Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan as PDF for free.

More details

  • Words: 3,711
  • Pages: 15
KESAN AMALAN GAYA KEPEMIMPINAN PENGETUA TERHADAP PERUBAHAN TINGKAH LAKU DALAM ORGANISASI

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan amalan gaya kepemimpinan pengetua

yang

dikomunikasikan

kepada

kakitangannya

terhadap

perubahan tingkah laku warga dalam sesebuah organisasi. Hasil tinjauan dan analisa enam artikel mendapati bahawa enam gaya kepemimpinan yang diamalkan oleh pengetua mampu memberi kesan terhadap perubahan tingkahlaku dalam sesebuah organisasi.

Gaya-gaya kepimpinan yang

dibincangkan dalam kajian ini adalah gaya kepimpinan kolaboratif terbuka, autoritatif membina, situasi, transformasi, pengajaran, dan pemudah cara.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetua yang

mengaplikasikan gaya kepimpinan yang berbeza mengikut situasi berbeza mampu meningkatkan tahap motivasi dan kepuasan kerja guru.

Gaya

kepimpinan juga membantu perubahan terhadap pemantapan pengurusan sekolah. Pengetua didapati berjaya mengatasi apa jua konflik yang dihadapi dan mengadakan perancangan untuk meningkatkan keberkesanan pentadbiran sekolah.

Gaya kepimpinan juga didapati mempengaruhi

pembentukan potensi diri dan inovasi. Akhir sekali, perubahan terhadap pengajaran dan pembelajaran juga dipengaruhi oleh gaya kepimpinan pengetua. Namun begitu, gaya kepemimpinan pengetua hanya memberi kesan yang rendah terhadap tekanan kerja guru dan tidak mempengaruhi keberkesanan organisasi.

1

Pengenalan Kepimpinan telah diterima sebagai faktor utama yang membezakan antara organisasi yang berkesan dengan organisasi yang tidak berkesan. Kepimpinan pengetua adalah pengaruh yang paling penting dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah. Kepimpinan

berlaku

apabila

seseorang

itu

mendorong,

memujuk

dan

mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif tertentu. Ralph M. Stogdill (1981) berkata, kepimpinan ialah proses mempengaruhi secara tersusun kegiatan-kegiatan sesuatu kumpulan ke arah menentukan dan memenuhi matlamat organisasi atau kumpulan itu. Pengaruh kepimpinan adalah amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi (Stodgill, 1974). Pengaruh dan kecekapan pemimpin dapat membawa ke arah kecemerlangan sesebuah organisasi. Oleh itu, bagi organisasi seperti sekolah, pengaruh kepimpinan dan kecekapan pengetua sekolah amat penting dalam menentukan kejayaan sekolah di bawah pimpinannya.

Pembentukan organisasi sekolah berkesan, sangat

bergantung kepada kepimpinan pengetuanya. Pengetua sekolah merupakan kakitangan yang terpenting di peringkat sekolah kerana peranannya sebagai pemimpin, pentadbir dan pengurus di sesebuah sekolah. Pengetua merupakan jawatan yang tertinggi di peringkat sekolah menengah, dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, bertanggungjawab atas apa yang berlaku di sekolah dan persekitarannya. (Jemaah Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan, 1993). Pengetua sekolah di Malaysia bertanggungjwab dalam hal-hal yang berkaitan dengan sekolah termasuklah (Hussien, 1993, p21): a. Berusaha bagi mencapai dasar pendidikan di peringkat sekolah b. Mengurus dan mentadbir sekolah, kurikulum, kokurikulum, kebajikan pelajar, guru dan staf sokongan sekolah. c. Menyediakan khidmat bantu yang secukupnya bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. d. Mewujudkan dan memajukan iklim dan budaya sekolah. 2

Selain itu, tugas pengetua seperti yang disediakan oleh Bahagian Sekolah meliputi tujuh bidang utama iaitu: a. Pengurusan kegiatan kurikulm, kokurikulum dan hal ehwal pelajar. b. Pengurusan sekolah (pentadbiran, kewangan, perkhidmatan dan perjawatan) c. Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. d. Perhubungan dengan ibu bapa dan masyarakat setempat. e. Kemajuan sekolah f. Pengajaran g. Kepimpinan pengajaran dan penyelidikan pendidikan. Peranan pengetua menjadi penting kerana tugas utamanya adalah memastikan “core business” sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai kejayaannya. Menyentuh tentang peranan ini, Greenfield (1995:75) merumuskan “ Oleh kerana sekolah merupakan organsisasi yang bersifat normatif, kepimpinan merupakan alat yang paling efektif bagi mengurus dan menambah baik sekolah. Kepimpinan merupakan satu bentuk yang istimewa bagi mengajak orang lain, secara sukarela menukar tabiat mereka seperti tindakan, sikap dan andaian-andaian”. Gaya kepimpinan dapat didefinisikan sebagai: “….. satu struktur kemahuan yang terselindung dalam diri pemimpin dan mempengaruhi gelagatnya dalam berbagai-bagai suasana kepimpinan. Jadi, stail kepimpinan merujuk kepada keseragaman matlamat dan kemahuan pemimpin dalam suasana berlainan.” ( Fiedler dalam Razali Mat Zin, 1996) Gaya kepemimpinan seorang pengetua juga merupakan faktor penting dalam keberkesanan sesebuah kumpulan atau organisasi (Ezhar Tamam, 1999 dalam Shukri, 2004). Gaya kepemimpinan seorang pengetua boleh membawa kepada pencapaian hasil utama organisasi. Gaya tersebut juga mampu mempengaruhi perubahan besar dalam organisasi serta membentuk komitmen ahlinya untuk mencapai misi, matlamat dan strategi organisasi (Chan, 2004).

3

Selain itu, salah satu tugas besar dan kompleks bagi kepimpinan sekolah adalah mengurus perubahan. Kepimpinan sekolah bergantung kepada pengetuanya (Holtzman, 1992).

Hanafi Kamal (1990), dalam menjelaskan perkara ini menyatakan bahawa

kepentingan pengetua dalam pentadbiran terutamanya dari aspek perubahan adalah kerana sekolah dilihat sebagai organisasi yang sentiasa berubah. Setiap perubahan yang berlaku memerlukan tindakan penyesuaian untuk penyelesaian masalah. Maka, di sinilah letaknya peranan pengetua untuk melahirkan sekolah sebagai sebuah organisasi yang dinamis serta berupaya menghadapi sebarang perubahan. Selaku pengurus dan pentadbir, pengetua bertanggungjawab menentukan tujuan organisasi, menetapkan dasar-dasar umum untuk perjalanan dan memberi tumpuan umum terhadap keberkesanan organisasi secara keseluruhan untuk memenuhi objektif yang ditetapkan (Boles, 1979). Sesebuah organisasi seperti sekolah mempunyai ahli pelbagai latar belakang yang hendak dikawal, dibimbing serta dipimpin dengan teliti agar segala tingkah laku mereka dapat diselaraskan. Selain itu, pada masa yang sama semangat dan kepuasan ahli-ahlinya terjamin. Walaupun mempunyai banyak kekangan dalam menghadapi perubahan, peranan pengetua sebagai agen perubahan adalah sangat penting dan menonjol terutamanya peranan untuk mengimplimentasi inovasi dan perubahan dalam budaya sekolah. Darjah implimentasi bagi inovasi adalah berbeza disekolah-sekolah yang berbeza bergantung kepada keprihatinan dan tindakan pengetua (Hall, Hord dan Griffin, 1980 dalam Mohd Izham, 2009). Kajian Interaksi Pengetua-Guru atau Principal-Teacher Interaction (PTI) yang telah dijalankan oleh Hall et al (1987) dalam Mohd Izham (2009) telah mengenal pasti tiga gaya kepimpinan yang berbeza di kalangan pengetua-pengetua iaitu sebagai responder, manager dan initiator. Sekolah yang mana pengetua mempunyai gaya initiator adalah yang paling berjaya diikuti dengan gaya pengurus (manager) dan akhir sekali ialah gaya responder. Pengetua yang mempunyai gaya initiator bekerja secara kolaboratif dengan fasilitator perubahan yang lain. Cara kolaboratif ini membolehkan sekolah lebih banyak intervensi (nota kepada staf, mesyuarat kecil dan perbincangan tentang kemajuan), lebih banyak intervensi pelbagai arah (tindakan yang diambil secara berkumpulan atau lebih daripada seorang), lebih banyak tindakan dijalankan dengan merujuk guru-guru, lebih 4

arahan daripada pengetua, lebih banyak tindakan daripada guru-guru dan lebih fokus kepada pelajar serta pembelajaran. Seterusnya, dalam beberapa kajian lain mengenai kepimpinan transformasi mendapati terdapat

pengaruh ke atas usaha gigih dan kepuasan orang bawahan

(Yammarino & Bass 1990), keberkesanan organisasi (Seltzer & Bass 1990), prestasi kerja orang bawahan (Avolio et al.1988). Selain itu, hasil kajian Hoernemann (2000) dan Jackson (2000) dalam Ishak Din (2003), juga mendapati kepimpinan transformasi boleh mempertingkatkan kepuasan orang bawahan. Podsakoff et al. (1996 dalam Ishak Din, 2003), melaporkan bahawa kepimpinan transformasi mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kepuasan kerja orang bawahan dan komitmen orang bawahan kepada organisasi. Southworth (2002), merumuskan bahawa kepimpinan pengajaran adalah merupakan elemen yang paling penting dalam memastikan sekolah menjadi cemerlang. Tiga aspek kepimpinan pengajaran yang secara konsisten mempunyai pengaruh ke atas keberkesanan sekolah ialah menetapkan matlamat sekolah, pengetua yang sentiasa dapat dilihat dan menggalakan perkembangan professional di kalangan guru. Rumusannya, kajian-kajian mengenai perubahan banyak melaporkan dapatandapatan yang menggambarkan pentingnya pengetua berperanan sebagai agen perubahan dan mempunyai gaya kepimpinan initiator perubahan bagi menjamin kejayaan perubahan yang dilaksanakan.

Perubahan juga didapati akan meminggirkan sistem tradisi

persekolahan untuk memberi laluan kepada impak teknologi dan komunikasi yang serba mudah dan cepat.

Begitu juga dengan kerenah birokrasi yang wujudnya banyak

mencengkam sistem persekolahan, akan lenyap kerana organisasi sekolah perlu cepat bertindak balas kepada perubahan yang datang dari persekitarannya. Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan amalan gaya kepemimpinan pengetua yang dikomunikasikan kepada kakitangannya terhadap perubahan tingkah laku warga dalam sesebuah organisasi. Hasil tinjauan dan analisa enam literatur mendapati bahawa enam gaya kepemimpinan yang diamalkan oleh pengetua mampu memberi kesan positif terhadap motivasi dan kepuasan kerja guru (Shukri, 2004; Mohd Nor, 2004; Maimuah, 2004; Chan, 2004), pemantapan pengurusan sekolah (Mohd Anuar, Azizi & Mohd Yusope, 2004; Mohd Nor, 2004; Maimunah, 2004; Noordin, Sharifudin & Azizi; Chan,2004), 5

pengembangan potensi diri dan inovasi (Chan, 2004; Noordin, Sharifudin & Azizi, 2004; Shukri,2004), dan peningkatan amalan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan (Chan,2004; Mohd Nor, 2004; Mohd Anuar, Azizi & Mohd Yusope, 2004), tetapi hanya memberi kesan yang rendah terhadap tekanan kerja guru dan tidak mempengaruhi keberkesanan organisasi. (Noordin, Sharifudin & Azizi, 2004). Justeru, kertas ini akan membincangkan aspek-aspek berikut : i.

Kesan amalan gaya kepimpinan terhadap peningkatan motivasi dan kepuasan kerja guru;

ii.

Kesan amalan gaya kepimpinan terhadap pemantapan pengurusan sekolah,

iii.

Kesan amalan gaya kepimpinan terhadap perkembangan potensi diri dan inovasi,

iv.

Kesan amalan gaya kepimpinan terhadap peningkatan amalan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

Tinjauan Model atau Teori Teori kepimpinan yang digunakan untuk menggambarkan kajian ini adalah teori kontigensi. Menurut Robiah (2003), teori kontigensi mengandaikan bahawa keberkesanan kepimpinan adalah bergantung kepada kesesuaian atau keselarasan personaliti pekerja dan tingkah laku pemimpin dengan faktor-faktor situasi seperti struktur tugas, kuasa, kedudukan atau jawatan, dan kemahiran serta sikap pekerja. Teori ini juga menganggap tiada satu pun gaya kepimpinan yang baik dan sesuai untuk semua situasi, semuanya bergantung kepada situasi semasa dan tahap keupayaan pekerja. Pengetua sebagai seorang pentadbir dan juga pemimpin harus mengenal pasti faktor-faktor yang paling penting yang boleh mempengaruhi tingkah laku kakitangan atau ahli yang dipimpinnya dalam situasi yang tertentu, dan meramalkan gaya kepimpinan yang paling berkesan untuk situasi tersebut. Model teori yang digunakan di bawah teori kontigensi ini ialah model teori laluan matlamat House yang telah diasaskan oleh Martin G. Evans dan Robert House pada tahun 1971, diambil dan diubahsuai daripada buku Teori Asas Pendidikan oleh Robiah Sidin (2003), seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah.

6

Rajah 1 : Model diubahsuai dari Model Teori Laluan Matlamat House

PERUBAHAN TINGKAH LAKU

GAYA KEPIMPINAN -

Kolaboratif Terbuka Autoritatif Membina Situasi Transformasi Pengajaran Pemudah Cara

Proses amalan gaya kepimpinan dikomunikasikan kepada kakitangan

Tahap motivasi dan kepuasan guru Pemantapan pengurusan sekolah Pengembangan potensi diri dan inovasi Amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkesan.

Model Teori Laluan Matlamat menyokong Teori Kontigensi Fielder dan berdasarkan Teori Motivasi Harapan. Mengikut teori ini, pemimpin dianggap berkesan apabila pemimpin boleh meningkatkan tahap penerimaan dan motivasi dalam kalangan pekerja yang diuruskannya. Fokus teori ini adalah tingkah laku pemimpin, bagaimana pemimpin dapat mengubahsuai stail kepimpinannya supaya berkesan dengan keadaan atau situasi yang dihadapi. Selain itu, menurut teori ini motivasi, kepuasaan dan pelaksanaan kerja seorang pekerja (guru) bergantung kepada gaya kepimpinan yang dipilih. Kepelbagaian dimensi tingkah laku kepimpinan diselidik melalui teori ini. Antaranya, termasuklah struktur permulaan pemimpin, pertimbangan, autoritatif, pengaruh hierarki dan darjah keakraban penyeliaan. Setiap dimensi itu dianalisis berdasarkan variable laluan Matlamat, seperti valens dan instrumentaliti. Gaya-gaya kepimpinan yang akan dibincangkan adalah gaya kepimpinan kolaboratif terbuka, gaya kepimpinan autoritatif membina, gaya kepimpinan situasi, gaya kepimpinan transformasi dan gaya kepimpinan pengajaran. Berdasarkan teori ini, proses pengetua mengamalkan gaya kepimpinannya akan mempengaruhi kakitangannya dengan mengambil kira situasi organisasi dan personaliti pekerja.

Situasi organisasi dirujuk

kepada struktur tugas, peraturan dan sistem kuasa manakala personaliti pekerja pula merujuk kepada keperluan peribadi, kebolehan pekerja dan kawalan diri. Proses ini akan membentuk perubahan tingkah laku kakitangannya. Gaya kepimpinan pengetua akan

7

meningkatkan motivasi dan kepuasan guru, memantapkan pengurusan sekolah, mengembangkan potensi diri dan inovasi guru dan pelajar, dan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Perbincangan mengenai jenis gaya

kepimpinan dan pengaruhnya dalam perubahan tingkah laku kakitangan akan dibincangkan dibawah.

Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Peningkatan Motivasi dan Kepuasan Kerja Guru Amalan gaya kepemimpinan seseorang pengetua mampu memberi kesan terhadap motivasi dan kepuasan kerja guru-guru dan staf dibawahnya. Shukri (2004), Mohd.Nor (2004), Maimunah (2004) dan Chan (2004) sependapat bahawa gaya kepimpinan pengetua mempunyai pengaruh terhadap peningkatan motivasi dan kepuasan kerja pekerja. Shukri (2004) misalnya, mendapati bahawa amalan komunikasi kepemimpinan ketua sama ada kolaboratif terbuka atau autoritatif membina mempunyai pengaruh yang ketara terhadap kepunyaan yang kuat oleh warga organisasi (motivasi intrinsik) dan mempengaruhi sikap penglibatan mereka dengan berkesan terhadap tugas dalam organisasi (motivasi ekstrinsik).

Walau pun kedua-dua gaya kepimpinan tersebut memberi kesan positif

terhadap motivasi dan kepuasan kerja staf, pengaruh gaya kepimpinan kolaboratif terbuka didapati lebih kuat. Mohd. Nor (2004) yang mengkaji amalan gaya kepimpinan guru besar kepada stafnya pula mendapati tingkah laku (gaya) kepemimpinan pengajaran guru besar memberi kesan positif kepada motivasi dan komitmen kerja guru. Faktor insentif yang memuatkan cara-cara guru besar menghargai, memuji dan mengukuhkan prestasi guru sebagai satu bentuk insentif kepada guru-guru dan seterusnya meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja guru. Melalui gaya kepemimpinan situasi, pengetua mengamalkan gaya kepemimpinan berbeza kepada guru yang berbeza dalam situasi-situasi berbeza. Cara pengetua menggunakan pendekatan berbeza mengikut kesesuaian situasi ini membantu mewujudkan suasana kondusif dan bermotivasi dalam kalangan guru apabila mereka diuruskan dengan

8

adil dan sesuai dengan tugas yang diberi (Maimunah, 2004).

Contoh gaya berbeza

terhadap individu berbeza adalah seperti berikut : a. Gaya mengarah biasanya kepada guru-guru baru/ guru berprestasi rendah/ mengelak tugas. b. Gaya membimbing biasanya kepada guru yang kurang pengalaman dan pengetahuan tentang kelas. c. Gaya menyokong biasanya kepada guru berpengalaman. d. Gaya mendelegasi biasanya kepada guru kanan/ pentadbir sekolah. Kajian terhadap amalan gaya kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua juga mendapati bahawa pengetua dapat mengenal pasti keperluan pengikut dan sentiasa cuba meningkatkan keperluan pengikut ke peringkat motivasi dan kematangan yang lebih tinggi.

Pada masa yang sama juga, pengetua cuba memenuhi keperluan

perkembangan potensi kakitangan (Chan, 2004). Kesimpulannya, gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua sama ada gaya kepimpinan kolaboratif terbuka, gaya kepimpinan autoritatif membina, gaya kepimpinan pengajaran, gaya kepimpinan situasi atau gaya kepimpinan tranformasional memberi kesan positif terhadap motivasi dan kepuasan kerja guru. Guru yang bermotivasi dan mendapat kepuasan kerja dapat membantu mewujudkan sekolah berkesan dan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Pemantapan Pengurusan Sekolah Mohd Anuar (2004), Mohd. Nor (2004), Maimunah (2004), Nordin (2004) dan Chan (2004) bersetuju bahawa gaya kepimpinan pengetua memberi kesan terhadap pemantapan pengurusan sekolah.

Gaya pemudah cara, gaya pengajaran, situasi dan

transformasional adalah gaya yang dinyatakan memberi kesan positif terhadap pemantapan pengurusan sekolah. Kecemerlangan organisasi banyak di pengaruhi oleh elemen-elemen seperti guru dan murid, struktur pentadbiran sekolah, teknologi pendidikan dan persekitaran sekolah yang sihat. Pengetua yang mengamalkan gaya pemudah cara sentiasa mengemaskini elemen-elemen tersebut, menyediakan spesifikasi kerja yang baru, mengatasi apa jua 9

konflik yang dihadapi dan mengadakan perancangan untuk meningkatkan keberkesanan pentadbiran sekolah (Mohd Anuar, Azizi & Mohd Yusope, 2004). Dalam konteks keberkesanan sekolah-sekolah rendah di luar bandar di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, faktor kepemimpinan pengajaran merupakan salah satu faktor utama yang menentukan keberkesanan sesebuah sekolah (Mohd Nor, 2004). Sekolah yang berkesan mempunyai guru besar yang berfungsi sebagai pemimpin pengajaran yang berkesan. Dalam kajiannya, Maimunah (2004) mendapati pengetua-pengetua yang menjadi respondennya mengamalkan gaya kepimpinan membimbing sebagai gaya kepemimpinan utama dan gaya menyokong sebagai gaya kepemimpinan kedua. Ini bermakna pengetuapengetua tersebut mengamalkan gaya kepemimpinan mengikut kesesuaian situasi dan masalah yang berlaku. Mereka berkebolehan dan berani dalam membuat keputusan. Ini adalah positif apabila seorang ketua dilihat boleh menguruskan sesuatu perkara dan tahu bertindak sewajarnya dan menjadikan pengurusan berkesan (Maimunah, 2004). Noordin, Sharifudin & Azizi (2004) dalam kajian mereka mendapati gaya pemudah cara telah membantu pentadbir memberi tumpuan kepada aspek pengurusan sekolah dengan tidak perlu lagi memikirkan bebanan yang akan ditanggung oleh guruguru.

Sementara Chan (2004) pula mendapati gaya kepimpinan transformasional

memupuk para pentadbir untuk mewujudkan pengurusan yang kolaboratif dan keberkesanan pengurusan sekolah. Kesimpulannya, gaya-gaya kepimpinan pemudah cara, gaya pengajaran, situasi dan transformasional telah menunjukkan kesan yang positif terhadap pemantapan pengurusan sekolah. Gaya-gaya tersebut juga didapati memberi kesan positif terhadap keberkesanan sekolah kecuali gaya kepimpinan pemudah cara. Noordin (2004) mendapati bahawa gaya kepimpinan pemudah cara hanya memberi kesan yang rendah terhadap tekanan kerja guru dan tidak mempengaruhi keberkesanan organisasi.

10

Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Perkembangan Potensi Diri dan Inovasi Chan (2004), Nordin (2004) dan Shukri (2004), sependapat menyatakan bahawa gaya kepimpinan pengetua mempunyai pengaruh terhadap perkembangan potensi diri dan inovasi pekerja. Perkembangan potensi diri dan inovasi mencerminkan kebolehan guru atau staf dalam sesebuah sekolah untuk menggunakan bakat atau potensi diri dalam melakukan perubahan dalam suatu kaedah P&P atau proses kerja. Perkembangan potensi diri dan inovasi ini memerlukan dorongan daripada kepimpinan. Chan (2004) mendapati bahawa gaya kepimpinan transformasional yang diamalkan oleh pengetua cuba memenuhi keperluan perkembangan potensi kakitangan apabila beliau dapat mengenal pasti keperluan pengikut dan sentiasa cuba meningkatkan keperluan pengikut ke peringkat motivasi dan kematangan yang lebih tinggi. Amalan pengetua ini juga berupaya membentuk keazaman diri dan kemampuan mendorong seluruh warga organisasinya melaksanakan inovasi dalam pendidikan dan mempunyai inisiatif untuk melakukan perubahan. Sementara Shukri (2004) pula mendapati gaya kepemimpinan kolaboratif terbuka dan autoritatif membina yang diamalkan oleh pengetua berupaya menerbitkan perlakuan yang menghargai dan memartabatkan organisasi secara sukarela, ceria dan inovatif. Satu kajian berkaitan gaya kepemimpinan pemudah cara dalam mempengaruhi tekanan kerja, telah menunjukkan bahawa hanya terdapat sedikit sahaja guru yang mengalami tekanan hasil dari tingkahlaku pemimpin organisasi sesebuah sekolah (Noordin, Sharifudin & Azizi, 2004).

Ini menunjukkan tingkah laku positif seorang

pengetua menghasilkan tingkah laku yang positif daripada kakitangannya. Kesimpulannya, gaya kepimpinan pengetua yang positif juga dapat mendorong guru dan staf untuk memperkembangkan potensi diri dan melaksanakan inovasi dalam urusan kerja seharian. Gaya yang positif ini juga dapat mengurangkan tekanan kerja yang dihadapi oleh guru dan staf.

11

Kesan Amalan Gaya Kepemimpinan Terhadap Peningkatan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan Kajian-kajian

yang

dilaksanakan

mengenai

gaya

kepimpinan

pengetua

menunjukkan bahawa gaya kepimpinan transformasional (Chan, 2004), gaya kepimpinan pengajaran (Mohd. Nor, 2004) dan gaya pemudah cara (Mohd. Anuar, 2004) apabila diaplikasikan oleh pengetua dapat meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Chan (2004) mendapati bahawa gaya kepimpinan transformasional membantu para pentadbir ke arah menggalakkan perkembangan pembelajaran pelajar melalui programprogram pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kajian Mohd Nor (2004) pula jelas menunjukkan bahawa terdapat perubahan kepada pengajaran dan pembelajaran melalui gaya kepimpinan pengajaran. Cara guru besar memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar yang berjaya dalam kurikulum dan aktiviti kokurikulum membuktikan bahawa sekolah yang berkesan dari sudut pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan. Seorang pengetua yang mempunyai kemahiran dalam pemimpin pengajaran boleh membawa perubahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran para muridnya. Kajian Mohd Anuar, Azizi & Mohd Yusope (2004) pula mendapati bahawa pengetua membawa perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran melalui gaya pemudah cara dan tingkah laku beliau dalam menangani perubahan. Sebilangan besar guru bersetuju bahawa pengetua bekerja sama dengan guru dan memberi keutamaan kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kesimpulannya, amalan gaya kepimpinan transformasional, gaya kepimpinan pengajaran dan gaya pemudah cara oleh pengetua atau guru besar mampu memberi kesan terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Melalui gaya-gaya

kepimpinan ini, pengetua atau guru besar mendapat kerjasama guru dan pelajar yang terlibat secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran.

12

Rumusan Kepimpinan adalah proses di mana individu mempengaruhi ahli kumpulan lain bagi mencapai matlamat kumpulan atau matlamat organisasi. Pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang berkualiti, berwibawa dan berkesan akan dapat menggerakkan anggotaanggota sekolah melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi ke arah mencapai aspirasi dan objektif-objektif yang telah ditentukan. Kajian ini menekankan bahawa kepimpinan sangat mustahak bagi menentukan kejayaan organisasi malah mungkin ia faktor terpenting yang boleh menentukan kejayaan atau kegagalan organisasi. Namun begitu, gaya kepemimpinan pemudah cara yang diamalkan oleh pengetua hanya memberi kesan yang rendah terhadap tekanan kerja guru dan tidak mempengaruhi keberkesanan organisasi. Berdasarkan bukti-bukti daripada kajian ini menunjukkan bahawa gaya kepimpinan pengetua adalah faktor yang membantu perubahan tingkah laku dalam organisasi. Gaya kepimpinan yang positif membantu mewujudkan perubahan yang positif dalam organisasi seterusnya menggalakkan kewujudan organisasi sekolah yang berkesan.

Cadangan Dalam

melaksanakan

sesuatu

perubahan

di

sekolah,

pengetua

disaran

menggabungkan beberapa gaya pemudah cara perubahan yang bersesuaian dengan iklim dan budaya yang wujud di sekolah. Gaya pemudah cara responden adalah baik untuk diamalkan di peringkat awal memulakan perubahan dan diikuti dengan gaya pemudah cara perintis, Banyak kajian menunjukkan bahawa warga sekolah memerlukan perubahan. Hasrat ini dapat dicapai sekiranya pengetua mengamalkan gaya pemudah cara dan tingkahlaku perubahan. Selain itu, penyelidikan pada masa hadapan adalah disaran dilakukan dalam konteks perbandingan tingkah laku kepemimpinan pengajaran antara guru besar atau pengetua sekolah bandar dengan guru besar atau pengetua sekolah luar bandar. Seterusnya, kajian juga digalakkan menggunakan

responden melewati batas negeri dan kaedah

longitudinal patut dilakukan agar dapat dibuat perbandingan secara signifikan.

13

Cadangan seterusnya, kajian masa hadapan digalakkan menggunakan pelbagai konsep komitmen dan kepuasan kerja daripada pelbagai dimensi. Akhirnya, pengkaji juga diharapkan mengggunakan model berbilang paras dan berbilang faktor keberkesanan sekolah.

Rujukan : Avolio, B.J., Waldman, D.A. & Einstein, W.O. 1988. Transformational Leadership In A Management Game Simulation : Impacting The Bottom Line. Group And Organization Studies. Azizi bin Hj Yahaya et al. (t.th). Tingkahlaku Kepimpinan Pengetua dan Hubungannya Dengan Tekanan Kerja Dan Keberkesanan Organisasi Di Beberapa Buah Sekolah Terpilih Negeri Sembilan. Boles, H.W. 1979, Educational LeadershipAnd Accountability, Journal of Reading and Cases In Educational Administration. 6: 23-35. Chan Yuen Fook. 2004. Kepimpinan Transformasional Dan Inovasi Pendidikan. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia. Greenfield, W., (1995), Towards the theory of school administration : The centrality of leadership, Educational Administration Quarterly, 31 , 1: 61 – 85. Hanafi Kamal, 1990, Implikasi beberapa teori kepada kepimpinan di sekolah. Suara Pendidik, 13-14 (3&4), 28-32. Holtzman, M., 1992, Do you really need leadership, Educational Leadership, 49(5), 36. Hussein Mahmood (1993). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur: DBP. Ishak bin Din. 2003. Gaya Kepimpinan Transformasi dan Pengajaran. Gaya Manakah Yang Manakah Diperlukan Oleh Pengetua? Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Institut Aminudin Baki: 9-10. Maimunah bt Muda. 2004. Kepemimpinan Situasi Di Kalangan Pengetua Sekolah di Malaysia. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia. Mohd Anuar Abd Rahman, P. Madya Dr. Azizi Hj Yahaya, Mohamaed Yusope Hassan. 2004. Gaya Pemudah Cara Perubahan Di Sekolah : Sejauh manakah Pengetuapengetua Mengamalkannya. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia..

14

Mohd Izham Mohd Hamzah, Sufean Hussin, 2009, Pengurusan Perubahan Terancang Dalam Pembestarian Sekolah : Proses Pelaksanaan Polisi, Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya. Mohd Nor bin Jaafar. 2004. Kepimpinan Pengajaran Guru Besar, Komitmen dan Kepuasan Kerja Guru : Satu Kajian Perbandingan dan Hubungan Antara Sekolah Berkesan dengan Sekolah Kurang Berkesan. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.. Noordin Hj Yahaya, Sharifudin Ismail, PM Dr. Azizi Hj Yahaya. 2004. Tingkah Laku Kepimpinan Pengetua dan Hubungannya Dengan Tekanan Kerja dan Keberkesanan Organisasi, Di Beberapa Buah Sekolah Terpilih Di Negeri Sembilan. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia. Razali bin Mat Zin. 1996. Kepimpinan Dalam Pengurusan. Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. Robiah Sidin. 2003. Teori Pentadbiran Pendidikan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Seltzer, J & Bass, B.M. 1990. Transformational Leadership: Beyond Initiation and Consideration, Journal of Management: 693-703. Shukri bin Haji Zain. 2004. Komunikasi Kepemimpinan dan Hubungannya Dengan Motivasi. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-12, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia. Southworth, G. 2002. Instructional Leadership In Schools. Reflections and Empirical Evidence. School Leadership and Management. Stogdill, Ralph M.. (1974) Handbook of leadership: A survey of theory and research New York: Free Press. Stogdill, Ralph Melvin; Bass, Bernard M.. (1981) Stogdill's handbook of leadership: A survey of theory and research Rev. and expanded / edition. New York: Free Press Yammarino, F.J. & Bass, B.M. 1990. Transformational Leadership and Multi Level Analysis. Human Relations.

15

Related Documents