Kertas Keje Lawatan Psv

  • Uploaded by: cheqsnabila
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Keje Lawatan Psv as PDF for free.

More details

  • Words: 768
  • Pages: 10
SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA KERJA PROGRAM LAWATAN SENI VISUAL PPISMP PSV/BI/BM 2009

PENASIHAT

: Encik Basir Ahmad bin Mohamed Encik Mohd Zamani bin Mohd Nor Peah Encik Johan bin Kadis Encik Saiful Bahari bin Bachik

PENGERUSI

: Noor’Ainnabila binti Muhamad Zakaria

NAIB PENGERUSI

: Siti Norfatihah binti Nassir Hassan

SETIAUSAHA

: Muhammad Haziq bin Marhaimi

NAIB SETIAUSAHA

: Arifah Salihah binti Ramtar Khan

BENDAHARI

: Mohd Mohsin bin Mohd Nor

NAIB BENDAHARI

: Noor Suhaila binti Mohamed Radi

AJK PENGANGKUTAN

: Qatrun Nadira binti Baharin

AJK PERALATAN

: Atikah binti Mohd Taib

AJK KESELAMATAN

: Ibrahim Sabiq bin Kamaruddin

AJK PENGINAPAN

: Wan Faten Amira binti Md Ramli

AJK MAKANAN

: Norshafiqah binti Ramli

AJK PROGRAM

: Noor Hayati binti Ibrahim

AJK KEBAJIKAN

: Nur Hafiza binti Nordin

1.

NAMA PROGRAM

Program Lawatan Seni Visual PPISMP PSV/BI/BM Semester 3 Sesi 2009

2.

PENGENALAN

Pengurusan pengetahuan dalam era globalisasi dan dunia k-ekonomi mengutamakan integrasi antara pelbagai kecerdasan (multiple intelligence) dan pelbagai tugas (multi-tasking). Tumpuan terhadap perkembangan yang seimbang pada kedua-dua belah otak kanan dan kiri secara holistik telah meningkatkan lagi kepentingan Pendidikan Seni Visual dalam proses perkembangan intelektual manusia. Hal ini telah membawa kepada pembaharuan pada penekanan kandungan mata pelajaran. Oleh sebab itu, kaedah untuk menggerakkan aktiviti intelektual perlu ditegaskan secara eksplisit dalam proses pemerhatian, penerokaan, interaksi dan apresiasi. Atas kesedaran inilah kami mengambil peluang untuk menjalankan Program Lawatan Seni Visual sesi 2009 bagi memantapkan lagi pemahaman terhadap kepentingan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan membina kemampuan serta kebolehan diri dari pelbagai aspek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan keseimbangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Proses pemerhatian, penerokaan, interaksi dan apresiasi diberi penekanan dalam penghasilan karya seni untuk menjana perkembangan intelek yang seimbang dan menyeluruh.

3.

MATLAMAT

Pendidikan Seni Visual memainkan peranan penting dan menyumbang ke arah perkembangan kualiti peribadi pelajar melalui peningkatan daya persepsi dan kreativiti. Ia juga bertujuan mewujudkan kesedaran dan kepekaan terhadap pelbagai nilai artistik dan mempraktikkannya dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah khususnya. Program Lawatan Seni Visual ini diadakan dalam konteks peranan seni sebagai media yang merupakan simbol peradaban bangsa yang perlu diwarisi dan dihargai. Pelajar juga diharapkan dapat menyampaikan pemikiran dan idea melalui laras bahasa tampak. Selain itu, pelajar juga dapat mengembangkan minat, bakat dan sahsiah, kegiatan berfikir, meneroka dan mereka bentuk pelbagai jenis aktiviti seni visual. Pengalaman yang

akan

diperolehi

kelak

akan

dapat

membantu

pelajar

membina

dan

mempertingkatkan keyakinan diri dalam pembentukan watak, membuat penilaian diri dan mengenali citarasa sendiri.

4.

OBJEKTIF PROGRAM

1. Salah satu keperluan bagi melengkapkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual secara lebih efektif. 2. Meningkatkan potensi guru pelatih khususnya dalam proses pemikiran dan daya imaginasi, penerokaan, penyataan idea, ekspresi diri, penghasilan karya yang kreatif, mampu membuat kritikan dan apresiasi seni. 3. Menghargai dan menikmati hasil karya tokoh-tokoh seni negara. 4. Mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat kerjasama di kalangan guru pelatih.

5.

TARIKH DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh: 12 dan 13 Ogos 2009 Tempat: Balai Seni Lukis & Pusat Kraftangan Kuala Lumpur. Perincian : Melihat dengan lebih dekat karya-karya yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh seni. : Melihat bagaimana kraftangan tradisional dihasilkan. : Memantapkan pengetahuan tentang seni kraftangan. : Menyediakan sumber untuk seni digital.

6.

PESERTA

Semua guru pelatih PPISMP PSV/BI/BM Semester 3 Pensyarah pengiring Jumlah :

7.

JADUAL PENGISIAN PROGRAM

42 orang 4 orang 46 orang

MASA

TEMPAT

AKTIVITI

12 Ogos 2009 7.30 a.m.

IPGMKTAA

- Bertolak dari IPGMKTAA ke Kuala Lumpur

11.00 p.m

Kuala Lumpur

- Sesi fotografi (merakam gambar sumber untuk seni digital)

1.00 p.m

- Makan tengahari / Solat.

2.30 p.m

- Sesi fotografi di Kuala Lumpur (merakam gambar sumber untuk seni digital)

5.30 p.m

-Tiba di tempat penginapan - Persiapan diri.

8.00 p.m

- Makan Malam / Sesi Fotografi di sekitar KLCC (merakam gambar untuk seni digital.)

13 Ogos 2009 6.30 a.m 7.30 a.m.

- Solat Subuh dan persiapan diri Kuala Lumpur

- Sarapan pagi.

8.30 p.m.

- Lawatan ke Pusat Kraftangan Jalan Conlay

12.00 p.m

- Makan tengahari dan solat.

3.00 p.m.

- Lawatan ke Balai Seni Lukis

5.30 p.m.

- Bertolak pulang ke tempat Penginapan

6.00 p.m.

-Bertolak ke IPGM KTAA

8.

PERUNTUKAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA 1 Bayaran bagi tempat penginapan JUMLAH

KOS RM 30 x 42

JUMLAH RM 1260.00 RM 1260

9.

PENGANGKUTAN

Bas IPGMKTAA akan digunakan dalam Program Lawatan Seni Visual 2009 ini.

Disediakan oleh,

(MUHAMMAD HAZIQ BIN MARHAIMI) Setiausaha, Program Lawatan Seni Visual 2009, Unit PPISMP PSV/BI/BM Semester 3, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS, PAHANG

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR UNIT PPISMP PSV / BI / BM SEMESTER 3 2009

Related Documents


More Documents from "Fariza Ezlin Zamri"