Kuasa Politik Melayu Lemah

  • Uploaded by: egahmulia
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kuasa Politik Melayu Lemah as PDF for free.

More details

  • Words: 1,017
  • Pages: 4
KUASA POLITIK MELAYU LEMAH? Surat 1 KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum Ke-12 memberi banyak isyarat kepada semua pihak terutama Barisan Nasional (BN). Sememangnya keputusan tersebut mengejutkan tetapi tiada apa yang boleh dilakukan kerana rakyat sudah membuat keputusan. Saya sendiri sebenarnya terkejut tetapi sudah boleh menjangkakan ‘ada yang tidak kena’ terutama dari segi persiapan dan kempen BN. Banyak bendera, kain pemidang dan BN di kebanyakan kawasan lewat dinaikkan. Di sebahagian tempat pula, parti pembangkang lebih menguasai dengan poster dan kain rentang mereka. Ini pada saya memberi kesan psikologi kepada masyarakat setempat dan pengundi. Selain itu, penentuan calon BN begitu lewat. Sepatutnya BN yang lebih berpengalaman dapat memuktamadkan calon mereka lebih awal bagi memudahkan jentera bergerak dan bagi menangani segera isu dalaman seperti mereka yang kecewa tidak terpilih. Pada pilihan raya akan datang BN perlu mengenal pasti calon lebih awal. Begitu juga dari segi persiapan kerana pada kali ini, peruntukan, bendera, poster dan beberapa keperluan lain lewat sampai ke bahagian. Sedangkan parti-parti pembangkang kelihatan lebih terurus kerana mereka telah membuat persiapan yang lebih rapi. Tetapi yang lebih menghairankan saya ialah kempen-kempen BN tidak agresif seperti pembangkang. Kebanyakan pemimpin dan calon BN sekadar memberi penjelasan kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang. Ia menampakkan seolah-olah BN terpaksa bertahan dan pembangkang menyerang. Saya berasa strategi tersebut tidak kena. Gelombang Sepatutnya BN perlu sama agresif dan jika boleh, lebih agresif sebagaimana kempen tahun 1999 walaupun gelombang pembangkang kelihatan lebih kuat ketika itu. Ada lagi faktor lain seperti isu nasional dan persepsi terhadap kepimpinan yang turut menyumbang kepada kekalahan BN terutama di Lembah Klang, Lembah Kinta dan Kedah. Isyarat yang menggerunkan daripada pilihan raya kali ini ialah undi Melayu berpecah tiga iaitu UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dalam keghairahan menyokong pakatan pembangkang Pas-PKR -DAP, orang Melayu sudah di ambang ‘menang sorak kampung tergadai’.

1

Kerana sentimen untuk mencuba gandingan pembangkang, cengkaman kuasa politik Melayu di Lembah Klang sudah hilang. Apakah kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar? Akibatnya, DAP kini dominan di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Perak, yang begitu strategik kepada negara. Di Selangor, walaupun Menteri Besar adalah pemimpin dari PKR tetapi DAP menguasai lebih kerusi dalam pakatan pembangkang itu. Harap tanah-tanah rizab Melayu terjaga dan semoga rumah ibadat kaum lain tidak melebihi surau dan masjid selepas ini. Di Wilayah Persekutuan, penguasaan DAP juga mencerminkan monopoli politik Cina. Ada wakil Pas dan Keadilan pun, mereka kecil dan tidak bersatu dari segi ideologi. Kejayaan DAP ini semuanya adalah hasil ‘bantuan’ Pas dan PKR. Itu belum bercakap tentang bagaimana PKR dan Pas turut sama melonjakkan DAP ke persada kuasa di Pulau Pinang dan begitu juga di Perak. Ternyata pilihan raya kali ini menyaksikan sentimen perkauman yang kuat dimainkan oleh masyarakat Cina dan India kononnya untuk menghukum BN khususnya UMNO. Antara sebab UMNO ditekan kerana mempertahankan agenda Melayu selain berasa tidak puas hati terhadap beberapa isu kononnya masyarakat India dipinggirkan dan isu keris oleh Pergerakan Pemuda UMNO. Sebab itu, hampir 100 peratus pengundi Cina dan India memberi undi kepada pembangkang. Nampaknya yang menjadi mangsa kepada muslihat politik ini, ialah orang Melayu. Lebih menyedihkan ramai orang Melayu yang tidak mendaftar sebagai pengundi dan mereka yang mendaftar pula, ambil mudah dengan tidak keluar mengundi. Atas alasan apa sekalipun jika kita kecewa atau marah terhadap BN ia sepatutnya tidak sampai menghukum orang Melayu sendiri apatah lagi UMNO yang selama ini mempertahankan Islam dan agenda Melayu. Bapa saya, seorang bekas pegawai tentera menitiskan air mata bagaimana ‘Melayu membunuh Melayu’, angkara politik kepentingan sempit. Inilah realiti terbaru bagaimana kealpaan dan percaturan emosi akhirnya melemahkan politik Melayu. Tepuk dada tanya selera. – DR. SOSIAL, Kuala Lumpur.

Surat 2

2

SAYA ucapkan tahniah kepada BN kerana masih dapat membentuk kerajaan di peringkat Pusat. Begitu juga dengan kejayaan parti pembangkang menawan lima negeri. Cuma saya berharap parti-parti pembangkang dapat menunaikan janji-janji mereka dengan melaksanakan terlebih dahulu di negeri pimpinan mereka. Salah satu daripada janji ialah untuk melaksanakan konsep negara kebajikan. Ia boleh dimulakan di peringkat negeri. Selain itu diharap, usaha pembangkang untuk mengurangkan kos hidup rakyat dapat dilaksanakan. Kini rakyat akan menilai semua perkara dari segi janji hinggalah kepada kepimpinan. Janganlah jadi seperti di Kelantan di mana Pas masih gagal mentadbir dengan cekap. Saya juga tertarik untuk melihat sejauh mana kerjasama antara DAP, Pas dan PKR dapat dijayakan. Lebih-lebih lagi DAP dan Pas berlawanan ideologi. Semoga kepimpinan Pas tidak tunduk kepada DAP dalam menjaga kepentingan orang Islam dan Melayu. Kepada semua parti pembangkang, ingatlah apa yang anda capai datang bersama amanah. Janganlah hanya pandai bercakap dan berjanji kosong kerana itulah imej pembangkang selama ini. Jangan lupa juga bahawa kebanyakan orang Melayu masih sayangkan UMNO dan mereka pasti kembali memberikan sokongan pada pilihan raya umum akan datang. Malah beberapa rakan saya kesal apabila membaca akhbar mendapati BN tewas di banyak kawasan. Mereka menyatakan kepada saya bahawa ‘kesilapan percaturan’ yang orang Melayu lakukan pada pilihan raya kali ini tidak akan berulang pada pilihan raya akan datang. Maka pembangkang mesti laksanakan semua janji mereka sebelum rakyat menolak mereka dengan hukuman lebih berat. – PENSYARAH BARU, Johor Bahru.

Surat 3 SETELAH keputusan pilihan raya umum 2008 diumumkan, yang jelas adalah kemenangan pengundi Cina kerana DAP dan parti-parti pembangkang banyak memenangi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

3

Gelombang ‘tsunami’ undi orang Cina berjaya menunjukkan kuasa mereka. DAP memang telah menghebahkan UMNO adalah parti yang kuat. Ini adalah wake up call kepada orang Cina tetapi malangnya orang Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat dan Pas juga terpengaruh dengan permainan dan fitnah-fitnah mereka. Parti-parti tertentu yang ditunjangi oleh masyarakat Cina berjaya memainkan sentimen agar masyarakat kaum tersebut gerun dengan kekuatan UMNO yang dikatakan berkembang hampir semua negeri di Malaysia. BN telah mentadbir Malaysia dengan jayanya tetapi UMNO dan Islam semakin berkembang sehingga bukan Melayu merasa tidak selesa. Pilihan raya kali ini menyaksikan BN telah ditohmah dan difitnah dengan cukup hebat tetapi BN gagal melawan tohmahan-tohmahan sehingga orang Melayu pun masuk ke perangkap DAP. Ini pun orang Melayu tidak sedar. Sedarlah orang Melayu, sepatutnya kita berbangga dengan kejayaan anak bangsa tetapi kita bertelagah. Kini pembangkang menerima Selangor dari BN umpama dalam dulang emas. Negeri Selangor telah mencapai taraf negeri maju bawah kepimpinan BN. – HAMIMAH, Shah Alam. Utusan Malaysia, Isnin 10 Mac 2008

4

Related Documents

Kuasa Politik Melayu Lemah
November 2019 27
Kuasa
June 2020 31
Politik
November 2019 41
Politik
June 2020 29

More Documents from ""