SKC5113 TEORI DAN AMALAN KAUNSELING INDIVIDU Sem 2 2008
SESI KAUNSELING INDIVIDU PENGENALAN: Istilah kaunseling bukanlah perkara baru tetapi telah digunakan dengan meluas dalam pelbagai bidang perkhidmatan kemanusiaan. Kaunseling merangkumi semua aktiviti dan kaedah menolong dan menasihati individu yang menghadapi masalah.Sebagai contoh, pada masa lampau Nabi Muhamad s.a.w pernah meminta nasihat daripada seorang hamba bernama Waraqah sejurus berlakunya peristiwa penerimaan wahyu (mesej) yang pertama, kerana ketika itu baginda berasa cemas dengan peristiwa itu. Jadi, sebagai seorang manusia tidak kira siapa memang ada masa dan ketikanya memerlukan pertolongan, kaunseling, perbincangan dan bimbingan daripada orang lain yang berkebolehan bagi memenuhi keperluan dan kesejahteraan hidupnya. Sabda
Rasulullah
yang
bermaksud:
“Sesungguhnya
agama
Islam
itu
nasihat.”Kaunseling (nasihat) juga dari asalnya dari Islam. Dalam hadith yang lain, orang Islam sesama islam seperti cermin. Kita tak sedar kesalahan kita, perlu kepada orang lain yang nampak kesalahan menegur kita. Berterima kasihlah kepada orang yang menegur kesalahan kita.Tegur-menegurlah antara satu sama lain. Betulkan amalan mengikut syariat Allah dan penuhkan syariat dengan sunnah Nabi. Allah cantikkan syariatnya dengan sunnah Nabi. Misalnya syariat Allah ialah sembahyang, maka cantikkan dengan sunnah Nabi seperti membuat azan, sembahyang berjemaah di masjid.
PROGRAM MASTER OF SCIENCE KAUNSELLING. UUM AMBILAN 01 FEB 2008.
Page 1
SKC5113 TEORI DAN AMALAN KAUNSELING INDIVIDU Sem 2 2008
DEFINASI KAUNSELING INDIVIDU: 1. Zuraidah Abdul Rahman (2002) telah mentaktifkan kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan
bantuan
daripada
seorang
kaunselor.
Perhubungan
tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien. 2. Shertzer & Stone (1974) menegaskan bahawa kaunseling individu
sebagai proses interaksi yang memudahkan pemahaman bermakna mengenai diri dan alam sekelilingnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat dan nilai-nilai tingkah laku masa hadapan klien. 3. Kamaruzaman Jamal dalam Abdul Halim Othman (1999) mendefinisikan
kaunseling individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia menolong yang lain itu menyelasaikan konflik, atau penentangan yang belum diselesaikan. 4. Muhd Mansur Abdullah (1993) mendapati kaunseling individu merupakan
suatu pemusatan hal peribadi, huungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.
PROGRAM MASTER OF SCIENCE KAUNSELLING. UUM AMBILAN 01 FEB 2008.
Page 2
SKC5113 TEORI DAN AMALAN KAUNSELING INDIVIDU Sem 2 2008
JENIS KAUNSELING INDIVIDU: KAUNSELING PERIBADI: Jenis sesi kaunseling individu yang saya gunakan di sini ialah Kaunseling peribadi. Kaunseling peribadai merupakan kaunseling yang meneroka pertumbuhan kendiri klien, membantu klien memahami pelbagai keperluan dan masalah yang berkaitan. Tujuan kaunseling individu adalah untuk membantu klien memperolehi kefahaman sendiri, iaitu membantu klien memperolehi maklumat dan mebentuk sikap celik akal dan nilai yang sejajar dengan kehendak masyarakat. Kaunseling individu juga menolong klien berkomunikasi dengan lebih berkesan dan membina perhubungan yang baik dengan anggota-anggota lain. Dalam proses kaunseling individu juga akan membantu klian untuk membuat keputusan yang waras dan bijaksana.
KAJIAN KES: PROGRAM MASTER OF SCIENCE KAUNSELLING. UUM AMBILAN 01 FEB 2008.
Page 3
SKC5113 TEORI DAN AMALAN KAUNSELING INDIVIDU Sem 2 2008
Kes ini berkisar kepada masalah sang isteri yang tidak mendapat penghargaan daripada suaminya. Maka timbullah prsangka dan kegelisahan di hati isteri mengenai perubahan yang berlaku kapada si suaminya. Pabila si isteri terjumpa mesej yang berbau kata-kata yang mencurigakan maka mengukuhkan lagi prasangka si isteri terhadap si suami. Maka si isteri mendapat kan khidmat kaunseling untuk memperbaiki keadaan dan merawat kegelisahan yang di alaminya. TEORI YANG DIGUNAKAN: RASIONAL Emotif Terapi juga dikenali sebagai Kaunseling Rasional Emotif. Teori ini diperkenalkan oleh Dr. Albert Ellis, seorang ahli Klinik Psikologi setelah menimba pengalaman dari praktik yang dilakukannya dalam bidang Kaunseling Keluarga, Perkahwinan dan Seks. Pada mulanya dia menggunakan prosedur psikoanalisis dalam praktiknya, tetapi dia menemukan ketidakpuasan dengan prosedur tersebut. Akhirnya dia mengembangkan teori ini yang lebih popular Rasional Emotif Terapi dengan singkatan RET. RET melihat masalah yang dihadapi klien berpunca dari ketidaklogikan klien dalam berfikir. Ketidaklogikan berfikir ini menjadi pengganggu dalam melihat dan menafsir objek atau fakta yang dihadapinya sehingga menjadi satu masalah yang menghantui dirinya.
Sehubungan dengan itu, RET bertujuan untuk mengatasi fikiran yang tidak logik tentang diri sendiri dan lingkungan seseorang itu. Kaunselor berusaha menunjukkan dan menyedarkan klien bahawa cara berfikir yang tidak logik itulah PROGRAM MASTER OF SCIENCE KAUNSELLING. UUM AMBILAN 01 FEB 2008.
Page 4
SKC5113 TEORI DAN AMALAN KAUNSELING INDIVIDU Sem 2 2008
merupakan penyebab gangguan emosinya. Atau dengan kata lain RET bertujuan membantu klien membebaskan dirinya dari cara berfikir atau idea-idea yang tidak logik yang menyelubungi fikiran mereka dan menggantinya dengan cara yang logik. Kemudian klien dilatih untuk berfikir dan berbuat yang lebih rasional berdasarkan kepada tuntutan realiti. TEKNIK-TEKNIK TEORI RET: Teknik-Teknik Kaunseling Rational Emotif Klien (manusia) berfikir, berperasaan dan bertindak secara serentak. Kaitan yang begitu erat menyebabkan jika salah satu sahaja menerima gangguan maka yang lain akan terlibat sama. Jika salah satu diubati sehingga sembuh, dengan sendirinya yang dua lagi akan turut terubat. (Amir Awang, 1997 : 78) Atas pandangan itu, walaupun RET lebih menitikberatkan aspek kognitif dalam perawatan, tetapi aspek tingkah laku dan emosi turut diberi perhatian. Oleh sebab itulah dalam RET, terdapat tiga teknik yang besar: Teknik-teknik Kognitif; Teknik-teknik Emotif dan Teknik-teknik Behavioristik. (H. Mohamad Surya, 1988 : 182).
Teknik-Teknik Kognitif Teknik-teknik kognitif adalah teknik yang digunakan untuk mengubah cara berfikir klien. Dewa Ketut (1985 : 91 - 92) menerangkan ada empat teknik besar dalam teknik-teknik kognitif. Teknik Pengajaran Dalam RET, kaunselor mengambil peranan lebih aktif dari klien Teknik ini PROGRAM MASTER OF SCIENCE KAUNSELLING. UUM AMBILAN 01 FEB 2008.
Page 5
SKC5113 TEORI DAN AMALAN KAUNSELING INDIVIDU Sem 2 2008
memberikan keluasan kepada kaunselor untuk berbicara serta menunjukkan sesuatu kepada klien terutama menunjukkan bagaimana ketidaklogikan berfikir itu secara langsung menimbulkan gangguan emosi kepada klien tersebut. Kaunseloar juga mengajak klien untuk menyedari sikap berdiam diri dan menyepinya tidak mendatangkan apa kebaikan kepada dirinya dan keluarga. Seterusnya segala masalah harus diuraikan dengan bijaksana. Teknik Persuasif Meyakinkan klien untuk mengubah pandangannya kerana pandangan yang ia kemukakan itu tidak benar. Kaunselor langsung mencuba meyakinkan, mengemukakan pelbagai argumentasi untuk menunjukkan apa yang dianggap oleh klien itu adalah tidak benar.
Teknik Konfrontasi Kaunselor menyerang ketidaklogikan berfikir kliendan membawa klien ke arah berfikir yang lebih logik. Teknik Pemberian Tugas Kaunselor memberi tugas kepada klien untuk mencuba melakukan tindakan tertentu dalam situasi nyata. Misalnya, menugaskan klien agar berbincang dengan suami klien mengengai ketidakpuasan hatinya. Setelah itu klien juga di cadangkan agar mencari ruang untuk bersama suaminya contoh ketika di dalam kereta untuk balik kampong dan menghadiri percutian bersama. Di samping itu PROGRAM MASTER OF SCIENCE KAUNSELLING. UUM AMBILAN 01 FEB 2008.
Page 6
SKC5113 TEORI DAN AMALAN KAUNSELING INDIVIDU Sem 2 2008
klien di galakkan bergaul dengan anggota masyarakat kalau mereka merasa dipencilkan dari pergaulan atau membaca buku untuk memperbaiki kekeliruan caranya berfikir.
KELEMAHAN DAN KELEMAHAN TEORI RET KEBAIKAN * Pendekatan ini cepat sampai kepada masalah yang dihadapi oleh klien. Dengan itu perawatan juga dapat dilakukan dengan cepat.
* Kaedah pemikiran logik yang diajarkan kepada klien dapat digunakan dalam menghadapi gejala yang lain. * Klien merasakan diri mereka mempunyai keupayaan intelektual dan kemajuan dari cara berfikir. KELEMAHAN * Ada klien yang boleh ditolong melalui analisa logik dan falsafah, tetapi ada pula yang tidak begitu geliga otaknya untuk dibantu dengan cara yang sedemikian yang berasaskan kepada logik. * Ada sesetengah klien yang begitu terpisah dari realiti sehingga usaha untuk membawanya ke alam nyata sukar sekali dicapai. * Ada juga klien yang terlalu berprasangka terhadap logik, sehingga sukar untuk mereka menerima analisa logik.
PROGRAM MASTER OF SCIENCE KAUNSELLING. UUM AMBILAN 01 FEB 2008.
Page 7
SKC5113 TEORI DAN AMALAN KAUNSELING INDIVIDU Sem 2 2008
* Ada juga sesetengah klien yang memang suka mengalami gangguan emosi dan bergantung kepadanya di dalam hidupnya, dan tidak mahu membuat apaapa perubahan lagi dalam hidup mereka.
KESIMPULAN Pendekatan ini jika diamalkan pada praktik yang betul akan dapat banyak membantu dalam menangani masalah klien yang bertitik tolak dari cara mereka berfikir. Banyak masalah yang dihadapi oleh klien sebenarnya timbul hanya kerana cara mereka berfikir yang tidak logik. Akibatnya emosi dan tindak-tanduk mereka juga terpengaruh dengan cara berfikir tersebut. Dalam arus kehidupan mereka yang cuba mengenal pasti dan mencari indentiti diri, klien berhadapan dengan pelbagai senario yang mengundang dan mengajak mereka berfikir sendiri. Dalam proses penyelesaian masalah inilah mereka akan sampai kepada satu kesimpulan sama ada ia bersifat logik atau tidak. Apabila mereka tersalah membuat tanggapan dan andaian, maka ia akan menjadi satu tekanan dan menghantui perjalanan hidup mereka seharian. Dengan itu, pendekatan ini berusaha membetulkan dan mengubah cara berfikir tidak rasional yang menyebabkan gangguan pada diri klien tersebut dengan memimpin dan memandu cara berfikir pelajar tersebut kepada cara berfikir yang lebih rasional yang dapat menggembirakan hidup mereka. Dengan itu mereka akan dapat
PROGRAM MASTER OF SCIENCE KAUNSELLING. UUM AMBILAN 01 FEB 2008.
Page 8
SKC5113 TEORI DAN AMALAN KAUNSELING INDIVIDU Sem 2 2008
berkonsentrasi dengan baik dan menjalani kehidupan seharian mereka dengan sihat.
RUJUKAN: 1. Sumber : Kaunseling Individu oleh Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh dan Hapsah Md. Yusof (2002). 2. Amir Awang. Pengantar Bimbingan dan Kaunseling Di Malaysia. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 1984.
……………………………..
PROGRAM MASTER OF SCIENCE KAUNSELLING. UUM AMBILAN 01 FEB 2008.
Page 9