan apa yang yang tersirat di hati terpancar melalui mimik mukanya. Baginda akan tersenyum malah menangis jika keadaan menuntut sedemekian. Apabila hendak menegaskan sesuautu dan menyatakan kepentingannya, baginda akan mengalih kedudukan. Selain itu, apabila baginda ditanya berhubung sesuatu masalah Baginda akan memberikan penerangan lanjut dan terperinci. Adakalanya baginda akan mengaitkan permasalahan lain yang serupa atau berkaitan agar orang yang hadir mendapat pengetahuan yang baru. Tetapi, apabila diajukan persoalan berhubung perkara yang tidak diketahui, Baginda akan diam sehingga turun wahyu menjelaskan mengenainya. Pendidik dalam konteks Islam dilihat sebagai contoh terbaik atau role model yang membentuk insan yang berakhlak dan bertaqwa. Sebagai individu yang bertanggungjawab merealisasikan kehendak Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, profesion sebagai guru pendidikan Islam ialah satu kerjaya yang amat mencabar. Tugas pendidik dalam pandangan Islam secara umumnya ialah mendidik, iaitu berusaha mengembangkan seluruh potensi murid sama ada potensi psikomotor, kognitif

atau afektif. Pendidikan dalam konteks Islam bukan hanya sekadar suatu proses penyebaran ilmu, pengagihan maklumat dan perkongsian kemahiran dari seorang individu kepada seorang individu. Tetapi mencakupi proses bagaimana dengan ilmu, maklumat dan kemahiran yang diperolehi dapat merubahkan diri seseorang insan. Justeru, seseorang guru perlu mahir dalam mengendalikan sesi pengajaran agar ilmu atau maklumat dapat disampaikan dengan jelas dan berkesan. 2.0 KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Kalimah “Pendidikan” berasal daripada kata “didik” yang bermaksud perihal mendidik dan melatih. Bila dikaitkan perkataan pendidikan itu dengan kalimah “Islam”, menjadi “Pendidikan Islam”, ia bermaksud lebih khusus, iaitu mendidik manusia mengikut ajaran Islam.Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pendidikan Islam akan lebih menarik dan berkesan sekiranya pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dapat diaplikasikan dengan baik. Pendekatan adalah mendekatkan sesuatu dalam bidang pendidikan dan setiap pendekatan itu hendaklah mencerminkan satu pandangan tentang hakikat satu matlamat pelajaran. Sebagai contoh, ketika mengajar satu-satu pelajaran, guru membina satu pendekatan supaya senang diterima oleh murid, di mana pendekatan ialah pendekatan tentang isi pelajaran. Dari sini murid-murid akan senang memahami sesuatu isi pelajaran.. Kaedah pula merupakan satu perancangan yang sistematik secara keseluruhan untuk menyampaikan bahan pengajaran. Ia adalah satu prosedur melakukan sesuatu berasaskan tanggapan-tanggapan asas yang dibina melalui pendekatan. Dalam menerangkan sesuatu prosedur pengajaran dan pembelajaran, guru-guru boleh menggunakan kaedah yang sesuai, terutama kaedah yang dapat memenuhi keperluan murid-murid. Manakala teknik merujuk unit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu kaedah. Teknik merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru yang diperlukan dalam pengajaran. Teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. Contohnya dalam kaedah bercerita, pelbagai teknik digunakan untuk menajdikan cerita itu bermakna dan menyeronokkan.

Perkembangan teknologi membawa perubahan dalam pendidikan. Penerimaan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga berubah. Teknologi maklumat dan

komunikasi dalam pembelajaran dan pengajaran kini digunakan bagi membangunkan modal insan berteraskan kemahiran abad ke-21. Kemahiran abad ke-21 diperlukan bagi menjadi sebahagian masyarakat dan yenaga kerja abad ke-21. Bagi memenuhi keperluan ini, suatu set kemahiran digelar kemahiran abd ke-21 dibina. Kementerian pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan ke seleuruh negara mulai tahun 2015. Pelaksanaan pengajaran bersasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) menjadi penanda aras keberkesanan pendidikan abad ke-21.Bagi menghadapi era digital ini, murid perlu dipersiapkan dengan kefahaman yang baik dalam pendidikan Islam dan penguasaan dalam kemahiran abad ke-21.

Related Documents

Lebihan Isi Strategi.docx
December 2019 21
Isi
October 2019 65
Isi
November 2019 55
Isi
July 2020 29
Isi
May 2020 40
Isi
April 2020 41

More Documents from ""