Kertas Kerja Frog Vletahap1.docx

  • Uploaded by: Kamarul Khamis
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Kerja Frog Vletahap1.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 600
  • Pages: 6
KERTAS KERJA PROGRAM VLE FROG TAHAP 1

2018

SK KANGKAR PULAI 2

ANJURAN: UNIT ICT SK KANGKAR PULAI 2 ____________________________________________________

1.0

PENDAHULUAN

Program Pertandingan VLE FROG ini adalah salah satu aktiviti Kurikulum yang dianjurkan oleh gabungan panitia dan Kelab Komputer SK Kangkar Pulai 2, Johor Bahru. Penyertaan pertandingan ini adalah terbuka kepada semua semua murid SK Kangkar Pulai 2. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kurikulum dan kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam era teknologi kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang mahir dengan pengetahuan komputer sejajar usaha KementerianPelajara Malaysia yang ingin melahirkan murid yang berteknologi maklumat. Ianya bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar mengenai komputer. Pelbagai pertandingan akan dijalankania bertujuan agar kemahiran dan kefahaman komputer serta Program anjuran KPM FROG VLE dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam rutin seharian.

3.0 OBJEKTIF

3.1

Meningkatkan pengetahuan IT dalam kalangan pelajar dalam bentuk riadah

dan rekreasi. 3.2

Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang

disediakan. 3.3

Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang

bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. 3.4

Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap

mementingkan diri sendiri. 3.5

Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPAT PERLAKSANAAN

4.1

Tarikh : 1 April 2018

4.2

Tempat : Makmal Komputer SK Kangkar Pulai 2

5.0 PERASMIAN

Cadangan perasmi adalah Guru Besar SK Kangkar Pulai 2. Tn Hj Jais b Sudin . Guru Besar SK Kangkar Pulai 2 akan diberi peluang memberi ucapan ringkas, merasmikan program ini serta menyampaikan hadiah kepada pemenang.

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

6.1

Terbuka kepada semua murid

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi

:

Hj. Jais b Sudin (Guru Besar SKKP2)

Timb. Pengerusi

:

En. Abdul Rahim b Ali (GPK1)

Naib Pengerusi

:

En, Rashid bin Takim (GPK HEM)

Pn Masnita bt Mohd Arif (GPK KOKURIKULUM)

Pn Sarimah bt Mohmi (GPK PETANG)

Penyelaras Program

:

En. Kamarul Ariffin Bin Khamis

AJK kerja

:

Cik Norasnita bt Mat Yusoh

Cik Nursyuhada bt Saidy

Tn Syed Abu Bakar b Syed Akhir

8.0

PERBELANJAAN

BIL 1

2

3

PERTANDINGAN

ITEM

KOS SEUNIT (RM)

Hadiah pertandingan murid kerap mengakses VLE Frog.

Tempat 1hingga 3 dalam setiap aliran. (Tahun1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6)

RM7.00 untuk 1 set alat tulis

Hadiah pertandingan murid paling lama mengakses VLE Frog.

Tempat 1hingga 10 dalam setiap aliran. (Tahun1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6)

RM7.00 untuk 1 set alat tulis

Hadiah pertandingan menjawab soalan tentang VLE Frog .

Tempat 1hingga 15 dalam setiap aliran. (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6)

RM8.00 untuk 1 pensil warna

JUMLAH KOS (RM) 126.00

(RM 7.00 x 18 orang)

126.00

(RM 7.00 x 18 orang)

80.00

(RM 8.00 x 10 orang) JUMLAH

RM332.00

9.0

PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam program ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

……………………………………

Disahkan oleh,

.

.................................................

(EN KAMARUL ARIFFIN BIN KHAMIS)

(TN HJ JAIS B SUDIN)

Penyelaras ICT,

Guru Besar

SK KangkarPulai 2

SK KangkarPulai 2

Related Documents

Kertas Kerja
November 2019 68
Kertas Kerja
May 2020 42
Kertas Kerja
June 2020 39
Kertas Kerja
June 2020 44
Kertas Kerja
December 2019 43

More Documents from ""