Analisis Masalah Etika Dalam Pengurusan.docx

  • Uploaded by: Norhisyam Mohd Spiee
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Analisis Masalah Etika Dalam Pengurusan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 467
  • Pages: 2
ANALISIS MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN Menguruskan masalah-masalah etika lebih sukar dibuat apabila seseorang itu terlibat secara langsung dalam situasi berkenaan. Pilihan yang dibuat mestilah seimbang antara pros dan cons supaya dapat memuaskan hati semua pihak. Bagi masalah etika yang berlaku dalam organisasi pula, sebarang keputusan yang diambil perlu seimbang dengan prestasi ekonomi dan prestasi sosialnya. Penyelesaian dilema etika dalam pengurusan ini boleh dicapai melalui tiga kaedah analisis iaitu analisis ekonomi, analisis undang-undang dan analisis etika. Penulis akan mengaplikasikan masalah yang dialami dengan ketiga-tiga analisis tersebut. Penghuraian setiap analisis adalah seperti berikut: Keputusan etika bukanlah pilihan antara betul atau salah yang mudah dibuat. Ia merupakan suatu pertimbangan kompleks untuk mengimbangi prestasi ekonomi sesebuah organisasi dengan prestasi sosialnya. Keseimbangan ini perlu wujud. Jadi, bagaimanakah caranya untuk mewujudkan keseimbangan ini? Kita boleh mencapainya melalui tiga kaedah analisis yang relevan bagi menyelesaikan dilema etika dalam pengurusan. Analisis Ekonomi Kita boleh melihat masalah etika dari sudut pendekatan mikroekonomi; iaitu dengan bergantung kepada kuasa-kuasa pasaran yang bersifat bukan peribadi untuk memutuskan antara prestasi ekonomi dan sosial. Adalah tidak menyenangkan jika para pekerja hilang pekerjaan apabila pengurangan tenaga kerja dan penutupan kilang berlaku. Walau bagaimanapun, terdapat pasaran buruh di mana pekerja boleh diambil bekerja semula dengan syarat mereka sanggup menyesuaikan permintaan ganjaran mereka dengan keadaan pasaran. Kepercayaan dasar kaedah ini adalah bahawa sebuah ekonomi pasaran itu mempunyai jumlah sumber yang terhad. Apabila pengguna dibekalkan barangan berkualiti paling tinggi pada kos yang paling rendah, maka sumber-sumber telah digunakan dengan paling cekap serta berkesan. Analisis Undang-Undang Kita boleh juga melihat masalah etika melalui pendekatan rangka kerja undang-undang; iaitu bergantung kepada kuasa-kuasa sosial yang bersifat bukan-peribadi untuk menentukan yang mana „betul dan „salah. Pengurangan tenaga kerja dan penutupan kilang memang tidak menyenangkan, tetapi masyarakat tidak pernah merasakan bahawa ia begitu memudaratkan orang-orang yang terlibat sehingga memerlukan suatu undang-undang untuk mencegahnya. Sekiranya ia menjadi satu masalah besar, undang-undang boleh dibentuk untuk menangani

situasi tersebut. Kepercayaan yang menjadi dasar kaedah ini ialah bahawa sebuah masyarakat berdemokrasi boleh menubuhkan peraturannya sendiri. Jika orang-orang dan organisasi mematuhi peraturannya, anggota masyarakat berkenaan akan mendapat perhatian seberapa adil yang mungkin. Analisis Etika Kita boleh melihat masalah etika menggunakan struktur falsafah normatif; iaitu bergantung kepada prinsip-prinsip asas untuk memutuskan antara „betul dan „salah. Kita boleh mengira „kebaikan terbanyak untuk golongan terbanyak dan menggunakannya sebagai dasar keputusan apabila pengurangan tenaga kerja dan penutupan kilang berlaku. Kepercayaan dasarnya adalah jika semua lelaki dan wanita yang rasional dalam sesebuah masyarakat bertindak atas prinsip kemurahan hati atau sifat konsisten yang sama, maka anggota masyarakat berkenaan akan mendapat perhatian seberapa adil yang mungkin. Kod Etika ialah peraturan yang menegaskan apa yang benar dana pa yang salah berkenaan adab dan tingkah laku manusi. Setiap organisasi mempunyai kod etika masing-masing yang perlu dipatuhi oleh semua kakitangan. Sebarang perbuatan yang melanggar kod etika merupakan salah laku etika dan akan dikenakan tindakan tatatertib.

Related Documents


More Documents from "Faisal Risor Legacy"