LAPORAN PROGRAM OPKIM SULONG’06
LAPORAN PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM SULONG) 2006 Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia di bawah Lajnah Kebajikan dan Keselamatan serta Lajnah Penerbitan dan Ekonomi dengan kerjasama Kedekanan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan satu program yang dinamakan
Operasi
Khidmat Masyarakat (OPKIM SULONG)’06 yang bertempat di Parit Sulong, Batu Pahat Johor. Ianya diadakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 18 Ogos 2006 dan berakhir pada 20 Ogos 2006. Seramai 80 orang pelajar dari Fakulti Pengajian Islam daripada pelbagai negeri telah menyertai program ini. Sebelum program ini dilaksanakan Ketua Pengarah Program telah bermesyuarat bersama ahli jawatan kuasa penduduk setempat sebanyak 3 kali dan telah membentuk satu jawatankuasa pengerak program. Berikut adalah senarai Organisasi jawatankuasa pengerak program;
Pengerusi En Mustafa Kamal bin Abdullah Pegawai Penolong Tadbir Mukim Sri Medan
Timbalan Pengerusi Tuan Haji Hanafi bin Solihan Pegawai Penolong Tadbir Mukim IV
Setiausaha Huszarudin bin Hj Hussin Ketua Pengarah Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM SULONG)’06
Bendahari Tuan Hj Sudin bin Hj Awang Ahli Majlis Daerah Yong Peng
Ahli Jawatankuasa 1. Tuan Hj Ismail bin Adnan, Timb Pengarah Yayasan Warisan Johor 2. Tuan Hj Misran bin Kadio, Pembantu khas ADUN Sri Medan 3. SM Fuad, Ketua Balai Polis Parit Sulong 1
LAPORAN PROGRAM OPKIM SULONG’06
4. Pn Hjh Zaharah bt Owan, Pengetua S.M. Agama. Pt Sulong 5. Tuan Hj Azmi Masrani, YDP S.M. Agama Pt. Sulong 6. En Elias Bin Ismail, Majlis Kebudayaan Daerah Yong Peng 7. En Samsuddin bin Salleh, Ketua Kg Pt. Sulong 8. Tuan Hj Taslim bin Jumiran, Ketua Kg Pt. Pulai 9. En Sharif bin Peto, Ketua Kg Kangkar Senangar 10. Tuan Hj Abd Manap bin Musa, Ketua Kg Kangkar Merlimau 11. En Minhad bin Hambali, Ketua Kg Pt Raja Ahmad 12. En Mohd Noh bin Rahmat, Ketua Kg Pt Jalil 13. Tuan Haji Saaban, Naib Kadi Parit Sulong 14. Imam Herman, Imam Masjid Pt Sulong Perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan selama 3 hari, pembahagian anak angkat kepada ibu ayah angkat, perasmi pembukaan dan penutupan, persediaan yang dibuat bagi menyambut mereka dan sebagainya. Seawal 7.45 pagi pada 18 Ogos 2006 semua pelajar yang menyertai OPKIM SULONG berkumpul di hadapan fakulti menanti ketibaan bas. Kami bertolak pada pukul 8.50 pagi kerana kelewatan pemandu bas untuk tiba di fakulti. Kami tiba Sekolah Menengah Agama Parit Sulong pada pukul 12.30 tengahari. Ketibaan kami telah disambut oleh jawatankuasa yang terlibat di sana dan satu taklimat telah di berikan oleh ketua pengarah program bagi mengigatkan kepada peserta tujuan dan matlamat sebenar program ini dijalankan seperti mana yang tertulis di dalam kertas kerja program. Kemudian para peserta telah dijamu dengan jamuan yang disediakan dan persiapan solat Jumaat bagi lelaki di mana mereka telah solat di masjid simpang tiga, parit Sulong. Program pertama yang dijalankan adalah majlis perasmian OPKIM SULONG 06 yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Zahri bin Jamil selaku Exco Kerajaan Negeri Johor merangkap ADUN Sri Medan. Majlis diserikan lagi dengan ketibaan wakil daripada Yayasan Warisan Negeri Johor, Jabatan Landskap Negara cawangan negeri Johor (Taman Botani negeri Johor) dan lain-lain individu.
2
LAPORAN PROGRAM OPKIM SULONG’06
Selesai majlis perasmian, para peserta dibahagikan kepada keluarga angkat. Keluarga angkat ini terdiri dari 4 buah kampung iaitu Kampung Parit Sulong, Kampung Parit Pulai, Kampung Kangkar Merlimau dan Kampung Parit Raja Ahmad. Setiap keluarga angkat mendapat 2, 3 dan 4 orang anak angkat. Sesudah pembahagian tersebut, semua peserta membawa keluarga angkat untuk minum petang dan pulang ke rumah. Pada sebelah malam diadakan ceramah tentang bahaya dadah yang disampaikan oleh Puan Norasiken binti Ahmad selaku Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan cawangan Batu Pahat, Johor bertempat di dewan utama Sekolah Menengah Agama Parit Sulong, Batu Pahat. Pada hari kedua pula, pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Agama Parit Sulong mendaftar untuk mengikuti Latihan Dalam Kumpulan yang disediakan oleh mahasiswa dan mahasiswi FPI, UKM serta mengikuti Bengkel Kemahiran Bahasa Arab yang disampaikan oleh Ustaz Zamri bin Ahmad dibantu isterinya ustazah Ibtisam, Pensyarah di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam UKM. Bengkel ini tamat pada pukul 1.15 petang dengan memberikan tips-tips yang berguna bagi meningkatkan lagi kemahiran Bahasa Arab. Kemudian para peserta dijamu dengan jamuan tengahari dan solat berjemaah di surau sekolah tersebut. Program disambung semula pada pukul 2.15 petang selepas solat zohor dan makan tengahari. Wawancara Ilmiah yang bertajuk Dato’ Onn Pengasas Sebuah Negara Bangsa menjadi topik yang dibincangkan oleh Hj Mohd Zain iaitu Pegawai Yayasan Warisan Johor. Pada sebelah petangnya pula diadakan perlawanan persahabatan bola sepak dan bola jaring di antara penduduk setempat dengan mahasiswa dan mahasiswi UKM. Perlawanan bola sepak diakhiri dengan kekalahan berpihak kepada mahasiswa UKM 5 - 6. Manakala perlawanan bola jaring berakhir dengan mata terikat seri. Malamnya pula diadakan ceramah bersempena Isra’ dan Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Hj Shali iaitu Jemaah Nazer Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor di masjid pekan Parit Sulong, Batu Pahat. Seawal jam 8.00 pagi hari ketiga semua mahasiswa dan mahasiswi UKM menabur bakti mengembling tenaga kepada kampung masing-masing dengan mengadakan gotong-royong beramai-ramai. Masjid, kubur dan rumah-rumah orang tua dibersihkan serta penanaman pokok bunga di setiap masjid dilakukan. Pokok3
LAPORAN PROGRAM OPKIM SULONG’06
pokok ini disumbangkan oleh Taman Botani Johor. Setelah selesai semua pulang ke rumah keluarga angkat untuk kali terakhir beramah mesra. Kesemua ahli jawatan kuasa hadir ke S.M.A Parit Sulong pada pukul 1.00 petang bagi membuat persiapan majlis penutupan. Keluarga angkat hadir bersama-sama mahasiswa dan mahasiswi yang lain pada pukul 2.15 petang. Majlis penutupan diadakan pada pukul 3.00 petang yang dilaksanakan oleh Yang Berhormat Syed Hood bin Syed Edros al-Haj selaku Ahli Parlimen Kawasan Parit Sulong. Manakala wakil Fakulti Pengajian Islam, UKM iaitu Dr. Samsu Adabi bin Mamat. Setelah selesai hadirin dijamu dengan jamuan yang disediakan oleh eksekutif jamuan. Semua peserta bersalam-salaman dengan keluarga angkat masing-masing kerana terpaksa berangkat pulang ke UKM. Hampir 2 jam kami menunggu ketibaan bas yang akan membawa kami pulang. Ketibaan bas (luar UKM) adalah pada pukul 6.05 petang dan kami berangkat pulang meninggalkan Parit Sulong yang penuh dengan kenangan dan pengalaman yang indah pada pukul 6.15 petang. Kami singgah di Hentian Ayer Keroh untuk bersolat Maghrib dan tiba di UKM pada pukul 11.00 malam. Para peserta telah dihantar pulang ke kolej masing-masing dengan bas yang dinaiki. Semua program yang dirancangkan berjalan dengan lancarnya walaupun terdapat sedikit masalah yang dapat diatasi dengan kerjasama semua pihak. Diharapkan program ini dapat diteruskan oleh generasi-generasi seterusnya untuk mengeratkan lagi hubungan dan dapat berkongsi pengalaman serta mencurahkan bakti terhadap masyarakat di luar sana.
4
LAPORAN PROGRAM OPKIM SULONG’06
Sekian, Disediakan oleh, ____________________________________ (Zainatul Makwa binti Mukayat) Setiausaha, Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM SULONG)’06, Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Disahkan oleh,
Huszarudin bin Hj Hussin Ketua Pengarah, Program Operasi Khidmat Masyarakat, Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
5