Laporan Aktiviti Gotong Royong

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Aktiviti Gotong Royong as PDF for free.

More details

  • Words: 661
  • Pages: 12
LAPORAN

PROGRAM GOTONG - ROYONG DAN RIADAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI ( PPKI ) 2009

TARIKH 6 NOVEMBER 2009 ( JUMAAT )

‘KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG’

LAPORAN PROGRAM GOTONG - ROYONG DAN RIADAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI ( PPKI ) 2009

Pengenalan

Kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi ( PPKI ), Sekolah Kebangsaan Matang, Taiping Perak telah mengadakan Program Gotong - Royong dan Riadah di sekitar kebun dan halaman kelas PPKI. Program ini telah memberi pengalaman baru kepada semua murid-murid dan guru-guru bergaul dengan lebih mesra serta menambah pengetahuan mereka. Disamping itu program ini juga telah memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai peraturan, cara dan panduan mengurus diri apabila mengikuti sebarang aktiviti riadah.

Objektif ☑ Meluaskan pandangan dan mendapat pengalaman baru dengan suasana di luar bilik darjah. ☑ Mendedahkan kepada murid-murid mengenai peraturan, cara dan panduan membersihkan kawasan. ☑ Menanam rasa minat dan keseronokan belajar terhadap diri murid-murid. ☑ Menambah pengetahuan sedia ada kepada murid-murid kerana tidak semua keluarga yang pernah mengajak atau mengajar mereka sebarang aktiviti mengenai gotong - royong.

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM GOTONG – ROYONG DAN RIADAH PPKI SK MATANG 2009

1. Nama Sekolah

: Sekolah Kebangsaan Matang 34750 Matang Perak

2. Penasihat 1

: En. Fezarudin bin Mahamudin ( Guru Besar SK Matang )

3. Penasihat II

: Tn Hj Abd Rahim bin Abd Rasid ( Penolong Kanan Pentadbiran )

4. Penasihat III

: Pn. Shamsiah bt Hj. Mohd Jais ( Penyelaras PPKI SK Matang )

5. Pengerusi

: En. Mohamad Zamri bin Hj Mohamad Napis

6. Setiausaha

: En. Mohd Zulfadhly bin Ahmad Tarmizi

7. Bendahari

: Pn. Norhayati bt Hussain

8. AJK Makanan / Minuman

: : : :

9. AJK Keselamatan

: En. Zainuddin bin Abd Rahim

10. AJK Aktiviti Gotong-Royong

: Semua warga PPKI SK Matang

11. AJK Aktiviti Poco-poco

: Semua warga PPKI SK Matang

12. AJK Aktiviti Nasyid

: Semua Warga PPKI SK Matang.

13. Kumpulan Sasaran Laporan Program

: Semua warga PPKI SK Matang

Pn. Norul Ashikin bt Mohamed Pn. Faridah bt Ishak Pn. Irwazita bt Shamsee Cik Juriati bt Jamaludin

Pada 6 November 2009 yang lalu, Kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi ( PPKI ), Sekolah Kebangsaan Matang, Taiping Perak telah mengadakan Program Gotong - Royong dan Riadah di sekitar kebun dan halaman kelas PPKI. Program ini bertujuan untuk memberi pengalaman baru kepada semua murid-murid dan guruguru bergaul dengan lebih mesra serta menambah pengetahuan mereka.

Pada pukul 7.40 pagi murid-murid telah berkumpul di Dewan Datuk Maharajalela untuk pembahagian kumpulan mengikut kawasan-kawasan gotongroyong yang telah dipecahkan kepada tiga bahagian, iaitu Kumpulan A, Kumpulan B dan Kumpulan C. Setiap kumpulan telah dibahagikan dengan beberapa orang guru dan juga PPM disertai oleh murid-murid PPKI mengikut pecahan kelas. Aktiviti gotong-royong ini bermula pada pukul 8.00 pagi. Semua guru dan murid-murid telah melakukan aktiviti membersihkan kebun beramai-ramai. Antaranya ialah seperti aktiviti membuang daun-daun kering , mencangkul dan menggemburkan tanah, menyiram pokok bunga dan juga menabur baja. Aktiviti gotong-royong ini telah berjalan selama satu jam setengah sehingga pukul 9.30 pagi. Selepas itu, semua guru dan murid-murid ke kantin untuk rehat dan sarapan pagi. Pada pukul 10.00 pagi, semua guru dan murid-murid menuju ke Dewan Datuk Maharajalela untuk aktiviti seterusnya iaitu aktiviti ‘POCO-POCO’. Aktiviti ini telah diketuai oleh Encik Zamri bin Hj Mohamad Napis. Aktiviti ini telah berlangsung selama satu jam sehingga jam 11.00 pagi. Pada pukul 11.00 pagi diteruskan dengan aktiviti latihan nasyid sempena minggu Agama Islam. Latihan nasyid ini telah dibahagikan kepada 4 kumpulan yang telah dilatih oleh guru-guru PPKI. Program ini telah berjalan dengan lancar dan diharapkan dapat diteruskan di masa akan datang dan memberi manfaat kepada semua murid dan guru.

Penutup Program ini telah berjalan dengan sempurna sebagaimana yang dirancangkan. Kerjasama daripada pihak sekolah, guru-guru dan semua yang terlibat diucapkan

ribuan terima kasih. Dengan program ini juga, dapat memberi manfaat kepada semua murid dan guru.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

_______________________ (Cik Shazrina bt Mohd Ghazali) Guru PPKI SK Matang

_____________________ (Pn. Shamsiah bt Mohd Jais) Penyelaras PPKI SK Matang

AKTIVITI MEMBERSIHKAN KEBUN

MENARI POCO-POCO….

Related Documents