Konsep Perkahwinan.docx

  • Uploaded by: aizat zakaria
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Konsep Perkahwinan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 3,473
  • Pages: 15
BIODATA DIRI

1

ISI KANDUNGAN BIL.

TAJUK

MUKA SURAT

1.

BIODATA DIRI

1

2.

ISI KANDUNGAN

2

3.

PENGHARGAAN

3

4.

1.0 KONSEP PERKAHWINAN MENURUT SYARIAT ISLAM

4-6

5.

2.0 JENIS-JENIS KEADAAN YANG BERKAITAN DENGAN PEMBUBARAN PERKAHWINAN

7-11

6.

3.0 PROSEDUR PERKAHWINAN ISLAM YANG MENJADI AMALAN DI MALAYSIA

12-14

7.

RUJUKAN

15

2

PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga

saya

menyempurnakan tugasan bagi subjek Elektif Fiqh Kekeluargaan Islam (FKIK 3013) ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai bakal seorang guru. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya dan pengalaman itu pada masa hadapan saya memang melakukannya. Justeru itu, saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu berkaitan Fiqh Kekeluargaan Islam ini. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu, Encik Mohd Yusoff Bin Dagang kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan tugasan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Seterusnya, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.

3

PENDAHULUAN Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia. Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh bertanggungjawab. Mereka ini adalah golongan yang berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai khalifah Allah yang mempertahankan peradaban dan tamadun manusia. Orang berkahwin bertanggungjawab secara keseluruhannya terhadap rumah tangga dan ahli keluarga. Segala perbuatan yang dilakukan demi kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga mendapat pahala daripada Allah. Perkahwinan merupakan suatu sunnah Rasulullah s.a.w bagi meneruskan dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam untuk melahirkan generasi yang soleh. Di sini menunjukkan bahawa, perkahwinan itu bukanlah sebagai satu ikatan sahaja, malah sebagai satu sunnah Nabi dan sebagai satu perintah dari Allah S.W.T.

4

1.0 KONSEP PERKAHWINAN MENURUT SYARIAT ISLAM

Perkahwinan atau pernikahan dalam Islam adalah suatu perkara yang sangat dituntut. ‘Nikah’ menurut bahasa ialah bertemu, berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ‘Ijab dan Qabul’ (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam Al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan. Allah ‫ سبحانه وتعالى‬menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan perbuatan zina. Allah ‫ سبحانه وتعالى‬berfirman:

﴾٤٩﴿ َ‫ش ْىءٍ َخلَ ْقنَا زَ ْو َجي ِْن لَعَلَّ ُك ْم تَذَ َّك ُرون‬ َ ‫َو ِمن ُك ِل‬ “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.” (Surah Adz-Dzariyaat 51; Ayat 49)

Keinginan untuk berkahwin adalah fitrah manusia, yang bererti sifat pembawaan manusia sebagai makhluk Allah ‫سبحانه وتعالى‬. Setiap manusia yang sudah dewasa dan sihat fizikal dan rohaninya, pasti memerlukan teman hidup yang berlainan jenis. Teman hidup yang dapat memenuhi keperluan biologi yang boleh dicintai dan mencintai, yang dapat mengasihi dan dikasihi, yang boleh diajak bekerja sama untuk mewujudkan ketenteraman, ketenangan dan kesejahteraan hidup berumah tangga.

Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:

‫يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له‬ )‫ (رواه البخارى و مسلم‬.‫وجاء‬ “Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5

Perkahwinan menurut Islam dimana pembentukan institusi keluarga Islam bertitik tolak daripada perkahwinan. Perkahwinan merupakan ikatan antara lelaki dan wanita melalui akad nikah dan ijab kabul. Perkahwinan merupakan satu peristiwa bersejarah yang tidak wajar dilupakan oleh seseorang yang beriman. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Maka kahwinlah kamu mana-mana yang baik bagi kamu daripada wanita dua, tiga atau empat. Maka sekiranya kamu khuatir bahawa kamu tidak dapat berlaku adil maka cukuplah seorang sahaja. (Surah al-Nisaa’: 3) Sementara Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Adalah Nabi s.a.w. memerintah kami berkahwin dan menegah kami daripada membujang dengan tegahan yang keras. Dan sabda Baginda: Kahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu kerana sesungguhnya aku berbangga kerana banyak bilangan kamu pada hari kiamat kelak. (HR. Imam Ahmad) Islam juga memberi panduan yang jelas bagi seseorang lelaki memilih jodoh. Namun begitu, Islam lebih mengutamakan perempuan beriman kerana hanya keimanan saja dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w.: Janganlah wanita itu dikahwini kerana kecantikannya mungkin kecantikannya menyebabkan dia berperangai buruk. Dan jangan pula kerana kekayaannya kerana mungkin kekayaannya menyebabkan dia menjadi sombong dan tetapi kahwinlah wanita itu kerana agamanya. Dia seorang hamba yang hitam kulitnya tapi bersih agamanya adalah terlebih utama. (HR. Baihaqi)

6

2.0 JENIS-JENIS KEADAAN YANG BERKAITAN DENGAN PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Perkahwinan adalah akad yang ditentukan oleh syarak bagi menghalalkan hubungan jenis antara lelaki dengan wanita. Ia merupakan satu jalan yang mulia untuk mengatur hidup berumahtangga dan bagi menyambung generasi yang bertanggungjawab. Perkahwinan juga bertujuan supaya suami isteri dapat hidup bersama,berkongsi masalah suka duka,mendidik anak dan sebagainya. Namun,kadang kala harapan ini tidak tercapai kerana berlaku perselisihan dan pergaduhan sehinggalah terjadinya perceraian. Oleh itu Islam telah menyediakan beberapa cara dan jalan terakhir sekiranya suami isteri bertekad untuk membubarkan perkahwinan mereka antaranya ialah talak, fasakh, khuluk, takliq, lian, ila’dan zihar. Di dalam Islam terdapat berbagai cara untuk membubarkan perkahwinan iaitu: 1. Talak Perceraian yang dilakukan oleh suami dengan lafaz talak satu, dua atau tiga sama ada secara nyata atau kiasan. Hal ini telah disebutkan di dalam al-Quran yang maksudnya: “Talak (yang boleh dirujuk kembali itu) hanya dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) terus bersama (dengan isterinya) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.” (Surah al-Baqarah: 229) Maka sesudah berlaku talak tiga, rujuk atau kahwin semula tidak boleh dilakukan lagi antara suami isteri tersebut. Perkahwinan semula antara keduanya hanya dibenarkan jika isteri yang diceraikan itu telah berkahwin dengan lelaki lain dan telah melakukan persetubuhan dengan suaminya yang kedua dan selepas suami yang kedua itu dengan kerelaan sendiri menceraikan isterinya itu. Ini merujuk kepada firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu jika ia diceraikan (oleh Suami yang baru dan habis ‘iddahnya) maka mereka berdua (bekas suami dan bekas isteri) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula) jika mereka benar-benar yakin dapat menegakkan aturan hukum Allah. Dan itulah aturan-aturan hokum Allah, diterangkan kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.” (Surah al-Baqarah: 230).

7

2. Khulu’ Ia juga dikenali sebagai ‘tebus talak’ yang bermaksud pembubaran perkahwinan yang diperolehi oleh seorang isteri dengan membayar kepada suaminya dengan sesuatu benda yang berharga di mana kadar benda tersebut adalah berdasarkan persetujuan antara suami dan isteri berkenaan atau berdasarkan kepada keputusan qadhi. Ini dikira sebagai ganti rugikepada suami berkenaan. Hal ini adalah berdasarkan pengertian yang diambil dari sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas RA bahawa isteri Thabit bin Qais telah datang berjumpa Rasulullah SAW lantas berkata “wahai Rasulullah, saya hendak meminta cerai dari suami saya dan tidak ada cacian terhadapnya tentang perangainya dan keagamaannya tetapi saya bencikan sifat kekufuran yang ada padanya sedangkan saya seorang Islam.” Maka sabda Rasulullah SAW, “Adakah engkau bersedia mengembalikan kebunnya yang telah diberikan kepada kamu sebagai mas kahwin? Jawabnya: Ya saya bersedia. Lalu baginda menyuruh Thabit bin Qais menerima kembali kebunnya dan menceraikan isterinya. Maka Thabit menerima perintah baginda dan diceraikan isterinya." (Hadis Riwayat Bukhari dan an-Nasa’i) Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tidak halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami dan isteri) takut tidak dapat menegakkan peraturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami tentang bayaran itu). Itulah peraturan-peraturan hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar peraturan-peraturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Baqarah: 229) Secara umumnya apa sahaja yang boleh dijadikan mahar (mas kahwin) boleh dijadikan bayaran khulu’. Iaitu setiap barang yang bernilai atau mempunyai manfaat dan ditentukan secara pasti tentang benda dan faedah yang hendak digunakan sebagai bayaran khulu’ tersebut. Nafkah yang wajib ke atas suami kepada isterinya atau nafkah anak kecil yang berada di bawah jagaan ibu atau bayaran susuan dan jagaan anak dengan ditentukan jangka waktunya juga boleh dijadikan bayaran khulu’ dari isteri. Dengan ini nafkah yang wajib dibayar oleh suami tidak perlu lagi dibayar dan ia ditanggung sendiri oleh isteri. Di antara kesan khulu’ ialah bekas suami tidak boleh rujuk kepada bekas isterinya, bekas suami tidak boleh menambah talaq ke atas bekas isterinya, bekas suami tidak boleh menambah talaq ke atas bekas isterinya dalam waktu ‘iddah dan suami juga tidak boleh 8

berkahwin dengan bekas isterinya kecuali dengan akad dan mas kahwin yang baru. Iddah bagi isteri yang dikhulu’ adalah sekali haidh dan pembubaran menerusi khulu’ ini boleh dilakukan pada bila-bila masa iaitu waktu suci atau waktu isteri sedang haidh. Maka berdasarkan khulu’ ini inisiatif untuk perceraian datang dari pihak isteri sendiri dan alasan yang boleh diterima oleh syarak. Namun dalam hal ini mana-mana suami adalah dilarang menggunakan kesempatan untuk bertindak menimbulkan kesukaran kepada isterinya bagi mendapat khulu’ daripadanya kerana dalam kes begini ahli feqah berpendapat khulu’ adalah batal dan bayaran tebus talaq dipulangkan kepada si isteri semula. 3. Ila’: Iaitu apabila seseorang suami bersumpah dengan nama Allah SWT atau dengan menyebut sifat Allah SWT untuk tidak bersetubuh dengan isterinya selama empat bulan atau lebih atau dengan tidak menyebut tempoh masa. Firman Allah SWT yang maksudnya: “Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri mereka, diberikan tempoh untuk empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talaq (menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 226-227) 4. Zihar: Iaitu apabila seseorang suami itu menyamakan belakang isterinya dengan belakang ibunya (atau orang yang diharamkan berkahwin dengannya). Hal ini dijelaskan di dalam alQuran yang bermaksud: “Orang-orang yang ziharkan isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta. Dan (ingatlah) Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.”(Surah al-Mujadalah: 2) 5. Li’an: Ianya berlaku apabila seseorang suami bersumpah menuduh isterinya melakukan zina dan isterinya juga bersumpah menafikan tuduhan suaminya itu. Firman Allah SWT yang maksudnya: “Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina sedang ia tidak mengemukakan saksi-saksinya (yang mengesahkan tuduhan itu), hanya dirinya sendiri, maka persaksian (yang sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah empat kali bahawa suaminya (yang menuduh) sesungguhnya adalah dari orang-orang yang dusta. Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): 9

bahawa kemurkaan Allah akan menerima dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar.” (Surah an-Nur: 6-9) 6. Fasakh: Iaitu pembatalan dan pembubaran perkahwinan yang mengikat antara suami dan isteri dengan sebab wujudnya perkara-perkara yang menghalang perkahwinan tersebut diteruskan seperti perkahwinan antara muhrim, isteri orang, wali atau saksi fasik (akad tidak sah sejak diadakan), murtad salah seorang daripada keduanya (akad terbatal), akad sah tetapi difasakhkan oleh qadhi atas tuntutan isteri sama ada kerana suami berpenyakit (dalam kes ini perkahwinan tidak boleh dibubarkan selagi tidak dibicarakan dan diputuskan oleh qadhi atau hakim Mahkamah Syariah), tidak kufu’, suami tidak mampu membayar mahar (pemberian wajib daripada suami kepada isteri) dan nafkah (mengeluarkan belanja kepada mereka yang berada di dalam tanggungan) atau sebagainya seperti kesukaran yang dialami oleh isteri kerana suami hilang, suami dipenjara, suami menyakiti isteri secara keterlaluan (penderaan fizikal dan mental) atau sebagainya. 7. Ta’liq: Iaitu menggantungkan perceraian kepada sesuatu masa atau sesuatu perbuatan seperti kata suami kepada isterinya: “Sekiranya kau pergi ke tempat tertentu maka kau tertalak.” Perceraian tidak berlaku semasa suami melafazkan ta’liq tetapi hanya berlaku sekiranya syarat yang disebut dalam lafaz ta’liq tersebut dilanggar. Di Malaysia cerai ta’liq ini adalah suatu bentuk perceraian yang biasa diamalkan. Selepas akad nikah seseorang suami dikehendaki melafazkan ucapan ta’liq dan menandatangani surat ta’liq di hadapan juru nikah. Contohnya seperti di Wilayah Persekutuan, lafaz ta’liq tersebut adalah: “Bahawa adalah saya mengaku apabila tinggalkan isteri saya (nama) selama empat bulan Hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan dan saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut pada hal atau saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya kemudian ia mengadu kepada Mahkamah Syariah dan memberi kepada Mahkamah Syariah yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khulu’ Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, Kaedah-kaedah Keluarga Islam (borang dan Fee) 1985 (seksyen 134(3)] Kesimpulannya,

meskipun

pembubaran

perkahwinan

dibenarkan,

termasuk

peruntukan khulu’, fasakh dan ta’liq yang diberikan kepada wanita namun usaha-usaha hendaklah dibuat untuk menyelamatkan sesuatu perkahwinan itu sebagaimana yang difirmankan Allah SWT yang bermaksud: “... dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah orang tengah (hakam) iaitu Seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua orang tengah itu bertujuan 10

hendak mendamaikan nescaya Allah akan menjadikan kedua-duanya itu berpakat baik.” (Surah an-Nisa’: 35). Sesungguhnya di antara lelaki dan wanita itu terdapat perbezaan dalam membuat sesuatu keputusan di mana kebiasaannya wanita itu lebih mudah tunduk pada perasaan apalagi jika sedang berada di saat-saat genting di mana persoalan perceraian sebenarnya memerlukan kepada pemikiran yang rasional. Sabda rasulullah SAW yang bermaksud: “Mana-mana isteri yang meminta cerai dari suaminya tanpa alasan maka haram kepadanya bau syurga.” (Hadis riwayat Ahmad dan at-Tirmizi) Manakala pihak lelaki pula tidak boleh terburu-buru menggunakan kuasa yang ada (untuk menceraikan) dan mesti berfikiran tenang terutama dalam mempertimbangkan kewajiban dan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Firman Allah SWT yang maksudnya: “....dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)..” (Surah an-Nisaa’: 19)

11

3.0 PROSEDUR PERKAHWINAN ISLAM YANG MENJADI AMALAN DI MALAYSIA

Dalam keghairahan menyediakan keperluan persiapan majlis perkahwinan, janganlah sampai terlupa tentang perkara paling asas, iaitu mematuhi kesemua prosedur pernikahan yang berkaitan. Anda semestinya tidak mahu majlis perkahwinan terganggu atau tertunda disebabkan masalah dengan prosedur pernikahan, bukan? Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menyegerakan proses memenuhi prosedur pernikahan supya tidak kelam-kabut di kemudian hari. Di Malaysia, prosedur pernikahan diuruskan oleh Pejabat Agama Islam Negeri masing-masing, yang merupakan satu jabatan di bawah bidang kuasa setiap Kerajaan Negeri. Maka, mungkin akan terdapat sedikit perbezaan kecil berkenaan prosedur pernikahan antara satu negeri dengan negeri yang lain. Namun, usahlah anda risau kerana perbezaan ini tidak akan menyulitkan permohonan pernikahan anda. Asalkan sahaja anda mematuhi semua prosedur dengan lebih awal, segala-galanya akan menjadi mudah. 1. Kursus Pra-perkahwinan Semua pasangan yang ingin berkahwin buat pertama kali wajib menghadiri kursus pra-perkahwinan sebelum memohon kebenaran berkahwin. Kebiasaannya, kursus diadakan selama dua hari pada hari hujung minggu dan dianjurkan oleh agensi NGO dan swasta. Anda boleh menghadiri kursus pra-perkahwinan di mana-mana saja negeri di Malaysia, asalkan diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam. Di penghujung kursus, biasanya akan diadakan ujian bertulis untuk menilai kefahaman para peserta. Jika lulus, sekeping sijil layak bernikah akan dikeluarkan, dan sijil ini sah laku seumur hidup anda. Salinan sijil ini perlu dihantar bersamasama borang permohonan nikah kelak. Untuk menghadiri kursus pra-perkahwinan, bakal pengantin perlulah mendaftar terlebih dahulu dengan penganjur yang boleh dicari dalam talian internet ataupun iklan-iklan akhbar. Untuk pengesahan status kelayakan penganjur, anda boleh merujuk kepada Pejabat Agama Negeri. Pendaftran awal adalah digalakkan untuk memudahkan anda memilih tarikh yang sesuai. Yuran yang dikenakan berbeza bergantung kepada penganjur, kebiasaannya antara RM 50-100. Anda boleh datang dengan pasangan, rakan-rakan ataupun secara bersendirian. 2. Mas Kahwin Pemberian mas kahwin atau mahar kepada isteri adalah wajib ke atas suami. Mas kahwin boleh diberi dalam bentuk wang, harta ataupun amalan-amalan tertentu seperti bacaan Quran. Jika dalam bentuk wang atau harta, boleh diberikan secara tunai ataupun 12

hutang. Sekiranya diakad secara hutang, suami tidak mempunyai hak yang penuh ke atas isteri selagi bayaran mas kahwin tidak diselesaikan. Mas kahwin adalah milik penuh si isteri, dan jika isteri ingin menebus talak di kemudian hari, bayaran mas kahwin perlu dikembalikan jika diputuskan kadi/hakim. Dalam Islam, jumlah bayaran mas kahwin adalah tidak tetap, bergantung kepada persetujuan bakal isteri. Namun, dalam aspek perundangan negeri, sesetengah Pejabat Agama Negeri menetapkan jumlah minimum mas kahwin yang perlu dibayar, dan ada juga yang tidak menetapkan sebarang had minimum. Oleh itu, perlulah bertanya kepada Pejabat Agama Negeri bakal isteri untuk lebih kepastian. Harus diketahui, mas kahwin adalah berbeza dengan wang hantaran. Mas kahwin adalah kewajipan, manakala wang hantaran adalah adat semata-mata. 3. Borang Permohonan Nikah Untuk memohon kebenaran bernikah, kedua-dua belah pihak perlulah mengisi dan menghantar borang permohonan nikah disertai dokumen-dokumen sokongan yang ditetapkan. Borang boleh diperoleh daripada Pejabat Agama Negeri, Penolong Pendaftar Nikah kariah ataupun melalui laman web Pejabat Agama Negeri. Sebaik-baiknya, borang diisi dan dihantar paling awal tiga bulan sebelum bernikah. Mengikut aturan, pihak lelaki perlu mengisi dan menghantar dahulu borang permohonan nikah ke Penolong Pendaftar Nikah di Pejabat Agama Negeri tempat bermastautin, disertai dengan dokumen-dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, surat pengesahan bujang (pilihan), surat persetujuan isteri pertama (jika berkahwin lagi), sijil menghadiri kursus dan lain-lain. Selepas mendapat pengesahan, borang tadi diberikan kepada bakal isteri untuk dihantar ke Pejabat Agama Negeri tempat bakal isteri bermastautin bersama-sama borang permohonan daripada bakal isteri. Bakal isteri perlu menghantar tambahan salinan kad pengenalan wali dan dua orang saksi. 4. Ujian HIV Setiap pasangan yang bakal berkahwin telah diwajibkan untuk menjalani ujian HIV sebelum bernikah. Ini untuk mengetahui status HIV masing-masing, sebagai usaha mengurangkan kadar HIV seluruh negara. Ujian HIV boleh dijalankan di Klinik-klinik Kesihatan utama di setiap daerah ataupun sesetengah hospital. Borang saringan ujian HIV akan diberikan Pejabat Agama Negeri dan keputusan ujian akan dimaklumkan kepada bakal pengantin.

13

Ujian HIV bukanlah penghalang kepada sebuah perkahwinan. Walaupun keputusan HIV anda positif, anda masih boleh memohon kebenaran berkahwin dengan memenuhi syarat-syarat tertentu seperti menghadiri sesi kaunseling dan memaklumkan keputusan kepada bakal pasangan. Keputusan tidak perlu dimaklumkan kepada keluarga ataupun orang lain. Semasa sesi kaunseling, anda dan pasangan akan diajar teknik mencegah penyebaran HIv. Selain ujian HIV, bakal pengantin turut digalakkan menjalani ujian kesihatan menyeluruh dan ujian genetik terutamanya thalessemia. 5. Wali dan saksi Dalam Islam, pernikahan yang sah perlu mendapat kebenaran wali dan pengesahan dua orang saksi lelaki. Wali yang diutamakan adalah bapa kandung yang sah bagi pihak perempuan, jika tiada, datuknya di sebelah bapa, ataupun adik-beradik lelaki seibu sebapa dan turutan seterusnya (boleh ditanya kepada ustaz atau ustazah). Wali perlu hadir ketika majlis pernikahan, dan boleh menikahkan sendiri anak perempuannya ataupun diwakilkan kepada Penolong Pendaftar Nikah. Penolong Pendaftar Nikah adalah wakil daripada Pejabat Agama Negeri, dan beliau wajib hadir untuk mengesahkan pernikahan, membacakan khutbah nikah dan menguruskan dokumen selepas pernikahan. Penolong Pendaftar Nikah perlu ditempah dan dimaklumkan awal supaya dapat hadir semasa majlis pernikahan. Selain wali dan Penolong Daftar Nikah, pihak bakal isteri juga perlu menyediakan dua orang saksi lelaki yang sah. Sebagai menghormati adat, saksi biasanya dipilih dari kalangan bapa saudara sebelah bapa ataupun ibu. Boleh juga meminta adik-beradik lelaki yang lebig tua untuk menjadi saksi. Yang penting, mereka perlu hadir dan mendengar akad dilafazkan dengan jelas.

14

RUJUKAN

BUKU

Aimi Bin Hamzah, Muhammad Khaidir Bin Haji Muhammad Isa Dan Muhammad Shah Bin Ujang. (2012). Pendidikan Syariah Islam Tingkatan 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Keene, M. (1995). Living Faith The Catholic Experience. England: Stanley Hornes. Mat Saad Abd. Rahman, P. M. (1993). Undang-Undang Keluarga Islam, Aturan Perkahwinan Suatu Pendekatan Berdasarkan Amalan Semasa. Shah Alam: Hizbi Sdn Bhd. Muhammad Iqbal Hakimi Armaz Ariffin, Muhammad Syabil Fadzil, Kamarul Azmi, Jasmi. (2012). Pembubaran Perkahwinan. Rashid, S. (1976). Fiqh Islam. Jakarta: Penerbit Attahiriyyah. INTERNET

Bicara Agama : Cerai Fasakh. (5 9, 2012). Retrieved 15 Ogos, 2017, From Utusan Online: Http://Ww1.Utusan.Com.My/Utusan/Bicara_Agama/20120905/Ba_02/Cerai-Fasakh Maiza, N. (21 Mac, 2013). Prosedur Perkahwinan Islam Di Malaysia. Retrieved 16 Ogos , 2017, From Love Is Cinta: Https://Loveinglass.Wordpress.Com/2013/03/21/ProsedurPerkahwinan-Islam-Di-Malaysia-Update/ Nadzirah. (18 8, 2015). Irsyad Al-Fatwa Ke-74:Zihar. Retrieved 14 Ogos, 2017, From Laman Web

Rasmi

Pejabat

Mufti

Wilayah

Persekutuan:

Http://Www.Muftiwp.Gov.My/Index.Php/Ms-My/Perkhidmatan/Irsyad-Fatwa/653Irsyad-Fatwa-Ke-74-Zihar Rahim, T. A. (24 Julai, 2003). Cerai Menerusi SMS Sah-Mahkamah Syariah Sabitkan Gugur Talak Tiga Ke Atas Shamsudin-Azida. Retrieved 17 Ogos, 2017, From Utusan Malaysia.

15

Related Documents

Konsep
July 2020 35
Konsep
October 2019 54
Konsep
June 2020 40

More Documents from "Tugiyo Sanyoto"

Ujian Diognostik.docx
December 2019 21
Konsep Perkahwinan.docx
November 2019 12
Surat Rayuan.docx
December 2019 10
Pdfa2_1
April 2020 6
Pdfa2_5
April 2020 6