LAPORAN BERGAMBAR SEKOLAH
: Sk Kinabutan Besar, Tawau
AKTIVITI
: Kokum – Lontar peluru (permainan)
TARIKH
: 03 Oktober 2018 (Rabu)
MASA
: 8.00 – 9.00 pagi (1 jam)
TEMPAT
: Padang
KELAS
: Rumah sukan merah
KEHADIRAN
: 10 orang murid
Guru membuat soal jawab dengan murid berkaitan dengan tajuk yang akan dipelajari pada hari tersebut setelah menayangkan video kepada murid-murid. Regangan badan dilakukan selepas itu sebelum memulakan pengajaran.
Guru memberi penerangan kepada murid-murid mengenai teknik memegang peluru dengan tiga jari dan menggunakan lima jari. Seterusnya, guru beralih kepada penerangan tentang cara melontar peluru dengan teknik yang betul.
Murid membuat lontaran setelah mendengar arahan daripada guru. Guru memberi peluang kepada murid untuk membuat lontaran sebanyak dua kali apabila murid telah menguasai dan membuat latihan secara berulang kali dalam masa yang telah diberikan oleh guru.
Sebelum mengakhiri sesi pengajaran, guru akan meminta murid untuk membuat penyejukan badan.