Projek Khidmat Masyarakat

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Projek Khidmat Masyarakat as PDF for free.

More details

  • Words: 1,211
  • Pages: 17
PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT 2009 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATIN ONN JAAFAR, BATU PAHAT, JOHOR PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 5 TAJUK PROJEK SEKOLAHKU INDAH, HATIKU MEGAH NAMA GURU PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN PUAN ROHAYU BINTI SULAIMAN

DISEDIAKAN OLEH MUHAMMAD AMIRUL FIKRI BIN IKHLAS MUHAMMAD ZULHILMY BIN MD. TAIB MUHAMAD SHAHRIN ZULHELMI BIN JAAFAR IMRAN SYARIF BIN SHAZALI

TARIKH SIAP PROJEK: TARIKH HANTAR PROJEK:

PENGHARGAAN Projek Khidmat Masyarakat adalah Kerja Amali yang merupakan komponen penting dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewargenagaraan. Banyak manfaat yang telah kami dapat daripada projek ini. Projek Khidmat Masyarakat ini dapat menyemai semangat kerjasama serta saling tolong-menolong antara satu sama lain dalam jiwa masyarakat sekolah. Matlamat utama kami menjalankan projek ini adalah untuk mengindahkan serta memelihara keindahan kawasan sekolah supaya sekolah kami sentiasa bersih,kemas dan ceria. kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam projek ini secara langsung mahupun tidak langsung, terutamanya kepada Guru Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan kami,Puan Rohayu Binti Sulaiman, kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar serta bimbingan ketika kami laksanakan projek ini. Ucapan penghargaan serta terima kasih juga kami ingin sampaikan kepada kedua-dua ibu bapa kami yang telah banyak menyokong kami dalam menyiapkan projek ini. Akhir kata daripada kami, kami berharap agar projek yang telah kami laksanakan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan antara pelajar,guru, serta ibu bapa supaya kesejahteraan negara ini berterusan.insya-Allah.sekian, terima kasih.

ISI KANDUNGAN •

Tema

• Tajuk Projek: Sekolahku Indah, Hatiku Megah • Pengenalan Projek •

Tempoh Dan Tarikh Pelaksanaan Projek

• Objektif Projek • Senarai Ahli Dan Tugasan • Pelaksanaan Projek o Perancangan o Pendapatan Dan Perbelanjaan Projek • Penghargaan • Lampiran o Minit Curai Perancangan Projek o Borang Refleksi Ahli kumpulan o Surat Permohonan kebenaran Menjalankan Khidmat Masyarakat o Gambar-Gambar Berkaitan Projek

TEMA Cabaran Masa Depan

NAMA PROJEK Sekolahku Indah, Hatiku Megah

PENGENALAN PROJEK Khidmat masyarakat adalah kompenen amali Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan kami secara berkumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini adalah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah, dan masyarakat. Melalui khidmat masyarakat ini, kami dapat mengaplikasi pengatahuan, kemahiran, dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Kami juga mendapat pengalaman sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini, kami dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat. Kami dikehendaki menjalankan khidmat masyarakat di luar waktu persekolahan sekurang-kurangnya 10 jam setahun.

TEMPOH

DAN

TARIKH

PELAKSANAAN

PROJEK • Sebulan (18 April-16 May 2009)

OBJEKTIF PROJEK • Membantu pihak sekolah mengindahkan dan memelihara kawasan sekolah. • Menjadikan kawasan sekolah lebih bersih, kemas, dan indah. • Mewujudkan perasaan cinta akan sekolah. • Menyedarkan pelajar lain untuk menjaga kawasan sekolah.

SENARAI AHLI DAN TUGASAN GURU PENASIHAT : Puan Rohayu Binti Sulaiman

AHLI KUMPULAN Pengerusi

: Muhammad Amirul Fikri Bin Ikhlas

Setiausaha

: Muhamad Shahrin Zulhelmi Bin Jaafar

Bendahari

: Muhammad Zulhilmy Bin Md. Taib

Ahli Jawatankuasa

: Imran Syarif Bin Shazali

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KUMPULAN A

B

NAMA AHLI • M. Amirul Fikri • Imran Syarif

TUGASAN • Memohon kebenaran pihak sekolah. • Mengecat dan memelihara kolam ikan. • M.Zulhilmy Md.Taib • Menyenarai dan membeli ikan hiasan. • M.Shahrin Zulhelmi • Menyediakan laporan projek.

PENDAPATAN PROJEK Pendapatan • Sumbangan pihak sekolah (PCG)

Jumlah

DAN

RM 500.00

500.00

PERBELANJAAN

Perbelanjaan • Pam air • Ikan • Cat • Peralatan mengecat • Lain-lain Jumlah

RM 200.00 100.00 100.00 50.00 50.00 500.00

MINIT CURAI PERTAMA Tajuk

: Mesyuarat Perancangan Projek

Tempat

: Kelas 5A1

Tarikh

: 19 April 2009

Kehadiran : Pn. Rohayu Binti Sulaiman (Penasihat Projek) Muhammad Amirul Fikri Bin Ikhlas Muhamad Shahrin Zulhelmi Bin Jaafar Muhammad Zulhilmy Bin Md. Taib Imran Syarif Bin Shazali Tujuan

: Membuat perancangan projek khidmat masyarakat

Keputusan Mesyuarat : • Muhammad Amirul Fikri Bin Ikhlas dilantik sebagai pengerusi projek • Mesyuarat telah melantik ahli jawatankuasa dan membahagikan tugasan Mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan projek pada 25 April 2008



Tindakan Susulan : • Mesyuarat kedua akan diadakan pada 1 Mei 2009 • Pemohonan kepada pengetua sekolah untuk melaksanakan projek sekolah •

Permohonan peruntukan kewangan kepada pihak sekolah

Disediakan oleh : • Muhamad Shahrin zulhelmi Bin Jaafar

• Muhammad Zulhilmy Bin Md. Taib

MINIT CURAI KEDUA Tajuk

: Mesyuarat Pelaksanaan Projek

Tempat

: Kelas 5A1

Tarikh

: 19 April 2009

Kehadiran : Pn. Rohayu Binti Sulaiman (Penasihat Projek) Muhammad Amirul Fikri Bin Ikhlas (ketua kumpulan) Muhamad Shahrin Zulhelmi Bin Jaafar Muhammad Zulhilmy Bin Md. Taib Imran Syarif Bin Shazali Tujuan

: Mengatur jadual serta tugasan projek

Keputusan Projek : •

Muhammad Amirul Fikri dan Imran Syarif telah memilih untuk melaksanakan tugasan membuat surat kebenaran dan mengecat kolam ikan.



Muhamad Shahrin Zulhelmi Dan Muhammad zulhilmy telah memilih untuk menjalankan tugasan menyenarai dan membeli ikan hiasan serta membuat laporan projek.

Tindakan Susulan : • Kerja-kerja membersihkan dan mengecat bermula pada Sabtu, 2 Mei 2009. • Kerja-kerja menyenarai dan membeli ikan perhiasan bermula pada Sabtu, 9 Mei 2009. • Segala aktiviti telah direkod untuk kegunaan membuat repot projek. Disediakan oleh : • Muhamad Shahrin Zulhelmi Bin jaafar

• Muhammad Zulhilmy Bin Md. Taib

BORANG REFLEKSI AHLI KUMPULAN

1.

Nama : Muhammad Amirul Fikri Bin Ikhlas

2.

Tingkatan : 5 A1

3.

Peranan/Tanggungjawab : Ketua Kumpulan Menguruskan urusan surat menyurat kepada pihak berkaitan Membersihkan kolam ikan

4. Faedah Yang Diperoleh Daripada Pelaksanaan Projek Dapat menambahkan lagi keindahan pemandangan sekolah yang sedia Ada. 5. Masalah Semasa Menjalankan Projek Air kolam yang banyak sukar untuk dihabiskan kerana pengepam air yang tidak kuat. 6. Cadangan Membeli pengepam yang lebih kuat sekaligus dapat mencantikkan Kolam kerana akan adanya air terjun 7. Harapan Harapan saya agar pelajar-pelajar lain tidak merosakkan hasil usaha kumpulan kami dan pihak lain menghargai usaha kami.

BORANG REFLEKSI AHLI KUMPULAN

1.

Nama : Muhamad Shahrin Zulhelmi Bin Jaafar

2.

Tingkatan : 5A1

3. Peranan/Tanggungjawab : Menyediakan laporan projek Membeli ikan perhiasan 4. Faedah Yang Diperoleh Daripada Pelaksanaan Projek Menjadikan diri lebih berdisiplin dan menepati masa Lebih menghargai harta sekolah 5. Masalah Semasa Menjalankan Projek Kekurangan modal Tempoh masa yang diberi terlalu singkat 6. Cadangan Mencari pelapis untuk meneruskan projek memelihara kolam ikan apabila kami habis sekolah nanti 7. Harapan Saya berharap agar usaha murni ini dapat diteruskan untuk kegunaan semua orang

BORANG REFLEKSI AHLI KUMPULAN

1.

Nama : Muhammad Zulhilmy Bin Md Taib

2.

Tingkatan : 5A1

3. Peranan/Tanggungjawab : -Mengguruskan kos pembelanjaan projek. -Menyediakan senarai kos peralatan yang diperlukan. 4. Faedah Yang Diperoleh Daripada Pelaksanaan Projek -Meningkatkan keyakinan diri saya untuk melakukan sesuatu projek. -Meningkatkan semangat kerjasama dan mendisplinkan diri saya 5. Masalah Semasa Menjalankan Projek -Kekurangan peruntukan untuk melaksanakan projek ini. -Kekurangan masa untuk melaksanakan tugas. 6. Cadangan -Pihak sekolah perlu menyediakan kos pembelanjaan dengan cukup dan segera untuk melancarkan projek. 7. Harapan Saya berharap agar projek yang saya dan rakan-rakan saya lakukan ini dapat memberi manfaat kepada generasi sekolah ini akan datang.

BORANG REFLEKSI AHLI KUMPULAN

1.

Nama : Imran Syarif Bin Shazali

2.

Tingkatan : 5 A1

3. Peranan/Tanggungjawab : Menguruskan peralatan membersihkan kolam Menyediakan alatan ikan 4. Faedah Yang Diperoleh Daripada Pelaksanaan Projek Pandai menguruskan masa dengan cermat Mengatur jadual pelaksanaan projek dengan lebih teratur 5. Masalah Semasa Menjalankan Projek Cuaca yang tidak menentu

6. Cadangan Mencantikkan kawasan sekolah lagi

7. Harapan Agar sekolah ini sentiasa indah mata memandang dan menjadikan Sekolah tempat yang selesa untuk belajar

GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN PROJEK

TAMAT TERIMA KASIH

Related Documents