Laporan Program Kempen Fpk (group) 3.docx

  • Uploaded by: Suraya K
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Program Kempen Fpk (group) 3.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 4,881
  • Pages: 25
DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN, DPP UNIVERSITI MALAYA SESI 2018/2019

LAPORAN PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI DALAM PENDIDIKAN (ETIKA DALAM PENDIDIKAN) Program

: Pameran Kesedaran Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Kod Kursus

: PQI 6001

Nama Kursus

: Sejarah dan Asas Falsafah Pendidikan

Nama Pensyarah

: Dr. Che Aleha Binti Ladin

Tempat

: Foyer Blok B, Kompleks Perdana Siswa

Tarikh

: 03 Disember 2018 (Isnin)

Nama Pelajar

1. Suraya binti Khalid (PQI 180157) 2. Rosfazillah binti Sapikit (PQI 180159) 3. Eurica Ak Dihem (PQI 180154)

ISI KANDUNGAN 1.0

PENDAHULUAN ............................................................................................................................ 3

1.1

PENGENALAN PROGRAM ....................................................................................................... 3

1.2

MATLAMAT PROGRAM ........................................................................................................... 3

1.3

OBJEKTIF PROGRAM ............................................................................................................... 4

2.0

KAJIAN LITERATUR ..................................................................................................................... 5

2.1

PENGENALAN KAJIAN ............................................................................................................ 5

2.2

OBJEKTIF KAJIAN ..................................................................................................................... 7

3.0

METODOLOGI KAJIAN................................................................................................................. 7

3.0

HASIL DAPATAN ......................................................................................................................... 11

4.0

ANALISIS KAJIAN ....................................................................................................................... 13

5.0

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PROGRAM ...................................................................... 15

6.0

CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM ............................................................ 18

7.0

KESIMPULAN ............................................................................................................................... 20

8.0

RUJUKAN ...................................................................................................................................... 23

9.0

LAMPIRAN .................................................................................................................................... 24

1

ABSTRAK

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah digariskan kepada para pendidik dalam penyampaian dan pelaksanaan kurikulum pendidikan di Malaysia. Elemen atau nilai dalam falsafah pendidikan ini seharusnya difahami dan dihayati oleh para guru / pensyarah sebagai satu tunjang kepada hasrat keseluruhan objektif kurikulum pendidikan negara serta sebagai satu panduan utama dalam merancang, melaksana dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, sehingga ke hari ini masih lagi terdapat pendidik terutamanya serta pelajar di samping orang-orang awam yang gagal dalam memahami, menghayati atau memainkan peranan dalam menyebar dan menerapkan nilai dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi untuk mengelak daripada masalah-masalah sosial yang semakin meningkat. Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana kecenderungan seseorang individu (pendidik, pelajar, dan orang awam) dalam memilih nilai murni utama yang perlu diterapkan dalam pendidikan agar masalah-masalah sosial yang semakin meningkat dewasa ini dapat dikurangkan mahupun ditiadakan. Selain itu juga, kajian ini adalah untuk mendapatkan pandangan setiap individu (pendidik, pelajar, dan orang awam) tentang langkah-langkah atau kaedah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri setiap insan di samping mengenalpasti kesedaran Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) terhadap diri setiap individu (pendidik, pelajar, dan orang awam). Metodologi kajian adalah berdasarkan kepada kaji selidik online dan pengedaran borang kaji selidik semasa kempen berlangsung di samping undi nilai murni utama di papan undi. Hasil kajian mendapati bahawa penglibatan dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, peranan ibu bapa dan para pendidik (guru sekolah dan pensyarah) sebagai role model dan penekanan kepada keagamaan seperti turut serta dalam solat jemaah dan turut serta dalam ceramah-ceramah keagamaan adalah kaedah utama penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan.

2

1.0

PENDAHULUAN 1.1

PENGENALAN PROGRAM

Sejarah dan Asas Falsafah Pendidikan, PQI 6001 merupakan kursus teras fakulti (pilihan wajib) bagi semua pelajar Diploma Pascasiswazah Pendidikan, DPP sesi 2018/2019. Terdapat 7 kumpulan utama yang berdaftar dibawah kursus teras ini. Semua pelajar yang berdaftar dibawah kursus ini adalah wajib menganjurkan satu program bersama masyarakat demi memenuhi kehendak tugasan dalam modul ini. Kumpulan 4 daripada 7 kumpulan tersebut iaitu seramai 25 orang yang terdiri daripada pelbagai aliran dalam kursus DPP dibawah bimbingan Dr. Che Aleha, telah menganjur dan mengadakan program Pameran Kesedaran Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertemakan falsafah membudayakan pendidikan. Program ini adalah terbuka kepada semua warga Universiti Malaya. Program ini telah dijalankan pada 03 Disember 2018 bersamaan Hari Isnin bermula 10.00 pagi sehingga 3.00 petang. Program telah diadakan di foyer blok B, Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya.

Pelbagai pendekatan yang telah digunakan oleh setiap kumpulan kecil dalam Kumpulan 4 ini dalam merealisasikan program. Sebagai contoh, pameran tentang Etika Dalam Pendidikan sebagai sebahagian daripada yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam bab etika, telah diketengahkan penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan sebagai salah satu alternatif mengatasi masalah-masalah sosial di kalangan pelajar masa kini di samping peranan daripada pelbagai pihak, pendidik terutamanya sebagai salah satu wadah penerapan nilai-nilai murni di samping pengumpulan pendapat dan pandangan daripada pihak orang awam sendiri tentang konsep nilai-nilai murni ini.

1.2

MATLAMAT PROGRAM

Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada warga Universiti Malaya khususnya para pelajar untuk memperoleh pengetahuan tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan di samping ilmu berkaitan dengan Sistem

3

Pendidikan Sebelum dan Selepas Merdeka sehingga Kini, serta sedikit maklumat mengenai Falsafah Pendidikan Barat dan Falsafah Pendidikan Islam.

1.3

OBJEKTIF PROGRAM

Bagi mencapai matlamat yang dinyatakan di atas, objektif program berikut adalah perlu dipenuhi: i.

Meningkatkan kefahaman masyarakat khususnya para pelajar Universiti Malaya tentang matlamat Falsafah Pendidikan di Malaysia.

ii.

Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam kehidupan harian.

iii.

Menggalakkan masyarakat untuk bersama-sama menyumbangkan idea dalam memurnikan lagi pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di sekolah.

iv.

Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam kemajuan bangsa dan negara.

4

2.0

KAJIAN LITERATUR 2.1

PENGENALAN KAJIAN

Di abad ke-21 ini, kita sedang dihanyutkan oleh arus perubahan yang begitu deras yang tidak pernah berlaku sebelumnya. Perkembangan mendadak dalam teknologi maklumat menjadi pemangkin utarna proses pengglobalisasian dunia. Arus globalisasi yang melanda sekarang akan berubah hampir keseluruhan cara hidup baik dalam bidang politik, ekonomi, sosial mahupun budaya.

Menjelang tahun 2019, Malaysia kian dikejutkan dengan masalah-masalah gejala sosial yang semakin berleluasa. Hampir setiap hari, media massa dan tabloid menyiarkan keskes berat yang melibatkan pelajar sekolah dan institusi tinggi seperti kes buli, kes bunuh diri, kes rogol dan cabul, kes anak luar nikah dan banyak lagi. Purata dan bilangan kes semakin hari semakin meningkat walhal bilangan ini hanyalah kiraan bagi kes yang dilaporkan. Masalah ini menjadi lebih serius apabila ia melibatkan korban nyawa dan trauma. Akibatnya, masyarakat yang sudah tiada nilai-nilai murni dan akan menyebabkan kehancuran institusi kekeluargaan, gejala sosial, pembunuhan, tekanan kerja dan lain-lain dalam kehidupan seharian mereka.

Pelbagai langkah, kaedah dan inisiatif yang diambil oleh kerajaan, masyarakat mahupun pihak sekolah bagi membanteras masalah-masalah ini. Antaranya ialah penerapan nilainilai murni dalam pendidikan dimana langkah ini seiring dengan matlamat falsafah pendidikan negara kita. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

5

Memetik satu elemen daripada penjelasan FPK dimana “usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara” yang menegaskan proses penerapan nilai dan adab ke dalam diri seseorang dalam pendidikan. Ini membawa maksud pendidikan bukan sahaja untuk menghasilkan warganegara yang baik malah untuk membentuk manusia atau individu yang baik demi kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, penumpuan terhadap dasar pendidikan untuk melahirkan insan yang baik, menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek adalah jelas berdasarkan apa yang telah tersurat dalam FPK.

Pendidikan perlu mengambil peranan yang penting dalam membina nilai-nilai murni kepada

masyarakat

dalam

mengatasi

masalah-masalah

sosial

yang

semakin

membimbangkan. Tanpa penerapan elemen nilai-nilai murni ke arah pembangunan insan yang seimbang dari segi akademik dan akhlak, manusia akan menjadi huru hara seperti apa yang diwartakan dalam banyak berita tentang kes masalah-masalah sosial di kalangan pelajar terutamanya. Pendidikan dan penerapan nilai tidak dapat dipisahkan sebagaimana dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mengetengahkan tentang pendidikan itu sendiri di samping berakhlak mulia. Pendidikan tidak akan bermakna dan sempurna tanpa penerapan nilai murni (Zakaria Kasa,Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid Mohd Isa & Rahil Hj. Mahyuddin, 1996).

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya berasaskan daripada agama. Nilai-nilai murni harus diterapkan dalam proses pembelajaran dan pengaturcaraan (PdPc) dengan lebih efektif dan praktikal, dan bukan hanya disampaikan melalui teori kerana ia adalah asas pembangunan kepada pembentukan nilai pelajar yang bermoral dan beretika.

Etika mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua menyatakan prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia. Etika 6

dalam pendidikan yang menegaskan prinsip moral dan menerapkan nilai-nilai murni serta mampu membezakan perkara yang baik dan buruk. Penerapan ini harus berlaku pada semua pihak; kerajaan, masyarakat, sekolah, ibu bapa, guru-guru dan pelajar. Seseorang yang beretika dan mengamalkan nilai-nilai murni mampu mengurangkan masalahmasalah gejala sosial yang semakin meruncing.

2.2

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk mengkaji konsep penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni berasaskan apa yang telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan kebangsaan. Bagi mencapai tujuan ini, terdapat beberapa objektif khusus yang ditetapkan dalam kajian iaitu;

i.

Mengkaji langkah-langkah atau kaedah bagi menerapkan nilai-nilai murni dalam diri setiap insan.

ii.

Mengenalpasti penerapan nilai-nilai murni sewaktu proses pembelajaran dan pengaturcaraan (PdPc) daripada perspektif guru dan pelajar.

iii.

Menilai kesedaran Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap diri individu daripada golongan pendidik, para pelajar dan orang awam.

3.0

METODOLOGI KAJIAN Dalam kajian ini, pendekatan yang digunakan adalah melalui soalan kaji selidik, penyediaan video sebagai muqadimah kajian dan penerangan isi kandungan, displayboard (papan pameran) dan voting board (papan mengundi). Sasaran responden kajian ini adalah guru-guru dan pensyarah, pelajar dan juga orang awam. Kajian ini juga mengambil kira usia responden dimana pengelasan usia dibahagikan kepada enam (6) pecahan iaitu usia 19 tahun dan kebawah, 20 tahun hingga 25 tahun, 26 tahun hingga 30 tahun, 31 tahun hingga 35 tahun, 36 tahun hingga 40 tahun dan 41 tahun dan ke atas.

7

Pecahan usia ini adalah bertujuan untuk mengkaji pendapat mereka mengikut kematangan usia.

Soalan kaji selidik (rujuk lampiran 1) mengandungi 11 soalan dimana 2 soalan pertama adalah profil responden sebagai para pendidik, pelajar atau orang awam dan usia mereka. Soalan seterusnya menyentuh kepada pendedahan dan pengetahuan responden terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan elemen penerapan nilai-nilai murni dalam FPK. Kaji selidik ini seterusya menyusul kepada pendapat respoden terhadap langkahlangkah atau kaedah penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan.

Metod atau kaedah pertama adalah melalui hebahan video dan soalan kaji selidik atas talian (online). Hebahan ini berlaku atas talian dimana link URL soalan kaji selidik dikongsi melalui aplikasi Whatsapp. Tujuan metod ini adalah bagi mendapatkan pandangan yang lebih meluas daripada para pendidik, pelajar dan orang awam disebabkan lokasi program pameran yang akan diadakan adalah terhad kepada warga Universiti Malaya sahaja.

Metod dan kaedah kedua yang digunakan adalah semasa program Pameran Kesedaran Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini diadakan pada Hari Isnin, 03 Disember 2018 bertempat di foyer blok B, Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya. Sasaran utama kajian ini juga adalah pendidik iaitu para pensyarah Universiti Malaya (gambar rajah 4), para pelajar Universiti Malaya (gambar rajah 5) dan orang awam (staf dan kakitangan Universiti Malaya, gambar rajah 6).

Pendekatan yang telah digunakan semasa program adalah tayangan video tentang nilainilai murni dalam pendidikan, peranan pihak-pihak tertentu dalam menerapkan nilai murni, maklumat tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan, masalah-masalah sosial yang semakin menular dan sebagainya (gambar rajah 1). Selain pemaparan masalah-masalah sosial menerusi tayangan video, beberapa artikel yang dicetak juga ditunjukkan kepada para pengunjung agar mereka lebih jelas di samping perhatian lebih terhadap isu tersebut (gambar rajah 2). Setelah responden benar-benar faham tentang pendekatan kajian ini, 8

mereka dikehendaki menurunkan undi iaitu seorang satu undi pada papan undi terhadap kecenderungan mereka terhadap pengutamaan nilai melalui pendidikan (gambar rajah 3).

Gambar Rajah 1: Penerangan Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pendidikan Menerusi Tayangan Video (Lumen5)

Gambar Rajah 2: Displayboard - Pendekatan Poster Tentang Masalah-Masalah Sosial Di Kalangan Pelajar Pada Masa Kini.

9

Gambar Rajah 3: Papan Undi (voting board) Untuk Para Pengunjung Mengundi Nilai Utama Dalam Pendidikan.

Gambar Rajah 4: Salah Seorang Pengunjung (Pensyarah) Sedang Menjawab Soal Selidik Bersama Beberapa Pengunjung (Pelajar).

Gambar Rajah 5: Salah Seorang Pengunjung (Pelajar) Menjawab Kaji Selidik.

10

Gambar Rajah 6: Salah Seorang Pengunjung (Orang Awam) Sedang Menurunkan Undi.

3.0

HASIL DAPATAN Melalui hebahan atas talian (online) dan pameran, seramai 100 orang responden telah memberi maklum balas terhadap kajian ini. Mereka yang terdiri daripada 40 orang pendidik dari seluruh Malaysia, 40 orang daripada kalangan pelajar dan 20 orang adalah orang awam. 40 orang pendidik yang terdiri daripada guru sekolah dan pensyarah ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia dimana 13 orang berusia 41 tahun dan ke atas, 10 orang berusia 36 tahun hingga 40 tahun, 13 orang lagi berusia 31 tahun hingga 35 tahun dan selebihnya berusia 26 tahun ke 30 tahun.

Seramai 40 orang responden pelajar melibatkan diri dalam kaji selidik ini dimana kebanyakkannya adalah berusia 20 tahun hingga 25 tahun, 12 orang berusia 26 tahun hingga 30 tahun, 5 orang berusia 31 tahun hingga 35 tahun dan 2 orang berusia 19 tahun ke bawah. Manakala 20 orang responden adalah orang awam yang kebanyakkannya berusia 31 tahun dan ke atas.

Melalui kaji selidik ini, keputusan menunjukkan sebanyak 25% daripada 100 orang responden tidak peka dengan kewujudan falsafah pendidikan kebangsaan dan penekanan serta matlamat kerajaan dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam pendidikan manakala selebihnya telah sedia maklum dan tahu tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

11

Carta 1: Carta Pai Menunjukkan Contoh Hasil Dapatan Melalui Analisis Kajian

Berdasarkan carta pai diatas, 52% responden berpendapat masalah gejala sosial adalah berpunca daripada media massa dan media sosial, manakala 29% berpendapat ianya berpunca daripada pengaruh rakan sebaya manakala 17.7% lagi adalah berpunca daripada pergolakan keluarga dan selebihnya berpunca daripada sekolah atau institusi.

Sebanyak 78% berpendapat bahawa masalah gejala sosial yang berlaku adalah disebabkan ketidakberkesanan penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan. Seramai 87% reponden berpendapat bahawa penampilan dan perwatakan seorang pendidik itu boleh mempengaruhi perilaku seseorang pelajar.

Sebanyak 10% responden tidak bersetuju dengan kenyataan mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral boleh membantu menerapkan nilai-nilai murni seseorang pelajar itu. Manakala 12.5% responden berpendapat bahawa kempen-kempen kesedaran seperti kempen anti-rokok, anti-dadah dan sebagainya tidak memberi impak terhadap penerapan nilai-nilai murni.

74% responden bersetuju bahawa peranan ibu bapa adalah penting dalam membentuk sahsiah anak-anak, manakala 24% responden berpendapat dengan melakukan aktivitiaktiviti kemasyarakatan adalah cara yang lebih berkesan dan 2% lagi merasakan ianya adalah tanggungjawab guru dalam menerapkan nilai-nilai murni semasa pembelajaran dan pengaturcaraan (PdPc).

12

4.0

ANALISIS KAJIAN Secara umumnya nilai-nilai murni dalam pendidikan merupakan kesepaduan antara nilai moral, nilai budaya, nilai agama dan nilai estetik. Penerapan nilai-nilai murni adalah sebahagian daripada elemen yang menjadi asas dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Nilai-nilai murni ini terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini serta selaras dengan nilai universal. Kepekaan orang awam terhadap matlamat pendidikan, FPK dan usaha kerajaan, pihak sekolah dan institusi pengajian adalah sangat digalakkan. Ini adalah kerana dengan kepekaan orang awam dan pelajar sendiri dapat membantu sama dalam usaha melahirkan insan yang cemerlang. Usaha sama kerajaan, para pendidik, pelajar dan orang awam mampu memberi impak yang lebih berkesan dalam melahirkan insan yang cemerlang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Menjelang revolusi industri 4.0 (IR4.0), globalisasi, teknologi sudah tidak dapat dipisahkan lagi dengan pendidikan. Antara faktor kemerosotan nilai moral adalah pengaruh media massa dan media sosial. Usaha kerajaan untuk melaksanakan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) juga melibatkan menggalakkan penggunaan teknologi. Namun begitu, nilai-nilai murni masih boleh diterapkan dalam kemajuan yang pesat ini. Para pendidik boleh menggalakkan pengunaan media massa dan media sosial semasa PdPc dan mengingatkan media bukan hanya untuk hiburan. Pantauan dan garis panduan haruslah dititipkan setiap masa. Oleh itu, pelajar akan lebih menikmati media sosial itu dalam proses PdPc.

Daripada kajian didapati pengaruh rakan sebaya juga adalah punca keruntuhan akhlak seseorang individu. Ketika usia remaja, seseorang akan lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding keluarga. Maka, rakan sebaya adalah sangat mudah mempengaruhi seseorang remaja sama ada ke jalan yang benar mahupun ke arah songsang. Ini dikuatkan lagi dengan cabar-mencabar di kalangan mereka untuk melakukan sesuatu walaupun mereka sedar perkara tersebut adalah salah. Maka pengawasan dan kenalan kepada rakan anakanak adalah tanggungjawab utama ibu bapa. Kesibukan ibu bapa mahupun pergolakan 13

keluarga akan menjadi punca kepada remaja ini melakukan perkara atau kegiatan yang tidak sepatutnya disebabkan perasaan mereka yang memberontak. Maka, adalah menjadi keutamaan para ibu bapa dalam menerapkan nilai murni ini bermula dari rumah.

Pelbagai langkah atau kaedah yang diambil bagi mengatasi masalah gejala sosial. Antaranya ialah penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan. Seperti yang dinyatakan dalam petikan sebelum ini, penerapan ini telah pun dinyatakan dalam FPK dimana usaha sama kerajaan, masyarakat dan sekolah dalam menerapkan nilai-nilai murni adalah sangat digalakkan. Di sekolah atau istitusi pengajian, pendekatan nilai murni dalam subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral boleh digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran dalam bilik darjah. Guru disarankan untuk mempraktikkan nilai-nilai murni dalam semua mata pelajaran dan bukan hanya penyampaian secara teori sahaja.

Perwatakan dan penampilan seorang guru sebenarnya sedikit sebanyak mampu mempengaruhi perilaku seorang pelajar. Jika guru mempunyai keperibadian yang positif dan mudah didekati, pelajar lebih mudah mendekati dan lebih senang untuk hadir ke sekolah atau istutusi. Ini dapat mengurangkan masalah disiplin dan mampu menerapkan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, toleransi dan kasih saying.

Sifat rasional, hemah tinggi dan bermasyarakat haruslah dipupuk sejak kecil lagi. Disiplin seseorang itu mampu dibentuk jika nilai-nilai murni ini diterapkan. Usaha kerajaan, organisasi swasta dan sekolah dalam memperbanyakkan kempen-kempen kesedaran semakin banyak pada masa kini. Kempen-kempen ini lebih berkesan jika ianya melibatkan juga pelajar-pelajar dari usia muda. Program seperti gotong-royong, kempen kebersihan dan banyak lagi tidak semestinya bertumpu di sekolah sahaja tetapi boleh dikembangkan dengan lebih luas seperti mengadakan di lokasi rumah anak yatim dan asnaf, taman permainan dan sebagainya. Dengan aktiviti seperti ini, bukan hanya dapat memupuk rasa simpati dan empati seseorang, malah dapat meningkatkan sosiologi seseorang itu.

14

5.0

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN PROGRAM Setiap perlaksanaan sesuatu program akan wujud beberapa kekuatan malah kelemahan program tersebut yang mana adalah disebabkan perkara-perkara yang tidak dijangka dan sukar dielakkan. Namun dengan pengalaman tersebut akan dapat mengajar setiap insan untuk lebih peka terhadap sebarang penganjuran di masa hadapan. Berikut merupakan kelebihan dan juga kekurangan yang telah dikenalpasti dalam program ini;

5.1

KELEBIHAN PROGRAM 1.

Penerimaan maklum balas. Semasa penghebahan secara dalam talian dan pengedaran borang kaji selidik semasa program berlangsung, kami memperoleh pelbagai maklum balas berkaitan pandangan-pandangan orang ramai tidak kira mereka adalah daripada golongan pendidik sendiri iaitu pensyarah dari Universiti Malaya, guru-guru seluruh Malaysia, golongan pelajar, mahupun daripada orang-orang awam terhadap isu yang kami ingin ketengahkan. Malahan kumpulan kami mendapat lebih responden daripada yang disasarkan iaitu 100 orang daripada 30 yang disasarkan.

2.

Silaturrahim. Sepanjang melaksanakan program, terjalin ikatan mesra di kalangan pelajar DPP Kumpulan 4, PQI 6001. Sebelum program berlangsung iaitu semasa dalam proses perancangan, beberapa mesyuarat telah diadakan yang mana melibatkan semua pelajar DPP dalam Kumpulan 4 ini. Secara tidak langsung, silaturrahim antara para pelajar sendiri mahupun pelajar dan pensyarah telah terbina. Ini dikuatkan lagi semasa program berlangsung, dengan semangat kerjasama berpasukan satu kumpulan besar telah menimbulkan interaksi padu antara semua. Pengamalan dan penerapan nilai -nilai murni oleh setiap ahli kumpulan jelas kelihatan dan bertepatan dengan tema pameran itu sendiri.

3.

Pendedahan kepada pelbagai informasi. Terdapat tujuh (7) kumpulan kecil dalam kumpulan kursus ini. Setiap kumpulan adalah bertanggungjawab menyediakan aktiviti masing-masing yang berkaitan dengan Kesedaran Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan perbezaan tajuk kumpulan 15

masing-masing telah mendedahkan kepada pelbagai bentuk informasi secara langsung kepada kumpulan lain. 4.

Manfaat kepada semua. Bukan sahaja para pengunjung dan responden mendapat ilmu atau input yang baharu, setiap ahli kumpulan yang terlibat turut mempelajari banyak perkara baru. Selain dapat mengasah bakat dan memperbaiki kemahiran berkomunikasi kepada orang ramai, ahli kumpulan mempamerkan kreativiti dalam mempersembahkan bahan pameran masingmasing. Ini perlu dilakukan supaya pengunjung atau responden tidak akan bosan dan akan tertarik akan pengisian yang ingin disampaikan oleh setiap ahli kumpulan.

5.

Sokongan dari pelajar DPP kumpulan lain untuk kelas Sejarah dan Asas Falsafah Pendidikan (PQI 6001) amat memberangsangkan kerana ramai yang datang amat berminat akan topik – topik yang dipamerkan dan semua berminat untuk mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan sebagai salah satu pengisian ketika pameran tersebut berjalan.

6.

Secara amnya, pameran ini berjalan dengan lancar dan tiada timbul permasalan yang dapat membantutkan atau merencatkan perjalanan program ini. Sebagai bukti, pameran ditamatkan lebih awal daripada jam 3 kerana didapati setiap kumpulan telah mencapai objektif dan mencapai bilangan responden yang diperlukan.

7.

Kreatif dan inovatif dalam penggunaan bahan untuk dijadikan tapak atau sokongan kepada bahan pameran. Berdasarkan pemerhatian, botol mineral dan kotak dijadikan penyokong/”stand’ atau kaki untuk menaikkan dan meyokong banner dan bahan pameran. Langkah ini bukan sahaja kreatif tetapi juga efisein dari segi penjimatan wang.

8.

Variasi

dalam

penyediaan

insentif.

Setiap

kumpulan

dilihat

mempelbagaikan insentif untuk menarik pengunjung atau responden ke booth masing-masing. Selain makanan ringan seperti biskut, gula-gula, penanda buku dan alat tulis turut disediakan.

16

5.2

KEKURANGAN PROGRAM 1.

Cetakan borang kaji selidik kurang efisien. Semasa program berlangsung, borang kaji selidik dalam kajian penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan ini telah dicetak sebesar saiz A4. Ini menyebabkan respondan yang menjawab memberi maklum balas kurang selesa ketika menjawab disebabkan saiznya. Sedikit pembaziran juga boleh berlaku berdasarkan kaedah ini. Keefisienan boleh diatasi dengan pencetakan borang dalam saiz yang lebih kecil di samping mencetak soalan pada bahagian depan dan belakang kertas.

2.

Susun atur booth kurang sistematik. Semasa mesyuarat ketika proses perancangan, masalah ini telah diutarakan di mana susun atur meja ketika program adalah mengikut kumpulan. Namun, apa yang terjadi semasa program berlangsung, susunan meja adalah tidak mengikut kumpulan. Ini menyebabkan ketidakaturan tajuk dan kesukaran para pengunjung untuk mengenalpasti kedudukan booth sepertimana yang telah tertulis dalam flyers. Di samping ketidakaturan tersebut, susunan meja kumpulan juga mengganggu kumpulan lain. Bunting-bunting yang digunakan dalam kumpulan lain sedikit sebanyak mengganggu pameran kumpulan lain. Ini sedikit sebanyak menganggu pergerakan keluar masuk ahli kumpulan dalam usaha untuk mempelawa para pengunjung untuk melawat booth.

3.

Hebahan

program

lewat.

Hebahan

program

seperti

yang

telah

dipertanggungjawabkan kepada AJK Publisti adalah agak lambat yang mana hebahan ini hanya bermula dua hari (waktu bekerja tidak termasuk Sabtu dan Ahad) sebelum program berlangsung. Ini menyebabkan ramai warga Universiti Malaya tidak peka terhadap penganjuran program ini. Selain itu, hebahan (viral) ini agak terhad iaitu hanya tertumpu pada beberapa kumpulan Whatsapp. 4.

Keadaan meja banquet yang kurang memuaskan. Selain kelihatan tidak kemas pada permukaannya dengan kesan – kesan kotoran, meja itu turut dilihat tidak stabil. Ini menjadi satu kekurangan kerana kemungkinan untuk 17

bahan-bahan pameran yang berada di atas meja terjatuh adalah tinggi. Sekiranya perkara ini berlaku, ini sedikit sebanyak mempengaruhi emosi dan prestasi dari segi penyampaian bahan. 5.

Sebahagian responden tidak dapat meluangkan masa untuk ke booth kerana mengejar masa untuk ke kelas masing-masing

6.

Terdapat beberapa ahli kumpulan dilihat kurang berkeyakinan dalam penyampaian bahan pameran dan hanya bergantung kepada seorang ahli kumpulan untuk menyampaikan pengisian kepada pensyarah, pelajar dan orang awam. Ini mungkin disebabkan ketidakpastian atau kekurangan maklumat berkenaan dengan bahan pameran.

7.

Kekurangan dari segi soalan dalam borang kaji selidik. Menurut maklum balas yang diberikan salah seorang pensyarah, beberapa soalan yang diajukan dalam borang kaji selidik itu tidak beretika dan perlu di sertakan pilihan jawapan neutral atau tidak pasti. Ini akan menjadikan pilihan jawapan menjadi lima iaitu setuju, sangat setuju, tidak pasti atau neutral, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Ini bagi memudahkan responden yang berasa kurang pasti akan sesuatu jawapan dapat memberi maklum balas yang tepat dan sekaligus analisis yang lebih berkesan.

8.

Kurang proaktif. Sesetengah ahli kumpulan dilihat tidak mampu bertindak sendiri tanpa diberikan arahan akan apa yang perlu dilakukan. Sebagai contoh, agak perlahan dari segi mempelawa atau menarik minat pelawat atau pengunjung ke booth masing-masing.

6.0

CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM Walaupun terdapat kekurangan yang dikenalpasti daripada program, namun ia tidak mengganggu mahupun menjejaskan perjalanan program tersebut sepertimana yang telah direncanakan. Walaubagaimanapun, sebagai pengalaman dan panduan bersama, cadangan-cadangan penambahbaikan untuk sebarang perlaksanaan program akan datang perlu diketengahkan. Antara cadangan tersebut adalah; 18

1.

Pemilihan lokasi. Faktor utama dalam melaksanakan sebarang aktiviti adalah lokasi. Lokasi tersebut perlu mengambilkira faktor tarikan lokasi yang dipilih untuk orang ramai datang ke tempat tersebut, kehadiran orang ramai, keluasan tapak, keselesaan penganjur, dan sebagainya. Tanpa mengambil kisah akan faktor ini, kejayaan sesuatu program seperti yang diimpikan akan terjejas.

2.

Hebahan program lebih sistematik. Sebarang penganjuran sesuatu program perlu mengutamakan kaedah hebahan di samping faktor masa hebahan. Sepertimana marketing sesuatu perniagaan untuk mendapatkan pelanggan, begitu juga dengan marketing penganjuran program. Program tersebut perlu diwar-warkan seminggu atau sebulan sebelum berlangsung di samping sentiasa mengemaskini hebahan agar orang ramai akan sentiasa peka tentang penganjuran program tersebut.

3.

Peka pada sebarang pembinaan soalan kaji selidik. Dalam soal selidik yang telah diedarkan kepada orang ramai mahupun semasa dalam program, orang ramai perlu mengundi satu daripada banyak nilai murni yang perlu diterapkan dalam pendidikan. Perkara-perkara sebegini perlu diselidiki lagi demi untuk kesesuaian dan penerimaan orang ramai terhadap sebarang soalan yang perlu dijawab. Dalam soal selidik ini, responden perlu memilih satu daripada banyak nilai murni yang diutarakan. Didapati ada di kalangan responden yang tidak bersetuju terhadap pemilihan tersebut. Maka, dengan ini dapat diambil iktibar dan sebagai langkah berjaga-jaga di masa akan datang tentang sebarang soalan yang diajukan.

4.

Keterhadan soalan kaji selidik. Setiap penyediaan borang kaji selidik perlu sentiasa diberi perhatian. Sepertimana yang telah berlaku dalam kajian ini, soalan perlu mengandungi soalan berbentuk khusus berdasarkan objektif utama kajian. Ini mungkin disebabkan oleh ketidakjelasan objektif pada awal perancangan. Oleh yang demikian, adalah perlu dalam setiap perkara untuk menyediakan objektif kukuh terlebih dahulu sebelum ke peringkat-peringkat seterusnya.

5.

Sertakan pilihan jawapan neutral atau tidak pasti dalam soalan kaji selidik yang menggunakan skala Likert sebagai pilihan jawapan. Ini untuk memastikan responden yang mempunyai ketidakpastian dalam menjawab sesuatu soalan,

19

dapat memberi jawapan yang paling tepat. Ini sangat membantu dalam mendapat hasil kajian yang lebih tepat. 6.

Berjumpa dengan pensyarah bagi mendapat pendangan dan cadangan penambahbaikan sebelum soalan diedarkan untuk memastikan soalan yang diajukan dalam borang kaji selidik dapat menjawab persoalan objektif yang diutarakan dengan tepat memenuhi etika pembinaan soalan kaji selidik.

7.

Setiap ahli kumpulan perlu berlatih dan mempersiapkan diri dengan maklumat yang berkaitan dengan topik masing-masing supaya ada kelancaran dari segi penyampaian isi-isi dalam bahan pameran.

8.

Lebih proaktif dan mengambil inisiatif sendiri demi menarik perhatian para pelajar, pensyarah dan orang ramai ke booth.

7.0

KESIMPULAN Secara kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa pendapat dan pandangan respondenresponden boleh dikategorikan pada peringkat umur mereka. Sebagai contoh, respondenresponden yang berusia antara 19 hingga 25 tahun banyak memfokuskan bahawa dengan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ini akan dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri seseorang pelajar mahupun individu lain. Responden yang berumur antara 36 hingga 35 tahun banyak mengatakan bahawa peranan ibu bapa dan guru adalah faktor utama penerapan nilai-nilai murni di kalangan pelajar. Adalah penting bagi ibu bapa dalam sentiasa mengamalkan dan menunjuk ajar nilai murni ini kepada anak-anak mereka sejak dari rumah lagi. Bagi peranan guru pula, responden ini menekankan kepada watak dan penampilan seseorang guru itu sangat penting di hadapan pelajar. Ini kerana guru dianggap role model kepada mereka. Oleh yang demikian, sebarang tindakan guru akan menjadi ikutan pelajar tersebut tidak kira perwatakan mahupun penampilan guru tersebut. Selain guru sebagai role model kepada pelajar, responden juga menekankan guru perlu mempraktikkan sebarang nilai murni dan tidak hanya menyampaikan pengajaran tersebut secara teori. Pelajar perlu mengambil iktibar serta teladan akan sesuatu bukan hanya mencatatnya sebagai nota atas kertas. Bagi responden-responden yang berusia 36 tahun dan ke atas, yang mana telah dikenalpasti ramai antara mereka 20

adalah pendidik (pensyarah dan guru sekolah), mereka memberi pendapat bahawa penekanan keagamaan adalah faktor utama dalam penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan. Dalam mengaplikasikan keagamaan ini secara praktikal, beberapa langkah perlu dilakukan. Antara kaedah penerapan nilai murni dalam diri seseorang adalah dengan melakukan solat jemaah. Pelajar perlu rajin turut serta dalam solat jemaah tidak kira di institut pendidikan mahupun di rumah kerana nilai-nilai murni dalam diri seseorang akan hadir tanpa sedar. Menghadiri ceramah-ceramah keagamaan juga merupakan antara lain penyumbang penerapan tersebut.

Carta 2: Peratus Responden Tahu FPK

Berdasarkan carta 2, daripada 100 orang responden dalam kajian ini, dapat disimpulkan juga bahawa 78.4% adalah tahu dan sedar akan kewujudan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai salah satu Dasar Pendidikan Negara. Daripada maklum balas ini juga, mereka telah sedia maklum dengan adanya penegasan nilai murni ini dalam FPK. Ini menunjukkan bahawa FPK ini sememangnya sangat penting sebagai panduan seseorang menuju ke arah yang lebih baik.

Secara keseluruhannya, selepas program ini selesai dapat dikenalpasti pengetahuan setiap individu terhadap etika dalam pendidikan semakin bertambah di samping pengetahuanpengetahuan mereka tentang usaha-usaha yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan dalam penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan seperti penyediaan pelbagai 21

kempen-kempen kemasyarakatan dan kemanusiaan, perancangan kurikulum, Dasar Pendidikan sendiri dan sebagainya.

Sepertimana penekanan kaedah penerapan nilai murni semasa dalam program, dapat disimpulkan daripada pendapat responden mereka bersetuju bahawa penerapan nilai-nilai murni ini adalah peranan ibu bapa sebagai pembentuk sahsiah anak-anak mereka, peranan guru sebagai pendidik dan medium utama pemberi maklumat dan pengetahuan kepada setiap insan, kefungsian mata pelajaran pendidikan Islam dan Pendidikan Moral serta kempen-kempen kemasyarakatan

22

8.0

RUJUKAN

Abdullah, Z., Taib, M. N., Othman, I., Salleh, N., Yusuf, A. B., & Hashim, T. A. (n.d.). Perkembangan Pendidikan di Malaysia : Falsafah dan Dasar. Tanjung Malim: Universiti Perguruan Sultan Idris. Ahmad Mohd. Noor Firdaus, K. A. (2016). Pembinaan Hubungan Di Antara Guru Dengan Pelajar . Technical and Social Sciences Journal , 138-148. Firdaus, A. N., Jasmi, K. A., & Shukor, K. A. (2005). Persepsi Guru dan Pelajar Terhadap Perlakuan Buli di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Daerah Batu Pahat. Jurnal Teknologi,43(E), 63-86. Rahman, H. A., & Tahir, L. M. (2002). Peranan Etika Dalam Kepimpinan Pendidikan. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Jilid 8, 93-103. Said, H., & Talib, N. (2000). Cabaran Era Globalisasi Ke Atas Warga Pendidikan di Malaysia. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Jilid 6, 35-46. Tas'adi, R. (2014). Pentingnya Etika Dalam Pendidikan. Jurnal Ta'dib, 189-198. Yunos, N., & Said, M. M. (n.d.). Peranan Guru Dalam Memupuk Kreativiti Pelajar. Jurnal Pengajian Umum Bil.9, 57-69. Zaidin, N. M. (2015). Penerapan NIlai-Nilai Murni Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Ke Arah Pembentukan Sahsiah Pelajar di KOlej Kemahiran Tinggi Mara . Projek Sarjan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional, 1-78.

23

9.0

LAMPIRAN

24

Related Documents

Fpk Anc
October 2019 36
Gerald Kempen
December 2019 24
Laporan Group 4.docx
April 2020 14
Fpk & Fpg 4.pdf
May 2020 10
Konsep Fpk & Fpg
June 2020 14

More Documents from "cikulat"