Derma organ
Dewasa kini, Isu mengenai kematian serta pendermaan organ adalah sesuatu yang sukar diperkatakan. Apatah lagi yang tersayang. Ia juga merupakan perkara yang rumit bagi kakitangan perubatan yang sentiasa berusaha untuk mengubati pesakit. Keputusan untuk mengizinkan penderma organ dan tisu untuk seseorang yang disayangi apabila beliau meninggal dunia, bukan sesuatu yang mudah. Tambahan pula bagi keluarga si mati. Bagi meringankan beban mental keluarga kita semasa pengakuan persetujuan untuk menderma
organ
dan
tisu
semasa
hayat
kita.
Dengan mendaftarkan diri kepada Daftar Penderma Organ Nasional, anda akan membenarkan organ dan tisu anda digunakan bagi tujuan pemindahan organ selepas anda meninggal dunia. Hal ini akan mengubah kehidupan beberapa orang yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa
mereka
dari
maut.
Kita sedar bahawa isu penderma organ dan tisu adalah sesuatu isu yang menimbulkan banyak persoalan. Oleh itu, berikut adalah penjelasan kepada beberapa masalah yang sentiasa timbul dikalangan masyarakat di Malaysia pada masa kini.
Masalah pertama yang sentiasa timbul dikalangan masyarakat di negara ini ialah masyarakat tidak mengetahui siapa yang layak untuk menderma organ. Sebenarnya hal seperti ini tidaklah menjadi masalah kerana sesiapa sahaja samada tua atau muda layak
menjadi penderma. namun begitu, mereka yang berusia kurang dari 18 tahun perl meminta kebenaran ibu bapa terlebih dahulu. Hal ini kerana mereka yang berumur bawah 18 tahun masih lagi dibawah penjagaan ibu bapa.
Masalah kedua pula ialah masyarakat tidak begitu mengetahui tentang pendermaan organ. Sebenarnya pendermaan organ adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk tujuan transplan selepas ianya meninggal dunia. Transplantasi atau pemindahan organ adalah sesuatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia. Melalui cara ini, maka kehidupan penerima organ atau tisu itu akan menjadi lebih selesa dan sempurna serta nyawanya akan terselamat. Pendermaan organ dan tisu adalah satu amalan kemanusiaan yang mulia.
Selain itu, mereka juga tidak mengetahui organ apa yang boleh didermakan. Pada umumnya organ-organ yang boleh didermakan adalah seperti buah pinggang, jantung, hati, paru-paru dan pankreas. Tisu-tisu yang boleh didermakan pula adalah seperti mata, tulang, kulit dan injap jantung. Ini bermakna, seseorang penderma akan dapat mengubah kehidupan serta menyelamatkan nyawa beberapa orang pesakit.
Disamping itu, mereka juga tidak mengetahui masa organ atau tisu si penderma itu diperoleh. Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan apabila kematiannya telah disahkan oleh dua orang doktor yang
bertauliah. Doktor-doktor yang terlibat dalam pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu.
Kesimpulannya, kerajaan perlu memainkan peranan untuk memperkenalkan pendermaan organ kepada masyarakat di Malaysia. Hal ini dapat dilakukan dengan mengadakan pameran mengenai pendermaan organ diseluruh negara. Melalui cara ini penderma organ mungkin akan bertambah dari hari ke hari.