Assg

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Assg as PDF for free.

More details

  • Words: 480
  • Pages: 3
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBSE3303: PERKEMBANGAN DAN CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS SEMESTER MEI 2008 TUGASAN (35%) ARAHAN

1.

Tugasan individu ini mempunyai dua soalan. Jawab kesemua soalan.

2.

Tugasan akan dinilai berdasarkan kepada huraian yang tepat dan menepati kehendak soalan disokong oleh hujah-hujah dan rujukan kepada sumber yang boleh dipercayai .

3.

Taipkan tugasan anda dengan menggunakan font”Arial” saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

4.

Serahkan tugasan anda kepada tutor sebelum atau selewat-lewatnya pada tutorial ke 3 (tiga).

5.

Tugasan ini menyumbang sebanyak 35% kepada gred akhir kursus.

6. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Pelajar yang menyerahkan tugasan yang diplagiatkan tidak akan diterima.

SOALAN TUGASAN

Proses perkembangan kanak-kanak merupakan proses yang berterusan dan berperingkatperingkat mengikut tahap-tahap tertentu.

Bahagian A

1.

Nyatakan tahap-tahap tersebut serta apakah aspek-aspek yang terlibat? (5)

Bahagian B 1.

Pilih seorang kanak kanak yang anda rasa tidak menepati ciri ciri peringkat perkembangannya (contohnya beliau mungkin boleh bercakap dengan betul pada usia 4 tahun) dan bina satu portfolio tentang kanak kanak itu. Di dalam portfolio itu masukkan perkara perkara berikut: (a)

Identiti asas kanak kanak yang dipilih. Ini termasuk umur, jantina, ukuran fizikal dan apa apa yang anda rasakan patut. Jangan masukkan nama dan identiti sebenar kanak kanak itu.

(b)

Nyatakan Tahap perkembangan kanak kanak ini dan nyatakan samada beliau menepati cirri-ciri yang sepatutnya ada pada tahap itu.



Sekiranya ada ciri ciri yang tidak ditepatinya,



Nyatakan ciri (berikan bukti yang patut). Terangkan bagaimana anda mengenalpasti ciri yang anda pilih ini.



Cadangkan cara untuk membantu kanak kanak ini boleh dibantu untuk memenuhi ciri tersebut. Cadangan anda hendaklah disertakan dengan,



Cadangan teknik atau / dan aktiviti yang harus digunakan kelengkapan yang diperlukan - termasuk harga, dari mana ia boleh diperolehi atau cara memperolehinya.



Rujukan setempat. Jika ibupada atau pihak sekolah hendak menerima cadangan anda dan mereka perlukan nasihat kepakaran di dalam bidang yang terlibat dari manakan mereka boleh mendapatkannya? (30) (Jumlah: 35)

PANDUAN PELAJAR 1.

Rujukan kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam Internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk memahami konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai. Sila jangan gunakan Wikipedia sebagai sumber rujukan.

2.

Cadangan anda MESTI relevan kepada tempat anda dari segi kelengkapan, kepakaran dan kemudahan terutamanya.

3.

Sertakan bukti bergambar di mana perlu.

4.

Pastikan anda menjaga maruah dan keselamatan subjek yang anda pilih. Jangan dedahkan perkara perkara yang boleh mengaibkan dan membahayakan subjek anda.

PANDUAN TUTOR

Tutor adalah diminta agar dapat membimbing para pelajar semasa penyediaan tugasan amnya, memberi satu dua tapak web sebagai rujukan pelajar.Tutor adalah diminta memeriksa dan menanda tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah dan memasukkan markah ke dalam OMES selewat-lewatnya pada tarikh yang telah itetapkan oleh OUM.Pastikan yang tugasan pelajar anda relevan kepada tempat / daerah / bandar di mana beliau berada.

Related Documents

Assg
October 2019 15
Cover Assg
October 2019 7
Petanque Assg
June 2020 13
Assg 1.docx
May 2020 12
Assg Pra Mei 2009
May 2020 2