In Conclusion

  • Uploaded by: Norhisyam Mohd Nuruddin
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View In Conclusion as PDF for free.

More details

  • Words: 1,445
  • Pages: 15
PEMARKAHAN

BML 3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SEMESTER 1 SESI 2017/2018 (A171) Tugasan Individu DISEDIAKAN OLEH:

NAMA

NO. MATRIK

PROGRAM

MUHAMMAD SAFUAN BIN ABDUL JALIL

D20161075061

AT32 ISMP SEJARAH

PENSYARAH: PUAN HUSNA FAREDZA BINTI MOHAMED REDZWAN

Tarikh Serah

:____________________________________

SOALAN 1

Lukiskan gambar rajah alat artikulasi dan tandakan nama alat artikulasi tersebut. Berikan fonem-fonem yang dihasilkan oleh setiap alat artikulasi tersebut dan berikan contoh perkataan yang mengandungi fonem tersebut. - Bunyi bahasa akan terjadi sekiranya udara mengalami halangan atau gangguan pada alat-alat artikulasi. Secara terperinci, bahagian-bahagian anggota tubuh yang ikut membentuk bunyi, baik secara langsung ataupun tidak langsung adalah alat artkulasi. Berikut merupakan senarai alat-alat artikulasi yang terlibat untuk menghasilkan bunyi bahasa: 1. Paru-paru 2. Batang tenggorok 3. Pangkal tenggorok 4. Pita suara 5. Krikoid 6. Tiroid 7. Aritenoid 8. Dinding Rongga kerongkongan 9. Epiglotis 10. Akar lidah 11. Akar lidah, lidah belakang, pangkal lidah. 12. Tengah lidah 13. Daun lidah 14. Hujung lidah 15. Anak tekak 16. Langit-langit lembut 17. Langit-langit keras 18. Gusi dalam, gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi 19. Gigi atas 20. Gigi bawah 21. Bibir atas 22. Bibir bawah 23. Mulut 24. Rongga mulut 25. Rongga hidung

Fungsi alat artikulasi Gusi dalam (gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi dan lekuk gigi)  Gusi dalam (gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi, lekuk gigi) adalah bahagia gusi tempat letak akar gigi depan atas bahagian belakang, terletak tepat di atas serta belakang gigi yang melengkung ke dalam menghadap lidah.  Dalam pembentukan bunyi Bahasa, gusi ini sebagai artikulator pasif  Bunyi yang dihasilkan oleh gusi (alveola, alveolum) disebut bunyi alveolar atau bunyi gusi.  Bunyi yang dihasilkan oleh halangan hujung lidah pada gusi disebut bunyi apikoalveolar.  Gusi bekerjasama dengan daun lidah sebagai artikulator aktifnya.  Bunyi yang dihasilkan oleh daun lidah disebut bunyi laminal  Gabungan kedua-duanya menjadi bunyi lamino-alveolar Gigi (Teeth Denta)  Gigi terbahagi kepada dua iaitu gigi bawah dan gigi atas  Gigi bawah dapat digerakkan ke bawah dan ke atas namun dalam pembentukan bunyi bahasa tidak banyak berperanan, hanya bersifat membantu sahaja.  Yang berfungsi sebagai artikulator atau dasar artikulasi adalah gigi atas bekerjasama dengan bibir bawah atau hujung lidah.  Bunyi yang dihasilkan oleh gigi (denta) disebut bunyi dental.  Bunyi yang dihasilkan oleh bibir (labia) disebut bunyi labial.  Bunyi yang dihasilkan oleh halangan gigi atas dengan bibir bawah disebut bunyi labio dental manakala dengan hujung lidah disebut sebagai bunyi apiko-dental.  Fungsi utama gigi adalah mengunyah

Bibir (Lip, Labia)  Bibir terbahagi kepada dua, iaitu bibir bawah dan bibir atas  Fungsi utama bibir adalah sebagai pintu penjaga rongga mulut.  Dalam pembentukan bunyi bahasa, bibir adalah sebagai artikulator pasif bekerjasama dengan bibir bawah sebagai artikulator aktifnya.  Dapat juga bibir bawah sebagai artikulator aktif itu bekerjasama dengan gigi atas, hasilnya ialah bunyi labio-dental

 Bunyi yang dihasilkan oleh bibir ialah bunyi fonem [p], [b], [w], [m] dan bunyi labio dental, [f] dan [v] Langit-langit keras (Hard Palate, Palatum)  Merupakan bahagian bertulang selepas gusi yang pada bahagian depan lelangit itu melengkung cekung ke atas dan bahagian belakang berakhir dengan bahagian yang terasa lembut apabila diraba.  Pembentukan bunyi bahasa: lelangit keras (artikulator pasif) bekerjasama dengan hujung lidah atau tengah lidah (artikulator aktif) Langit-langit lembut (Soft Palate, Venum)  Bahagian lembut selepas lelangit keras dan dihujungnya terdapat anak tekak  Semasa bernafas- lelangit dan anak tekak menurun dan udara dapat keluar melalui rongga hidung  Pembentukan bunyi bahasa- bunyi non-nasal atau semasa menguap, semasa lelangit lembut dan anak tekak terangkat ke atas untuk menutup rongga hidung. Rongga (Hidung, Mulut, Tekak)  Rongga ialah bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara yang keluar dari paruparu.  Rongga hidung merupakan ruangan di atas rongga mulut dan dipisahkan dari rongga mulut oleh lelangit.  Bermula dari bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung  Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.  Rongga tekak : bermula dari sebelah atas selepas pita suara hingga bahagian anak tekak  Rongga mulut: bermula dari ruang hdpn belakang lidah ke bahagian bibir sebelah dalam. Lidah (Tongue)  Fungsi utama lidah adalah sebagai alat perasa dan untuk memindahkan makanan yang akan atau dikunyah.  Dalam pembentukan bunyi Bahasa, lidah adalah artikulator yang aktif dan mempunyai peranan yang amat penting  Terdapat lima bahagian lidah iaitu akar lidah, pangkal lidah, tengah lidah, daun lidah, dan hujung lidah.

SOALAN 2 Apakah fonem vokal dan konsonan? Senaraikan fonem vokal dan konsonan bahasa Melayu dengan mengemukakan satu contoh perkataan yang mengandungi fonem vokal dan konsonan tersebut yang masing-masing hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan.

Jawapan: Vokal ialah bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Bunyi vokal dalam bahasa melayu terbahagi kepada tiga jenis utama iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada fonem [a], [e], [ә],[i],[o] dan [u]. Manakala, konsonan bermaksud bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal, bagi menyebut fonem konsonan terdapat halangan pada alat artikulasi. Konsonan boleh dibahagikan kepada dua iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman.

Berikut adalah contoh-contoh fonem vokal yang terdapat dalam perkataan dalam akhbar yang saya kaji dan hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan.

Fonem /a/ Awal perkataan

“apa”

Tengah perkataan

“dasar”

Akhir perkataan

“kita”

Fonem /e/ Awal perkataan

“estet”

Tengah perkataan

“mereka”

Akhir perkataan

“komited”

Fonem /ә / Awal perkataan

“empat”

Tengah perkataan

“kertas”

Akhir perkataan

“presiden”

Fonem /i/ Awal perkataan

“india”

Tengah perkataan

“kajian”

Akhir perkataan

“pengundi”

Fonem /o/ Awal perkataan

“optimis”

Tengah perkataan

“golongan”

Akhir perkataan

“exco”

Fonem /u/ Awal perkataan

“usaha”

Tengah perkataan

“datuk”

Akhir perkataan

“isu”

Berikut pula adalah contoh-contoh fonem konsonan asli yang terdapat dalam perkataan dalam akhbar yang saya kaji: Fonem /b/

Awal perkataan

“bagi”

Tengah perkataan

“libat”

Akhir perkataan

“sebab”

Fonem /ĉ/ Awal perkataan

“contoh”

Tengah perkataan

“lencongan”

Akhir perkataan

“mac”

Fonem /d/ Awal perkataan

“digital”

Tengah perkataan

“sedang”

Akhir perkataan

“terhadap”

Fonem /g/ Awal perkataan

“guna”

Tengah perkataan

“negara”

Akhir perkataan

“wang”

Fonem /h/ Awal perkataan

“hargai”

Tengah perkataan

“tahun”

Akhir perkataan

“padah”

Fonem /ǰ/ Awal perkataan

“jualan”

Tengah perkataan

“kerajaan”

Akhir perkataan

“kerja”

Fonem /k/ Awal perkataan

“korporat”

Tengah perkataan

“laksana”

Akhir perkataan

“milik”

Fonem/l/ Awal perkataan

“lampu”

Tengah perkataan

“jalan”

Akhir perkataan

“sosial”

Fonem /m/ Awal perkataan

“masa”

Tengah perkataan

“memang”

Akhir perkataan

“program”

Fonem /n/ Awal perkataan

“nilai”

Tengah perkataan

“mangsa”

Akhir perkataan

“perniagaan”

Fonem /ɳ/ Awal perkataan

“menganggap

Tengah perkataan

“penganjuran”

Akhir perkataan

“perang”

Fonem /ɲ/ Awal perkataan

“nyanyuk”

Tengah perkataan

“penyerang”

Akhir perkataan

Fonem /p/ Awal perkataan

“perdana”

Tengah perkataan

“depan”

Akhir perkataan

“segenap”

Fonem /q/ Awal perkataan

“quran”

Tengah perkataan

“ittifaqiyah”

Akhir perkataan

Fonem /r/ Awal perkataan

“rasa”

Tengah perkataan

“merupakan”

Akhir perkataan

“pengeluar”

Fonem /s/ Awal perkataan

“sepak”

Tengah perkataan

“persatuan”

Akhir perkataan

“harus”

Fonem /t/ Awal perkataan

“takraw”

Tengah perkataan

“jurulatih”

Akhir perkataan

“tersebut”

Fonem /w/ Awal perkataan

“wacana”

Tengah perkataan

“ilmuwan”

Akhir perkataan

Fonem /j/ Awal perkataan

“yang”

Tengah perkataan

“kekayaan”

Akhir perkataan

“berjaya”

Berikut adalah contoh fonem konsonan pinjaman yang terdapat di dalam akhbar yang saya kaji: Fonem /f/ Awal perkataan

“fakta”

Tengah perkataan

“manfaat”

Akhir perkataan

“inovatif”

Fonem /v/ Awal perkataan

visa

Tengah perkataan

relevan

Akhir perkataan

Fonem/x/ Awal perkataan Tengah perkataan Akhir perkataan

Fonem /z/

Awal perkataan Tengah perkataan Akhir perkataan

SOALAN 3 Bincangkan Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu. Dengan memberikan satu contoh yang sesuai huraikan 18 pola keselarasan vokal dalam Sistem Ejaan Bahasa Melayu itu.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008), keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar iaitu pasangan antara dua huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Di samping itu, prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat-syarat yang berikut: 1. Keselarasan adalah antara dua huruf vokal pada kata dasar 2. Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup 3. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.

Berikut merupakan 18 pola keselarasan vokal yang terdapat dalam Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu: Bil

Suku

Suku

Contoh perkataan

Kata

Kata

Praakhir

Tertutup

1.

a

-a

termahal

2.

a

-i

organisasi

3.

a

-u

atau

4.

e pepet

-a

emas

5.

e pepet

-i

sembelih

6.

e pepet

-u

belum

7.

e taling

-a

bekam

8.

e taling

e taling

leceh

9.

e taling

-o

esok

10.

i

-a

kitab

11.

i

-i

didih

12.

i

-u

tirus

13.

o

-a

rosak

14.

o

-e taling

toleh

15.

o

-o

borong

16.

u

-a

tumpat

17.

u

-i

kulit

18.

u

-u

suluh

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

Related Documents

In Conclusion
August 2019 17
Conclusion
November 2019 32
Conclusion
May 2020 17
Conclusion
May 2020 15
Conclusion
October 2019 33
Conclusion
November 2019 28

More Documents from ""