Kuasa Dan Keabsahan

  • Uploaded by: Zainal b Sanusi
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kuasa Dan Keabsahan as PDF for free.

More details

  • Words: 3,447
  • Pages: 17
PROGRAM BERTERUSAN JARAK JAUH (PBJJ) PUSAT UKM BANGI, SELANGOR TAJUK TUGASAN: PEMERINTAH YANG MEMPUNYAI DARJAH KEABSAHAN YANG TINGGI TIDAK PERLU MENGGUNAKAN KEKERASAN UNTUK TERUS BERKUASA DAN MENDAPATKAN KEPATUHAN. BAHASKAN.

ZAINAL BIN SANUSI NO. MATRIK: GB 00762 SEMESTER 2 SESI 2008/2009 E-MAIL : [email protected] [email protected]

KURSUS SKSJ 1013 PENGHANTAR SAINS POLITIK FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI

NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA. DR GHAZALI MAYUDIN TARIKH HANTAR : 30 MEI 2009

1.O

LATARBELAKANG

Untuk mencapai kerukunan hidup bermasyarakat di dalam sesebuah negara, maka tingkahlaku dan perhubungan antara anggota atau rakyatnya perlu diatur dengan baik dan sistematik. Menurut Ismail bin Yusoff ( 2001 ), dalam masyarakat manusia sama ada primitif atau moden memerlukan individu tertentu yang bertanggungjawab memikul peranan untuk mengarah, mengatur dan mengawasi tingkahlaku dan perhubungan di kalangan warga masyarakatnya. Ini penting untuk mengelakkan atau sekurang-kurangnya meminimakan risiko berlaku sebarang pencerobohan dan kezaliman. Menurut Ismail bin Yusoff lagi, peraturan dan gaya pemerintahan inilah yang dimaksudkan sebagai sistem politik. Seperti peraturan-peraturan masyarakat yang lain, maka peraturan politik ini juga jelas berbeza daripada satu masyarakat ke satu masyarakat dan satu zaman ke satu zaman tertentu. Sehubungan dengan itu, tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia ini terdapat dua sistem politik yang benar-benar sama dalam segenap aspek.

Justeru, walaupun terdapat dua masyarakat

mengamalkan sistem politik yang sama, namun antara keduanya masih tetap wujud titik perbezaan. Misalnya di Negara China dan Russia yang mengamalkan sisitem politik yang sama iaitu Komunisme, namun dari segi pelaksanaan agak berbeza antara kedua-dua Negara tersebut. Begitu juga amalan demokrasi di Amerika Syarikat adalah berbeza dengan pelaksanan sistem yang sama di Britain.

Negara Amerika Syarikat mengamalkan pengasingan kuasa yang

dipanggil Demokrasi Berpresiden. Sementara itu di Britain pula mengamalkan percantuman kuasa yang digelar Demokrasi Berparlimen.

2

2.0

KONSEP PEMERINTAH ( KERAJAAN ) Berdasarkan keterangan di atas, jelaslah bahawa setiap masyarakat manusia memerlukan

golongan yang bertugas memerintah,

menghukum dan

menjadi kuasa penggerak ke atas

rakyatnya. Menurut Heywood ( 1994 ), kewujudan kelompok tersebut adalah penting untuk memelihara kehidupan dan kebahagiaan. Pendapat ini disokong oleh Raskin ( 1994 ) yang menambah bahawa ketiadaan golongan ini akan mengakibatkan manusia sentiasa dibelenggu masalah peperangan yang menyebabkan berlakunya perpecahan dan seterusnya menjadi mangsa penjajahan kuasa asing serta diserap ke dalam Negara lain. Menurut Shively ( 1995 ), sekumpulan manusia yang mempunyai kuasa muktamad untuk bertindak bagi pihak masyarakat atau negaranya inilah yang dipanggil sebagai kerajaan atau pemerintah.

Dalam

mendefinisikan istilah kerajaan ini, Syed Ahmad Hussein ( 1996 )

berpendapat ia juga boleh diertikan sebagai satu rangkaian institusi yang mentadbir masyarakat atau sebuah Negara. Institusi ini harus terdiri daripada dua aspek iaitu pertama, kumpulan orang yang bertanggungjawab memerintah negara dan keduanya meliputi aktiviti, cara dan prinsip yang digunapakai dalam pemerintahan sebuah negara atau unit politik yang lain. Justeru itu, dalam memberi definisi kerajaan atau pemerintah Ranney ( 1996 ) telah merangkumkan semua pendapat tersebut menjadi “ satu badan yang terdiri daripada manusia dan institusi yang menguatkuasakan undang-undang untuk sesebuah masyarakat”. Bagi John Locke, kerajaan adalah merupakan satu perjanjian antara pemerintah dengan yang diperintah dan menyokong mereka untuk berkuasa selagi ia melayan kepentingan mereka. Inilah yang dipanggil sebagai kontrak sosial yang dimeterai antara kedua belah pihak. Jelasnya, kenyataan ini menunjukkan bahawa fungsi kerajaan yang paling utama adalah untuk memastikan kepentingan rakyat dipenuhi. Selain daripada itu kekuatan teori ini terletak pada andaian bahawa wujud persefahaman antara individu dalam masyarakat untuk hidup bersama secara aman dan menghormati hak masing-masing. Menurut Ismail Yussof ( 2001 ), ramai di kalangan penulis berpendapat bahawa fungsi kerajaan dan fungsi sebuah negara adalah sama atau sekurangkurangnya hampir-hampir sama.

Walau bagaimanapun, secara umumnya fungsi sesebuah

kerajaan dapat dibahagi kepada enam jenis utama iaitu pelindung, pemberi, pengawal, pengusaha, pengadil dan penghukum. Kesemua fungsi tersebut saling berkaitan antara satu sama lain. 3

2.1

Fungsi Pemerintah Sebagai Pelindung. Fungsi sebagai pelindung merupakan asas kepada sesebuah kerajaan.

Pihak pemerintah wajib memberi perlindungan kepada rakyatnya daripada sebarang ancaman musuh sama ada dalam mahupun luar negara. Justeru untuk melaksanakan fungsi asas ini, sesebuah kerajaan itu harus secara relative kuat dan mendapat sokongan ramai.

Ini adalah kerana hanya dengan kekuatan ini

sahajalah dapat memberi perlindungan yang sempurna kepada rakyat. Sementara kekuatan ini akan

member kekuasaan.

Kedua-dua faktor ini adalah untuk

keadilan dan harus dicapai melalui persetujuan ramai.

Ini penting kerana

pengiktirafan rakyat inilah sesebuah pemerintah dapat mencapai kewibawaan disebabkan kuasanya itu diperolehi secara sah melalui proses undang-undang. Perlindungan ini akan menjadi lebih mudah lagi kerana kerajaan mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang dan kuasa ketenteraan untuk melindungi atau mempertahankan negara. 2.2

Fungsi Pemerintah Sebagai Pemberi. Dalam melaksanakan fungsinya sebagai pemberi, pihak pemerintah akan

menyediakan perkhidmatan sosial kepada rakyat. Ini meliputi bantuan kepada para petani seperti subsidi baja, mengawal harga barang, memberi perkhidmatan kesihatan, pendidikan, infrastruktur, keselamatan sosial dan sebagainya. Perkhidmatan ini hendaklah bersifat menyeluruh iaitu meliputi semua lapisan masyarakat tanpa mengira anutan agama dan fahaman politik. Trend menyekat pemberian geran pembangunan kepada negeri yang berbeza fahaman politik hendaklah dihapuskan. Ini adalah kerana ia mencerminkan sikap zalim pihak pemerintah dan menafikan hak rakyat untuk mendapat kemudahan yang sepatutnya mereka nikmati.

4

2.3

Fungsi Pemerintah Sebagai Pengawal. Pemerintah sebagai pengawal dapat dilihat dari aspek penglibatannya

mengawal kelakuan dan aktiviti manusia dalam masyarakat.

Dalam konteks

masyarakat alaf baru, banyak kelompok dan institusi yang terlibat memberikan perkhidmatan kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, terdapat individu yang hanya mementingkan komersial semata-mata dengan mengeksploitasi dan melakukan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan kebajikan masyarakat. Sebagai contoh, terdapat para pengusaha pusat permainan video dan kafe siber membenarkan pelajar yang terlibat dalam gejala ponteng sekolah masuk dan menghabiskan masa di situ sehingga berjam-jam lamanya. Justeru, di sinilah letaknya peranan pihak pemerintah dalam mengawal aktiviti-aktiviti negatif ini melalui panggubalan undang-undang dan peraturan yang berkaitan. Tugas ini dilaksanakan oleh penguatkuasa undang-undang seperti pihak berkuasa tempatan, pihak polis dan agensi-agensi berkaitan yang lain. 2.4

Fungsi Pemerintah Sebagai Pengusaha. Fungsi pihak pemerintah sebagai pengusaha adalah kerana penglibatan di

dalam aktiviti pengeluaran, perniagaan dan perdagangan. Penglibatan ini jelas di kalangan negara-negara komunis yang mengamalkan konsep pemiliknegaraan. 2.5

Fungsi Pemerintah Sebagai Pengadil. Pihak pemerintah adalah bertanggungjawab dalam mewujudkan kestabilan

masyarakat kerana tanpanya kebebasan dalam erti kata sebenar tidak akan wujud. Kestabilan ini dapat dicapai melalui undang-undang dan sistem kehakiman ( mahkamah ). Sehubungan dengan itu, fungsi pihak pemerintah sebagai pengadil

5

adalah untuk mengadili perselisihan di antara ahli masyarakat yang mempunyai kepentingan berbeza. 2.6

Fungsi Pemerintah Sebagai Penghukum. Susulan daripada fungsinya sebagai pengadil, maka wujud mahkamah

untuk melaksanakan proses timbang tara menangani sesuatu kes. Seterusnya, daripada pengadilan ini terbuktilah akan peranan pemerintah sebagai penghukum apabila mengenakan hukuman terhadap individu atau kelompok yang melanggar undang-undang. 3.0

KONSEP KUASA Semua jawatan yang berada di puncak hierarki mempunyai keistimewaan-

keistimewaan tertentu dan tidak dimiliki oleh lapisan lain dalam sesebuah organisasi atau pemerintahan. Salah satu daripada keistimewaan yang diperolehi adalah kuasa. Kuasa amat penting bagi seseorang pemimpin untuk membolehkannya mengemudi organisasi atau negara secara keseluruhan. Istilah secara keseluruhan ini bermaksud mengendalikan dan menguasai segala aset yang terdapat di dalam negara meliputi aspek mental dan fizikal. Menurut R.H. Tawney, kuasa boleh didefinisikan sebagai kebolehan individu atau sekumpulan individu mengubah perlakuan individu atau kumpulan lain supaya mengikut kehendaknya ( yang mempunyai kuasa). Kuasa meliputi pelbagai jenis dan peringkat seperti kuasa untuk membuat keputusan, kuasa untuk mengeluarkan arahan, kuasa untuk mengurniakan ganjaran dan hukuman, kuasa untuk melaksanakan apa jua perkara malahan kuasa untuk menentukan hala tuju sesebuah negara. Secara umumnya, kuasa terbahagi kepada dua : 3.1

Kuasa Autoriti ( authorisation power ). Kuasa ini dinikmati apabila seseorang itu menduduki jawatan pemimpin utama. Individu yang memiliki kuasa ini mampu melakukan 6

apa yang dia mahukan. Beliau akan mengendalikan kuasa berdasarkan apa yang dirasakannya sesuai. Impak baik atau buruk yang bakal diterima organisasi

atau

negara

yang

dipimpinnya

bergantung

kepada

kemampuannya menggunakan kuasa untuk tujuan yang bermanfaat atau sebaliknya. Dalam memimpin sebuah negara, kewujudan perkara-perkara yang meliputi kerjasama, kesetian, `` obligation of the subordinate to present the best `` dari subordinat dan perkara-perkara yang berkaitan bergantung kepada baik atau buruknya pemimpin mengendalikan kuasanya.

Sekiranya negara dipimpin dengan baik dan kuasa digunakan

pada tempat yang sewajarnya, soal di atas tidak akan timbul. Sebaliknya jika kuasa dan kepimpinan negara tidak diurus dengan baik, maka pemimpin masih tetap boleh memimpin tetapi ketundukan menyeluruh subordinat tidak akan diperolehinya. 3.2

Kuasa Keabsahan ( legitimate power ) Kuasa keabsahan adalah merupakan satu bentuk kuasa yang bersifat menyeluruh. Selain daripada kuasa yang diperolehi dari jawatan yang disandang, kuasa keabsahan hanya mampu diperolehi sekiranya seorang pemimpin mempunyai pengetahuan, mempraktikkan ilmunya dan dikongsi bersama, iman yang menjaga kaki dan tangan pemimpin, karisma yang terbentuk dari pelbagai elemen seperti karektor, keikhlasan, ketenangan , penampilan peribadi secara keseluruhan dan lain-lain lagi.

7

4.0

SUMBER KUASA Dalam konteks pemerintahan sesebuah Negara, kuasa secara formalnya diletakkan

kepada pemimpin, yamg mana kuasa tersebut ditentukan mengikut struktur dan fungsi perjawatan. Namun begitu, terdapat juga kuasa yang tidak semestinya dimiliki oleh individu dari kategori pemimpin bilamana individu tersebut mempunyai pengaruh disebabkan kebolehan atau kedudukannya yang tertentu. Justeru itu, secara umumnya sumber kuasa yang terdapat dalam kepimpinan sesebuah negara boleh dikategorikan kepada lima bahagian : 4.1

Kuasa Otoriti Ia merupakan kuasa sah yang dimiliki oleh pemimpin disebabkan oleh

otoriti yang terdapat pada peranan dan juga fungsi jawatan yang disandang. Kuasa ini biasanya telah ditetapkan mengikut hiraki struktur perjawatan sesebuah organisasi atau negara.

Sebagai contoh, Menteri Kewangan yang dilantik

mempunyai kuasa otoriti mengenai hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara.

Kuasa otoriti boleh dikatakan sebagai hak pemimpin untuk

mempraktikkannya, terutama dalam soal pengurusan yang melibatkan pengarahan dan membuat keputusan dasar sesebuah organisasi atau negara.

Melalui

penggunaan kuasa otoriti ini, seseorang pemimpin boeh bertindak ke atas subordinat agar melaksanakan sesuatu tugas sebagaimana yang dikehendaki. Memandangkan kuasa otoriti adalah berasaskan jawatan, pemimpin perlu akur bahawa penghormatan orang bawahan terhadapnya mungkin tidak sama setelah tidak lagi memegang jawatan tersebut. bergantung

kepada

faktor

personaliti

menggunakan kuasa otoritinya.

8

Isu penghormatan ini, adalah sangat dan

cara

bagaimana

pemimpin

4.2

Kuasa Kepakaran Kuasa kepakaran merujuk kepada pengetahuan dan kebolehan individu. Ia

merupakan fungsi daripada kapasiti skill dalam sesuatu bidang yang dimiliki oleh individu berbanding dengan orang lain. Kemahiran dan tahap professionalisma yang tinggi dalam sesatu bidang menyebabkannya diiktiraf sebagai mempunyai kepakaran. Justeru itu, beliau akan menjadi rujukan pihak atas, rakan sekerja dan juga orang bawahan dalam perkara yang spesifik kepada kepakarannya apabila diperlukan. Kuasa kepakaran yang dimiliki menjadikan seseorang itu berada dalam kelas yang tersendiri dan dalam keadaan tertentu boleh digunakan sebagai asas untuk peningkatan karier dan imbuhan yang lebih baik. 4.3

Kuasa Rujukan Ia merupakan potensi pengaruh yang dimiliki oleh individu disebabkan

kekuatan hubungan dengan orang lain. Kekuatan hubungan tersebut terbentuk disebabkan rasa hormat dan tertarik oleh orang lain terhadap personaliti individu berkenaan. Pemimpin atau individu yang berkarisma biasanya memiliki kuasa rujukan. Dari satu perspektif lain pula, dikatakan kuasa rujukan ini dimiliki oleh individu disebabkan kedudukan dan hubungannya dengan individu lain yang lebih berpengaruh. Sebagai contoh, seorang pengurus yang rapat dengan pengarah sesebuah organisasi biasanya mempunyai peluang baik untuk membuat recommendation ke atas kakitannya dalam aspek penilaian prestasi dan kenaika pangkat. Begitu juga seorang Pembantu Khas ( P.A.) pengarah juga dianggap mempunyai kuasa rujukan dan disegani oleh pegawai dan kakitangan lain disebabkan kedudukan serta hubungan kerjanya dengan pengarah berkenaan. Kuasa rujukan yang bergantung kepada kapasiti interpersonal ini biasanya mengambil masa untuk dibangunkan dan tahapnya berkemungkinan tidak konsisten

( turun-naik ) terutamanya dalam situasi

sentiasa berubah-ubah.

9

sebuah organisasi yang

4.4

Kuasa Ganjaran Merupakan potensi untuk mempengaruhi orang lain melalui berbagai

sumber yang berbentuk ganjaran. Pemilikan kuasa ini adalah berasaskan kuasa kawalan oleh individu ke atas sumber ganjaran tersebut. Secara amnya, kuasa ganjaran terletak pada ketua ( bahagian, seksyen atau unit pejabat ) yang diberi kuasa untuk menilai prestasi kakitangan di bawahnya.

Pelaksanaan kuasa

ganjaran adalah dengan tujuan untuk memberi motivasi kepada kakitangan yang cemerlang dan menjadi perangsang orang lain agar mencontohi mereka yang telah berjaya. Dalam konteks politik, kuasa ganjaran diberikan sebagai balasan kerana memberikan sokongan dalam pemilihan atau pilihanraya. Antara ganjaran yang sering digunakan adalah seperti subsidi baja, biasiswa, kemudahan infrastruktur dan sebagainya. Kebanyakannya bersifat “mi segera ” kerana diadakan sematamata untuk menghadapi sesuatu pemilihan. 4.5

Kuasa Hukuman Kuasa hukuman adalah merupakan cara unutk mempengaruhi orang lain

melalui pelaksanaan tindakan berupa hukuman apabila gagal mematuhi seauatu arahan atau keperluan yang ditetapkan. Sepertimana kuasa otoriti dan kuasa ganjaran, punca kepada kuasa ini adalah berasaskan jawatan dan peranan. Dalam pemerintahan sesebuah negara, pelaksanaan kuasa hukuman kepada individu atau kumpulan yang melanggar peraturan dan undang-undang adalah seperti denda, penjara dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, untuk menjadikannya lebih efisen dan bermakna ia hendaklah dilaksanakan dengan tujuan yang positif seperti membetulkan kesilapan, menggalakkan komitmen masyarakat atau memastikan penguatkuasaan

sesuatu

undang-undang.

Sebarang

kesilapan

dalam

melaksanakan kuasa hukuman ini akan menjejaskan kredibiliti agensi yang terlibat dan negara akan dianggap memiliki pemimpin yang zalim

10

5.0

KONSEP KEABSAHAN Keabsahan berasal daripada perkataan `absah `( legitimate ) yang membawa maksud sah.

Apabila dilihat daripada prespektif politik ia bermaksud raja atau pemerintah yang menaiki takhta kerana keturunan yang sah atau legitímate birth. Pada masa ini , keabsahan seseorang pemerintah itu dinilai daripada 2 perspektif : 5.1

Undang-undang Ia bermaksud bahawa perlantikan seseorang pemimpin itu tidak

bercanggah dengan peruntukan undang-undang negara. Contohnya,

dalam

konteks Malaysia yang merupakan sebuah negara raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Yang Dipertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri-negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun. Sistem ini adalah berdasarkan Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan Britain. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat yang pada pendapat Yang Dipertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam perlimen.

Sementara itu, kabinet merupakan ahli

Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Menurut perlembagaan, parlimen terbahagi kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli digelar senator. Dari segi pecahan, 26 orang ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negari sebagai mewakili 13 buah negeri. Manakala 44 orang ahli lagi dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong setelah mendapat nasihat Perdana Menteri, termasuk dua orang ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya. Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 orang ahli yang mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih berdasarkan sokongan ramai melalui sistem pilihanraya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan. 11

5.2

Persepsi Umum Selain daripada keabsahan seorang pemerintah ditentukan oleh undang-

undang, ia juga perlu kelihatan sah dari kacamata sikap dan pandangan umum masyarakat.

Kedua-dua faktor tersebut mestilah berjalan serentak untuk

menguatkan lagi keabsahan seseorang pemimpin yang dilantik. Sekiranya salah satu faktor itu tidak diambil kira sudah pasti akan mengundang masalah politik yang tidak berkesudahan.

Merujuk kepada krisis politik di negeri Perak,

walaupun mahkamah telah mengisytiharkan jawatan Menteri Besar adalah milik Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir, namun dari segi persepsi umum lantikan tersebut tetap tidak sah kerana penyandang jawatan yang ada iaitu Dato’ Seri Ir. Nizar dipilih oleh majoriti rakyat dalam pilihan raya umum yang lepas. Seterusnya, kemenangan beliau dalam pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang merupakan isyarat jelas betapa rakyat tetap mengiktiraf Dato’ Seri Nizar sebagai Menteri Besar yang sah. Malahan, Undang-undang Tubuh Negeri Perak dengan jelas telah menyatakan tiga cara untuk membuat penukaran pucuk pimpinan negeri iaitu : 5.2.1

Menteri Besar menasihatkan Sultan untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya untuk memberi mandat kepada rakyat memilih kerajaan baru;

5.2.2

Menteri Besar serta barisan EXCO meletakkan jawatan dan menyerahkannya kepada parti yang mendapat kerusi majoriti;

5.2.3

Melalui usul undi tidak percaya di dalam sidang DUN. Sekiranya perkara pertama dan kedua tidak berlaku, maka rakyat perlu menunggu DUN bersidang untuk membawa usul tersebut.

12

Justeru, selagi sidang DUN belum diadakan dan usul undi tidak percaya dibentangkan untuk mendapatkan undi majoriti, selagi itulah kerajaan yang ada masih lagi sah dan layak memerintah.

5.0

BAGAIMANA KEABSAHAN DIPEROLEHI

5.1

Faktor Sejarah Faktor sejarah yang menunjukkan tempoh masa pemerintahan itu wujud

memainkan peranan penting dalam memperolehi keabsahan.

Kerajaan yang telah

memerintah sesebuah negara untuk sekian lama dianggap adalah sah dari segi undangundang dan persepsi umum.

Contohnya, pemerintahan Malaysia yang diterajui

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO ) , telah memegang kuasa bersama parti-parti lain sejak kemerdekaan Malaya pada tahun 1957. Pada tahun 1973, gabungan parti yang berasaskan kaum telah digantikan dengan perikatan yang lebih besar diberi nama Barisan Nasional. Sebelum tahun 2008, gabungan parti ini telah mendominasi jumlah kerusi di hampir semua negeri dan telah memerintah selama lebih kurang 52 tahun. Justeru secara tidak langsung pemerintahan Barisan Nasional selama ini dianggap sah oleh majoriti rakyat Malaysia dari sudut perundangan dan pandangan umum. Hanya pada Pilihan Raya Umum 2008 gabungan ini ditimpa Tsunami Politik kerana mengalami penurunan jumlah kerusi yang mendadak dan kehilangan 5 buah negeri ke tangan pembangkang.

Walau bagaimanpun, kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional

masih dapat dibentuk pada 8 Mac 2008 dengan memiliki 140 kerusi parlimen berbanding pembangkang yang memenangi 82 kerusi.

13

5.2

Mampu Memerintah Dengan Baik.

Tidak dapat dinafikan bahawa sesebuah negara yang dapat diperintah dengan baik akan lebih mudah memperolehi keabsahan. Melalui dasar-dasar tertentu yang diatur untuk kepentingan rakyat dan sebagai balasan mereka akan memberikan kesetiaan tidak berbelah bagi terhadap pemerintahan yang sedia ada. Di dalam sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian etnik dan fahaman agama berbeza, kejayaan kerajaan dalam memupuk keharmonian antara kaum boleh dianggap salah satu ciri-ciri pemerintah yang baik. Keharmonian yang wujud akan memberi impak besar terhadap kestabilan ekonomi dan politik rakyat keseluruhannya. Rakyat akan bebas melakukan aktiviti harian tanpa rasa takut berlaku rusuhan kaum. Keyakinan rakyat terhadap kerajaan akan bertambah tinggi, apabila pemerintah yang dipilih itu mampu menyediakan persekitaran politik dan pentadbiran yang stabil seterusnya meletakkan nama negara dalam kelas tersendiri di mata dunia. Dalam konteks Malaysia, kita telah dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Ini berikutan dari kejayaan para pemimpin negara yang menjadi jurucakap bagi Negara Dunia Ketiga untuk menyatakan pendirian, prinsip dan masa depan dengan Barat dan tidak gentar dalam menghadapi isu-isu antarabangsa seperti Palestin, Iraq, Somalia dan sebagainya. 5.3

Rakyat Merasa Ada Hak Bersuara Pelaksanaan pilihan raya sudah menjadi kemestian dan prasyarat penting dalam

sistem demokrasi. Pilihan raya amat sinonim dengan demokrasi dan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ia merupakan nadi kepada sistem itu sendiri. Jika merujuk kepada pendapat para sarjana berhubung sistem politik demokrasi, ternyata rakyat mempunyai peranan tersendiri. Apa yang jelas, sebenarnya rakyatlah yang akan menjadi hakim untuk menentukan sah atau tidak sesebuah kerajaan itu. Dalam perkataan yang lebih tepat ialah kerajaan dibentuk oleh kuasa rakyat melalui proses pilihan raya.

Melalui amalan

demokrasi tidak seorang pun boleh mewakili dirinya sendiri dengan kuasa untuk 14

memerintah. Ini membawa maksud bahawa tiada seorang pun yang boleh dengan angkuh menjadi pemerintah tanpa sokongan rakyat. Parti-parti yang mendapat kerusi majoriti adalah berhak membentuk kerajaan dan yang kalah bertindak sebagai pembangkang serta tidak akan merebut kuasa dengan cara yang tidak sah. Justeru, kerajaan demokrasi adalah dipilih oleh rakyat menerusi pilihan raya dan bertanggungjawab ke atas rakyat, di mana suara majoriti diambil kira tanpa mengabaikan hak golongan minoriti. 5.4

Memanipulasi Simbol Negara Selain daripada itu pemerintah juga telah memanipulasi simbol-simbol negara

semata-mata untuk menguatkan lagi kesetiaan rakyat. Sebagai contoh, nama bendera rasmi Malaysia telah diisytiharkan sebagai Jalur Gemilang pada 31 Ogos 1997. Bendera Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyatnya dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara.

Begitu juga dengan

pembinaan Tugu Negara Malaysia pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11,000 perajurit yang terkorban sebagai pahlawan negara semasa Peang Dunia 1 ( 1914-1918 ), Perang Dunia 2 ( 1935-1942 ) dan Darurat ( 1948-1960 ). Pada 11 November setiap tahun akan diadakan satu perbarisan hormat di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan anggota tentera mengibarkan Jalur Gemilang dan setiap patung gangsa yang ada melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian dan pengorbanan. Kesemua simbol atau lambang negara yang dimanipulasi itu mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menyemai perasaan cinta kepada negara dan kepimpinan yang ada.

15

6.0

KESIMPULAN Apa yang jelas ialah dengan kuasa keabsahan yang dimiliki, seorang pemimpin tidak

sukar untuk mengendalikan perjalanan pentadbiran sesebuah negara.

Ini adalah kerana

pemimpin tersebut telah mendapat kesetiaan secara menyeluruh berdasarkan rasa hormat, kagum dan keinginan majoriti rakyat untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada negaranya. Rakyat sangat menyedari betapa mereka dipimpin oleh seorang ketua yang benar-benar berwibawa. Walau bagaimanapun, kuasa keabsahan ini hanya diperolehi oleh pemimpin yang menjadikan elemen-elemen tersebut di atas sebagai amalan sepanjang dia memegang tampuk pemerintahan negara.

16

RUJUKAN

Ismail bin Yusoff (2001 ).Pengenalan Sains Sosial.Penebitan Universiti Utara Malaysia. Sintok. Hal 117. Heywood A. ( 1994 ).Political Ideals and Comceprs: An Introduction. London. Mac Millan Press.Hal: 27 Raskin, M.G. et al. ( 1994 ). Political Science An Introduction. New Jersey.Hal : 30 Shively W. P. ( 1995 ), Power and Choice: An Introduction to Political Sceince. New Jersey Syed Ahmad Hussein ( 1996 ). Penghantar Sains Politik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ranney .A. (1996).Governing:An Introduction to Political Sceince NewJersey:Prentive Hall. http://uniprof.wordpress.com:Kuasa dan Pengaruhnya Dalam Organisasi:M.Fauzi.28 Mei 2009. http://ms.wikipedia.org/wiki.30 Mei 2009

17

Related Documents

Kuasa Dan Keabsahan
May 2020 11
Super Keabsahan
May 2020 21
Kuasa
June 2020 31

More Documents from ""