Majlis Perwakilan Pelajar, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, Pulau Pinang. Lot 2022, Jalan Pokok Jenerih, 1 3200 Kepala Batas, Pulau Pinang. ____________________________________________________________________________ Penolong Pengarah, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kepala Batas, Pulau Pinang, Lot 2022, Jalan Pokok Jenerih, 1 3200 Kepala Batas, Pulau Pinang. Tel:04-5776100 Fax : 04-5776144. 2007
14 Disember 2007
Tuan / Puan,
Memohon Kebenaran Mengutip Derma Untuk Pembedahan Ibu Pelajar ILP Saya Al Amir Bin Mohamed Sultan, selaku Biro Kebajikan Majlis Perwakilan Pelajar ILP ingin memohon kebenaran kepada pihak Institut untuk membuat kutipan derma atas tujuan pembedahan Ibu kepada pelajar Instituit Latihan Perindustrian Kepala Batas dari bengkel Sistem Komputer semester 1. Untuk pengetahuan pihak Tuan, Ibu pelajar tersebut akan menghadapi pembedahan “KNEE” dimana memerlukan bantuan dari Pihak ILP Kepala Batas bagi mengurangkan bebanan untuk kos pembedahan dan kos rawatan lanjut.Saya berharap agar pihak tuan dan puan dapat memberi kebenaran .kepada saya untuk membuat kutipan derma tersebut