Kesihatan Diri Dan Keluarga

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kesihatan Diri Dan Keluarga as PDF for free.

More details

  • Words: 833
  • Pages: 5
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Wajah yang ceria menggambarkan diri yang sihat.Kesihatan diri adalah penting supaya kita dapat melakukan aktiviti dan tugas harian di samping dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran.Bagi memastikan tahap kesihatan diri yang baik,faktor pemakananperlu mengamalkan pemakanan yang seimbang dan mencukupi bagi nenbuhi keperluan tubuh. Keceriaan juga dipengaruhi oleh factor kekeluarga.hubungan yang baik di kalangan anggota keluarga boleh menjadi pendorong kepada kejayaan seseorang murid.Justeru itu,nilai-nilai yang baik perlu dipupuk dan diamalkan oleh setiap anggota keluarga untuk menjamin keharmonian sesebuah keluarga itu.

Kesihatan Diri Kesihatan diri yang baik berkait rapat dengan pengambilan makanan yang seimbang dan mencukupi untuk kuperluan tubuh badan. Apakah kesan daripada pengambilan makanan yang tidak seimbang dan tidak mencukupi keperluan tubuh? Seseorang individu yang tidak mengambil makanan yang seimbang dan mencukupi keperluan tubuh akan terdedah kepada masalah malnutrisi.

Malnutrisi Malnutrisi ialah keadaan yang berpunca daripada kekurangan zat makanan seperti vitamin. Mineral,protein, karbohidrat, lemak dan serat dalam p pemakanan seseorang individu. Selain pengambilan makanan yang tidak seimbang, masalah penghadaman dan penyerapan makanan di dalam tubuh juga boleh menyebabkan malnutrisi. Malnutrisi boleh mengakibatkan seseorang itu tidak bermaya, mudah pitam, sembab dan kelihatan pucat. Keadaan ini akan menjejaskan kesihatan dan menyebabkan seseorang itu tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan tidak mampu melakukan aktiviti fizikal. Malnutrisi juga boleh merencatkan proses tumbesaran, mengakibatkan penyakit yang serius dan kadangkala boleh menyebabkan kematian. Tindakan sebilangan pelajaran yang tidak mengutamakan pengambilan sarapan padi boleh membawa kepada masalah malnutrisi. Tabiat ini, jika diamalkan akan menjejaskan penumpuan pelajar di dalam kelas kerana lesu dan tidak bermaya. Pengambilan sarapan padi adalah penting untuk memastikan seseorang individu mendapat bekalan malnutrisi dan untuk memastikan tahap kesihatan yang baik, kita perlu mengambil makanan yang seimbang dan mencukupi bagi memenuhi keperluan harian. Pada umumnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan malnutrisi di sesebuah neara,iaitu tahap kesihatan yang rendah, kemiskinan, tahap pendidikan yang rendah dan kekurangan sumber makanan. Rakyat Malaysia amat bertuah kerana Negara kita tidak menghadapi masalah malnutrisi yang berpunca daripada kemiskinan dan kekurangan sumber makanan. Masalah malnutrisi yang berlaku di Negara kita hanyalah disebabkan kurangnya pengetahuan yang seimbang.

Kekeluargaan Perkahwinan amat penting dan bermakna kepada setiap individu kerana perkahwinan adalah asas kepada pembentukan sesebuah keluarga. Keluarga pula menjadi asas kepada pembentukan sesebuah masyarakat. Keluarga yang bahagia menjadi kepada sebuah asas masyarakat yang sejahtera.

Institusi Kekeluargaan Sebuah keluarga terbentuk hasil daripada perkahwinan antara lelaki dan wanita. Bagi membolehkan kedua-dua individu ini berkahwin , peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan perkahwinan mestilah dipatuhi. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa perkahwinan itu sah di sisi agama dan masyarakat. Perkahwinan yang sah menjamin kewujudan sebuah keluarga yang diiktiraf dalam masyarakat. (a) perkahwinan Perkahwinan ialah peyatuan ata ikatan secara sah antara seorang lelaki dengan seorang wanita sebagai pasangan suami isteri. Ikatan secara sah bermaksud ikatan yang dibuat mengikut undang-undang dan peraturan agama sesuatu kaum. Ikatan ini menjejaskan tentang hak dan tanggungjawab pasangan sebagai suami isteri. Setiap agama menitikberatkan ikatan perkahwianan umatnya, Manusia digalakkan berkahwin supaya dapat melahirkan zuriat dan bagi memastikan umat manusia terus berkembang. Perkahwinan dapat mengelakkan individu daripada melakukan perbuatan sumbang, tidak bermoral dan menjuahkan hubungan seks bebas. Sebaliknya individu itu akan menjadi lebih bertanggungjawab. Selain itu, perkahwinan juga dapat mengkuhkan hubungan persaudaraan di antara keluarga pasangan yang berkahwin.

(b) Kerukunan Rumah Tangga Melalui perkahwinan akan terbentuk sebuah keluarga, yang terdiri daripda ayah, ibu dan anak-anak. Dalam masyarakat kita, datuk dannenek sering tinggal bersama dan menjadi sebahagian dari ahli keluarga. Untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia dan untuk memastikan kerukunan dalan sesebuah rumah tangga, setiap anggota keluarga perlu memainkan perana dengan baik dan berkesan. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada kerukuan sesebuah rumah tangga, seperti kasih saying dan hormat-menghormati antara angora keluarga.

Faktor yang Menyunbang kepada Kerukunan Rumah Tangga (a)Hormat menghormati (b)Bertanggungjawab (c)Kasih sayang (d)Bertimbang rasa (e)Saling membantu

Menghormati Warga tua, Warga Istimewa dan Mereka yang Sakit Warga tua terdiri daripada golongan yang telah mencapai umur 60tahun ke atas.Mereka biasanya terlalu sensitif dan mudah berasa tersinggung. Keupayaan fizikal, daya pendengaran dan daya penglihatan mereka juga sudah berkurangan. Warga istimewa pula merupakan insane yang dilahirkan kurang sempurna sifatnya, sama ada dari segi fizikal ataupun mental. Warga tua dan warga istimewa disebut juga sebagai golongan kurang upaya. Dengan kekurangan yang ada, menyebabkan mereka kurang mampu bergerak dan melakukan aktiviti lain sebagaimana orang yang normal. Oleh itu kita seharusnya melayani mereka dengan seyuman dan lemah lembut agar mereka berasa diri mereka dihargai dan tidak tersisih daripada masyarakat. Selain warga tua dan warga istimewa, orang yang sakit juga memerlukan perhatian daripada ahli keluarga dan masyarakat.Perhatian dan layanan yang baik terhadap orang sakit akan menjadi penawar kepada mereka. Bantuan dan perhatian yang diberikan akan dapat mengurangkan penderitaan yang dialami oleh mereka. Sikap yang positif seperti hormat menghormati dan menyayangi antara satu dengan yang lain perlu dipupuk dan dijadikan budaya dalam masyarakat kita. Sikap penyayang dan prihatin merupakan salah satu asas pembentukan masyarakat yang harmoni. Kita ti dak seharusnya memandang rendah kepada warga tua, warga istimewa dan mereka yang sakit. Sebaliknya kita hendaklah mengutamakan kebajikan mereka,membantu mereka pada waktu-waktu tertentu,seperti memberikan tempat duduk di dalam bas dan memimpin tangan mereka ketika melintas jalan.

Related Documents