LAPORAN PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN 1 2019 1. Perlaksanaan Aktiviti / Program.
Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun 1 peringkat Sekolah Kebangsaan Gawang Empili telah berlangsung selama 3 minggu bermula 3 Januari 2019 hingga 18 Januari 2019. Program ini telah melibatkan 7 orang murid Tahun 1, Guru-guru khasnya guru mata pelajaran tahun 1 dan ibu bapa khasnya ibu bapa murid Tahun 1. 2. Kekuatan. Kekuatan Program Transisi Tahun 1 bagi sesi 2019 ini ialah ianya agak mudah untuk dilaksanakan kerana didorong oleh beberapa faktor. Pertama, jumlah murid Tahun 1 yang sedikit sahaja iaitu 7 orang.Jadi, mudah untuk guru merancang sesi pdpc dan mengawal murid-murid ini. Kedua,majoriti daripada murid-murid ini telah mengikuti pendidikan awal di prasekolah. Penguasaan kemahiran asas di kalangan murid-murid tahun 1 agak memuaskan. Ketiga, disebabkan murid-murid sudah lama bergaul bersama rakan-rakan mereka, jadi mereka sudah mesra dan tidak berasa kekok semasa bergaul. Interaksi dan komunikasi dalam kalangan murid-murid adalah sangat baik. Kekuatan yang seterusnya ialah sepanjang program Transisi ini berlangsung,ianya mendapat kerjasama dan sokongan yang jitu khususnya dari warga sekolah dan pihak ibu bapa. Kekuatan yang seterusnya ialah para guru yang terlibat dengan program Transisi ini adalah terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman. 3. Kelemahan. Terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti sepanjang program transisi ini diadakan. Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah kelas dalam keadaan yang serba kekurangan.Contohnya, dinding kelas yang rosak perlu diperbaiki. Selain itu, masih terdapat seorang murid yang tidak menguasai kemahiran asas.
4. Cadangan penambahbaikan.
5. Maklum Balas Pemantauan. Maklum balas yang telah diberikan oleh pegawai yang telah memantau program transisi ini adalah sangat baik.
Aktiviti Bergambar Sepanjang Program Transisi Tahun 1 2019.
Murid-murid Tahun 1 sedang mengikuti kelas Bahasa Melayu yang dikendalikan oleh guru mata pelajaran Cikgu Nurazlan Azri bin Mohamad Spiee.
Cikgu Iman mengajar murid-murid Tahun 1 dalam mata pelajaran Sains.[Memerhati belalang].
Murid-murid Tahun 1 sedang beratur di Dewan Makan untuk mengambil makanan semasa waktu rehat sambil diawasi oleh guru bertugas.
Di antara murid-murid Tahun 1 yang menikmati makanan dan minuman waktu rehat di dewan makan sekolah.
Murid-murid Tahun 1 sedang mengikuti sesi pengajaran di dalam bilik kelas mereka. Jumlah murid Tahun 1 bagi sesi 2019 ialah 7 orang.
Murid-murid Tahun 1 sedang membuat persembahan nyanyian semasa Majlis Penutupan Rasmi Program Transisi Tahun 1 2019.
Murid-murid Tahun 1 membuat persembahan nyanyian di atas pentas semasa Majlis Penutupan Program Transisi Tahun 1 2019.