LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN ASAS BELIA BERPERSATUAN KAWASAN BUKIT BINTANG PADA 27, 28, & 29 MAC 2009 DI HOTEL SERI MALAYSIA, PORT DIKSON
Pendahuluan
Persatuan Belia kebelakangan ini tidak berupaya memainkan peranannya sebagai agen pembangunan masyarakat setempat. Ianya sering berhadapan dengan masalah kepimpinan, kepengikutan, sumber kewangan dan faktor-faktor lain. Ketiadaan minat dalam kerja sukarela, kekurangan pelapis untuk memimpin di samping ketidak cekapan mengurus organisasi adalah antara sebab utama kegagalan sesebuah organisasi. Terdapat dimana sebanyak 2.8 juta yang berpesatuan, manakala sejumlah 7.7 juta belia yang tidak berpesatuan. Justeru itu, ahli dari pemimpin persatuan perlu diberi latihan, pendedahan serta bimbingan yang sewajarnya di dalam aspek-aspek kepimpinan dan pengurusan dari masa ke masa.
HARI PERTAMA JUMAAT 27 Mac 2009
Pendaftaran bermula jam 2.30 petang di kantin, Pejabat Belia dan Sukan, Kg. Pandan. Peserta diminta mengisi borang untuk pendaftaran. 3.30 petang – Semua peserta bertolak menaiki bas dari Kompeks Belia dan Sukan Kg. Pandan ke Hotel Seri Malaysia, Port Dickson.
1
5.30 petang – Semua peserta tiba di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson. Mereka diminta untuk ”check in” hotel 1 bilik diperuntukkan untuk 4 orang. Tedapat 10 bilik kesemuanya tidak termasuk bilik urusetia. Taklimat tentang kursus diberikan oleh jawatankuasa bertugas (En. Farihan). Ahli jawatankuasa kursus diperkenalkan, objektif, dan peraturan serta perjalanan kursus diperjelaskan kepada semua peserta.
6.30 petang – Para peserta dimaklumkan untuk solat, turun makan malam pada pukul 7, dan aktiviti ’Ice Breaking’ akan dimulakan pada pukul 8.30malam. Para peserta beredar ke bilik masing-masing
8.30 malam – Aktiviti ’Ice Breaking’ dimulakan. Tugasan pertama, peserta diarahkan untuk melukis gambar diri masing-masing. Setelah selesai, gambar peserta ditukarkan oleh
fasilitator dan peserta mencari dan menemubual gambar
tersebut. Peserta
memperkenalkan rakan baru mereka kepada semua audience lain. Setelah selesai pembahagian kumpulan dibuat. Peserta di minta mengira secara nombor untuk mengetahui jumlah peserta iaitu 39orang. Setelah itu peserta dibahagikan kepada 4 barisan. Peserta melakukan aktiviti bagi menunjukkan rasa percaya pada rakan baru masing-masing. Peserta dibahagikan kumpulan mengikut barisan mereka.
Setiap kumpulan telah melantik seorang ketua. Mereka telah membentangkan hasil kerja kumpulan dengan baik. Setiap kumpulan diberikan 2 keping kertas majung dan 2 batang pen marker berbeza warna. Mereka diminta menulis nama kumpulan, logo, nama ahli
2
kumpulan, motto dan mencipta tepuk sorak. Setiap kumpulan diberi masa 10 minit untuk membentangkan hasil kerja kumpulan dan kumpulan lain boleh menyoal kumpulan tersebut. Aktiviti berjalan dengan harmoni dan menyeronokkan.
Akhir sesi, En. Samsul memberikan kesimpulan dan memuji penglibatan semua. Tujuan aktiviti dijalankan untuk memberi peluang kepada semua peserta berfikir secara rasional dan matang serta berupaya menjawab semua pertanyaan. Ini dapat melatih diri menjadi pemimpin yang berani dan bijak menangani isu semasa.
Sesi berakhir jam 11.00 malam.
Peserta dibenarkan untuk minum malam yang disediakan.- Menu: pengat pisang.
HARI KEDUA SABTU 28 MAC 2009
5.30 pagi – Peserta Muslim dikejutkan untuk membersih diri dan solat Subuh berjemaah dan diimamkan oleh Ahmad Mahfuz Bin Mat Shum, manakala pelajar bukan Muslim diminta bersedia untuk aktiviti seterusnya dan membersih diri.
7.00 pagi – Senaman pagi dikelolakan oleh En. Zul. Aktiviti senaman pagi dimulakan dengan nyayian lagu negaraku dan bacaan rukunegara diikuti dengan aktiviti lompat
3
bintang hingga seragam, hantaran bekas air mineral mengikut arahan dan membayangkan hantaran pinggan ke belakang. Aktiviti tersebut berjalan baik dan peserta nampak gembira. Satu aktiviti yang menyihatkan dan menghiburkan. Peserta dinasihatkan untuk sarapan pagi selepas itu. Menu pada pagi itu adalah nasi goreng, mee kari, bubur nasi dan roti bakar.
8.30 pagi – Aktiviti seterusnya sesi ceramah bertajuk ”Memahami Mengenai Organisasi Belia” disampaikan oleh Puan Nurul Azieh Abdullah. Beliau menerangkan dengan jelas siapa yang di gelar belia, apa itu organisasi dan memberikan statistik data-data tentang aktiviti belia berorganisasi @ berpesatuan hasil dari kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
10.30 pagi - Minum pagi. Kami dihidangkan kuih popia goreng dan kasui..
11.00 pagi - Sesi ceramah yang kedua di sampaikan oleh En. Faizal yang bertajuk ”Konsep Kepimpinan” di akhir ceramah kami diarahkan melakukan beberapa aktiviti:
1. Bagaimana hendak menyeberang sungai. Ada 6 orang, iaitu polis, mak, ayah, anak perempuan, anak lelaki dan penjenayah. Mereka mesti menyeberang sungai menggunakan 1 sampan yang hanya boleh dinaiki oleh dua orang sahaja. Dalam satu-satu waktu, anak perempuan tak boleh bersama ayah, anak lelaki tidak boleh bersama mak, anak perempuan tidak boleh bersama anak lelaki dan penjenayah tidak boleh bersama orang awam. Peserta membincangkan strategi dan
4
penyelesaian dalam kumpulan dan mempersembahkannya kepada rakan-rakan lain. 2. Salah seorang peserta diminta tampil dan memberikan arahan tentang bagaimana hendak melukis sesuatu gambar. Gambar itu tidak dapat dilihat tetapi hanya berdasarkan arahan dari peserta tersebut. 3. Kesemua kumpulan diminta duduk di ruang kecil di belakang. Setiap ketua kumpulan diminta menyampaikan beberapa maklumat yang perlu ditulis oleh anak buah masing-masing. 4. Ketua kumpulan diminta menghafal skrip dan menyampaikan maklumat tersebut kepada anak buah seorang dan seterusnya sehingga orang terakhir menulis semula mesej yang diterima.
Pengajaran dari aktiviti ini ialah, ahli kumpulan hendaklah memberi perhatian dan peka dengan suara ketua, kita tidak boleh menokok tambah cerita atas mesej yang disampaikan, dan kita haruslah memastikan semula tentang berita yang kita perolehi benar atau tidak. Aktiviti terakhir sebelum makan tengah hari ialah setiap kumpulan diberikan sekeping kertas, dan diminta menulis mengikut arahan yang diberi oleh fasilitator iaitu sebelah kiri tulis nama kumpulan, di bawahnya tulis nama ketua kumpulan, di sebelah kiri tulis tarikh dan nama penghulu, manakala di tengah-tengah tulis dan senaraikan ’fungsi tong sampah’, ruang selebihnya tandatangan ahli kumpulan. Setiap arahan yang betul diberi markah +5 jika salah pula ditolak -10. Aktiviti ini dimenangi oleh kumpulan BMW, diikuti Foot Step, Generasi Gemilang dan MIX.
5
1.00 tengah hari – Semua peserta makan tengah hari dan menunaikan solat. Menu: Ayam masak lemak, ikan talapia masak merah, tauhu lembut masak tauchu, sayur campur, kerabu mangga dan sambal belacan.
2.30 petang – Sesi ceramah yang ketiga di sampaikan oleh En. Farihan tentang ”Pengucapan Awam”. En Farihan menceritakan tentang apa yang dimaksudkan dengan pengucapan awam, jenis-jenisnya, teknik mengawal gugup, dan macam-macam lagi. Setiap peserta diberi tugasan untuk penyampaikan pengucapan awam masing-masing berkisar tentang belia dan diberi masa 4 hingga 6 minit seorang. Ceramah berakhir pada jam 4.30 petang.
4.30 petang – Peserta dihidangkan dengan minum petang dan dibenarkan solat seterusnya bersiap untuk aktiviti riadah di tepi pantai.
5.00 petang – Aktiviti riadah petang dimulakan dengan aktiviti membuat basrisan paling panjang, para peserta bergegas mengatur barisan paling panjang, ada yang membuka kasut, stokin, tali kasut dan berbaring di atas pasir, di akhirnya fasilitator memberi tahu pemenang dikira berdasarkan secepat mana mereka bersedia seperti mula-mula permainan dimulakan. Kumpulan kalah iaitu kumpulan BMW di kena kan denda membaca ”sifir siput”. Aktiviti riadah diteruskan dengan permainan ”O som” perserta mempunyai 3 pilihan iaitu hakim, harimau atau pemburu. Tindakan mereka mestilah seragam. Permainan ini dimenangi oleh kumpulan MIX diikuti Generasi Gemilang, Foot Step dan BMW. Sekali lagi kumpulan BMW didenda iaitu direndam dalam air laut.
6
Aktiviti diteruskan dengan permainan ”panjang pendek”, semua peserta diminta membuat bulatan besar setiap orang hendaklah menyebut panjang atau pendek tetapi perbuatan mereka berlawanan dengan apa yang disebut. Setelah tamat aktiviti, para peserta diberi peluang untuk mandi pantai dan mandi kolam di hotel.
7.00 malam – Solat dan makan malam. Menu: daging masak merah, kerang rebus, ikan masak tauchu dan ulam-ulaman.
9.00 malam – Para perserta mula memasuki dewan dan bersedia untuk menyampaikan ucapan masing-masing. Tepat jam 9.30 lampu terpaksa dimatikan bagi menunjukan sokongan terhadap Earth Hour. Masa yang ada di isi dengan membincangkan apakah pengajaran yang didapati ketika aktiviti riadah petang tadi. Masing-masing menyatakan menyatakan mereka seronok dengan aktiviti pada petang itu. Setelah 60minit berlalu, lampu dihidupkan semula dan aktiviti pengucapan awam dimulakan dengan peserta lelaki iaitu Ahmad Mahfuz, di ikuti dengan Tarmizi, Jamaliah dan peserta-peserta lain.
10.30 malam – Aktiviti dihentikan seketika untuk minum malam dan disambung semula jam 11.00 malam.Walaubagaimanapun aktiviti tidak dapat dihabiskan kerana sudah lewat malam. Peserta yang belum menyampaikan ucapan mereka diminta sambung pada esok pagi. Aktiviti berakhir jam 12.00 malam. Sebelum aktiviti berakhir, fasilitator memberi tugas supaya aktiviti majlis penutup diuruskan sendiri oleh para peserta. Peserta tidur di bilik masing-masing.
7
HARI KETIGA Ahad 29 Mac 2009
6.05 pagi – Solat Subuh.
7.30 pagi – Senaman pagi dikelolakan oleh En. Samsul. Aktiviti senaman pagi dimulakan dengan nyayian lagu negaraku dan bacaan rukunegara diikuti dengan permainan ”anak musang”. Seterusnya setiap lelaki di beri nilai 10sen dan perempuan 5sen. Mereka diminta mengumpul ikut jumlah yang ditentukan oleh fasilitator. Aktiviti seterusnya peserta diminta berada 4 orang dalam 1 kumpulan, buat satu bulatan, angkat tangan kanan dan salam orang dihadapan, tangan kiri salam orang yang lain, jadikan satu bulatan besar. Bagi menambah cabaran dan mengeratkan silaturrahim dalam aktiviti ini bilangan peserta ditingkatkan kepada 6 dan 8 orang 1 kumpulan. Hasilnya ada kumpulan yang dengan mudah sahaja dapat menyelesaikan aktivti, ada juga kumpulan yang tidak berjaya langsung selain itu terdapat juga kumpulan yang terpisah kepada 2 bulatan. Pengajaran yang didapati daripada aktiviti ini ialah, kita tidak boleh terlalu memilih kawan, perlunya seorang ketua untuk memimpin apa-apa aktiviti dan orang bawahan secara umumnya atau anak buah secara khususnya haruslah mengikut arahan ketua. Aktiviti terakhir sebelum peserta menikmati sarapan, setiap kumpulan diminta berbaris di tepi kolam, dan beratur dalam kumpulan mengikut umur dan tarikh lahir, tinggi, berat dan kekacakan. Aktiviti ini menanamkan sikap redha dan bersyukur dengan diri masing-masing secara tidak langsung meningkatkan kemahiran berkomunikasi antara ahli kumpulan.
8
8.00 pagi – Sarapan pagi menu nasi lemak dan kuehtiew goreng. Peserta dibenarkan balik bilik seketika untuk mengemas barang untuk ’check-out’.
9.00 pagi – Aktiviti pengucapan awam disambung.
10.30 pagi – Minum pagi. Menu: kuih cucur udang dan kuih seri muka.
11.00 pagi – Majlis penutup. Para peserta mengambil tempat masing-masing. Ketibaan Jawatankuasa pengelola disambut dengan persembahan silat landai dari pelajar-pelajar sebahagian peserta. Sedikit ucapan dari penghulu, penyelaras program, Pn. Nurul dan ulasan keseluruhan program oleh En. Samsul. Penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Pn. Nurul Azieh Abdullah, Pembantu Belia dan Sukan kawasan Bukit Bintang. Keputusan keseluruhan adalah seperti berikut : Bil
1 2 3 4
KATEGORI Kumpulan paling gemilang Kumpulan paling cemerlang Kumpulan paling muhibbah Kumpulan Harapan
PEMENANG Generasi Gemilang BMW MIX Foot Step
1.00 tengah hari – Makan tengah hari. Menu: Ikan bakar beserta sos asam, lala masak lemak, dan ayam masak kicap. Solat dan bersedia untuk pulang ke Kompleks Belia dan Sukan Kg. Pandan. Sesi Fotografi sambil menunggu bas tiba.
9
Penutup
Kursus Kepimpinan Asas Belia Berpesatuan berjalan dengan lancar. Banyak ilmu yang dapat ditimba melalui pelbagai aktiviti sepanjang kursus ini. Kerjasama yang baik antara semua pihak juga melicinkan dan memudahkan semua program dilaksanakan. Cara penyampaian ilmu atau sesuatu pengetahuan dalam bentuk ”bermain sambil belajar” menimbulkan rasa seronok pada semua peserta. Program ini telah mencapai objektif utamanya iaitu meningkatkan pengetahuan tentang konsep kepimpinan, asas komunikasi dan kesukarelaan
dalam persatuan belia. Ia juga berjaya menanamkan kesedaran,
keyakinan serta rasa tanggungjawab dikalangan belia. Alhamdulillah....
Terima kasih.
Dilaporkan oleh,
Tarikh : 30 MAC 2009
……………………………. (NORA FARHANA BT. ABDUL HALIM) Penghuluwati, Kursus Kepimpinan Asas Belia Berpesatuan Kawasan Bukit Bintang 2009.
10