LAPORAN AKTIVITI GOTONG ROYONG
TARIKH
: 21 MEI 2017
TEMPAT
: SURAU AL-MUTTAQIN, TAMAN TEMIANG JAYA
ANJURAN
: KETUA UNIT PEMBANGUNAN KEROHANIAN DAN INSANIAH
1.0 PENGENALAN Program gotong royong adalah salah satu antara program amal yang sangat memberi manfaat terutama kepada siswa pendidik. Program
ini diadakan adalah salah satu sebagai untuk
mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan antaranya merapatkan hubungan di antara siswa pendidik dan masyarakat melalui pengisian yang lebih padu dan berkesan serta menanam semangat kesedaran yang tinggi di kalangan seluruh masyarakat dan golongan yang pro-aktif tentang peranan mereka dalam masyarakat.Sokongan dan kerjasama yang diterima daripada pihak luar terutamanya pihak yang memberikan penajaan dan kerjasama terhadap program ini amat membantu dan juga membanggakan.Masalah yang timbul telah diatasi dengan baik kerana kewujudan kerjasama antara satu sama lain dalam kalangan ahlijawatankuasa, peserta dan penduduk felda. Program ini dapat memberikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran kepada para pelajar tentang cara-cara merancang, melaksanakan dan mengendalikan sesebuah program. Selari dengan hasrat IPGKRM untuk melahirkan graduan berkualiti dari segi akademik dan kemahiran insaniah, program ini merupakan sebuah platform yang baik untuk siswa pendidik berlatih dan mengasah bakat kepimpinan, kemahiran komunikasi dan kemahirankemahiran lain dalam persediaan untuk menempuh alam pekerjaan kelak.. 2.0 OBJEKTIF Antara matlamat program ini adalah seperti berikut : 2.1 Menceriakan serta membersihkan kawasan sekitar surau untuk mewujudkan suasana yang lebih kondusif kepada masyarakat. 2.2 Memberi peluang kepada mahasiswa melatih kemahiran dan kebertanggungjawaban sosial terhadap diri sendiri dan masyarakat sekeliling.
2.3 Mengeratkan hubungan antara mahasiswa dalam melakukan aktiviti kerja amal dan gotongroyong 3.0 KUMPULAN SASARAN Semua siswa pendidik IPGKRM dan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Muttaqin. 4.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN Program ini telah dijalankan selama satu hari dimana bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Program ini melibatkan kerja pembersihan surau di Taman Temiang Jaya.
Program ini juga melibatkan beberapa sukarelawan siswa pendidik dimana kerja
pembersihan surau dibahagikan secara berkumpulan. Pada pukul 9.15 pagi , program dimulakan dengan majlis perasmian rigkas dan penyampaian sumbangan Ramadhan oleh Wakil YB Temiang. Seterusnya, pembahagian sumbangan Ramadhan kepada pengerusi surau dan diteruskan dengan ucapan ringkas oleh YB berkenaan. Seterusnya, peserta dan ajk berkumpul di hadapan Surau Al-Muttaqin dimana Jamaluddin bin Maarof selaku Pengerusi surau memberikan penerangan perjalanan program. Seterusnya pembahagian kumpulan beserta edaran sarapan pagi kepada semua yang terlibat sebelum memulakan kerja pembersihan. Pada pukul 9.50 pagi , semua peserta dan ajk bergerak ke surau masing-masing. Pada awal pembersihan , peserta memulakan dengan membersihkan lantai, menyusun rak buku dan melipat sejadah. Di samping itu juga , peserta juga membersihkan karpet surau dengan menggunakan vakum.. Peserta dan ajk bergotong royong selama lebih kurang 4 jam untuk membersihkan surau. Sebelum bersurai , semua peserta dan ajk berkumpul di hadapan Taman Temiang Jaya. Program ini berakhir pada pukul 11.30 pagi. Disediakan oleh,
………………………………….. ( NURUL HUSNA BINTI AZMI) Setiausaha, Proram Gotong Royong Surau Muttaqin Taman Temiang Jaya
Pengarah Program menyampaikan cenderamata kepada YDP KPPS
Peserta sepanjang program berjalan
Yang Dipertua Persim menyampaikan cenderamata kepada wakil Tazwij Enteprise
Penceramah menyampaikan ceramah