KESAN-KESAN KEGIATAN EKONOMI DI NEGARA JEPUN Sebagai sebuah negara perindustrian yang paling maju,negara Jepun juga tidak terlepas daripada memberi kesan terhadap alam sekitar.Antara kesan-kesan yang dihadapi oleh negara Jepun termasuk masalah pecemaran ,kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon,hujan asid masalah kepupusan sumber. Menurut satu laporan di dalam sebuah laman web, ada dinyatakan suatu kesan yang dahsyat telah menimpa penduduk Jepun pada tahun 1962 apabila sebuah kilang kimia di Teluk Minamata di Jepun telah membuang sisa toksik ke dalam laut dan telah mencemarkan ikan di laut tersebut yang menjadi sumber protein.Akhirnya penduduk sekitar kawasan tersebut telah menerima kesan seperti kecacatan dalam kelahiran serta keguguran bayi.