Laporan Big.docx

  • Uploaded by: Shion Levi
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Big.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 3,466
  • Pages: 20
ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. MAKLUMAT PELAJAR

2

2. HALAMAN PENGAKUAN

3

3. PENGHARGAAN

4

4. LAPORAN REFLEKTIF BINA INSAN GURU

5-16

5. RUMUSAN

17

6. LAMPIRAN

18-20

1

BIODATA PELAJAR

NAMA

NOR ASHRAF BIN NORDIN

UNIT

PISMP RBT2

AMBILAN

JUN 2016

NO K/P

970501-02-5319

TARIKH LAHIR 1 MEI 1997

STATUS

ALAMAT

BUJANG NO 20, BATU 39, KG SUNGKUP, BKT SELAMBAU, 08010 SG PETANI, KEDAH

NO TELEFON

019 4126083

EMAIL

[email protected]

NAMA PENJAGA

NORDIN BIN HASHIM

NO TELEFON PENJAGA

011 10285319

MENTOR

TN. HJ MOHD BAKARI BIN ZAKARIA

2

HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

…………………………………. Nama Pelatih : NOR ASHRAF BIN NORDIN

Tarikh Serahan: 23 JULAI 2018

3

PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t

Syukur kepada Tuhan dengan limpah kurnia dan rahmatnya dapat saya, Nor Ashraf Bin Nordin menyiapkan Kerja Kursus Bina Insan Guru (MPU3112) ini dengan lengkap dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Walaupun kerja khusus ini ringkas sahaja tetapi ianya amat mencabar dan memerlukan keazaman yang tinggi dan jitu untuk menyiapkannya. Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Tn Haji Khairuddin Bin Mat Hassan telah memberi penerangan dan tunjuk ajar yang jelas sepanjang kuliah dan semasa saya menyiapkan kerja khusus ini. Sekalung penghargaan juga untuk rakan-rakan sekelas yang banyak membantu dan memberi bantuan kepada saya. Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli keluarga terutamanya ibubapa yang banyak memberi bantuan bukan sahaja dari segi wang ringgit malah banyak memberi perangsang sokongan dan dorongan kepada saya. Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung sepanjang saya melakukan tugasan ini sehingga selesai.

Sekian, terima kasih

4

LAPORAN REFLEKTIF BINA INSAN GURU Falsafah Penddiikan Guru (FPG) telah menjelaskan jenis guru yang diperlukan bagi memenuhi keperluan negara kita iaitu guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progrestif dan berdisiplin. Oleh itu, dalam usaha melahirkan guru pelatih yang dapat memenuhi ciri- ciri di atas, program Bina Insan Guru telah diadakan dan program ini menetapkan setiap guru pelatih yang sedang berada dalam latiahan untuk menyertai supaya apabila kita boleh menunjukan ciri- ciri keguruan yang professional apa bila kita berada dalam sekolah nanti. Program Bina Insan Guru, BIG, merupakan satu program wajib yang perlu dilalui oleh para pelatih di semua Institut Pendidikan Guru Malaysia. Ia bertujuan melahirkan modal insan yang mantap dari aspek kerohanian, nilai etika, dan akhlak keguruan di samping meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari segala sudut; fizikal, emosi, rohani dan sosial. Program Bina Insan Guru ini juga diadakan supaya para guru pelatih agar dapat melahirkan guruguru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya tahan diri yang tinggi serta aura kegururan yang selaras dengan Prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Oleh itu, pada 1 hingga 5 Julai 2018, kami telah menjalani kem Bina Insan Guru (BIG) yang bertempat di Survival Camp UniZa, Pantai Merang. Program yang berlangsung selama 5 hari 4 malam ini telah memberikan pelbagai pengetahuan dan pengalaman baru untuk dirasai kepada saya sebagai seorang guru pelatih.

5

HARI PERTAMA - AHAD (1 JULAI 2018) Pada hari Ahad, semua siswa pendidik dikehendaki untuk berkumpul di perkarangan bas sebelum bertolak ke Survival Camp UniZa, Pantai Merang. Sebelum bertolak kami telah melaksanakan pemeriksaan terakhir terhadap semua bahan dan peralatan untuk memastikan bahawa semua peralatan disediakan mencukupi dan berada dalam keadaan baik agar dapat digunakan dengan baik apabila diperlukan. Oleh kerana hanya sebuah bas sahaja digunakan, maka bas perlu berulang alik sebanyak dua kali kerana bilangan pelajar yang agak ramai. Perjalanan ulang alik dengan menggunakan bas untuk ke Survival Camp UniZa mengambil masa 2 jam. Oleh itu, pelajar yang menaiki perjalanan yang kedua perlu menunggu agak lama sebelum bas sampai semula ke IPG. Setelah tiba di destinasi, kami diberi taklimat tentang aktiviti yang akan kami lakukan. Semasa khemah dipasang, saya dapat melihat betapa pentingnya semangat kerjasama sesama ahli kumpulan. Khemah tidak akan boleh dibina berseorangan. Salah seorang perlu memegang tiang, seorang lagi mengikat tali dan ahli-ahli yang lain perlu menarik kain bumbung dan lantai khemah supaya tidak kendur dan runtuh. Dengan kerjasama yang baik antara ahli kumpulan, kami berjaya mendirikan khemah dalam masa yang singkat dan seterusnya meletakkan barangan pensendirian ke dalam khemah. Daripada aktiviti ini, saya dapati semangat berpasukan dan bekerjasama itu perlu ada dalam diri seorang guru. Guru perlulah sentiasa bekerjasama dan memberi pertolongan kepada guru lain agar kerja dapat dilaksanakan dengan mudah dan lancar. Kemudian, pada jam 2.00 petang, kami telah mendengar ceramah yang bertajuk “Pembinaan Guru yang Seimbang”. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Rizah Binti Sulaiman yang merupakan seorang Kaunselor PPD daerah Setiu. Ceramah tersebut bertujuan untuk mendedahkan kepada guru pelatih tentang situasi dan keadaan apabila guru berada di sekolah. Ceramah tersebut juga mengajar kami agar perlu sentiasa menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman daripada guru-guru veteran tentang cara mengajar di sekolah agar kami dapat menjadi guru yang cemerlang dan seimbang daripada aspek JERIS bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Beliau turut menyampaikan bahawa untuk menjadi seorang guru yang seimbang dan cemerlang, guru perlu membina hubungan yang baik dengan pihak sekolah, guru, staf, pelajar, serta komuniti setempat. Berikut merupakan analisis SWOT tentang ceramah tersebut.

6

KEKUATAN 

KELEMAHAN

Penceramah mempunyai pengalaman 

Tahap kebolehan / kefahaman pelajar

yang

berbeza.

sangat

luas

dalam

bidang

pendidikan. 



dalam

diri

segelintir pelajar berkaitan pendidikan di

pelajar dan pihak pengurusan di pusat

negara kita.

Memupuk semangat saling berkongsi ilmu

dan

bekerjasama

dalam

diri



Kekangan masa.



Keadaan tempat ceramah yang kurang selesa.

seorang pendidik. 

pengetahuan

Mendapat kerjasama daripada semua

kem. 

Kurangnya

Dapat membentuk keyakinan dalam diri pelajar. PELUANG







Hubungan

baik

antara

ANCAMAN pihak

IPG, 

Kurang kesedaran dalam diri pelajar

pelajar, PPD dan komuniti.

terhadap input yang disampaikan.

Sokongan daripada pihak pentadbir dan 

Sikap tidak prihatin / sokongan pelajar

PPD.

semasa ceramah disampaikan.

Ilmu yang diperoleh dapat digunakan/ dikongsikan bagi melahirkan guru yang cemerlang.

Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan Bengkel Pengucapan Awam oleh Pn Juariah iaitu Kaunselor Di IPGKSM. Beliau telah menyampaikan tentang kaedah dan cara untuk menghasilkan pengucapan awam yang berkesan. Menurut beliau, faktor penting dalam pengucapan awam ialah keyakinan pengucap itu sendiri. Oleh itu, untuk membina keyakinan dalam diri, seorang penceramah perlu mempunyai ilmu yang tinggi, berani dan tidak gentar dengan kegagalan. Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, siswa pendidik haruslah menguasai teknik pengucapan

7

awam agar segala aktivit PdPc di dalam kelas dapat dijalankan lancar. Berikut merupakan analisis SWOT tentang bengkel pengucapan awam tersebut. KEKUATAN 

KELEMAHAN

Maklumat yang disampaikan diterima  sepenuhnya oleh semua pelajar.



Membina

keyakinan

untuk



Kekangan masa. Keadaan tempat ceramah yang kurang selesa.

berucap

dihadapan ramai orang. 

Ceramah

merangkumi

teori

dan

praktikal. PELUANG 

ANCAMAN

Dapat mempraktikkan ilmu pengucapan 

Kurang persediaan daripada semua

untuk

pelajar.

menjadi

seorang

guru

semasa praktikum. 

Boleh menjadi guru yang fleksibel.

atau 

Kurang

keyakinan

dan

penglibatan

daripada para pelajar.

HARI KEDUA – ISNIN (2 JULAI 2018) Pada setiap hari, semua siswa pendidik diminta untuk berkumpul untuk menjalankan senaman ringan dan Istiadat Menaikkan Bendera. Istiadat Menaikkan Bendera merupakan aktiviti di mana semua peserta perlu menyanyikan lagu dalam keadaan berdiri tegak, sambil bendera dinaikkan. Setelah itu, ketua skuad akan memberi laporan kepada Ketua Komandan atau manamana jurulatih. Melalui istiadat ini, saya dapat belajar bahawa etika dan protokol sangat penting kerana ia adalah salah satu cara untuk mendisiplinkan diri ketika berada di kalangan pemimpin atau orang besar. Setelah selesai sarapan pagi, kami diminta untuk berkumpul di hadapan dewan untuk sedikit taklimat. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan besar, iaitu kumpulan 1 hingga 6 yang akan melakukan aktiviti di air dan kumpulan 7 hingga 12 yang akan melakukan aktiviti darat pada hari ini. Hal ini kerana bagi menjimatkan masa dan juga faktor kemudahan yang agak terhad, setiap kumpulan diasingkan untuk melakukan aktiviti yang berbeza dan akan bertukar aktiviti di kemudian harinya. Kumpulan 7 hingga 12 akan melakukan aktiviti Ikhtiar Hidup / Jungle Trekking 8

pada waktu pagi diikuti oleh aktiviti Abseiling pada waktu petang. Aktiviti Ikhtiar Hidup/Jungle Trekking ini diketuai oleh Sarjen Nasir yang merupakan bekas askar. Beliau sangat berpengetahuan luas mengenai selok belok di dalam hutan. Saya dan ahli kumpulan yang lain melakukan aktiviti Jungle Tracking dimana kami telah memasuki hutan paya bakau. Banyak pengalaman yang kami perolehi melalui aktiviti ini. Antaranya ialah saya dapat memahami tentang flora dan fauna serta menghayati keindahan alam. Semasa melakukan aktiviti “jungle trekking”, kami terpaksa melalui laluan yang mempunyai pokok paya bakau yang mempunyai bauan yang tidak menyenangkan. Melalui aktiviti meredah paya ini, kami dapat mempelajari banyak ilmu yang dapat dikaitkan dengan kehidupan. Apa yang saya dapat dipelajari daripada pokok kayu bakau itu sendiri adalah pokok itu sentiasa kuat untuk menyokong pohonnya dengan menggunakan akar. Oleh itu, ia dapat dikaitkan dengan kehidupan kita sendiri di mana sebagai seorang guru kita perlu sentiasa kuat dalam menempuh pelbagai rintangan dan cabaran pada masa akan datang. Berikut merupakan analisis SWOT tentang aktiviti Ikhtiar Hidup/Jungle Trekking ini. KEKUATAN 



KELEMAHAN

Aktiviti ini memberikan peluang kepada 

Isu keselamatan barang kurang diberi

pelajar untuk mengenal alam sekitar

penekanan kerana ada pelajar yang

dengan lebih dekat.

membawa



berharga

seperti

telefon bimbit semasa meredah paya.

Pelajar dapat mengetahui dan merasai kesan pencemaran alam sekitar melalui 

Fasilitator tidak memaklumkan tentang

aktiviti ini.

keselamatan barang sebelum aktiviti. PELUANG



barang

ANCAMAN

Mendapat sokongan padu dari para 

Pelajar perlu berhati-hati ketika mendaki

jurulatih.

dan menuruni bukit.

Pelajar dapat mencuba benda baru.



Pelajar perlu memakai kasut yang bersesuaian.

9

Seterusnya, kem ini diteruskan lagi dengan aktiviti Abseiling pada waktu petang. Selepas melakukan solat zohor berjemaah, kumpulan B dikehendaki untuk berkumpul di hadapan dewan. Aktiviti ini diketuai oleh Encik Wan Azhari Bin Wan Harun. Secara bergilir-gilir, kami melakukan abseiling dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada para pensyarah yang hadir. Saya mendapat pengalaman yang sangat berharga kerana ini merupakan kali pertama saya melakukan abseiling. Aktiviti ini dilakukan di lereng bukit yang mempunyai permukaan tidak rata dan keras kerana mempunyai batu yang agak besar. Disebabkan itu, terdapat beberapa pelajar yang tercedera ketika melakukan “abseiling” kerana tidak dapat untuk mengawal kaki dan tali semasa menuruni cerun tersebut. Walaubagaimanapun, alhamdulillah semua ahli kumpulan saya dapat melakukan aktiviti tersebut sehingga habis. Melalui aktiviti ini apa yang dapat saya kaitkan dengan kehidupan seorang guru ialah kita perlu menerima setiap halangan dan cabaran supaya kita lebih berpengalaman dan berkeyakinan pada masa akan datang. Berikut merupakan analisis SWOT tentang aktiviti Abseiling ini. KEKUATAN 



KELEMAHAN

Melatih ketahanan fizikal dan mental 

Kurang peluang kepada semua pelajar

dalam berdepan apa jua situasi.

kerana kesuntukan masa.

Memupuk

keyakinan

diri

dalam 

menghadapi sesuatu.

Petugas dan alat kelengkapan yang tidak mencukupi.

PELUANG 



Menghilangkan rasa gayat pada tempat 

Ketakutan

tinggi.

hilang fokus dan tidak dapat berfikir

membuatkan

seseorang

dengan waras dan bernas.

Pengalaman yang berguna untuk masa hadapan.



ANCAMAN



Satu laluan sahaja.

Memberi peluang kepada pelajar untuk 

Aktiviti tamat agak lewat sehingga

menyertai aktiviti luar yang mencabar

menyukarkan pergerakan pelajar kerana

selain waktu pembelajaran kuliah.

gelap.

10

HARI KETIGA – SELASA (3 JULAI 2018) Pada hari Selasa pula, kumpulan B akan melakukan aktiviti Keyakinan di Air dan Berkayak. Aktiviti ini diketuai oleh Encik Hisham dan Encik Khairuddin. Setiap perserta diberikan Buoyancy Aids (BA) atau lebih dikenali sebagai Life Jacket bagi memastikan keselamatan setiap pelajar terjamin. Dalam aktiviti keyakinan di air, pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dilakukan antaranya ialah berenang ke pesisir pantai, demonstrasi aktiviti menyelamat dalam air, membuat keretaapi di dalam air,

dan sebagainya. Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar yang

mempunyai fobia pada air untuk cuba mengatasi ketakutan mereka dan seterusnya mengembalikan keyakinan mereka ketika berada di air. Aktiviti seperti berenang ke tengah laut secara berkumpulan dan membuat keretaapi di dalam air ini dapat memupuk semangat bekerjasama dan berpasukan dalam diri setiap pelajar untuk membantu rakan-rakan yang dalam kesusahan. Nilai murni seperti ini perlu ada dalam diri seorang guru supaya dapat menjadi contoh teladan yang baik kepada anak murid di sekolah nanti. Seterusnya, pada sebelah petang pula, kami telah melakukan aktiviti berkayak. Kami telah didedahkan dengan belajar cara berkayak dan kata- kata khas yang digunakan dalam aktiviti kayak seperti bow, rafting dan sebagainya. Hal ini merupakan sebuah peluang yang menyeronokkan bagi saya kerana kali ini merupakan kali pertama saya berkayak dan bagi saya pengalaman ini merupakan pengalaman manis dan tidak ternilai. Aktiviti berkayak yang dijalankan menyumbang pelbagai pengajaran yang bermakna buat saya antaranya saya dapat mempelajari teknik memegang dan cara mendayung dengan betul. Aktiviti ini sangat sesuai dijalankan untuk menguji daya tahan dan tahap keberanian guru-guru pelatih. Aktiviti ini turut memupuk sikap kepimpinan dalam diri guru pelatih kerana ketika di atas kayak bowman atau sternman perlu memberi arahan semasa berdayung agar dapat berkayak dengan sempurna. Berikut merupakan analisis SWOT tentang aktiviti Keyakinan di Air dan Berkayak. KEKUATAN 



KELEMAHAN

Mempunyai tenaga kerja mahir dan 

Memakan masa yang lama semasa

berpengalaman.

pemakaian BA.

Semua pelajar hadir dan memberikan 

Kesukaran untuk mengendalikan pelajar

kerjasama.

yang fobia terhadap air/laut.

11







Aktiviti yang dilakukan bermanfaat dan 

Kekurangan

menarik.

(contoh:kayak).

Para pelajar bersedia untuk tambah ilmu 

Pelajar

baru.

pemakaian dalam air.

alatan

tidak

mematuhi

aktiviti

peraturan

Kemudahan yang mencukupi dan dalam kondisi yang baik. PELUANG



Mendapat

sokongan

ANCAMAN padu

dari 

pensyarah. 

Pelajar dapat mencuba benda baru.



Pelajar dapat mengesan kelemahan dan

sehingga

Dapat memupuk nilai setiakawan antara pelajar.

mengabaikan

aspek

keselamatan. 

Ada pelajar yang tidak mahu memakai kasut.

cuba memperbaikinya. 

Pelajar terlalu seronok bermain air



Tidak mahu bekerjasama dalam satu kumpulan.

HARI KEEMPAT – RABU (4 JULAI 2018) Pada hari Rabu pula, kami telah melakukan aktiviti kem motivasi di sekolah pada sebelah pagi. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan ke SK Telaga Papan dan SK Merang. Kumpulan B telah dihantar ke SK Merang dan menjalankan kem motivasi di sana. Di sana kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan perlu menjadi fasilitator kepada murid di sana. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi peluang kepada siswa pendidik untuk menghayati dan mendekatkan diri dengan murid sekolah dan juga untuk mendedahkan para peserta dengan suasana di sekolah. Aktiviti ini berakhir dengan sesi pengambaran bersama pihak sekolah dan penyampaian cenderahati untuk pihak sekolah. Berikut merupakan analisis SWOT tentang aktiviti kem motivasi ini.

12

KEKUATAN 



KELEMAHAN

Aktiviti yang dijalankan berlangsung 

Gangguan

seperti yang telah dirancang.

melaksanakan menyebabkan

Murid-murid seronok dengan aktiviti

Para fasilitator memberi kerjasama yang

semasa senamrobik

aktiviti

lambat

berlangsung.

yang dilaksanakan. 

teknikal



Surat Permohonan ke sekolah tidak lengkap

cukup baik dan memahami kehendak pic

dan

sukar

difahami

pihak

sekolah akibat tiada tentatif pada awal

sebelum melaksanakan aktiviti.

penghantaran ke email sekolah. PELUANG 

ANCAMAN

Dapat mengenali minat dan budaya  murid sekolah tersebut. Mudah untuk

Dewan sekolah yang terhad.



Fasiliti sekolah yang serba kekurangan.



Terdapat permintaan daripada pihak

menganjurkan aktiviti di sekolah tersebut pada masa akan datang. 

sekolah yang mesti dihormati. Fasilitator dapat mempelajari teknik baharu dalam didik hibur untuk menarik perhatian murid.



Dapat membuat jalinan dengan 2 buah sekolah tersebut.

Pada sebelah petang pula, aktiviti diteruskan dengan program khidmat masyarakat di tiga buah tempat iaitu tadika, masjid dan kawasan perkuburan. Peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan dan saya diletakkan dalam kumpulan kubur. Kami bermula dengan membersihkan kawasan di sekitar kubur. Kawasan kubur ini dijaga dengan rapi dan baik dan kurang sampah sarap di sekitar kubur memudahkan dan mencepatkan lagi proses pembersihan. Kami mencabut rumput, mengumpulkan sampah dan daun kering di satu kawasan dan membakar sampah tersebut. Kemudian, setelah selesai membersihkan kawasan kubur, kami dibekalkan dengan makanan yang menyelerakan iaitu keropok lekor dan air sirap. Kemudian kami berjalan ke masjid yang hanya berdekatan dengan kubur. Aktiviti berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada pihak masjid dan sesi pengambaran. Berikut merupakan analisis SWOT tentang aktiviti ini. 13

KEKUATAN 

KELEMAHAN

Mendapat kerjasama daripada semua 

Komunikasi

pelajar.

bertanggungjawab tidak berjalan lancar.

dengan



Lokasi khidmat komuniti yang strategik.



Kekurangan peralatan.



Pengangkutan disediakan.



Masa



Kebajikan dan kesegaran disediakan.



Tenaga kerja (pelajar) yang ramai dan mencukupi

disetiap

lokasi

yang

pihak

yang

diperuntukkan

tidak

mencukupi. 

Dana yang tidak mencukupi untuk membeli peralatan dan bahan yang

gotong

diminta oleh pihak tuan rumah seperti cat

royong.

dan benih pokok bunga. PELUANG 

Membuat

ANCAMAN dengan 

kerjasama

masyarakat. 

Menimbulkan

 keinsafan

dalam





dijalankan

dengan

kekurangan alatan.

komuniti

setempat

secara

Meningkatkan

 kualiti

keperibadian

keguruan sebagai agen sosialisasi 

Khidmat komuniti yang tidak dapat

Mengeratkan hubungan rakan pelajar bermanfaat.



Pengendalian program yang kurang kemas.

diri

pelajar.

Cuaca yang panas terik.

Pihak

tuan

menyediakan

rumah

seperti

peralatan

dan

sepenuhnya

Ancaman

daripada

seperti

lipan

disebabkan

haiwan

berbisa

semasa

aktiviti

pembersihan dijalankan.

tabika 

Peringkat awal pihak tuan rumah seperi

bahan

masjid dan tabika tidak faham akan

seperti cat dan anak pokok

tujuan dan matlamat program BIG 

Kekurangan kerja

dan

tugas yang

dilakukan jika dibandingkan dengan bilangan pelajar yang terlampau ramai.

14

PROGRAM DI LUAR WAKTU KEM CERAMAH ETIKET DAN PROTOKOL & CERAMAH GAYA HIDUP SIHAT Ceramah etiket dan protokol berlangsung di dewan Al-Khindi IPG Kampus Sultan Mizan. Penceramah yang dijemput merupakan pensyarah IPG sendiri iaitu Encik Wan Azhari Bin Wan Harun. Dalam ceramah beliau, saya mempelajari beberapa pengetahuan baharu berkaitan etiket dan protokol seperti kedudukan tempat duduk mengikut kekananan, kedudukan bendera negeri mengikut sultan, pakaian formal dan tidak formal, cara menikmati juadah secara formal dan sebagainya. Beliau memberikan penerangan yang sangat jelas dan memudahkan semua siswa pendidik memahami isi yang ingin disampaikan oleh beliau. Beliau juga menggunakan kaedah persembahan secara praktikal bagi memudahkan pelajar memahami situasi dalam kehidupan sebenar. Berikut merupakan analisis SWOT tentang Ceramah etiket dan protokol ini. KEKUATAN

KELEMAHAN



Kehadiran pelajar penuh.





Pengisian yang menarik.



Kerjasama yang baik antara AJK.



Pemilihan tempat yang sesuai dengan

(tempat

yang

bertukar-tukar).

tajuk ceramah (formal) 

Miscommunication



Majlis tertangguh selama 1 jam.



Ceramah yang tiada interaksi 2 hala.



Bahan yang terlampau kecil dan terhad, sehingga pelajar yang duduk dibelakang

Sangat berguna kepada pelajar untuk

sekali tidak nampak.

mengajar di sekolah pada masa yang 

akan datang. PELUANG 

Mendapat

pengetahuan

Masalah teknikal (microphone rosak). ANCAMAN

baru

untuk 

dipraktikkan di sekolah nanti berkaitan

Masa yang terhad kerana permulaan ceramah yang lambat.

kod pemakaian guru. 

Dapat tahu tentang prosedur-prosedur dalam membuat majlis rasmi.

15

Seterusnya, ceramah gaya hidup sihat juga dilansanakan di dewan Al-Khindi. Penceramah yang dijemput ialah encik Ishak yang merupakan pensyarah jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan. Antara isi pembelajaran yang disampaikan ialah mengenal jenis-jenis vitamin, fungsi vitamin , pemakanan yang seimbang, gaya hidup sihat dan sebagainya. Beliau menyatakan bahawa aktiviti berjalan kaki juga boleh membakar lemak dengan efektif. Selain itu, beliau turut berpesan agar pelajar perlu kerap minum air kosong berbanding minuman berkarbonat atau minuman yang mengandungi gula yang tinggi. Hal ini kerana kandungan gula yang tinggi tidak baik untuk kesihatan tubuh badan. Oleh yang demikian, para pelajar dinasihatkan akan menjaga pemakanan terlebih dahulu dalam aspek mengamalkan gaya hidup sihat. Berikut merupakan analisis SWOT tentang ceramah gaya hidup sihat ini. KEKUATAN 

Proses

tempahan

KELEMAHAN dewan

dan 

penceramah yang lancar. 

(buat

waktu

petang,

para

pelajar

mengantuk). Persekitaran program ceramah yang cukup kondusif dari segi LCD, audio, 

Tiada komunikasi dua hala antara

pendingin

pelajar dengan penceramah.

hawa

dan

kerusi

yang

mencukupi. 

Pengurusan masa yang tidak sesuai



Tiada bahan bantu ketika ceramah.

Pengisian yang menarik serta berfakta yang merangkumi gaya pemakanan yang seimbang serta aktiviti seharian yang sihat. PELUANG



ANCAMAN

Pelajar mempunyai kesedaran akan 

Ada beberapa pelajar datang lambat,

kepentingan

maka ceramah terpaksa mula lambat.

pengambilan

makanan

secara seimbang dan bersenam.

16

RUMUSAN KESELURUHAN Secara keseluruhan, saya secara peribadi merasakan bahawa program yang kami jalani ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Melalui semua aktiviti yang kami lakukan samaada di darat ataupun di air , dapatlah saya rumuskan bahawa program ini amat mendidik saya menjadi seorang yang berdisiplin berpatutan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menuntut para guru supaya menjaga tingkah laku dan etika perguruan walau di mana pun berada. Selain itu, program ini juga mengajar saya supaya bijak membahagi dan menepati masa. Program ini yang disertai oleh tiga kaum yang berbeza ini membuatkan saya banyak belajar budaya baru di samping dapat mengukuhkan tali persaudaraan dengan mereka. Sikap toleransi dan hormat-menghormati juga secara tidak langsung tersemai dalam hati saya dan rakan-rakan melalui setiap aktiviti yang dilakukan. Sesungguhnya program Kem BIG yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ini sangat praktikal dan memberi banyak imbuhan kepada para pesertanya hingga sukar untuk saya mencari kelemahan. Justeru saya berharap program umpama ini akan diteruskan supaya setiap bakal guru akan melengkapkan diri bukan sahaja dari segi mental, tetapi juga dari segi ketahanan fizikal.

17

LAMPIRAN HARI PERTAMA

Ceramah Pembinaan Guru Yang Seimbang

Bengkel Pengucapan Awam

HARI KEDUA

JUNGLE TRACKING

ABSEILING

18

HARI KETIGA

KEYAKINAN DI AIR DAN BERKAYAK HARI KEEMPAT

KEM MOTIVASI SK MERANG

19

CERAMAH ETIKET & PROTOKOL DAN GAYA HIDUP SIHAT

20

Related Documents

Laporan
August 2019 120
Laporan !
June 2020 62
Laporan
June 2020 64
Laporan
April 2020 84
Laporan
December 2019 84
Laporan
October 2019 101

More Documents from "Maura Maurizka"