Laporan Kajian Tindakan

  • Uploaded by: tay pei ling
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Kajian Tindakan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,374
  • Pages: 9
JBC 7010 SJK (C) LI CHI KAMPUNG ABDULLAH, 85000 SEGAMAT, JOHOR.

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN 2009

TAJUK MURID AUTISMA: MENANGANI MASALAH TUMPUAN PERHATIAN DALAM PEMBELAJARAN BAHASA CINA DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PENYEKATAN MOBILITI

OLEH: CIK TAY PEI LING (PENDIDIKAN KHAS)

1.

Tajuk Murid Autisma: Menangani Masalah Tumpuan Perhatian dalam Pembelajaran Bahasa Cina dengan Menggunakan Kaedah Penyekatan Mobiliti.

2.

Nama Penyelidik Cik Tay Pei Ling

3.

Nama & Alamat Sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Li Chi Kampung Abdullah, 85000 Segamat, Johor. Kod Sekolah: JBC 7010

4.

Latar Belakang Kajian Sewaktu saya menjalani P&P Bahasa Cina di kelas Pendidikan Khas Dua (PK2), saya menghadapi masalah tumpuan pengajaran walaupun kelas saya hanya mempunyai 7 orang. Daripada 7 orang murid saya ini, terdapat 4 orang murid autisma dan 3 orang murid Sindrom Down. Mereka masingmasing mempunyai masalah bahasa, komunikasi dan sosial pada tahap berbeza. Setelah saya meneliti corak tingkahlaku dan personaliti anak-anak murid saya, saya mendapati 2 orang murid autisma yang bertingkah laku hiperaktif tidak boleh menumpu perhatian sewaktu pembelajaran. Keadaan ini sedikit sebanyak telah mengganggu proses P&P dalam kelas. Secara umumnya, autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Kanak-kanak autisma mempamerkan kesemua atau sebahagian ciri daripada yang berikut: suka bersendirian, sukar bergaul langsung dengan individu lain, menunjuk tingkah laku aneh dan tidak boleh menggunakan atau memahami bahasa (Hamid Arshat, 2009). Maka, kegagalan menumpu perhatian dan memahami arahan guru oleh 2 orang murid autisma ini juga mengganggu proses pembelajaran mereka.

2

5.

Masalah / Fokus Kajian Masalah utama yang sering murid hadapi ialah masalah tumpuan perhatian pada guru. Mereka suka bersendirian dan seoleh-oleh hidup dalam dunia sendiri. Dalam dunia sendiri mereka, mereka suka berlari ke sana sini, menyanyi, menconteng buku, memutar-mutar pensil dan menepuk-nepuk tangan. Oleh itu, kajian ini memfokuskan masalah murid dalam tumpuan pembelajaran dengan penyekatan mobiliti mereka (immobilization).

6.

Rasional Kajian Kajian ini dijalankan kerana 2 orang murid autisma dari kelas PK2 ini sering gagal mengikuti kelas. Tingkahlaku mereka juga telah mengganggu pembelajaran rakan kelas lain.

7.

Objektif Kajian Objektif Umum: Untuk memastikan semua murid kelas PK2 boleh mendapat ilmu sewaktu proses pengajaran & pembelajaran Bahasa Cina dengan tumpuan perhatian yang setinggi mungkin.2 orang murid autisma bertingkahlaku hiperaktif itu dapat dikawal dan menumpu perhatian dalam kelas. Objektif Khusus: 1. Mengawal tingkahlaku 2 orang murid autisma yang bermobiliti tinggi. 2. Membina amalan rutin 2 orang murid autisma untuk mendengar arahan guru semasa proses P&P: membaca dan menulis. 3. Menanam rasa minat belajar murid kelas PK2.

8.

Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran adalah seramai 2 orang murid autisma bertingkahlaku hiperaktif dalam kelas Pendidikan Khas 2: Woon Zi Jie & Pang Kim Seong.

9.

Strategi Tindakan Aktiviti 1: Setiap kanak-kanak hiperaktif memerlukan program rawatan tersendiri

memandangkan

kepada

kekuatan

kekuatan

dan

kelemahan kelemahan yang ada padanya. Ada yang memerlukan latihan pengubahsuaian tingkah laku (behavioral modification 3

therapy),

terapi

pemakanan,

dan

ubat-ubatan

untuk

mengurangkan keresahan bergantung kepada keperluan (Hamid Arshat, 2009). Dalam kajian ini, saya akan menggunakan kaedah pengubahsuaian tingkah laku untuk mengurangkan mobiliti Zi Jie dan Kim Seong. Strategi ini melibatkan susunan meja dan kerusi kelas yang ditunjuk seperti di bawah: Rajah 1: Pelan Kelas semasa P&P

4

Aktiviti 2: Pemerhatian: Woon Zi Jie amat suka menyanyi. Selain itu, dia suka menconteng dan membaca buku yang bergambar dan berwarna-warni. Oleh itu, mobiliti Zi Jie mungkin boleh dikurangkan dengan susunan meja sebegitu dan pembacaan buku kesukaan dia. Aktiviti 3: Pemerhatian: Bagi Pang Kim Seong pula, dia amat suka membaca kad gantung binatang dan buku Sains. Oleh itu, mobiliti Kim Seong boleh dikurangkan dengan susunan meja sebegitu dengan kawalan pembantu pengurusan murid kelas (PPM) serta diberikan kad binatang dan buku Sains. Aktiviti 4: Teknik pengajaran berpusatkan murid dengan pendekatan secara individu. Bagi setiap waktu kembar Bahasa Cina (60 minit), setiap murid akan belajar bersama saya selama 7 hingga 10 minit mengikut keadaan. Jika waktu Bahasa Cina hanya sewaktu sahaja (30 minit), masa untuk setiap murid adalah 3 hingga 5 minit mengikut keadaan. Bagi Woon Zi Jie dan Pang Kim Seong, mereka akan belajar pada giliran terakhir sementara rakan kelas lain sedang membuat lembaran kerja. 10.

Jadual Pelaksanaan Kajian

Masa/ Tempoh Minggu Pertama



(1 minggu)

Aktiviti Guru mengeluarkan buku bacaan perkataan dan buku aktiviti murid.



Guru membuka buku bacaan perkataan murid.



Guru memegang tangan murid, menunjuk jari murid pada teks dan membaca teks buku.



Guru memegang tangan murid untuk membimbing murid menyiapkan lembaran kerja pada buku aktiviti.



Murid mungkin tidak memberi respon atau cuba melepaskan tangan guru.



Jika

murid

bertindak

ganas,

guru

akan

memegang tangan murid dengan lebih kuat lagi atau memberhentikan tindakan mengikut keadaan 5



murid. Guru mengeluarkan buku bacaan perkataan dan buku aktiviti murid.



Guru membuka buku bacaan perkataan murid.



Guru memegang tangan murid, menunjuk jari murid pada teks dan membaca teks buku.

Minggu ke – 2 dan



murid menyiapkan lembaran kerja pada buku

minggu ke – 3 (2 minggu)

Guru memegang tangan murid untuk membimbing aktiviti.



Murid mungkin tidak memberi respon atau memberi respon

pada

kandungan

pengajaran

tertentu

sahaja: contoh: nyanyian •

Murid mungkin mulai menerima cara pembelajaran ini dan tidak bertindak ganas lagi.



Guru mengeluarkan buku bacaan perkataan dan buku aktiviti murid.

Minggu ke – 4 dan



Guru membuka buku bacaan perkataan murid.



Guru tidak perlu memegang tangan murid.



Guru dan murid menunjuk jari pada teks bersama-

minggu ke – 5 (2 minggu)

sama. •

Guru membaca teks buku dan murid mengikut.



Guru

masih

memegang

tangan

murid

untuk

membimbing murid menyiapkan lembaran kerja pada buku aktiviti. •

Guru mengarah murid untuk mengeluarkan buku teks atau buku bacaan.

Minggu ke – 6 (1 minggu)



Guru dan murid menunjuk jari pada teks bersamasama.



Guru membaca teks buku dan murid mengikut.



Guru tidak perlu memegang tangan murid untuk bimbingan lembaran kerja. 6

11.

Anggaran Kos Kajian

Item Kertas A4

12.

Kos seunit RM 10.00 x 1 unit

Jumlah Kos RM 10.00 Jumlah RM 10.00

Keputusan dan Analisis Kajian

Selepas pelaksanaan tindakan selama 6 minggu, satu penilaian diambil ke atas kedua-dua murid yang diperhati. Terdapat 5 aspek tingkahlaku telah diambil kira untuk mengkaji tingkahlaku murid-murid sasaran. Kemudian, perbandingan tingkahlaku murid sebelum dan selepas kajian telah dilakukan untuk memperlihat perkembangan pengubahsuaian tingkah laku murid. Jadual 12a : Perbangingan Senarai Semak Tingkahlaku Murid Pang Kim Seong Sebelum dan Selepas Tindakan

Tingkahlaku

Sebelum

Selepas

/

/

1. Mengeluarkan buku bacaan dan buku aktiviti tanpa bantuan 2. Membuka buku bacaan tanpa bantuan 3. Menunjuk jari pada teks dan membaca tanpa

/

bantuan. 4. Menyiapkan lembaran kerja pada buku aktiviti tanpa kawalan tingkahlaku. 5. Memberi respon semasa P&P

/ /

/

Jadual 12b: Perbangingan Senarai Semak Tingkahlaku Murid Woon Zi Jie Sebelum dan Selepas Tindakan

7

Tingkahlaku

Sebelum

1. Mengeluarkan buku bacaan dan buku aktiviti

/

tanpa bantuan 2. Membuka buku bacaan tanpa bantuan 3. Menunjuk jari pada teks dan membaca tanpa

/ /

bantuan. 4. Menyiapkan lembaran kerja pada buku aktiviti tanpa kawalan tingkahlaku. 5. Memberi respon semasa P&P

Selepas

/

Berdasarkan analisis ini terdapat peningkatan pencapaian murid dalam pengurusan tingkahlaku tetapi pada tahap berbeza. Bagi murid Pang Kim Seong, sebanyak 4 daripada 5 aspek telah tercapai dari keseluruhan tingkahlaku yang dinilai, iaitu berjaya sebanyak 80%. Bagi murid Woon Zi Jie, hanya 3 daripada 5 aspek tingkahlaku yang betul tercapai dalam tempoh kajian, maka kejayaan dicapai adalah sebanyak 60%.

13.

Refleksi Kajian

8

Setelah melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang perkembangan kemajuan murid dinilai dari kekerapan berlakunya tingkahlaku yang salah dalam kelas, iaitu tidak berduduk di tempat belajar semasa proses P&P. Berdasarkan pemerhatian selama 6 minggu selepas pelaksanaan tindakan, didapati kedua-dua murid mendapat kemajuan yang memuaskan. Walau bagaimanapun, kedua-dua murid ini masih boleh terganggu oleh beberapa jenis benda dalam kelas semasa proses P&P. Bagi murid Pang Kim Seong, dia lebih mudah ditarik perhatian oleh alatan media elektronik seperti buku cerita berbunyi dan komputer. Bagi murid Woon Zi Jie, dia akan tertarik pada pensel warna, alatan media elektronik dan bekas air. Maka, mereka tidak dapat menumpu perhatian pada P&P jika elemen-elemen ini berada di sekeliling mereka.

14. Cadangan Lanjutan Memandangkan pengubahsuaian tingkahlaku murid belum lagi mencapai kejayaan 100%, maka saya akan meneruskan kajian ini dengan membuat penambahbaikan seperti aktiviti dengan token ekonomi dan reward menu, pendekatan ‘extinction’ agar masalah tingkahlaku kedua-dua orang murid ini boleh dikurangkan kepada tahap minima.

9

Related Documents


More Documents from "Dan Uno"