Presentation Isu An Penduduk Kump 1

  • Uploaded by: tay pei ling
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Presentation Isu An Penduduk Kump 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 3,973
  • Pages: 75
Pendidikan Alam Sekitar KPLI-KDC SR PENDIDIKAN KHAS AMBILAN NOVEMBER 2008 TAJUK : PERTAMBAHAN PENDUDUK BINCANGKAN DARI SEGI : 3. PUNCA 4. KESAN 5. MENANGANI ISU AHLI KUMPULAN KAMARIAH BINTI A.HAMID TAY PEI LING ASLINDA BINTI BORHAN HASEMARUDIN ABDULLAH

TABURAN PENDUDUK DI MALAYSIA  3 kawasan iaitu : Kawasan berpenduduk padat Kawasan berpenduduk sederhana Kawasan berpenduduk jarang  Boleh juga dilihat dari sudut : Bandar (trend masa kini)-proses pembandaran Luar bandar

• Perangkaan wanita, keluarga dan kebajikan masyarakat 2004 yang dikeluarkan oleh kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat mencatatkan: • pertumbuhan penduduk malaysia dari 13.88 juta pada tahun 1980  25.58 juta pada tahun 2004. dijangka meningkat kepada 28.9 juta pada 2010 dengan kadar purata pertumbuhan 2.2 peratus setahun (Fatimah Saad, 2005). Kumpulan umur 15-64 tahun membentuk 62.9 peratus daripada keseluruhan penduduk malaysia diikuti 0-14 tahun (32.9 peratus) dan berumur 65 tahun dan lebih (4.2 peratus).

1980 1991 2000 2004 Penduduk Pertengahan Tahun 1

juta 13.88 18.5

5

23.2 25.5 7 8

Kumpulan umur 0-14

%

39.9

37.2

33.3 32.9

15-64

%

56.5

59.2

62.8 62.9

64 dan lebih

%

3.6

3.6

3.9

4.2

Penduduk bandar

34.2

50.7

62

62.8

Penduduk L/ bandar

65.8

49.3

38

37.2

Jadual 3 : Ringkasan perangkaan penduduk. Anggaran penduduk tahun 2003 dan 2004 adalah berdasarkan kepada data banci penduduk dan perumahan 2000 yang telah disesuaikan kadar-kadar kurang penghitungan. Sumber : Jabatan perangkaan Malaysia

 Manakala penduduk bandar semakin meningkat dari 34.2 peratus (1980)  62.8 peratus (2004).  Pertambahan ini adalah disebabkan pelbagai faktor seperti perbandaran, peluang pekerjaan dan tahap pendidikan yang lebih baik.  Dari segi wilayah : tumpuan negeri-negeri pantai barat SMsia  kawasan bandar-bandar utama  kawasan tumpuan industri utama  terdapat pelbagai sumber semulajadi utama  banyak peluang pekerjaan

Kawasan padat penduduk • 4 kawasan di Pantai barat SMsia  Perlis, Kedah dan Pulau Pinang  Lembah Klang dan Kuala Lumpur  Lembah Kinta  Melaka dan sebahagian besar Negeri Sembilan  Kawasan yang paling padat penduduk--- Kuala Lumpur (melebihi 5000 orang perkilometer persegi).  Di Sabah dan Sarawak : bandar-bandar utama Kuching, Kota Kinabalu dan Labuan. Penduduk bertumpu di sepanjang pantai kerana kawasan rendah sesuai untuk penempatan dan kegiatan ekonomi.

Kawasan sederhana padat • Terletak di pinggir kawasan padat penduduk. • Di lembah-lembah sungai seperti: Lembah Sg Kelantan Lembah Sg Pahang Lembah Sg Perak  Di Sabah: di tanah pamah pantai barat Lembah Kinabatangan Semporna  Di Sarawak:  meliputi kawasan sekitar Kuching-Serian  Sarikei-Bintagor  Kuching-Sematan.

Kawasan jarang penduduk • Di kawasan pedalaman yang bergunungganang, berhutan tebal dan berpaya. • Kawasan banjaran utama di Malaysia: Banjaran Titiwangsa Banjaran Gunung Tahan Banjaran Crocker Banjaran Iran Banjaran Kapuas

Faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia FAKTOR EKONOMI

FAKTOR FIZIKAL

FAKTOR

FAKTOR SOSIAL

FAKTOR DASAR KERAJAAN

Faktor Ekonomi • Amat penting dalam mempengaruhi taburan dan kepadatan penduduk sesebuah negara. • Kawasan pertanian utama-pertanian giat: Delta Kelantan Dataran Kedah-Perlis  Kawasan tanaman padi, jaluran bijih timah dan getah dan kawasan perusahaan utama negara: Petaling Jaya, Shah Alam, Sg Way, Seberang Prai, Senawang, Tasek dll.  Perkembangan sektor ekonomi yang pesat—Lembah Klang Wujudkan peluang pekerjaan Gaji yang lumayan Tempat kerja yang selesa

• Kemudahan sistem pengangkutan awam yang cekap---mempercepatkan proses penghijrahan. • Kawasan Lembah Klang---Kuala Lumpur --destinasi migran—kawasan paling padat penduduk melebihi sejuta orang. • Proses urbanisasi bermula sejak 1970-an hingga kini. • Kuala Lumpur dan Selangor---kawasan paling maju dan pesat. Pembangunan Putrajaya Lapangan Antarabangsa Sepang Koridor Super Multimedia(MSC)

Faktor Sosial

• Kemudahan sosial yang baik terletak di bandar-bandar besar: Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Shah Alam Banyak pusat pengajian tinggi swasta, universiti dan maktab terletak di Lembah Klang. Kemudahan infrastruktur yang baik— peluang pekerjaan yang banyak menyebabkan golongan belia terus tinggal---selepas tamat pengajian

Faktor Fizikal • Kawasan tanah pamah di lembah sungai sangat sesuai untuk pertanian dan penempatan seperti: Sungai Rajang Sungai Kelantan Sungai Pahang Sungai Perak  Kawasan kaki bukit pantai barat SMsia—padat penduduk—saliran yang baik sesuai bagi tanaman kelapa sawit dan getah.  Kawasan bergunung-ganang dan paya---jarang penduduk

Faktor Dasar Kerajaan • Penjajah British menggalakkan :  Orang Cina—kawasan lombong bijih timah—Lembah Klang dan Lembah Kinta  Orang India—ladang-ladang getah o Sebabkan kawasan ini penduduk padat  Perlombongan bijih timah---pembukaan bandar-bandar baru :  Kuala Lumpur, Seremban, Ipoh dan Taiping  Pembukaan tanah-tanah rancangan :KETENGAH, KESEDAR dan DARA—mempengaruhi kepadatan penduduk.  Zaman Darurat—memindahkan penduduk yang tinggal di pinggir hutan ke kampung-kampung baru bertujuan memerangi komunis.

Trend penduduk Malaysia dalam tahun 2000 Umur 70 60 50 40

bawah 15 tahun 15-64 tahun 65 tahun dan lebih

30 20 10 0 1996

1997

1998

1999

2000

Tahun

Graf 1: Malaysia: Penduduk mengikut kumpulan umur dan trend penduduk antara tahun 1996-2000 (dalam peratus) Sumber : Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2000

PERTAMBAHAN PENDUDUK • Definisi: Perubahan bilangan penduduk yang mendiami sesebuah kawasan atau negara. • Perubahan ini mungkin positif atau negatif. • Faktor pertumbuhan penduduk: o Faktor kelahiran o Faktor kematian o Faktor migrasi • Pertumbuhan penduduk pesat:  Kadar kelahiran lebih tinggi  Kadar kematian kurang  Migrasi—kemasukan penduduk asing secara besarbesaran menambahkan kepadatan penduduk.

Pertumbuhan Penduduk Faktor mempengaruhi Faktor kelahiran

Faktor Hayat

Faktor demografi

Faktor sosial

Faktor Politik

Kadar kematian

Faktor demografi

Faktor sosial

Faktor Ekonomi

Faktor Politik

Faktor yang mempengaruhi kelahiran • Faktor Hayat dilihat dari segi: Bangsa—ada bangsa yang mempunyai kadar kelahiran yang tinggi Kesihatan---kesedaran kesihatan yang baik Kesuburan genetik---tentukan kadar kelahiran---kemampuan kaum wanita melahirkan anak—mula haid---berhenti melahirkan apabila berhenti haid. Lelaki ---kesuburan sepanjang hayat.



Faktor Demografi

Terdiri daripada:  Struktur umur  kemampuan melahirkan anak oleh penduduk muda lebih tinggi dibandingkan penduduk tua.  Komposisi jantina  Ketidakseimbangan komposisi jantina akan memberi kesan kepada kadar kelahiran.  Bandar dan luar bandar  Kadar kelahiran penduduk bandar lebih rendah berbanding luar bandar

Sebab o kos hidup lebih tinggi di bandar o kos membesarkan anak lebih tinggi di bandar o Nisbah jantina tidak seimbang di bandar o penduduk bandar lebih sensitif dari segi sosial dan ekonomi o bandar—kemudahan sosial banyak— masa lebih banyak habis di luar.  Status wanita Penglibatan wanita dalam sektor ekonomi memberi kesan negatif atas kadar kelahiran.

Faktor Sosial

– Terdiri daripada:

 Umur semasa berkahwin o umur seorang wanita berkait rapat dengan kesuburan o Umur muda kecenderungan mempunyai anak yang lebih ramai berbanding usia tua.  Pendidikan o Wanita yang berpendidikan tinggi cenderung mengejar kerjaya daripada melahirkan anak yang ramai, maka kadar kelahiran rendah.  Agama dan adat resam o Ada agama yang membenarkan perancangan keluarga dan pengguguran dan ada yang sebaliknya o Kepentingan kepada anak lelaki—cenderung melahirkan anak yang ramai.

Faktor Politik • Dasar kerajaan memberikan kesan secara langsung ke atas kadar kelahiran penduduk. • Negara China menghadkan satu anak bagi sebuah keluarga. • Malaysia: Matlamat kependudukan 70 juta telah disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad ketika beliau berucap di Perhimpunan Agung UMNO dalam bulan September 1982. Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk sebanyak 70 juta.

Faktor yang mempengaruhi kematian • Terdapat 4 faktor :  Faktor demografi o Struktur umur Kemungkinan kadar kematian bayi di bawah umur satu tahun adalah lebih tinggi berbanding bayi berusia lebih dari satu tahun. Kadar kematian orang lanjut usia lebih tinggi berbanding orang dewasa o Komposisi jantina Jangkaan hayat kaum wanita lebih tinggi berbanding lelaki. o Tahap pembandaran Kadar kematian di bandar lebih rendah berbanding luar bandar. Kemudahan perubatan yang baik di bandar.

Ciri-ciri peralihan demografi di Malaysia •

tahap pertama, dari tahun 1947 - 1956:

 kadar kematian kasar menurun daripada 2% kepada 1%  kerana terdapat kemajuan dalam bidang: o kesihatan awam, perubatan, dan pemakanan yang baik o terdapat pusat kesihatan dan hospital di hampir seluruh negara o penyakit dikawal - malaria taun, dan tetanus ; kadar kelahiran meningkat o kurang mengamalkan perancangan keluarga o mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat menambahkan peluang pekerjaan dan saiz keluarga .

• tahap kedua, dari tahun 1957 - 1964; kadar kelahiran kasar dan kadar kematian kasar telah menurun secara perlahan-lahan  menyebabkan kadar pertumbuhan meningkat 3% , kadar kelahiran kasar menurun  terdapat lebih pengamalan perancangan keluarga umur kahwin lebih lewat kerana banyak perempuan yang melanjutkan pelajaran ke universiti

saiz keluarga menjadi kecil - lebih banyak perempuan mula bekerja, jumlah penduduk Malaysia bertambah -kemasukan Sabah dan Sarawak pada 1963 kadar kematian menurun - terdapat kemajuan dalam bidang perubatan, bekalan makanan yang mencukupi dan berzat  penyakit dapat dikawal - batuk kering, taun, dan disentri , imunisasi diperkenalkan untuk mencegah penyakit batuk kering, campak, dan taun  kerajaan berusaha menjaga kebersihan alam sekitar - memperkenalkan pelbagai peraturan dan undang-undang

• tahap ketiga dari tahun 1965 – 1990 jumlah penduduk meningkat daripada 9.3 juta orang pada tahun 1965 kepada 18.4 juta orang pada tahun 1990 kadar kelahiran kasar dan kadar kematian kasar menurun dan menjadi mantap  kadar kelahiran kasar (2.8%) menurun  terdapat peningkatan dalam taraf pendidikan negara

kaum wanita kahwin lebih lewat kadar kesuburan merosot - bilangan anak menurun  perancangan keluarga dilaksanakan secara berkesan di seluruh negara  kadar kematian (0.5%) menurun - kemajuan dalam bidang perubatan dan program kesihatan awam ; program moden mengawal penyakit taun, batuk kering dan demam denggi rakyat Malaysia - cukup makanan yang berzat

Faktor Sosial  Amalan sosial: Masyarakat Jepun zaman feudal - pembunuhan bayi perempuan India – Janda dibakar hidup-hidup bersama mayat suami. Penjagaan bayi : - dalam kandungan - selepas kelahiran Perkembangan dan kemajuan – penjagaan bayi membolehkan keadaan kesihatan bayi diperbaiki. Kerajaan Malaysia menyediakan kemudahan perubatan di klinik dan di hospital kerajaan mengenakan bayaran rawatan yang rendah  bayi diberikan suntikan cacar dan suntikan tiga antigen dengan percuma di klinik dan di hospital kerajaan

Faktor Ekonomi • Taraf ekonomi yang baik sesebuah keluarga bererti: o Kemampuan mendapatkan makanan yang brkhasiat. o Mampu mendapatkan rawatan perubatan yang lebih baik.  Kadar kematian keluarga miskin tinggi: o Tidak mampu mendapatkan makanan yang brkhasiat. o Tidak mampu mendapatkan rawatan perubatan yang baik.

Faktor Politik • Dalam negara yang berlaku : Perang saudara Kucar-kacir dan tidak menentu Ramai yang mati sama ada rakyat atau tentera  Contoh: Perang saudara di Somalia Kemboja Afghanistan  Malaysia: keadaan negara terkawal dan aman – sebabkan kadar pertumbuhan penduduk

MIGRASI Migrasi

Faktor yang mempengaruhi migrasi

Jenis Migrasi

Kesan Migrasi

Migrasi Merujuk kepada perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain Imigrasi Merujuk kepada penduduk yang berpindah masuk ke sesebuah negara atau tempat Emigrasi Merujuk kepada orang yang berpindah keluar dari sesebuah nagara atau tempat

Faktor yang mempengaruhi migrasi 3 faktor

ekonomi

sosial

politik

Faktor Ekonomi • Penduduk menuju ke kawasan pesat ekonomibanyak peluang pekerjaan. • Penduduk menuju ke kawasan pertanian yang subur • Penduduk meninggalkan kawasan pertanian yang tidak subur. • Pembahagian tanah pusaka – sebabkan keluasan tanah menjadi kecil – penggunaan tanah tidak ekonomik. • Penggunaan jentera moden-wujud tenaga kerja lebihan di sektor pertanian – pengganguran tinggi • Penduduk berhijrah ke kawasan yang mempunyai banyak peluang pekerjaan.

Faktor Sosial • Faktor agama: Bandar yang ada kaitan secara langsung dengan sesebuah agama cth Mekah-Islam,GayaBuddha,Amritsar-Sikh dan BanaresHindu Melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi Ramai golongan belia berpindah ke pusat-pusat bandar

Faktor Politik • Dasar kerajaan:

Malaysia – semasa darurat penduduk dipindahkan ke kampung-kampung baharu -500 ribu telah dipindahkan. Peperangan dan perang saudara cth Bosnia, Kampuchea, Afghanistan dan beberapa buah negara di Afrika – sebabkan rakyat lari meninggalkan negara masing-masing.

Jenis-jenis migrasi Jenis-jenis migrasi Migrasi antarabangsa

Migrasi dalaman

Musiman

Bandar ke luar bandar

Bandar ke bandar

Luar bandar ke luar bandar

Luar bandar ke luar bandar

Transmigrasi

Antara negara

Antara benua



Jenis-jenis migrasi dalaman di Malaysia Migrasi dari luar bandar ke luar bandar  juga dikenal sebagai migrasi antara desa  berlaku antara negeri ataupun dalam negeri  semakin banyak berlaku di Malaysia . digalakkan oleh rancangan pembangunan tanah kerajaan-UDA, KEJORA, dan KETENGAH  kawasan luar bandar dibuka untuk tujuan pertanian .

imigran yang terlibat - dari kawasan luar bandar yang kurang maju ; tidak mempunyai tanah kadar pengangguran tinggi rancangan pembukaan tanah bertujuan membasmi kemiskinan - mengimbangkan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar. FELDA - memajukan 262 000 hektar tanah pertanian di Pahang, Jengka Tiga Segi dan Pahang Tenggara - membuka tanah untuk ladang getah dan kelapa sawit . FELDA membuka tanah di Johor Tenggara, Kelantan Selatan dan Terengganu dan menyediakan kemudahan kediaman dan infrastruktur



Migrasi dari bandar ke bandar  juga dikenal sebagai migrasi antara bandar

 berlaku dengan pesat antara tahun 1987 hingga 1990  terdiri daripada tiga jenis migrasi, iaitu: o pertama, migrasi dari bandar kecil ke bandar yang sederhana besar seperti dari Mentakab ke Kuantan . o Kedua, migrasi dari bandar yang sederhana besar ke bandar yang lebih besar seperti dari Kuantan ke Kuala Lumpur . o Ketiga, migrasi dari bandar besar ke bandar kecil seperti dari Kota Kinabalu ke Semporna.

migrasi bandar berlaku kerana terdapat perkembangan industri perkilangan, contoh dari George Town, Bukit Mertajam, dan Sungai Petani ke Seberang Prai  pekerja ikhtisas, pekerja teknik, kerani, dan pekerja kilang yang menukar pekerjaan ; peniaga dan pekedai berhijrah untuk mendapat lebih untung ; pelajar berhijrah melanjutkan pelajaran .

Migrasi dari bandar ke luar bandar  juga dikenal sebagai migrasi bandar-desa Semenanjung Malaysia - sebanyak 130 778 orang penduduk yang berpindah dari bandar ke luar bandar dalam tahun 1988  Kedah (41.2%), Melaka (39.1%); Pulau Pinang (39.3%); Selangor (26.5%)  faktor-faktor menyebabkan migrasi jenis ini:  bersara di kampung halaman untuk bersama keluarga  menukar pekerjaan  dipindahkan oleh majikan  mengikut keluarga yang pindah ke luar bandar  menikmati hidup yang lebih bersih, selesa, dan nyaman

Jadual 1 : Migrasi Bandar - Luar Bandar, Malaysia 1980, 1986 - 1991 dan 2000 Bil

Jenis Aliran

1 2 3 4

Bandar - Bandar Bandar - Luar Bandar Luar Bandar - Bandar Luar Bandar - Luar Bandar

1980 21.0 18.0 16.0 45.0

19861991 50.1 20.7 17.1 12.1

2000 63.2 9.2 17.6 10.0

Jumlah Bilangan migran

100.0 100.0 100.0 954,200 1,024,500 3,328,485

Sumber : Jabatan Perangkaan

Malaysia

1983; 1995 & 2004

Migrasi Antarabangsa di Malaysia – Emigrasi (keluar) dari Malaysia • kumpulan yang pertama terdiri daripada pekerja ikhtisas seperti doktor, akauntan, dan peniaga yang berpindah ke Australia, Kanada, Great Britain kerana terdapat peluang ekonomi yang baik. • kumpulan yang kedua terdiri daripada pelajar yang melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat, Great Britain dan Australia ; tidak kembali dan bermastautin di negara tersebut .

• kumpulan yang ketiga terdiri daripada pekerja mahir dan separuh mahir Singapura, Jepun, dan Taiwan ; sesetengah tidak mempunyai permit ; jenis emigran sementara kerana akan kembali • sebahagian besar emigran adalah lelaki, antara umur 20 hingga 45

• Imigrasi (Masuk) ke Malaysia o kumpulan imigran yang pertama - buruh kontrak dan buruh tanpa permit dari Indonesia, Thailand, dan Filipina o sesetengah imigran mempunyai permit bekerja sebagai pembantu rumah, sektor pembinaan dan pertanian o kebanyakan emigran Filipina -pembantu rumah; pendatang Filipina masuk melalui Sabah ; emigran Thailand masuk melalui utara Seinenanjung Malaysia.

o kumpulan yang kedua- pekerja ikhtisas dari Amerika Syarikat, Kanada, dan Great Britian terlibat dalam bidang perubatan, pendidikan, dan pengurusan o kumpulan yang ketiga - pelarian perang dari Indo-china dan Bosnia ; sejak 1975, Malaysia menerima sebanygk 254 534 orang lndo-china ; pelarian Vietnam dipindahkan ke Australia, Kanada, dan Amerika Syarikat . 85 407 orang imigran diberi taraf pemastautin

Kesimpulan • Pada keseluruhannya paras kesuburan di Malaysia pada umumnya masih tinggi terutama di kalangan orang Melayu dan Bumiputera lain. • Situasi ini akan memberikan impak yang besar terhadap momentum penduduk di Malaysia yang dijangka akan berlaku dalam tempuh sekurang kurang 50 tahun akan datang.  Ia memberi petunjuk yang jelas bahawa pertumbuhan penduduk di Malaysia akan berterusan meskipun kadar kesuburan yang ada sekarang semakin menurun yang disebabkan oleh pengaruh sosio-ekonomi yang

semakin berkembang di Malaysia sekarang ini.

Pada keseluruhannya jumlah penduduk bandar di Malaysia telah meningkat daripada 28.4 peratus tahun 1970 kepada 61.8 peratus tahun 2000 (Jabatan Perangkaan Malaysia 2001). Jumlah penduduk bandar bertambah daripada 2.96 juta kepada 13.72 juta dalam tempoh tersebut.

• Sejak Negara Malaysia mencapai kemerdekaan, kadar pertumbuhan penduduknya adalah amat positif. • Dalam tempuh 30 tahun yang lalu kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia adalah melebihi 2.5 peratus setahun.

• Sekiranya kadar ini berterusan tempoh masa yang diperlukan oleh negara kita bagi menggandakan jumlah penduduknya adalah setiap 28 tahun. • Ini adalah suatu isu besar yang harus diberi perhatian yang serius oleh pihak berwajib supaya segala perancangan awal bagi faedah penduduk yang akan bertambah dapat disediakan mengikut perancangan dan peruntukan yang disediakan.

• Berdasarkan statistik perangkaan Malaysia yang terkini, penduduk dalam negara kita semakin bertambah. • Bilangan penduduk Melaysia menjelang tahun 2008 mencapai 27,728,700 orang. • Kadar pertumbuhan penduduk tinggi sejak lebih 40 tahun lalu telah memberikan impak yang besar terhadap negara dan masyarakat

1970

1975

1980

1985

1990

1995

Tahun

2000

2005

2008

Taburan Penduduk Malaysia • Menurut kajian Rainis, Shariff & Masron (2003), taburan penduduk di Semenanjung Malaysia adalah agak sekata. • Bagaimanapun taburan penduduk agak sedikit bertumpu menjelang tahun 2000 dibanding dengan tahun 1980. • Penduduk di SM semakin bertumpu di Wilayah Tengah (cth Selangor) • Penduduk semakin bertaburan selerak di Wilayah Timur (cth Perlis dan Kedah)

• Dalam kajian Yaacob dan Masron (2007) mengenai isu-isu penting yang berkaitan dengan perkembangan dan pertumbuhan penduduk di Malaysia sejak tahun 1950an hingga tahun 2000, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi prihatin: – – – –

Pertumbuhan Penduduk Belia Nisbah Tanggungan Kebanjiran Pekerja Asing Penduduk Menua



Sejak 30 tahun lalu jumlah penduduk belia di Malaysia telah meningkat 2,004,900  2,758,600  3, 515, 700 1970 1980 1991



Pada tahun 2000  4,454,200 2000 orang



Kesan! mewujudkan ketegangan dan tekanan dalam pelbagai sektor : pendidikan, kemudahan kesihatan, latihan dan pekerjaan

• Nisbah golongan tua dengan jumlah penduduk adalah 6 selama 30 tahun (1970-2000). (Jabatan Perangkaan Malaysia) • Ia akan semakin meningkat akibat kemerosotan tahap kesuburan. • Pelbagai masalah akan timbul disebabkan pertambahan golongan tua tersebut

1.91 juta

400,000

• Pekerja Asing + Pendatang Asing Tanpa Izin

• Kesan Projek Pembangunan Malaysia, terutama pada perkembangan 3 sektor: • perindustrian, pembinaan dan perladangan

• Pada mulanya ia bertujuan untuk memberi faedah kepada pembangunan negara • Keterlampauan pula akan menggugat kesejahteraan masyarakat akibat timbulnya masalah sosio-ekonomi dan politik.

• Penduduk berumur 60 atau 65 tahun dan ke atas (Ageing Population) : 3 kumpulan – Sihat/ Terhad Aktiviti/ Memerlukan Rawatan

• Jumlah penduduk menua Malaysia semakin meningkat. 3.8  9.2 % (tahun 1991 hingga 2000) • Masalah dalam ‘living arrangement’: 1. Status golongan menua 2. Tekanan kepada keluarga

Populasi Penduduk Luar Negara

Singapura

United Kingdom

Jepun

Bangladesh

Isu – Nisbah Tanggungan • Walau kebanyakan negara mengalami pertumbuhan penduduk, tetapi di Asia (Negara China, Jepun) pada masa ini mempunyai nisbah tanggungan muda yang rendah dan tinggi bagi golongan tua yang berumur 65 tahun dan ke atas. • Di Jepun, pada tahun 2000 nisbah tanggungan muda adalah 27.3 dan tua 24.8. Walaubagaimana pun akibat tahap kesuburan yang rendah, nisbah tanggungan muda akan menurun kepada 27.2 manakala nisbah tanggungan tua akan meningkat kepada 38.9. • Ini bermakna sebanyak 58.8 % daripada beban tanggungan golongan pekerja di Jepun pada tahun 2025 adalah orang tua.--- masalah timbul.....

Isu – Peningkatan Penduduk Menua • Jumlah penduduk tua dunia telah meningkat dengan mendadak daripada 131 juta tahun 1950 kepada 469 juta tahun 2000. • Jumlahnya dianggar akan meningkat kepada 813 juta tahun 2025 atau kira 10.4% daripada 8.72 bilion penduduk dunia pada tahun tersebut. • Masalah timbul…

KESAN PERTAMBAHAN PENDUDUK Pertambahan penduduk dunia boleh memberi tekanan terhadap simpanan sumber asli, sumber makanan, mengakibatkan kesesakan, meningkatkan penghasilan kandungan bahan pencemar serta memberi kesan kepada kualiti kehidupan manusia secara umum.

TEKANAN TERHADAP SIMPANAN SUMBER ASLI Kekurangan sumber menjadi isu utama sejak kebelakangan ini. Pertambahan penduduk telah menyebabkan perubahan nilai dalam masyarakat dan perkembangan teknologi mempercepatkan kadar penggunaan sumber. Selain itu, pembaziran, penggunaan sumber yang tidak berdasarkan kepada keperluan, sumber tidak diagih secara sama rata, tidak menitikberatkan pemuliharaan sumber dan ulang guna serta penghasilan barangan yang membahayakan alam sekitar menjadikan isu kekurangan sumber bertambah runcing.

TEKANAN TERHADAP SUMBER MAKANAN - Bilangan penduduk yang terlalu ramai dikhuatiri tidak seimbang dengan kadar penghasilan makanan terutamanya di negara-negara kurang maju. - Meningkatkan input lain dalam aktiviti pertanian tidak akan menambah pengeluaran hasil untuk menampung keperluan penduduk yang bertambah. Pembukaan kawasan pertanian baru didapati terlalu perlahan dan kualiti tanah yang diperoleh tidak sebaik tanah sedia ada. - Jika kadar pertambahan penduduk tidak dikawal, bekalan makanan tidak akan mencukupi lalu menimbulkan masalah kelaparan dan wabak penyakit.

KESESAKAN - Pertambahan penduduk di sesebuah negara boleh mengakibatkan kesesakan terutamanya kepadatan di kawasan penempatan dan kenderaan yang semakin bertambah menyebabkan berlakunya masalah lalulintas. - Kepadatan penduduk telah menyumbang kepada wujudnya perumahan setinggan yang tidak selesa dan sentiasa terdedah kepada pencemaran. - Pertambahan kenderaan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan menyumbang berlakunya kemalangan dan pencemaran alam(asap kenderaan)

MENINGKATKAN PENGHASILAN BAHAN PENCEMAR - Penciptaan teknologi turut menjadi isu utama kerana terdapat perkembangan kearah penggunaan teknolgi berisiko tinggi dan berbahaya, memberi kesan buruk kepada alam sekitar serta memusnahkan ekosistem dan menggalakkan pembaziran. - Gaya hidup mewah boleh mengakibatkan penggunaan sumber secara berlebihan dan meningkatkan kadar penggunaan barangan yang sukar dilupuskan dan membahayakan alam sekitar.

SUMBER ASLI

PENGHASILAN KUASA

PENGHASILAN BARANGAN

PENGGUNAAN BARANGAN

SISA

SISA

SISA

Udara, cecair, sisa pepejal, bunyi, radiasi dari berbagai-bagai proses penjanaan kuasa

Udara, cecair, radiasi tenaga sisa pepejal dan bunyi dari berbagaibagai proses industri

Sisa dapur, sampah sarap, najis, gas, dari berbagai-bagai aktiviti di rumah

PENGOLAHAN SISA

ULANG GUNA

KAWALAN PENCEMARAN

PELUPUSAN SISA

PENYERAKAN SISA

PENCEMARAN

CARA-CARA MENGATASI PERTAMBAHAN PENDUDUK • -

-

1. Mengimbangkan pembangunan ekonomi luar bandar. Peluang pekerjaan yang banyak menyebabkan pertambahan penduduk meningkat dengan cepat atau menggalakkan migrasi ke satu-satu kawasan. Bagi menangani masalah pertambahan penduduk yang pesat di satu-satu kawasan atau tumpuan penduduk ke satu tempat iaitu mengimbangi pembangunan ekonomi di luar Bandar atau di kawasan pendalaman serta pinggir-pinggir bandar. Tujuan untuk mengalih tumpuan penduduk dari tertumpu ke satu kawasan kerana tarikan ekonomi dan peluang pekerjaan. Melalui dasar ini sekurang-kurangnya dapat menarik pendudukpenduduk keluar dari Bandar pergi ke kawasan pinggir-pinggir dan pendalaman untuk mencari ekonomi. Dasar ini dapat mengurangkan migrasi desa ke Bandar dan pekan untuk mencari rezeki dan menambahkan lagi kepesatan pertambahan penduduk.

• -

2. Menghadkan kemasukkan migrasi dari luar Menghadkan migrasi yang masuk dari luar ke negara ini Contoh buruh kontrak dan buruh tanpa permit dari Indonisia, Tailand dan Filipina. Kesan migrasi luar ke negara ini menyebabkan persaigan antara pekerja asing dengan pekerja tempatan Contoh penjaja di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang sekarang ini rata-rata di kuasai oleh peniaga dari Indonesia. Migrasi dari luar negara juga meningkatkan masalah setinggan. Contoh di Kuala Lumpur mempunyai 12 100 orang setinggan Indonisia. Migrasi asing juga meningkatkan masalah soaial Contoh jenayah dan penyakit di kawasan setinggan akibat pencemaran darat kerana tiada sistem pembuangan sampahsarap yang sistematik. Mengawal migrasi asing juga dapat mengurangkan serta menjimatkan pembelanjaan kerajaan dalam menyediakan kemudahan awam. Pengurangan pemgambilan orang asing ini menyebabkan 25 peratus kepadatan penduduk Bandar dapat dikurangkan.

• -

3. Pemindahan penduduk (Transmigrasi) Pemindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain bagi mengelakkan kepadatan penduduk. Pemindahan penduduk ini perlu di jalankan secara terancang dari segi kemudahan sosioekonomi, pengangkutan serta kemudahan awam. Pemindahan penduduk ini adalah satu program penempatan semula di kawasan luar Bandar untuk mengatasi masalah kesesakkan penduduk. Penduduk dipindahkan dari kawasan padat penduduk ke kawasan jarang penduduk. Kaedah atau langkah ini telah dijalankan oleh Indonesia pada tahun 1969-1974 iaitu memindahkan 46,000 buah keluarga telah dipindahkan dari Pulau Jawa Ke Pulau Sumatera. Ikut modul pembukaan tanah-tanah Felda yang telah dilaksanakan semasa Pemerintahan Tun Abdul Razak dalam proses pemindahan penduduk.

• -

-

4. Amalan Perancang keluarga. Menghadkan bilangan ahli keluarga atau menggalakkan amalan perancangan keluarga. Telah di laksanakan di Singapura dan China. Bilangan ahli keluarga dihadkan kepada 3 atau 4 orang anak sahaja. Amalan perancangan keluarga dapat menggelakkan masalah kepadatan penduduk. Tujuan untuk mengawal kadar pertumbuhan penduduk supaya seimbang dengan keperluan dari segi ekonomi, perumahan dan kemudahan-kemudahan lain. Penggalakkan perancang keluarga dapat mengurangkan kesesakkan penduduk kerana kadar pertumbuhan penduduk tidak seimbang dengan pertumbuhan pembangunan serta kawasan yang terhad.

Rujukan - Abdullah Mohamad Said, 1999. Pengurusan Sumber dan Alam Sekitar. Misas Advertising, Universiti teknologi Mara. - Usman Haji Yaakob, 1989. Prinsip Kajian Kependudukan. Dewan Bahasa dan Pustaka,KL.

Related Documents


More Documents from ""