Sejarah Kursus Kepimpinan Manikayu

  • Uploaded by: Hishamuddin Ishak
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sejarah Kursus Kepimpinan Manikayu as PDF for free.

More details

  • Words: 2,392
  • Pages: 13
_Sejarah Kursus Kepimpinan Manikayu

Atau lebih dikenali sebagai KMK, adalah suatu kursus yang perlu dilalui bagi seoarang pemimpin pengakap ia tidak kira dari Kumpulan Latihan Maktab KLM dan Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia KLKM. Ia mula diperkenalkan diUK pada 1919 di Gilwell Park yang dirasmikan oleh W.F. de Bois Maclaren. 6 bead telah diwartakan untuk Ketua Perkhemahan Gilwell sebagai simbol rasmi ibupejabat. Tradisi ini diteruskan hingga hari ini. W.F. de Bois Maclaren juga menghadiahkan BP skarf berwarna cokelat dan mempunyai petak segiempat yang bercorak 'batik orang scotland' dikenali sebagai Maclaren Tartan.

satu set lengkap skaff dan manikayu

Sejarah Awal Pada awalnya, ia dipakai ditopi 'constable hat' (topi yang dipakai oleh BP disebelah )ataupun di butang uniform bila seseorang itu telah tamat kursusnya.Selepas itu ia dihentikan kerana sebab ia mudah terjatuh bila ditiup angin.

manikayu ini dimasukkan ke bahagian atas topi yang dipakai oleh BP

Terdapat juga manikayu berbentuk taring dari serigala dari tahun 1922 hingga 1925 yang dikenali sebagai taring serigala (Wolf’s Fang) atau akela badge (rantai akela) jika seseorang itu telah habis kursus, dia layak memiliki 2 taring dikenali sebagai ketua akela (akela leader).

manikayu akela, bagi peringkat 2... jika seseorang itu berjaya tamatkan kursus, 1 bead lagi ditambah

13 November 1925,ibupejabat Gilwel mensyaratkan hanya satu jenis manikayu sahaja dibenarkan. Hasil perbincangan ibupejabat Gilwell mengariskan pada hujung manikayu yang sebenarnya ada warna khas mengikut unit pada pangkal simpulan, yang PPM masih lagi ikut dari UK ialah kuning bagi PKK (cub scoutpengakap serigala), hijau untuk PM/PR (scouts) dan merah bagi kelana (rovers). 14 Oktober 1927, ibupejabat Gilwell membuat keputusan drastik, pengeluaran manikayu ini dihentikan. Cuma setengahnya masih lagi terselamat... cari dalam ebay! hihihi...

manikayu ini dipakai hingga sekarang, sebagai lambang kepimpinan... tapi saya pun boleh ciplak satu.... seperti di bawah

kumpulan pertama 1919 diGilwell Park, ada dikalangan bekas tentera yang pernah berkhidmat semasa perang dunia pertama juga mengambil kursus ini.

Kursus Manikayu 1927, ibupejabat Gilwell membuat keputusan drastik, pengeluaran manikayu ini dihentikan. Cuma setengahnya masih lagi terselamat... cari dalam ebay! hihihi... anda cuma cari wayar halus dengan rotan yang paling kecil! yang mana rotan itu diraut dengan teliti... cam na? ok dak... jangan buat gila pakai kalau tak habis kursus.. nak? sori laa... buat sendiri.. ni nak kena tambah lagi bubuh kaler hitam ngan sylek..

_Gadgets & Pioneering Projek perintis (pioneering project) diklasifikasikan sebagai kerja seni yang pernah dilakukan oleh pihak jurutera tentera pada abad 18 hingga 19 dengan menggunakan tali dan kayu. Seni tali dan ikatan ini dipraktikkan hingga sekarang bahkan ketika taufan katrina yang memusnahkan selatan Amerika, Seni ini digunakan meluas di penempatan sementara. Pada 5 Disember 1998, Selatan Florida telah mengadakan Acara Persembahan Tahunan Pengakap (annual Scout Show) distadium yang terajui oleh Joe Robbie. Dalam acara itu segala permainan, skill dan ilmu pengakap dikongsi bersama tidak kira pengakap ataupun bukan pengakap. Hurrican District menggunakan idea ini dengan kerjasama majlis daerah (district's troops) untuk membina projek printis lalu dipertontonkan kepada orang ramai. Idea ini agak menarik hampir kesemua projek printis dilahirkan semula! projek perintis ini mengajar para pengakap merancang, paling pentingnya semangat berkumpulan setelah hampir seabad bila BP memperkenalkannya dalam buku hingga ke perkhemahan Brownsea, seni ini dimanafatkan semula.

Lifting Gateway (Pintu Gerbang Berlift)

Covered Gateaway (Pintu Gerbang Beratap)

_Spying allied to Scouting, Scouting not Soldiering.... Satu kata-kata BP dalam bukunya Lessons from the Varsity of Life, keluaran tahun 1933. BP menegaskan bahawa bidang kepengakapan memerlukan kecekapan dalam pengintipan, ia berupaya mendapatkan maklumat risikannya dari pihak lawan dari segi kekuatan hingga senjata rahsianya kemudiannya disampaikan dengan cara yang terselindung dan tersendiri tanpa berjaya dikesan oleh pihak lawan atau musuh. BP juga pernah menjalankan risikan sebelum Perang Boer di Afrika Selatan dengan meninjau dan meneliti kekuatan pihak President Kruger. Sebenarnya motif utama British menakluk Afrika Selatan kerana adanya lombong berlian dinegara itu bahkan dengan tinjauan yang khusus dapatlah pihak British mengatur serangan dan menakluk (command & conquer).

beza dengan pengakap, tentera diajar menjadi tentera tetapi pengakap dilatih menjadi manusia!- rafiqkie

Dalam buku ini dibab ke 10 , ada seorang wanita yang masih belajar disekolah perempuan iaitu Miss Mason's House of Education begitu berminat dengan buku yang ditulisnya iaitu Aids to Scouting tetapi khas untuk tentera. Buku ini mengajar cara-cara prinsip pengintipan. Lalu BP menulis buku Scouting for Boys atau Ilmu Pengakap Bagi Budak-Budak yang menjadi buku bestseller! boleh dikatakan boleh mengalahkan buku Dan Brown Da Vinci Code zaman sekarang... buku ini laris dan ramai kumpulan pengakap wujud pada masa yang sama. Masa menjelang perang dunia pertama keupayaan pengakap tidak dapat ditandingi, terima kasih kepada Warrington Baden-Powell abang BP yang memperkenalkan Pengakap Laut! Pengakap Laut wujud masa perang dunia pertama dalam kerja-kerja tinjauan di perairan sekitar UK. Kepada bakal pengakap dan akan menjadi pengakap anda harus tahu... apa itu pengakap!

_Kepimpinan Laut

Sejarah Ia bermula apabila Warington Baden-Powell, abang kepada BP keluar belayar bersama-sama mengembara dilaut sewaktu BP mula belajar di Charter House. Bila cuti sekolah bermula BP dan abangnya akan merancang aktiviti bersama dilaut. Antara cabaran yang menarik dalam pelayarannya ialah memasak makanan diatas bot dan tinggal juga menginap dilaut selama 3 hari 2 malam. Dalam unit laut, seorang pengakap laut itu lebih ilmunya berbanding pengakap biasa. Ini kerana Pengakap Laut punya kelebihan dalam pelayaran dan cabaran didalam air. Ketika berlakunya Perang Dunia Pertama, Pengakap Laut membantu pihak Pengawal Pantai juga Angkatan Tentera Laut Diraja British dari segi tinjauan dan intipan (recognition & surveillance) pihak musuh. Ini bermakna kerja-kerja kepengakapan bukannya tertumpu semasa aman bahkan dalam perang juga amatlah diperlukan. Dalam sejarah pelayaran melayu lama, dicatatkan bahawa Laksamana Cheng Ho (atau Zheng Kaige, Zhang He) dengan membawa bersama-sama angkatan lautnya demi menjalinkan hubungan kerjasama antara 2 negara. Pelayaran Laksamana Cheng Ho dianggap cukup bermakna dalam sejarah melayu, ini kerana ia angkatan laut Laksamana Cheng Ho bukan untuk bermusuh sebaliknya menjalinkan persahabatan. Laksamana Cheng Ho, adalah seorang pemimpin yang beragama islam juga utusan dari Dinasti Ming. Bangsa melayu tak kurang hebatnya, rumpun Bugis adalah pelayar yang cukup kuat rintangan dilautan dari Sulawesi hingga ke Tanah Melayu. Laksamana Hang Tuah, pemimpin yang paling agung dalam Kerajaan Melayu Melaka. Dalam penulisan Sejarah Melayu Laksamana Hang Tuah mula berkhidmat dalam Kerajaan Melaka selepas beliau dan rakan-rakannya menewaskan sekumpulan lanun di Pulau Besar yang mungkin bagi orang biasa boleh dianggap itu kerja gila! tapi itu benar, Belaiu telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai warganegara yang berdaulat dan merupakan pengakap laut yang sejati!

Perkembangan Pengakap Laut di Malaysia Di Tanah Melayu, penubuhan Pengakap Laut wujud di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Sehingga sekarang penubuhan Pengakap Laut masih wujud dan bergerak aktif, yang menghairankan Pengakap Laut wujud bukannya ditepi laut tapi di Pekan dan bandar besar! Ini sudah silap... jika ianya rumah pengakapnya dekat dengan sungai atau laut boleh diadakan unit Pengakap Laut. Bagi saya Pengakap Laut, adalah pengakap yang sejati. BP menulis dalam bukunya Ilmu Pengakap Bagi Budak-Budak (Scouting For Boys) bahagian Cerita Unggun Api No.6 ada artikel mengenai Pengakap Laut. Muka surat 68... khidmat yang paling cemerlang dan mereka patut disanjung tinggi malah dimuliakan... Krew Pengakap Laut .....sebuah kapal boleh menjadi syurga dan neraka bergantung pada orang-orang yang bertugas didalamnya... Malah pada saya punyai impian sendiri, iaitu mengembara melalui sungai hingga ke laut yang mengambil masa seminggu!

Masa Depan Pengakap Laut Negara kita masih wujud lagi Pengakap Laut, cuma kita tak nampak tugas utama pengakap laut ini dalam kerjakerja dilaut sepertimana kegemilangan pengakap laut yang lalu. Mana tidaknya masa tu waktu perang kita tak terkecuali dalam menjalankan tanggugjawab kita untuk negara. Cuma mungkin satu hari nanti ada yang muncul dikalangan Pengakap Laut ini belayar mengelilingi dunia.... siapa sangka!

pengembaraan di sungai dengan sampan atau bot sungguh menyeronokkan berbanding berjalan kaki

_Ikatan dan Simpulan bagi Pengakap Kita memang mudah bercakap bila sesuatu kejadi berlaku, contohnya bila berlaku ombak besar tsunami ataupun banjir besar. Tapi alangkan baiknya kita lengkapkan diri kita dengan seni ikatan dan simpulan. Seni ini dianggap tertua dan mudah dilakukan ketika dalam pembelajaran diluar kelas. Semasa saya di Penempatan Sementara iaitu ketika operasi Tsunami, adalah lebih baik jika ada dikalangan pengakap dimukim Kota Kuala Muda ini punyai kumpulan Pengakapnya sendiri. Disini saya sediakan beberapa ikatan dan simpulan bersesuaian dengan peringkat dari PKK hingga PK.

Saya telah meneliti website www.hurricandistrict.org/pioneering.html saya dapati website ini cukup menarik dan boleh dimanaafatkan untuk pembinaan menara atau pintu gerbang.

Lencana Keahlian

Buku Sila (Reef Knot)- Menyambungkan 2 utas tali dengan mengelilingi suatu objek contoh; parcel (bungkusan yang dipost) balutan bandage atau dileher guni.

Simpul Bunga Geti (Sheet bend)- Digunakan untuk menyambung 2 tali yang sama atau tidak sama besar, jika tidak Simpul Bunga Geti Berganda digunakan.

Simpul Manok (Clove Hitch)- Untuk mengikat tali pada tiang atau balak (bukan balak korang!) Ia juga diguna untuk permulaan ikatan dan mematikan ikat seraya, ikat seraya gunting dan lilit kacang /ular.

Simpul Tindih Kasih (Bowline) -Untuk membuat tajul yang tidak menjerut dan sangat sesuai untuk kerja menyelamat dan di leher binatang

Lilit Dua Simpul (Round Turn Half Hitches/The Anchor Hitch/Fishermans's Bend) -Bagi mengikat hujung tali kepada tiang, pookok, kayu, gelung atau tali supaya tidak terlucut sesuai untuk mengikat hujung khemah. Juga diikat pada sauh dan gelung

Lilit Pemati Biasa (Common Whipping) -bagi mematikan hujung tali supaya ia nampak kemas dan tidak terbuang

_'Perintis Muda dan masa depan pergerakan ini

Dalam buku rujukan pengakap ada disebutkan pergerakan pengakap hanya wujud seluruh dunia kecuali negara blok komunis, tapi adakah anda terfikir apakah nama pergerakan belia ini di negara komunis itu? ia dikenali sebagai Young Pioneer dalam bahasa melayunya Perintis Muda Sejarah Awal Revolusi 1917 adalah zaman kemuncak kejatuhan pemerintahan terakhir Tzar di Rusia, tarikh ini juga ramai scouter (pemimpin) dan pengakap yang berkhidmat dalam tentera mati di perbatasan bahkan ditangkap dan diseksa. Pengakap yang menyebelahi pihak Tzar dikenali Tentera Putih dan Parti Bolshelvik dikenali sebagai Tentera Merah(tapi istilah ini lebih kepada Tentera Jepun) .Parti Bolshelvik(parti komunis, kadang-kadang dipanggil sosialis) memang terkenal dengan kekejamannya, malah setiap musuh tawanan dengan sekelip mata dibunuh dengan mudah dengan benet, pistol atau senapang. Bila Parti Bolshelvik memerintah pergerakan pengakap dianggap kelas kedua dalam hieriki pemerintahan Tzar hingga ke kerajaan komunis, ini kerana tiadanya pendedahan terhadap kepentingan kepengakapan dizaman itu yang mana pergolakan politik begitu meruncing sampai satu tahap rakyat memberontak akibat 'Bloody Sunday' iaitu pembunuhan beramai-ramai di St. Petersburg pada January 22, 1905 yang mana salahfaham pihak pemerintah dengan rakyat. Pemerintahan Tzar berjaya ditumbangkan begitu mudah kerana adanya komplot dalaman pembesar istana dengan Parti Bolshelvik yang tidak tahan dengan sikap dan sifat Tzar waktu itu. Bila Pihak Parti Bolshelvik yang memerintah. Mereka mengawalselia aktiviti luar sekolah dan diwujudkan rumahya sendiri dikenali sebagai Istana Perintis Muda dengan dana khas untuk tujuan pergerakan Perintis Muda. Kem Perintis Muda didirikan semasa musim panas dan musim sejuk untuk aktiviti. Semua ehsan dari Kesatuan Pedagang (Trade Union). Cuba anda lihat sukan olimpik era 70an hingga 80an, ramai atlitnya dicungkil dari pegerakan ini! saya tak terkejut jika salah seorangnya dikalangannya dari kumpulan Perintis muda. Pengasas Perintis Muda Nadezhda Krupskaya (isteri Lenin) penyumbang utama pergerakan ini dan menulis esei mengenai Russian Union of the Communist Youth and boy-Scoutism, yang mana penulisannya dia memberi inspirasi pergerakan seumpama pengakap diwujudkan dalam Kesatuan Soviet dengan nilai-nilai dan ideologi juga dokrinnya berhaluan komunis yang lebih baik. Sejarah penubuhan May 19, 1922, 'Mesyurat Komsomol Seluruh Russia' memutuskan diwujudkan kumpulan perintis, ia merupakan hari jadi bagi pergerakan. April 1928, mesyurat ini juga yang menolak pergerakan pengakap yang dianggap 'legasi bourjois' Perjumpaan seperti Jamboree Tahun 1929 satu perjumpaan terbesar diadakan dengan merancang 'pelan 5 tahun' dan matinya pergerakan pengakap secara automatik pada 1931.... lencana atau lambang kecemerlangan Tiada dapat dikesan

Bendera Perintis Muda bekas Kesatuan Soviet

Bendera Perintis Muda China

Bendera dan lambang pergerakan berwarna merah dan kuning, elemen obor dan bintang digunakan sebagai simbol 'semangat mereka seumpama maraknya api pada obor'

Perintis Muda bekas Kesatuan Soviet sebelah kanan dan kiri rakan dari Poland memakai pakaian rasminya yang diberi nama Krzyz Harcerski daripada kumpulan Zwiazek Harcerstwa Polskiego.

Perintis dari czechozlovakia

Sikecil Octobrist negara bekas Jerman Timur

Perintis China yang tidak punyai pakaian rasmi

Uniform rasmi Hanya skaf merah yang diikat tanpa penggunaan woggle, sesetengah negara ada mempunyai uniform rasmi seperti Korea Utara berwarna biru seperti warna ini. Dibawah antara uniform-uniform mengikut negara.

Asas tujuan pergerakan ini Sepertimana yang kita ketahui, Perintis Muda ini meniru tapi dokritnya bersifat komunisme dari pergerakan pengakap kita tapi dari segi aspek pakaian ia tidak dipedulikan sangat. bebeza dengan pergerakan Pengakap kita tidak menolak tuhan dan kewujudnya. DDR(nama lama Jerman Timur sebelum bersatu) setiap perintis muda bermula dari peringkat kanak-kanak sehingga ke remaja mempunyai peluang yang cukup mudah untuk belajar ke peringkat lebih tinggi dalam IPTA. Tujuan utama pergerakan ini ialah memupuk setiap ahli-ahli perintis muda menjadi komunisme yang lebih baik dalam pembangunan negara.

Motto, Undang-Undang dan cogankata dalam pergerakan perintis muda Motto always prepared! hampir sama dengan motto pengakap sedunia 'be prepared'

Cogankata Young Pioneer, be prepared to fight for the cause of the Communist Party of the Soviet Union! Perintis Muda, sentiasa bersedia berjuang untuk hala tuju parti komunis soviet bersatu!

Undang-Undang Perintis Muda Young Pioneer is a young communism builder, labours for the welfare of the Motherland, prepares to become its defender. Perintis Muda adalah pembina pemuda komunis, pekerja dalam kemasyrakatan untuk tanahair(motherland dirujukan sebagai negara rusia dan fatherland dirujukan sebagai negara Jerman) Young Pioneer is an active fighter for peace, a friend to Young Pioneers and workers' children of all countries. Perintis Muda adalah pejuang yang aktif untuk keamanan, sahabat kepada semua Perintis Muda dari kanak-kanak hingga pemuda disemua negara Young Pioneer follows communists' example, prepares to become a Komsomol member, leads Little Octobrists. Perintis Muda adalah mematuhi prinsip komunis, contohnya bersedia menjadi ahli komsomol, memimpin 'SiKecil Oktobrist' Young Pioneer upholds the honour of the organization, strengthens its authority by deeds and actions. Perintis Muda memegang maruah kehomrtan organisasi, berani memikul tanggungjawab yang diberi dan sanggup melakukannya. Young Pioneer is a reliable comrade, respects elder, looks after younger people, always acts according to conscience. Perintis Muda adalah pengikut komunis yang dipercayai, hormati yang tua, menjaga yang muda dan selalu bertindak dengan mempertimbangkan baik dan buruk Young Pioneer has a right to elect and be elected to Young Pioneer self-government institutions, to discuss the functioning of the Young Pioneer organization on Young Pioneer gatherings, meetings, gatherings of Soviets of Young Pioneer detachments and Young Pioneer groups, in the press; to criticize shortcomings; to submit a proposal to any Soviet of the Young Pioneer organization, including the Central Soviet of the V. I. Lenin All-Union Pioneer Organization; to ask for a recommendation of the Soviet of Young Pioneer group to join VLKSM.

Related Documents


More Documents from ""

Nota Pengakap Muda
June 2020 7
Ikatan Dan Simpulan
June 2020 9
Kump 3a Batik
May 2020 10
Yserver
May 2020 15
Cabutan Bertuah
May 2020 35