Perjanjian Dahulu

  • Uploaded by: Zainal b Sanusi
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perjanjian Dahulu as PDF for free.

More details

  • Words: 429
  • Pages: 11
Bukankah kita pernah berjanji dahulu? Minta dilahirkan untuk mentadbir bumi, menjadi khalifah…

Lagu : ElSuraya, Atiqah Rahman Konsep : Hamba Allah(Indonesia) ? Design & Rearranged by : nizartwork additional info http://tasekpauh.blogspot.com/2006/10/pembersihan-aqidah-persoalan-mengenai.html/

Just click and click and click to view

Selimut Putih Bila Izrail datang memanggil Jasad terbujur dipembaringan Seluruh tubuh akan menggigil Sekujur badan ‘kan kedinginan Tak ada lagi guna harta Kawan karib sanak saudara Jikalau ada amal di dunia Itulah hanya pembela hidup Janganlah mahu disanjung-sanjung Engkau digelar manusia agung Sedarlah diri tahu diuntung Sebelum masa keranda diusung Datang masanya insaflah diri Selimut putih pembalut badan Tinggal semua yang dikasihi Berbaktilah hidup sepanjang zaman Bila Izrail datang memanggil Jasad terbujur dipembaringan Seluruh tubuh akan menggigil Sekujur badan ‘kan kedinginan

Adakalanya sambil berhibur, bekerja, berniaga, kita dijemput olehNya untuk ditanya tentang perjanjian dahulu.

Manusia dengan cita-cita dan peristiwa serta bencana yang datang mendadak. Bila dia selamat dari satu bencana, yang lain datang menggangunya, dan bila dia terselamat dari yang itu, bencana lain pula datang mengganggunya. Apabila ia terselamat dari semuanya, dia pun tua bangka.

Tinggallah segala cita-cita dan impian serta pengharapan

Apabila mati seorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara: (iaitu pahala amalannya yang dilakukannya semasa hayatnya masih diberikan pahala), sedekah yang berkekalan, ilmu yang dimanfaatkan , anak yang solih yang berdoa kepadanya . - Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.

Kamu telah dilalaikan oleh sikap ingin bermegahmegah (dengan memperbanyakkan harta, pengaruh, pangkat dan sebagainya). Sehinggalah kamu memasuki kubur. Jangan begitu, kelak kamu akan mengetahui. Kemudian, janganlah begitu, (kerana) kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin. Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim. Kemudian kamu sesungguhnya benar-benar akan melihatnya dengan ainul yaqin (mata kepala sendiri sehingga menimbulkan keyakinan yang kuat). Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan . Surah at-Takasur: 1-8.

Bukankah kita pernah berjanji dahulu? Minta dilahirkan untuk mentadbir bumi…menjadi khalifah

Kubur itu samada satu taman daripada tamantaman syurga atau satu lubang daripada lubanglubang neraka . - Riwayat Tirmizi.

Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang daripada kamu, lalu dia berkata: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku mampu bersedekah dan aku termasuk dalam golongan yang solih?” . Surah al-Munafiqun: 10.

Semoga dengan kedatangan Ramadhan ini, Hati & fikiran semakin tenang dan aman, Dibuka olehNya segala pintu rahmat dan keampunan untuk kita semua

Moga kita diberi petunjuk serta hidayah Mohon kemaafan & insyaAllah jumpa lagi.

eel free to forward this message to any of our friends(mahupun seteru) out there. Jazakallah

Related Documents


More Documents from "Koetai Tekno"