Kertas Kerja Psikometrik 2018.docx

  • Uploaded by: Noor Haliza
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Kerja Psikometrik 2018.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 801
  • Pages: 5
KERTAS KERJA PELAKSANAAN UJIAN APTITUD PSIKOMETRIK TAHUN 6 DAN 3 2018 SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA

1.0

PENGENALAN Psikometrik ialah suatu bidang yang berkaitan dengan teori dan teknik dalam pengukuran pendidikan dan psikologi, merangkumi pengukuran pengetahuan, kemampuan, sikap dan personaliti. Pentaksiran psikometrik digunakan untuk mendapatkan lebih maklumat tentang kemampuan, kekuatan, kelemahan, bakat, sikap, potensi, minat dan personaliti seseorang individu bagi tujuan membantu dalam memperkembangkan potensi dan pertumbuhan individu itu. Data yang diperoleh mampu memberikan maklumat yang menyeluruh tentang seseorang individu supaya individu itu dapat difahami sebagai seorang insan.

Setiap individu perlu mengenal diri bagi tujuan peningkatan dan pembangunan diri. Semua yang ingin dibangunkan, perkembangan intelek, emosi dan sosial, mesti diukur. Pentaksiran psikometrik menggunakan instrumen pentaksiran yang tidak berasaskan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran. Instrumen itu direka bentuk untuk mendapatkan maklumat secara kualitatif dan kuantitatif tentang keupayaan seseorang untuk bertindak balas dalam suatu cara tertentu yang bersifat am. Ujian ini mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran. Prestasi murid tidak diukur dan laporan adalah dalam bentuk deskriptif. Measuring knowledge, abilities and behaviour, psychometric assessment tools aid the decision making process, but do not make the decision to select one child over the next (Munchinsky, 2003; Wilson, 2004). Dalam usaha merintis perubahan ke arah pembangunan modal insan yang unggul, Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) mengemukakan dua jenis ujian dalam pentaksiran psikometrik, iaitu Ujian Aptitud dan Inventori Personaliti.

1.1 UJIAN APTITUD Ujian Aptitud digunakan untuk mengukur potensi murid untuk berjaya dalam pembelajaran atau pekerjaan yang akan dilaluinya di masa hadapan. Ujian Aptitud lazimnya terbahagi kepada kebolehan yang spesifik yang menggambarkan struktur kecerdasan secara hierarki dan diterima oleh pengamal atau pekerja dalam sesuatu bidang. Ujian ini adalah sangat penting dalam pembangunan individu murid kerana ia dapat membantu guru mengenal pasti dan mengembangkan pelbagai potensi yang ada pada murid. Ujian ini diskor dan diinterpretasikan secara individu sebagai ukuran aptitud khusus atau secara komposit sebagai ukuran aptitud am yang berkaitan dengan potensi seseorang dalam sesuatu pekerjaan atau bidang. Di peringkat sekolah rendah, tujuan ujian adalah untuk mendapatkan maklumat am tentang kemahiran asas murid dalam literasi dan numerasi serta minat / kecenderungan dalam bidang tertentu. Di peringkat menengah rendah, tujuan ujian adalah untuk mendapatkan maklumat am tentang pengetahuan dan kemahiran umum murid dalam berkomunikasi, berfikir, berinteraksi dengan persekitaran, manusia dan Penciptanya serta minat / kecenderungan dalam bidang tertentu. Manakala di peringkat menengah atas, tujuan ujian adalah untuk mendapatkan maklumat am tentang kemahiran spesifik murid serta minat / kecenderungan dalam bidang yang lebih spesifik.

2.0

TUJUAN UJIAN APTITUD PSIKOMETRIK Tujuan Ujian Aptitud adalah untuk: 2.1

2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7

2.8

Mengenal pasti kecenderungan, kekuatan/kelemahan, minat, bakat, kesediaan bagi menyediakan situasi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan sesuai dengan keperluan murid Mencungkil dan membantu mengembangkan potensi murid pada peringkat umur tertentu Memperkenalkan strategi, kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan berkesan Membantu guru memahami psikologi murid Membantu murid mengenal potensi diri Meramalkan kejayaan murid dalam alam pembelajaran dan pekerjaan Memantau tahap kebolehan umum murid dalam menceburi pelbagai bidang pendidikan, latihan dan pekerjaan sama ada di peringkat lokal dan global dengan menggunakan kemudahan yang ada di persekitarannya Menyediakan profil murid yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan dalam pendidikan dan perkembangan individu

3.0

TARIKH 3.1 3.2

4.0

MASA 4.1 4.2

5.0

Tahun 6 – 7 Jun 2018 (Khamis) Tahun 3 – 26 Julai 2018 (Khamis)

Tahun 6 – 45 minit Tahun 3 – 60 minit

SASARAN 5.1 Tahun 6 – 53 orang murid 5.2 Tahun 3 – 65 orang murid

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Belanjawan 1) Set Soalan dan Jawapan Ujian Aptitud Tahun 6 2) Set Soalan dan Jawapan Ujian Psikometrik Tahun 3

RM 63.21 RM 86.80

JUMLAH

RM 150.01

Sumber Kewangan PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling

RM 150.01

JUMLAH

RM 150.01

7.0

JAWATANKUASA UNIT PSIKOMETRIK TAHUN 3 DAN TAHUN 6

PENGERUSI En. Raseli bin Ismail (Guru Besar SK Telaga) NAIB PENGERUSI 1 En. Ahmad Kamal bin Ibrahim (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) NAIB PENGERUSI 2 En Mohd Hisham bin Mohammad (Guru Penolong Kanan Pentadbiran) NAIB PENGERUSI 3 En.Mohd Hisyam bin Alias (Guru Penolong Kanan Kokurikulum) SETIAUSAHA Pn Noor Haliza bt Wahab (Guru Bimbingan dan Kaunseling) AHLI JAWATANKUASA En. Nizan bin Mohd Zin Pn. Wan Muzenah binti Tun Suliman Pn. Masnizam binti Mukhtar Pn. Khalijah binti Yusoff

8.0 PENUTUP

Adalah diharapkan dengan pelaksanaan Ujian Aptitud Psikometrik ini dapat membantu guruguru mengenalpasti kecenderungan murid dalam subjek-subjek teras di samping mengukur potensi murid.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh.

…………………………………… (NOOR HALIZA BINTI WAHAB) Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Telaga

…………………………....

SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA 21700 KUALA BERANG HULU TERENGGANU Tel : 09-6811884 Fax: 09-6817254

KERTAS KERJA pelaksanaan ujian aptitud psikometrik tahun 6 dan tahun 3 2018

TAHUN 6

TAHUN 3

TARIKH

7 JUN 2018

26 JULAI 2018

HARI

KHAMIS

KHAMIS

MASA

45 MINIT

60 MINIT

ANJURAN : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK TELAGA

Related Documents

Kertas Kerja
November 2019 68
Kertas Kerja
May 2020 42
Kertas Kerja
June 2020 39
Kertas Kerja
June 2020 44
Kertas Kerja
December 2019 43

More Documents from ""

December 2019 14
09660048_lampiran.pdf
June 2020 14
Kokum - Dr Asri.docx
May 2020 13