PQI 6001 SOSIOLOGI PENDIDIKAN (TUGASAN 1) PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA PUSAT JAGAAN SUCI ROHANI No.109, Jalan BU 7/1, Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor 3 November 2018
Bersama penganjur utama NGO Gotta Give Back (GGB)
Laporan disediakan oleh: Nama
No Matriks
Teoh Kah Yee (K) Eliane Choo Yuan Syn
PQI 180230
Suraya Khalid
PQI 180157
DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (DPP) SESI 2018/2019
ISI KANDUNGAN 1.0
Pengenalan ................................................................................................................................. 3
2.0
Latar Belakang Program.......................................................................................................... 3
2.1 Matlamat program ........................................................................................................................ 3 2.2 Objektif program .......................................................................................................................... 3 2.3 Justifikasi lokasi kajian ................................................................................................................ 4 Aktiviti – aktiviti yang dijalankan........................................................................................... 4
3.0 3.1
Aktiviti yang dirancang........................................................................................................... 4
3.2 Kaedah pelaksanaan .................................................................................................................... 5 3.2.1 Penyediaan awal Program ..................................................................................................... 5 3.3 Tajaan........................................................................................................................................... 7 3.2.2 Perincian aktiviti ................................................................................................................... 8 3.2.3 Rumusan aktiviti .................................................................................................................. 11 4.0
Huraian Penilaian dan Pencapaian Aktiviti ......................................................................... 13
4.1 Respon anak-anak ...................................................................................................................... 13 4.2 Pencapaian aktiviti ..................................................................................................................... 14 5.0
Refleksi dan cadangan ............................................................................................................ 14
5.1
Kekuatan ............................................................................................................................... 14
5.2
Masalah yang dihadapi.......................................................................................................... 15
5.3
Cadangan penambahbaikan................................................................................................... 15
6.0
Kesimpulan .............................................................................................................................. 16
7.0
Lampiran ................................................................................................................................. 16
1.0
Pengenalan Pada 03 November 2018, satu Program Ramah Mesra Bersama Anak-anak Pusat Jagaan Suci Rohani (PJSR) telah diadakan dengan jayanya pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengah hari di Pusat Jagaan Suci Rohani yang terletak di alamat No.109, Jalan BU 7/1, Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor. Program ini dikendalikan oleh pelajar Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) sesi 2018/2019 yang mengambil kursus PQI 6002, Sosiologi Pendidikan, yang terdiri daripada Kumpulan 1, 5 dan 7 kursus ini serta Agensi Gotta Give Back.
2.0
Latar Belakang Program Program ini merupakan salah satu aktiviti yang diwajibkan dalam kursus PQI 6002 iaitu Sosiologi Pendidikan. Kursus PQI 6002 merupakan kursus teras fakulti (pilihan wajib) bagi semua pelajar Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) sesi 2018/2019. Semua pelajar PQI 6002 ini adalah wajib menjalankan dan menganjurkan satu aktiviti berbentuk masyarakat yang berteraskan konsep Satu Malaysia demi memenuhi kehendak tugasan dalam modul ini. Pelajar yang berdaftar kursus PQI6002 ini telah dibahagikan kepada 7 kelas yang dipimpin oleh pensyarah berlainan. Kelas kami adalah kelas ke-4 yang dipimpin oleh Dr Chin Hai Leng. Dalam kelas ini, terdapat 12 kumpulan kecil yang akan menjalankan aktiviti kemasyarakatan di pelbagai lokasi. Dalam kertas kerja ini, kumpulan kami, iaitu Kumpulan 7 telah bergabung dengan Kumpulan 1 dan 5 untuk bersama-sama menganjurkan aktviti menziarahi dan beramah mesra dengan anak-anak dari Pusat Jagaan Suci Rohani. 2.1 Matlamat program Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada para pelajar penghayatan sosiologi dalam Pendidikan di mana ianya berfokuskan kepada masyarakat dan komuniti dan menitikberatkan aktiviti sosial berkumulan dan amalan silaturahim yang menjadi rutin dalam sesebuah komuniti secara globalnya. Di samping itu, program ini juga ingin menerapkan konsep asas komuniti serta kerjasama berpasukan semasa menganjurkan aktiviti berkenaan. 2.2 Objektif program Bagi mencapai matlamat yang dinyatakan di atas, maka objektif berikut adalah perlu dipenuhi: i. Pembentukan kumpulan pelbagai etnik dan jantina ii. Perbincangan aktiviti berberbentuk kemasyarakatan iii. Perancangan aktiviti dan tentatif program yang boleh dilakukan semasa melaksanakan aktiviti kemasyarakatan yang telah ditentukan iv. Pendokumentasian aktiviti yang telah dijalankan
2.3 Justifikasi lokasi kajian Pusat Jagaan Suci Rohani (PJSR) ialah sebuah pusat kebajikan yang ditubuhkan pada 1 Julai 2010. Ia ditubuhkan khas untuk anak-anak yatim, fakir miskin, OKU, keluarga bermasalah dan asnaf seramai 30 orang kanak-kanak yang berusia 2-6 tahun dan dikendalikan oleh 3 orang penjaga. Sebuah rumah teres unit tepi yang terletak di kawasan perumahan yang berkawalan 24 jam dipilih untuk dijadikan PJSR dengan mengambil kira faktor anak-anak ini memerlukan bantuan kawalan dari masyarakat setempat. Matlamat utama penubuhan Pusat Jagaan Suci Rohani (PJSR) ini adalah untuk memberi peluang pendidikan yang menyeluruh kepada anak-anak yang kurang bernasib baik ini. PJSR menitikberatkan soal pendidikan insaniah yang berteraskan Al-Quran, Sunnah serta akhlak mulia agar anak-anak ini menjadi insan yang berilmu, bertaqwa dan menjadi aset penting negara. Di samping itu, penubuhan PJSR boleh dilihat sebagai suatu usaha untuk menjalinkan hubungan rapat antara golongan kaya dan miskin dengan menjadikan kebajikan sebagai agenda utama masyarakat demi mencapai kebahagiaan dunia dan Akhirat. Diharapkan dengan ini lahirlah masyarakat yang berkasih sayang dan harmoni serta mengutamakan kepentingan orang lain berbanding diri sendiri. Apabila yang berkemampuan dan kaya sanggup berperanan dan berkorban, mereka yang susah dan menderita akhirnya terbela. 3.0
Aktiviti – aktiviti yang dijalankan 3.1 Aktiviti yang dirancang Bil. Aktiviti 1. Senamrobik 2. Sukaneka - London Bridge is falling down - Video Didi dan Kawan 3. Ceramah : Kenali ubat anda - Ceramah - Sesi soal jawab 4. Sesi ramah mesra - Mari menghias topeng - Cop tangan saya - Musang -AEIOU 5. Penyerahan barangan sumbangan 6. Penyerahan cenderamata kepada - Penceramah - Penjaga PJSR
Tindakan Kumpulan 7 Kumpulan 7
Kumpulan 5
Kumpulan 5 Kumpulan 1 Kumpulan 1 Kumpulan 1 Kumpulan 7 Kumpulan 1
Kumpulan kami, iaitu Kumpulan 7 bertanggungjawab untuk mengendalikan sesi senamrobik, sukaneka dan sesi penyerahan barangan sumbangan kepada PJSR. Berikut akan dibincangkan kaedah pelaksanaan berdasarkan tiga kativiti utama ini. 3.2 Kaedah pelaksanaan 3.2.1 Penyediaan awal Program a) Perbincangan dan agihan tugas Pembentukan kumpulan berlaku pada 3 Oktober 2018 (rabu) dimana kumpulan 1, 5 dan 7 bersetuju untuk bergabung dalam mengendalikan lawatan ramah mesra di rumah anak yatim dan asnaf. Pada 12 Oktober 2018, kami membincangkan kehendak soalan dan merangka kertas kerja bagi aktiviti yang ingin dijalankan dalam program ini.
Atas usaha urus janji, penetapan lokasi untuk program ini ditetapkan atas persetujuan ramai iaitu di rumah Pusat Jagaan Suci Rohani (PJSR). Dalam perbincangan ini juga, tarikh dan masa program ini dapat ditentukan. Pada 24 Oktober 2018 (Rabu), perjumpaan diadakan sekali lagi bagi membincangkan tentatif dan aturcara program dan pembahagian tugas. Pembelian bahan untuk aktiviti dilakukan keesokkan harinya iaitu 25 Oktober 2018 (Khamis) oleh Suraya dan aktiviti latihan dikendalikan oleh Kaylee dan Eliane.
b) Pengendali, sukarelawan dan pihak ketiga Program Ramah Mesra Bersama Pusat Jagaan Suci Rohani dijalankan dengan kerjasama daripada Non-Government Organization (NGO), Gotta Give Back (GGB) dan beberapa peserta sukarelawan yang ingin menyumbang tenaga dan masa bersama penghuni Pusat Jagaan Suci Rohani. Secara amnya, Gotta Give Back (GGB) adalah satu badan NGO yang sangat aktif melakukan aktiviti sukarelawan. Jawatankuasa badan ini juga secara amnya terdiri daripada salah seorang ahli kumpulan kami iaitu Suraya Khalid. Perbincangan dimulakan dengan deklarasi objektif kertas kerja ini kepada jawatan kuasa tertinggi GGB, Syarifah Nurramadani. Beliau berbesar hati untuk bekerjasama dengan pelajar DPP bagi menjalankan lawatan ramah mesra ini. Beliau membantu mencari lokasi yang ideal dan rumah anak yatim dan asnaf yang memerlukan sumbangan ikhlas daripada masyarakat luar. Urus janji diteruskan dengan penetapan tarikh dan bilangan sukarelawan daripada pihak DPP iaitu 10 orang keseluruhannya. Kami juga memberi informasi mengenai aktiviti yang ingin dijalankan kepada pihak GGB dimana aktiviti ini diterangkan lebih terperinci di seksyen 3.2.2.
Pihak GGB mencadangkan untuk menambah slot aktiviti iaitu ceramah ‘Medicine Talk’ yang akan disampaikan oleh ahli farmasi daripada Hospital Selayang, Salihah Aidit dan Syazwani. c) Publisiti
Program Ramah Mesra Bersama Pusat Jagaan Suci Rohani dihebahkan menerusi aplikasi elektronik whatsapp dan poster (rujuk lampiran). Poster secara elektronic (e-Poster) telah disediakan oleh pihak Gotta Give Back (GGB) sebulan sebelum program dijalankan untuk menjemput lebih ramai sukarelawan dan menyeru pihak luar yang ingin menyumbang secara ikhlas kepada ahli rumah pusat jagaan tersebut. Bantuan yang diterima dalam bentuk tenaga, wang, barangan keperluan seperti sabun, pampers, barang dapur seperti beras, minyak, gula dan alatan tulis untuk anak-anak. e-Poster telah dikongsi dikalangan ahli kumpulan 1, 5 dan 7 pelajar DPP bagi tujuan hebahan. Pihak Gotta Give Back (GGB) juga turut menghebah e-Poster di laman sesawang Instagram rasmi mereka.
Rajah 1: Hebahan e-Poster di laman sesawang Instagram GGB 3.3 Tajaan Berikutan hasil hebahan secara elektronik di laman sesawang Instagram rasmi Gotta Give Back (GGB) dan juga laman sesawang peribadi, pihak GGB berjaya mendapat tajaan sarapan pagi dan makan tengah hari untuk semua anak-anak Pusat Jagaan Suci Rohani, penjaga, sukarelawansukarelawan dan kami pelajar DPP. Sarapan pagi dan makan tengah hari ditaja oleh Restoran Ikhwan dimana mereka menyediakan bihun goreng dan air milo panas untuk sarapan pagi
dan nasi tomato, ayam masak merah, sayur goreng dan air sirap pada waktu makan tengah hari. GGB juga berjaya mengumpul dana tunai sebanyak Ringgit Malaysia Enam Ratus Enam Puluh Lapan (RM 668 sahaja) dimana i) Ringgit Malaysia Tiga Ratus Enam Puluh Lapan (RM 368 sahaja) digunakan untuk membeli barangan keperluan seperti sabun, pampers, barang dapur seperti beras, minyak, gula dan alatan tulis. ii) Baki Ringgit Malaysia Tiga Ratus (RM 300 sahaja) dihulur secara tunai kepada penjaga Pusat Jagaan Suci Rohani. Hasil hebahan ini jugak berjaya mendapat perhatian sukarelawansukarelawan muda yang ingin menyertai program ramah mesra ini. Seramai 10 orang sukarelawan telah hadir membantu dan memeriahkan program ini dimana sepasang daripada mereka berkongsi kegembiraan dengan meraikan sambutan hari jadi anak mereka bersama-sama anak-anak Pusat Jagaan Suci Rohani di akhir program. 3.2.2 Perincian aktiviti a) Senamrobik Tujuan aktiviti senamrobik diadakan adalah sebagai sesi warming up bagi anak-anak yang baru bangun pagi. Aktiviti ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara kami dengan anak-anak menerusi gerak laku yang diajarkan. Lagu klip yang dimainkan adalah gabungan daripada tiga lagu kanak-kanak yang popular, iaitu lagu Head, Shoulder, Knee and Toes, lagu Wheels on Bus dan lagu Baby Shark. Panjang lagu klip tersebut adalah selama 9 minit dan setiap bahagian lagu telah diselitkan dengan gerak laku yang mudah dan menarik. Sebelum itu, semua ahli kumpulan telah berkumpul selepas kuliah untuk berlatih gerak laku senamrobik ini. Instructor yang menunjukkan gerak laku ini adalah Teoh Kah Yee (Kaylee) dan Eliane Choo. Manakala satu lagi ahli kumpulan 7, iaitu Suraya Khalid bertanggunjawab memainkan lagu tersebut. Sebelum aktiviti ini dijalankan, semua anak-anak dikumpulkan di halaman rumah dan disusun mengikut kumpulan masing-masing (Biru, Oren, Merah, Hijau). Kemudian, instructors akan menerangkan gerak laku yang akan dilakukan bersama lagu nanti. Anak-anak belajar beberapa gerak laku sambal diperbetulkan oleh instructors dan ahli kumpulan lain. Selepas sesi mengajar, barulah lagu dimainkan dan semua yang terlibat menari bersama dengan anak-anak.
b) Sukaneka Tujuan sukaneka diadakan adalah sebagai satu sesi untuk anak-anak menenangkan diri (cool down session) setelah selesainya senamrobik. Terdapat dua aktiviti yang dijalankan, iaitu permainan London Bridge is falling down dan sesi video. Selepas berehat selama 5 minit, anak-anak diminta memegang bahu kawan di depan dan disusunkan menjadi satu barisan panjang. Kemudian, Kaylee dan pula saling menggenggam tangan dan membentuk satu gerbang. Lagu London Bridge is falling down dinyanyikan. Ahli kumpulan kami, Eliane dan Lim Pei Xuan dari Kumpulan 1 bersama-sama menggerakkan barisan anak-anak tersebut untuk berjalan dan melalui gerbang. Apabila lagu berhenti, kanak-kanak yang berada di bawah gerbang akan ditangkap. Permainan diteruskan lagi dengan nyayian lagu London Bridge is falling down sehingga terdapat seorang kanak-kanak yang terjatuh. Permainan ditamatkan dan disambungkan dengan sesi video.
Rajah 2: Ilustrasi mengenai permainan London Bridge is falling down Untuk sesi video, semua anak-anak dikumpulkan dan diminta duduk di atas pelapik lantai di halaman rumah. Kemudian, video Didi dan kawan ditayangkan menggunakan telefon pintar. Selepas satu klip, beberapa soalan berkenaan dengan video klip ditanyakan dan kanak-kanak yang berjaya menjawab soalan telah diberikan hadiah. Pada masa-masa tertentu, Kaylee akan menghentikan video dan memberikan penerangan mengenai isi kandungan video kepada kanak-kanak agar mereka lebih memahaminya. c) Penyerahan barangan sumbangan Atas bantuan hebahan oleh pihak GGB dan jawatankuasa kumpulan 1, 5 dan 7, banyak bantuan yang disumbangkan oleh masyarakat yang peka. Antaranya ialah
i)
Bantuan tenaga Seramai 10 orang sukarelawan yang menyertai program ramah mesra ini bagi membantu proses aktiviti, memeriahkan suasana dan juga merapatkan silaturrahim antara insan.
ii)
Bantuan Wang Pihak GGB berjaya mengumpul dana tunai sebanyak RM 688 dimana RM 368 digunakan untuk membeli barangan keperluan dan alatan tulis dan baki RM 300 dihulur secara tunai kepada penjaga Pusat Jagaan Suci Rohani.
iii)
Sumbangan barangan keperluan Sumbangan ikhlas barang keperluan oleh pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) diterima oleh pihak PJSR. Dana tunai yang diterima digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti sabun, pampers, barang dapur seperti beras, minyak, gula dan alatan tulis. Sumbangan telekung juga ada diterima oleh pihak GGB.
iv)
Tajaan makanan Berikutan hebahan yang dijalankan oleh pihak GGB, program ini Berjaya mendapat tajaan sarapan pagi dan makan tengah hari oleh Restoren Ikhwan. Sarapan pagi anak-anak adalah bihun goreng dan air milo panas manakala makan tengah hari adalah nasi tomato, ayam masak merah, sayur goreng dan air sirap.
v)
Saguhati Hadiah bagi semua anak-anak PJSR, penjaga PJSR, penceramah Medicine Talk dan jawatankuasa GGB ditaja oleh pelajar DPP Universiti Malaya sebagai satu tanda penghargaan kepada mereka.
vi)
Sambutan hari jadi Di akhir program, kami mengadakan aktiviti sambutan hari jadi atas permintaan seorang sukrelawan dimana beliau ingin berkongsi keberkatan dan rezeki hari jadi anak beliau pada hari kejadian. Anak-anak disajikan dengan kek yang sedap.
3.2.3 Rumusan aktiviti Secara dasarnya, program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dengan aktiviti senamrobik bersama-sama dengan anak-anak di PJSR. Aktiviti ini diketuai oleh kumpulan kami (Kumpulan 7). Aktiviti senamrobik ini dimulakan dengan ajaran gerak laku penting kepada anak-anak dan kemudian menari bersama-sama. Selepas penat membuat senamrobik, anak-anak ini diberi masa untuk berehat. Kemudian, sebagai perantara untuk menenangkan mereka, aktivti sukaneka diteruskan dengan permainan London Bridge is falling down dan sesi video. Semasa tayangan video, anak-anak ini melihat dengan penuh perhatian. Selepas habis tayangan, kami menyediakan beberapa soalan mudah untuk anak-anak dengan ganjaran hadiah kecil untuk sesiapa yang menjawab soalan dengan betul. (Semua perincian mengenai program di atas telah dibincangkan dalam bahagian 3.2.2). Selepas sukaneka dan sesi video, semua kanak-kanak menikmati sarapan mereka. Sarapan mereka adalah minuman susu dan bihun goreng tajaan daripada orang baik hati. Semua diminta mencuci tangan sebelum makan. Kami duduk bersamasama anak-anak ini untuk bersarapan dan menolong mereka isi semula makanan bagi yang perlu. Selepas bersarapan pagi, semua kanak-kanak dikumpulkan dan duduk di ruang tamu untuk mendengar ceramah tentang ubat-ubatan. Ceramah ini disampai oleh ahli farmasi jemputan Agensi Gotta Give Back, Cik Salihah bt Aidit. Ceramah ini diadakan bermatlamat untuk mendedah anak-anak di PJSR dengan jenis ubat-
ubatan yang biasa dilihat oleh mereka dan cara penggunaannya. Antara ubat-ubat yang diperkenalkan adalah seperti ubat yang berbentuk tablet, sirap, kapsul, titis, krim dan inhaler. Selepas ceramah, setiap kanak-kanak perlu menjawab soalan mengenai ceramah ubat yang disediakan. Semua anak-anak ini memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa ceramah. Oleh itu, soalan yang ditanya tersebut semua dijawab betul oleh anak-anak ini. Sebagai ganjaran, setiap kanakkanak mendapat sebatang pensel yang disediakan oleh pihak tajaan. Selepas ceramah ubat, kami telah merancangkan suatu aktivit seni untuk kanakkanak ini. Aktiviti pertama ialah aktiviti cop tangan, yang dikendalikan oleh Kumpulan 5. Sebagai permulaan, semua kanak-kanak mewarnakan tangan mereka dengan warna air “water colour” dan seterusnya mengecopkan tangan mereka ke atas pinggan kertas yang disediakan. Dalam proses ini, anak-anak ini dibimbing oleh semua ahli kumpulan yang bertindak sebagai fasilitator supaya tidak mengotorkan baju mereka dan juga kawasan ruang tamu pusat jagaan. Semua kanak-kanak berasa seronok dan bergembira dalam aktviti ini. Melalui aktiviti, boleh didapati beberapa orang anak memang menpunyai bakat kreaktiviti mereka tersendiri. Aktiviti yang seterusnya adalah aktivti menbuat topeng. Aktiviti ini juga dikendalikan oleh Kumpulan 5. Setiap kanak-kanak akan memilih template topeng (topeng binatang dan superhero) yang mereka gemari. Kemudian, kanakkanak menampalkan template ini di atas kad manila dan fasilitator membantu mengguntingkan template ini. Setelah itu, kanak-kanak mewarnakan topeng masing-masing mengikut kreativiti masing-masing. Semua bahan yang digunakan adalah daripada sumbangan ikhlas daripada masyarakat. Anak-anak di PJSR ini sangat suka dengan aktiviti mewarna topeng ini. Didapati bahawa anakanak ini menpunyai kesabaran yang tinggi untuk habis menwarna topeng masingmasing. Selepas habis mewarna, kami menolong mereka menebuk lubang dan memasangkan gelung getah untuk mereka memakai topeng hasilan mereka. Anak-anak semua berasa sungguh gembira apabila siap menwarnakan topeng mereka. Di akhir aktiviti ini, kami mengambil gambar kumpulan dengan hasil kerja anak-anak. Selepas habis mengambil gambar kumpulan, kami menruskan aktivit dengan permainan AEIOU dan musang. Kedua-dua kativiti ini dikendalikan oleh Kumpulan 1. Menggunakan topeng yang dibuat, ahli kumpulan 1, iaitu Loo Cing Jia menjadi musang yang menangkap anak-anak ini. Permaian AEOIU juga berlangsung dengan gembiranya. Seterusnya, diadakan satu sesi simbolik penyerahan barangan dermaan kepada penjaga PJSR. Kami juga mengambik kesempatan ini untuk memberikan cenderamata kepada penjaga PJSR ini kerana memberi peluang kepada kami untuk menganjurkan program ini di PJSR. Kami juga memberikan cendermata
kepada ahli farmasi Cik Salihah bt Aidit yang sudi meluangkan masa memberikan ceramah mengenai ubat-ubatan ini serta wakil daripada agensi Gotta Give Back kerana bersama-sama menganjurkan program ini. Semua kanak-kanak di PJSR juga meneriam satu goodie bag yang disediakan oleh kami. Di penghujung program, kami dihiburkan dengan persembahan tarian oleh anak-anak di PJSR ini. Program ditamatkan dengan makan tengah hari dan sambutan hari jadi. 4.0
Huraian Penilaian dan Pencapaian Aktiviti 4.1 Respon anak-anak Untuk aktiviti senamrobik, semua anak-anak memberikan sambutan yang baik. Walaupun pada awalnya mereka agak lambat dalam mempelajari gerak laku, namun setelah beberapa kali demonstrasi bersama lagu, semua kanak-kanak mula dapat mengikuti rentak lagu dan bergembira bersama. Dalam tiga lagu tersebut, didapati lagu Baby Shark paling digemari kerana hampir semua kanak-kanak dapat mengikuti gerak laku yang diajar dan menari dengan gembira. Walaupun semua kanak-kanak ini cuma dalam linkungan tahun 2-6 tahun, mereka dapat ikut semua gerakan dengan baik. Mereka sangat menyukai aktiviti senamrobik ini dan dapat menari dengan seronok bersama kami. Bagi aktiviti sukaneka, iaitu permainan London Bridge is falling down, semua kanak-kanak pada mulanya tidak memahami cara bermain. Tetapi mereka masih mengikuti arahan yang meminta mereka membuat satu barisan panjang. Apabila lagu dinyayikan dan barisan digerakkan oleh kami untuk berpusing dan merentasi gerbang yang dibuat, semua kanak-kanak mula berasa seronok dan mereka mula berjalan dengan laju. Apabila terdapat kawan mereka yang tertangkap, semua kanak-kanak ketawa dan terhibur. Kanak-kanak yang tertangkap juga ketawa bersama mereka walaupun agak terperanjat kerana tertangkap. Permainan ini diteruskan dan dapat dirasakan bahawa semua kanak-kanak berjalan cepat semasa merentasi gerbang kerana takut untuk ditangkap. Namun, disebabkan ingin cepat, terdapat seorang kana-kanak yang terjatuh dan menangis. Permainan juga ditamatkan dan semua kanak-kanak diminta untuk duduk dan berehat. Kanakkanak yang terjatuh telah dibawa masuk ke rumah dan ditemani oleh ahli kumpulan Eliane. Sementara berehat, kanak-kanak dikumpulkan untuk duduk di atas pelapik lantai. Kemudian, menggunakan telefon bimbit Kaylee, kanak-kanak meleihat satu tayangan video klip mengenai Didi dan kawannya. Semua kanak-kanak terus senyap dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada video klip tersebut. Ahli kumpulan Kaylee juga akan membuat penerangan terhadapa video. Semu kanakkanak tertarik dengan penerangan yang dibuat oleh Kaylee kerana dia akan menerangkan dengan aksi-aksi yang lucu. Apabila habis video klip tersebut, ahli kumpulan Eliane dan Suraya menanyakan beberapa soalan untuk menguji
kefahaman kanak-kanak mengenai video klip. Kanak-kanak mengangkat tangan untuk menjawab soalan. Semua soalan (5 soalan) yang ditanyakan dapat dijawab dengan betul dan tepat oleh kanak-kanak. Kanak-kanak yang berjaya menjawab soalan telah diberikan hadiah (makanan ringan) dan mereka sangat suka dengan hadiah yang diberikan. Bagi sesi penyerahan barang sumbangan, semua kanak-kanak dan penjaga amat berterima kasih dan bersyukur dengan barangan yang dihulurkan. Mereka telah membuat satu persembahan tarian sebagai tanda terima kasih kepada kami dan para penderma yang mendermakan semua barangan dermaan ini dengan ikhlas. 4.2 Pencapaian aktiviti Secara keseluruhan, semua aktiviti yang dirancang dengan dilaksanakan dengan jayanya. Semua kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam senamrobik dan boleh dilihat bahawa telah di warming up di mana mereka mula aktif dan boleh bergaul mesra dengan semua ahli kumpulan. Untuk aktiviti sukaneka, permaian dijalankan dengan jayanya kerana berjaya melibatkan semua kanak-kanak dan semua yang ada ketawa dan terhibur bersama. Sesi video juga berjaya dicapai objektifnya kerana kanak-kanak dapat berehat semasa melihat video klip dan mereka boleh menjawab soalan yang ditanya dengan tepat. 5.0
Refleksi dan cadangan 5.1
Kekuatan a) Banyak barangan sumbangan yang berjaya dikumpulkan untuk diberikan kepada PJSR. Sumbangan yang disediakan oleh pihak tajaan telah membantu meringankan beban keperluan pusat jagaan. b) Semua makanan dan minuman pada hari tersebut telah ditaja oleh orang lain. Ini telah memudahkan semua ahli kumpulan kerana tidak perlu mengambil masa menyediakan makanan kepada semua yang ada. c) Dapat dilihat bahawa kanak-kanak ini amat gembira dengan kehadiran orang lain kerana mereka bergaul mesra dengan ahli kumpulan dan sukarelawan dengan cepat dan mempunyai banyak cerita untuk dikongsikan. Program ini telah memberi satu peluang kepada kanak-kanak ini untuk merasai perasaan disayangi dan tidak terabai di kalangan masyarakat d) Program ini juga disertai oleh ahli sukarelawan Gotta Give Back yang mempunyai banyak pengalaman dalam mengendalikan program-program sebegini. Jadi, ahli kumpulan mendapat banyak pengetahuan menerusi perkongsian pengalaman oleh mereka. Mereka juga banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat terutamanya mengenai perkara yang perlu diberi
perhatian semasa membuat aktiviti dengan kanak-kanak yang lebih sensitif ini. e) Program ini berjaya menjemput seorang ahli farmasi bertauliah untuk membuat ceramah mengenai ubat-ubatan kepada kanak-kanak. Kanakkanak kini lebih memahami kegunaan ubat dan kebaikannya dan mengurangkan fobia mereka terhadap ubat terutamanya semasa mereka sakit. f) Program ini menyelitkan unsur jasmani (senamrobik, sukaneka), rohani (ramah mesra), intelektual (membuat topeng, melukis) dan social (bergaul dengan semua yang ada) dan amat bersesuaian dengan perkembangan seimbangan kanak-kanak seiring dengan Falsafah Pendidikan Malaysia. 5.2
Masalah yang dihadapi a) Sebilangan kanak-kanak di pusat jagaan tersebut dijangkiti penyakit konjunktivitis (mata merah) kerana mereka banyak berkongsi barangan antara satu sama lain. b) Ahli kumpulan tidak membawa sanitizer untuk membasmi uman setelah berinteraksi dengan kanak-kanak ini, trutamanya bagi mereka yang telah dijangkiti dengan penyakit konjunktivitis ini. Jadi ini meningkatkan risiko jangkitan pada ahli kumpulan sendiri. c) Lagu senamrobik yang dipilih adalah dalam Bahasa Inggeris. Ini menyebabkan semua kanak-kanak perlu mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dalam aktiviti senamrobik ini. d) Ketika permainan “London Bridge is falling down”, seorang kanak-kanak telah terjatuh apabila berlari semasa permainan berlangsung. Langkahlangkah keselamatan perlu diberi perhatian terutamanya semasa mengendalikan sukaneka. e) Penghantaran sarapan pagi ke Pusat Jagaan oleh pihak penaja agak lewat kerana terdapat sedikit masalah mencari lokasi Pusat Jagaan.
5.3
Cadangan penambahbaikan a) Mencari lebih ramai sukarelawan untuk membantu menjalankan gotongroyong menbersihkan kawasan Pusat Jagaan agar mewujudkan suasana yang bersih dan selesa kepada kanak-kanak ini. b) Mencari lebih banyak pihak daripada UM sendiri yang sudi memberi sumbangan secara peribadi kepada anak-anak yatim. c) Memastikan anak-anak yatim mendapat kemudahan untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi, contohnya komputer. Satusatunya komputer yang sedia ada telah lama dan monitornya juga sudah tidak baik. d) Sesi video boleh dijalankan dengan menggunakan komputer riba yang mempunyai skrin yang lebih besar.
e) Penilaian awal dan terliti terhadap PJSR bagi merancang aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan usia dan sifat warga PJSR itu sendiri. Penilaian ini juga harus merangkumi kesesuaian tempat dan kondisi sekeliling. 6.0
Kesimpulan Secara kesimpulannya, program ini berjaya dilaksanakan dengan lancar. Semua ahli kumpulan memberikan kerjasama dalam merancang dan melaksanakan program ini. Semua ahli kumpulan telah mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman yang bernilai terutamanya menerusi aktiviti dan interaksi dengan kanak-kanak ini. Kami juga didedahkan dengan golongan yang kurang bernasib baik ini yang memerlukan banuak lagi perhatian dan kasih saying daripada masyarakat. Menerusi program ini, kami mersyukur dengan apa yang kita ada dan belajar untuk meghargai semua yang ada di sisi kami, terutamanya ahli keluarga kami. Kami juga telah mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan kemahiran sosial dan kemahiran komunikasi, kami semasa bergaul dengan kanak-kanak dan semangat bekerjasama dalam satu pasukan.
7.0
Lampiran a) Poster elektronik (e-poster) berkenaan dengan program
Rajah 3 e-poster yang disediakan oleh pihak GGB
b) Foto-foto aktiviti
c) Pembentukan AJK program
1.
Jawatan Pengarah
Ahli (Kumpulan) : Suraya Khalid (K7)
2.
Timbalan Pengarah 1
: Ng Siew Yin (K1)
Timbalan Pengarah 2
: Yong Yee Chon (K4)
Timbalan Pengarah 3
Teoh Kah Yee (K7)
3.
Setiausaha
: Eliane Choo Yuan Syn (K7)
4.
Bendahari
: Loo Cing Jia (K1)
5.
AJK Publisiti & Lokasi
: Suraya Khalid (K7)
6.
AJK Makanan
: Eurica Dihem (K1)
7.
AJK Permainan
: Rosfazillah Sapikit (K1) & Lim Pei Xuan (K4)
8.
AJK Penjaga masa
: Wong Hui Fui (K4)
9.
AJK photografi
: Loo Cing Jia (K1)
d) Pecahan agihan tugas semua kumpulan (Perancangan awal) PERKARA Senamrobik
PERINCIAN 1. Kaylee dan Eliane mengumpulkan semua di perkaranagan rumah 2. Sesi warming out
TINDAKAN Kaylee instructor
1. Radio 2. Mic? 3. CD/pendrive
3. Penerangan basic step 4. Sesi senamrobik bermula
Eliane – bersedia dengan radio Loo - fotografi Eurica Dihem
Sarapan pagi dan berehat
1. Eurica bersipa sedia dengan sarapan 2. Selepas senamrobik, budak akan dibawa ke tempat makan 3. 8.55am, budak akan dibawa ke tempat ceramah 4. Eurica akan memantau sesi mengemas meja
Ceramah : Kenali ubat anda - Ceramah - Sesi soal jawab
1. Budak bersedia di tempat ceramah 2. Ceramah 3. Sesi soal jawab
Suraya Khalid & Lim Pei Xuan
Sesi ramah mesra - Mari menghias topeng - Mari mewarna
1. Pengagihan kumpulan 2. Penerangan 3. Budak terlibat dengan aktiviti
Wong Hui Fui, Yong Yee Chon,
1. Bahan ceramah 2. Hadiah untuk sesi soal jawab 3. Cenderahati untuk penceramah (3) Semua bersedia dengan bahan mewarna
Berehat dan refreshment
1. Budak ke tandas 2. Makan biskut?
Ng Siew Yin
Biskut
Sukaneka
1. Tom & Jerry 2.
Penyerahan barangan sumbangan
1. Semua berkumpul di hadapan rumah 2. Penyerahan barang sumbangan 3. Sesi fotografi
Eurica Dihem Rosfazillah Sapikit Semua Loo - fotografi
e) Carta Gantt pelaksanaan program
1. Refreshment
Bil Tarikh
Perkara
1
3 Oktober 2018 (Rabu)
Pembentukan kumpulan
2
10 Oktober 2018 (Rabu)
Perbincangan kehendak soalan tugasan
3
12 Oktober 2018 (Jumaat)
Perbincangan rangka kerja aktiviti
4
17 Oktober 2018 (Rabu)
5
24 Oktober 2018 (Rabu)
6
25 Oktober 2018 (Khamis)
6
26 Oktober 2018 (Jumaat)
7
3 November 2018
Penetapan lokasi untuk menjalankan aktiviti Perbincangan tentatif program, aturcara program dan pembahagian tugas Pembelian bahan yang diperlukan Latihan senamrobik Persediaan terakhir Latihan senarobik Pelaksanaan program