Laporan Transisi Skns 2018.docx

  • Uploaded by: Rayson Josin
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Transisi Skns 2018.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,363
  • Pages: 16
ISI KANDUNGAN

Pendahuluan

3

Objektif

3

Tujuan

4

Visi

4

Misi

4

Maklumat sekolah

5

Pelan tindakan

6

Jawatankuasa program

7

Senarai nama murid

8

Maklumat guru matapelajaran

9

Laporan pelaksanaan program

10

Lampiran - Gambar aktiviti

13

2

LAPORAN PROGRAM TRANSISI & GURU PENYAYANG 2019 SK NANGA SAMA, KAPIT, SARAWAK

PENDAHULUAN Program Transisi Dan Guru penyayang Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi daripada pendidikan tidak formal samada di rumah atau di pra sekolah kepada pendidikan secara formal di Tahun Satu di sekolah. Program yang dilaksanakan ini telah membantu kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang, sosio-ekonomi, persekitaran dan pengetahuan menyesuaikan diri dan bersedia untuk meneruskan pembelajaran secara formal. OBJEKTIF Pada akhir program ini: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x.

Kesinambungan pembelajaran di tadika / prasekolah ke Tahun Satu dapat dicapai. Dapat memudahkan dan mempercepatkan murid-murid yang datang dari pelbagai latar belakang bergaul di antara satu sama lain. Dapat memudahkan dan mempercepatkan murid-murid berkenalan dengan guru-guru dan rakan-rakan. Dapat memudahkan murid-murid menyesuaikan diri dengan masa, keadaan dan persekitaran sekolah. Dapat memudahkan murid-murid bersedia untuk memulakan proses pembelajaran secara formal menerusi program ini. Dapat memudahkan kesinambungan pembelajaran daripada pendidikan tidak formal ke pendidikan formal dijalankan. Dapat membina keyakinan murid-murid untuk menghadapi pembelajaran yang formal. Dapat memudahkan guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dapat membantu guru menilai kemajuan murid secara berterusan dan menyeluruh. Dapat meningkatkan minat, semangat dan kecenderungan murid-murid untuk datang ke sekolah dan belajar tanpa menimbulkan masalah.

3

TUJUAN PROGRAM Murid (i) (ii) (iii)

Memperkembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri dalam persekitaran pembelajaran yang formal Memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas mengikut Sukatan Pelajaran Tahun Satu Mencapai tahap perkembangan kognitif yang hampir sama untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya

Guru (i) (ii) (iii)

Menangani perbezaan murid yang berlainan latar belakang dan pengalaman dan aspek kognitif, afektif dan psikomotor Membantu murid menyesuaikan diri di kelas Tahun Satu Menyatupadukan pendekatan prasekolah dengan pendekatan yang lebih formal di Tahun satu

VISI Merealisasikan Program Transisi Guru Penyayang dengan cemerlang.

Misi Menyusun pendekatan dan strategi yang paling berkesan berdasarkan kepada keperluan serta kemampuan sekolah bagi mencapai kecemerlangan.

4

MAKLUMAT SEKOLAH : Sekolah Kebangsaan Nanga Sama Nama dan alamat

D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kapit,

sekolah

96800 Kapit, Sarawak

No.Telefon

: Tiada

Nama Guru besar

: Puan Kunchi Anak Bantin

Kod Sekolah

: YBB 7113

Jenis Sekolah

: SK

Lokasi

: Luar Bandar

Jumlah Murid Tahun 1

: Sembilan orang

Bilangan Kelas Tahun 1

: Satu kelas

Guru Kelas

: Rayson Anak Josin 1. Zulaikha Binti Abdul Rahman (Sains) 2. Rayson Anak Josin (Bahasa Melayu)

Senarai Guru Mata

3. Muhamad Zahari Bin Hashim (Matematik/PJK)

Pelajaran Tahun satu

4. Ting Ko Shing (Pend.Moral)

2019

5. Ting Ko Shing (Bahasa Inggeris) 6. Rurien Dawie Anak Umpi (Pend. Kesenian)

5

PELAN TINDAKAN PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN 1 2019 Bil Aktiviti / Program Tarikh 1 Mengadakan mesyuarat dengan Guru Besar, 22.11.2018 PK1, PK HEM, PKKK, guru-guru Tahun Satu termasuk guru B&K tentang program transisi Tahun 2019

3

Perbincangan dengan guru-guru Tahun Satu tentang rancangan dan pelaksanaan program transisi selama 3 minggu.

23.11.2018

4

Perbincangan tentang hasil program transisi yang telah disediakan

24.11.2018

5

Hantar rancangan Program Transisi 2019 ke 25.11.2018 PPD

6

Keceriaan kelas Tahun Satu - penyusunan meja dan kerusi - penghiasan papan kenyataan dan kelas - kebersihan kelas

7 8

9

Pendaftaran murid Tahun 1 Pelaksanaan program transisi sekolah (3 minggu)

Majlis Penutupan Program

30.12.2018 hingga 03.01.2019

Catatan Guru Besar, PK1, PK HEM, PKKK, guru-guru Tahun Satu, guru B&K Semua guru matapelajaran Tahun Satu Guru Tahun Satu PK1

Guru Kelas Tahun 1

02.01.2019 02.01.2019 hingga 22.01.2019 22.01.2019

Guru Besar PK1, PK HEM, PKKK, Semua guru Tahun 1, guru B&K

6

JAWATANKUASA PROGRAM TRANSISI & GURU PENYAYANG 2019 SK NANGA SAMA, KAPIT, SARAWAK

Penasihat PN. KUNCHI ANAK BANTIN (Guru Besar)

Pengerusi EN. SENGALANG AK UBENG (PK PENTADBIRAN)

Naib Pengerusi I EN.RURIEN DAWIE AK UMPI (PK HEM)

Naib Pengerusi II EN. ANGKING AK TUMANG (PK KK)

Setiausaha EN. RAYSON ANAK JOSIN (Guru Kelas Tahun 1)

Naib Setiausaha EN. MOHD ZAHARI BIN HASHIM (Guru B&K)

Ahli Jawatankuasa PN. TING KO SHING CIK. ZULAIKHA BINTI ABDUL RAHMAN

7

SENARAI NAMA MURID TAHUN 1 2019 Bil

NAMA

JANTINA

1

ADITIA ANAK ANGGANG

L

2

AMANDA OROMOCHI ANAK MAUSITUNG

P

3

CHRISTINA TAYANG ANAK DIGAT

P

4

CORRYSIA OLLYVIA ANAK JANTING

P

5

FARISYA ARQILLA ANAK SALANG

P

6

FELICIA ANAK WELLINGTON

P

7

ISABELLA NATASHA ANAK MANYEI

P

8

NADA ANAK BANYAN

P

9

RUSSELL PAULUS ANAK ANGKING

L

8

MAKLUMAT GURU MATAPELAJARAN TAHUN 1 2019 BIL. 1.

2.

3.

4. 5.

6.

NAMA MURID En.Rurien Dawie Ak Umpi Pn. Kunchi Anak Bantin En. Zahari Bin Hassim En.Rayson Ak Josin Pn. Ting Ko Shing Cik. Zulaikha Binti Abdul Rahman

MATA PELAJARAN

JAWATAN DI SEKOLAH

Pendidikan Kesian

GPK HEM

Bahasa Iban

Guru Besar

Matematik/ Pend.Jasmani

Guru Akademik Biasa

&Kesihatan Bahasa Melayu

Guru Akademik Biasa

Bahasa Inggeris /

Guru Akademik Biasa

Pendidikan Moral Guru Akademik Biasa

Sains

9

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI PROGRAM TRANSISI & GURU PENYAYANG 2019 SK NANGA SAMA, KAPIT, SARAWAK

Program Transisi & Guru Penyayang telah dijalankan dengan jayanya di Sk Nanga ssama, Kapit, Sarawak. Program ini telah dijalankan selama tiga minggu iaitu bermula pada 2 Januari hingga 22 Januari 2019. Seramai sembilan orang murid tahun satu sesi 2019 telah terlibat dalam program ini dengan dikelolakan oleh guru-guru matapelajaran sambil dipantau oleh pihak pentadbir. Hasil kerjasama semua warga sekolah, program ini telah berjaya mencapai matlamat dan objektif dengan lancar. Pelbagai aktiviti telah diadakan meliputi beberapa kategori iaitu aktiviti dalam bilik darjah dan luar bilik darjah.

Aktiviti dalam bilik darjah lebih mengutamakan mempersiapkan murid untuk menghadapi suasana Pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang formal. Guru memperkenalkan pembelajaran asas bagi mata pelajaran masing-masing. Aktiviti ini berupaya membantu guru mengenalpasti tahap kecekapan intelektual murid serta mengetahui kompetensi murid dalam setiap matapelajarn. Dengan itu, guru dapat menyediakan bahan-bahan PdP yang bersesuaian dengan tahap kecekapan murid semasa melaksanakan PdP yang formal kelak.

Aktiviti luar bilik darjah pula dijalankan bagi membantu murid mempelajari rutin persekolahan harian terutama bagi yang bermalam di asrama. Murid-murid di ajar tentang jadual rutin harian, adab berada di dewan makan, etiket sosial dan cara menjaga kebersihan diri. Murid turut dibawa melawat kawasan di persekitaran sekolah seperti pejabat, dewan makan, asrama, tandas dan banyak lagi. Selain itu murid turut didedahkan tentang peraturan sekolah dan asrama. Praktikal tatasusila masuk ke kelas dan memberi kata hormat kepada guru dan rakan-rakan turut dilaksanakan. Pelbagai ragam dan gelagat murid dapat dilihat dan murid berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan dengan jayanya.

Pada minggu pertama, aktiviti yang dijalankan menjurus kepada memperkenalkan identiti sekolah kepada murid-murid. Antara aktiviti tersebut adalah melawat sekitar kawasan sekolah, penerangan tentang rutin harian persekolahan, penerangan tentang peraturan sekolah serta peraturan di beberapa kawasan lain seperti perpustakaan, dewan makan, asrama dan tandas. Selain itu, murid turut didedahkan dengan amalan menjaga kebersihan diri seperti cara memberus gigi, membasuh tangan sebelum makan dan lain-lain lagi. Disamping itu, 10

murid diberi peluang untuk mengenali semua warga sekolah melalui aktiviti suai kenal. Murid diminta mengambil semua tanda tangan warga SKNS dalam satu borang yang telah dibekalkan. Melalui aktiviti ini, murid akan lebih peka dan cakna dengan keadaan sekeliling disamping dapat membina kemahiran bersosial dalam diri mereka.

Pada minggu kedua, murid mula didedahkan dengan konsep asas alam pembelajaran bagi setiap mata pelajaran seperti mengenal nombor, mengenal huruf, aktiviti asas mewarna dan sebagainya. Mereka turut diperkenalkan dengan pergerakan asas dan pendidikan jasmani dan kesihatan. Keterujaan murid-murid melaksanakan aktiviti telah menggambarkan bahawa program ini telah berjaya menarik minat murid untuk memulakan sesi pembelajaran yang formal dan perubahan iklim pembelajaran tidak menjadi suatu masalah kepada mereka untuk menjalani sesi pembelajaran dengan lancar.

Pada minggu ketiga, aktiviti pembelajaran semakin ditingkatkan. Murid juga telah diberi buku teks sebagai permulaan kepada sesi pembelajaran dalam bilik darjah yang sebenar. Murid mula diperkenalkan dengan teknik asas menulis dan membaca. Pada penghujung minggu ketiga, majlis penutupan telah diadakan dengan meriah dan jayanya dengan kehadiran para ibu bapa tahun 1. Majlis berjalan dengan lancar dan teratur. Sila rujuk lampiran untuk melihat gambar-gambar aktiviti sepanjang program berlangsung.

11

LAMPIRAN

12

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 2019

13

14

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM

15

16

SESI MENGHAYATI HASIL KERJA MURID SEPANJANG PROGRAM TRANSISI

17

Related Documents

Unsur Transisi
June 2020 23
Logam Transisi
June 2020 23
Transisi Bm.docx
December 2019 22
Logam Transisi
June 2020 19

More Documents from "PertubuhanKebajikanDarulHasani"

Pmrs Pit Falls
June 2020 3