Kertas Keje Persatuan.docx

  • Uploaded by: hizami23
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Keje Persatuan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 3,126
  • Pages: 24
1.0 PENDAHULUAN Salah satu daripada alat muzik tradisional melayu yang popular masa kini adalah kompang. Kompang dikatakan berasal daripada Parsi dan digunakan untuk menyambut kedatangan Rasulullah S.A.W. Selain itu, kompang juga digunakan untuk menaikkan semangat tentera Islam ketika berperang. Alat muzik ini dibawa ke nusantara oleh pedagang Arab yang datang berdagang. Mereka memperkenalkan alat muzik ini dan mendapat sambutan yang hebat dalam kalangan penduduk Tanah Melayu terutamanya orang-orang Jawa. Bagi meneruskan seni warisan zaman ini, pihak sekolah ingin membentuk sebuah pasukan kompang yang dianggotai oleh para pelajar sekolah ini. Harapan pihak sekolah adalah agar dapat menyampaikan ilmu dalam bentuk ekstra kurikulum yang dapat membentuk sahsiah dan peribadi murid yang mulia sebagaimana yang terkandung dalam seni kompang itu sendiri.

2.0 RASIONAL 2.1 Memberi satu aktiviti yang sihat kepada pelajar yang meminati bidang muzik terutama dalam paluan kompang. 2.2 Melalui aktiviti pasukan kompang sekolah ini pastinya dapat mendisplinkan pelajar disamping memberi motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang akedamik. 2.3 Memberi keyakinan kendiri kepada pelajar melalui aktiviti-aktiviti seperti membuat persembahan, menyertai kegiatan khidmat masyarakat dan menyertai pertandingan yang dianjurkan.

3.0 MATLAMAT Penubuhan Kelab Kompang ini bermatlamat untuk memantapkan murid-murid dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman muzik untuk meningkatkan keseimbangan jati diri berlandaskan Falsafah Pendiidkan Negara iaitu keseimbangan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) seterusnya menjadikan Kelab Kompang sebagai medium penting dalam membentuk modal insan yang berkompeten selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang menjadi teras pembangunan kemajuan negara Malaysia. Di samping ianya juga bertujuan untuk memperkenalkan alat tradisional nenek moyang kita yang

berkurun lamanya kepada generasi baru serta menerapkan ilmu kesenian dan disiplin kepada ahli-ahli yang menyertainya.

4.0 OBJEKTIF Penubuhan Persatuan Kompang SK Sri Sakti adalah untuk: 4.1 Memberi peluang kepada murid menceburkan diri dalam aktiviti kemahiran baru. 4.2 Mengeratkan hubungan antara murid tanpa mengira kaum melalui aktiviti kelab. 4.3 Menghargai warisan kebudayaan yang terdapat di Malaysia supaya tidak pupus ditelan zaman.

5.0 MOTO/ MISI/ VISI/ LOGO

5.1 MOTO Memartabatkan budaya bangsa.

5.2 MISI Merealisasikan matlamat kecemerlangan kesenian kompang melalui sahsiah penubuhannya.

5.3 VISI Memupuk semangat murid-murid dalam mencintai kesenian pukulan kompang yang menjadi kebanggaan masyarakat melayu pada zaman dahulu.

5.4 LOGO

PERSATUAN KOMPANG SK SRI SEJATI

Maksud logo :

LOGO

MAKSUD

Kompang

Kelab kompang

Gelung warna kuning

Lambang

kesultanan

Melayu

dan

raja

berperlembagaan. Warna merah

Semangat di dalam memartabatkan budaya bangsa dan keberanian mempersembahkan seni.

Jarum merah di atas

Mengharapkan

agar

persatuan

ini

ditubuhkan agar seni ini akan berkembang sepanjang masa. Jarum merah di bawah

Di ibaratkan sebagai akar yang membawa kiasan kepada semangat ahli-ahli yang ingin mempelajari kesenian ini

6.0 KUMPULAN SASARAN 6.1 Keahlian bagi persatuan ini terbuka murid tahap 2 SK Sri Sejati.

6.2 Tanggungjawab ahli: 6.2.1

Setiap ahli mempunyai hak bersuara dalam menentukan keputusan.

6.2.2

Ahli-ahli bertanggungjawab dalam memerhati dan mengambil tindakan yang berlunaskan perlembagaan supaya persatuan dapat bergerak mengikut perlembagaan.

6.2.3

Ahli-ahli

berhak

menyemak

hal-hal

kewangan

persatuan

untuk

memastikan tiada penyelewengan 6.2.4

Setiap ahli persatuan DIWAJIBKAN hadir dan mengambil bahagian dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan. Mereka yang tidak dapat

berbuat

demikian

hendaklah

memberi

sebab-sebab

yang

munasabah. 6.2.5

Kegagalan menghadiri 75% daripada perjumpaan persatuan tanpa sebab yang munasabah menyebabkan keahlian itu dimansuhkan secara automatik.

7.0 STRUKTUR ORGANISASI PENAJA Carta

organisasi

merupakan

satu

perkara

yang

penting

dan

harus

dibuat

untukmelancarkan perjalanan sesuatu persatuan khususnya persatuan kompang. Oleh yang demikian, carta organisasi juga harus dibuat dengan tetiti dan melantik ahli yang layak untuk memegang jawatan di dalamnya. Hal ini bertujuan segala objektif yang ingin dicapai dapat dilaksanakan dengan sempurna.

7.1 JAWATANKUASA INDUK 7.1.1

Guru besar

: En. Haji Izwan Bin Daud

7.1.2

Guru penolong kanan kokurikulum : En. Mohd Faiz Bin Man

7.1.3

Setiausaha kekurikulum : En. Ahmed Bin Abu

7.1.4

Penyelaras kelab : Pn Nurul Huda Binti Rosdi

7.1.5

Guru penasihat : En Ahmad Hizami Bin Hasbullah

7.2 AHLI JAWATANKUASA PENAJA 7.2.1

Penaung

: Muhammad Faiz bin Ramli

7.2.2

Guru Penasihat

: Akmal Aliff Bin Baharum

7.2.3

Pengerusi

: Ooi Yong Yuen

7.2.4

Naib pengerusi

: Ahmad Fakrul Bin Musa

7.2.5

Setiausaha

: Ahmad Hizami Bin Hasbullah

7.2.6

Naib setiausaha

: Mohd Naim Bin Kamarul

7.2.7

Bendahari

: Fatin Amalina binti Fauzi

7.2.8

Naib bendahari

: Raudah binti ramdan

7.2.9

Ahli jawatankuasa

: 1) Lim Jia Jing 2) Yaep Shu Yi 3) Fang Eileen 4) Khoo Mei Fong

7.2.10 Pemeriksa kira-kira : 1) Wan Hasrulnaim Bin Wan Azmi 2) Nurhakimi Binti Aziz 3) Nursyafiqah Binti Harris

8.0 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA

8.1 Pengerusi 8.1.1

Mempengerusikan semua

mesyuarat

dan bertanggungjawab

atas

kesempurnaan semua mesyuarat. 8.1.2

Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

8.1.3

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

8.2 Naib Pengerusi 8.2.1

Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.

8.2.2

Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

8.2.3

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

8.3 Setiausaha 8.3.1

Menguruskan hal-hal surat menyurat.

8.3.2

Mencatat

dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-

kegiatan. 8.3.3

Mencatat kehadiran ahli

8.3.4

Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

8.3.5

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

8.4 Naib Setiausaha 8.4.1

Membantu

setiausaha

dalam

menjalankan

segala

tugas

dan

tanggungjawabnya. 8.4.2

Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

8.4.3

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

8.5 Bendahari 8.5.1

Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan.

8.5.2

Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

8.5.3

Menyediakan

Penyata

Kira-Kira

bulanan

dan

tahunan

serta

menandatanganinya. 8.5.4

Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

8.5.5

Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.

8.5.6

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

8.6 Naib Bendahari 8.6.1

Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

8.6.2

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

8.7 Ahli Jawatankuasa 8.7.1

Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.

8.7.2

Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

8.7.3

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

8.8 Pemeriksa Kira-Kira 8.8.1

Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya.

8.8.2

Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

9.0 CARTA ALIR PENUBUHAN PERSATUAN CARTA ALIR KERJA PENUBUHAN KOMPANG SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SAKTI

Menentukan persatuan yang hendak ditubuhkan

Melantik pengerusi yang bertanggungjawab secara langsung

Memohon pendaftaran dengan pentadbiran sekolah Semak semula borang

Tidak

Lulus

Membuat draf perlembagaan persatuan

Taklimat kepada AJK

Pendaftaran ahli

Meneruskan Aktiviti sepanjang tahun

10.0

DRAF AKTIVITI BULAN

JANUARI

AKTIVITI Minggu 1 : Pendaftaran ahli kelab yang baru Minggu 2 : Mesyuarat Agong

FEBRUARI

Minggu 1 : Minggu suai kenal antara ahli Minggu 2 : Seminar kebudayaan tradisional Melayu- Mengenal kompang Minggu 3 : Latihan menepuk kompang

MAC

Minggu 1 : Belajar menepuk kompang daripada guru muzik Minggu 2 : Melatih pemain bermain kompang mengikut lagu

APRIL

Minggu 1 : Guru muzik mengajar keseragaman tepukan Minggu 2 : Mencari lagu / jenis tepukan yang menghasilkan keseragaman

MEI

Minggu 1 : Lawatan sambil belajar ke tempat menarik Minggu 2 : Pertandingan kompang tertutup

JUN

Minggu 1 dan 3 : Guru mizik mengajar keseragaman semua jenis tepukan

JULAI

Minggu 2 dan 4 : Berlatih menepuk dalam kumpulan dan mencari keseragaman

OGOS

Minggu 1 : Mencari lagu untuk tepukan dan mempelbagaikan tepukan Minggu 3 : Membuat persembahan sempena bulan Kemerdekaan di sekolah

11.0

SURAT PANGGILAN ATAU MINIT MESYUARAT

11.1

Mesyuarat Agung

11.1.1 Mengedarkan surat jemputan Mesyuarat Agung Kelab diedarkan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat diadakan (Lampiran A) dengan disertakan minit mesyuarat yang lalu.

11.1.2 Atur cara Majlis Mesyuarat Agung a) Ucapan Alu-aluan b) Ucapan Penasihat Kelab c) Ucapan Perasmian d) Mesyuarat agung

11.1.3 Agenda Mesyuarat Agung a) Ucapan Pengerusi Mesyuarat b) Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung yang lalu. (Contoh Minit Mesyuarat Agung – Lampiran B) c) Membentangkan laporan tahunan. d) Membentangkan dan mengesahkan laporan kewangan e) Pemilihan Ahli Jawatankuasa :

f)

i.

Pengerusi

ii.

Naib Pengerusi

iii.

Setiausaha

iv.

Penolong Setiausaha

v.

Bendahari

vi.

Penolong Bendahari

vii.

Ahli Jawatankuasa (5 – 7 orang)

viii.

Pemilihan dua orang juru audit

Membahaskan usul-usul yang diterima

g) Ucapan penangguhan

Mesyuarat Agung Luar Biasa

11.2

Mesyuarat Agung Luar Biasa/Tergempar boleh diadakan dengan kehendak sebahagian ahli atau Ahli Jawatankuasa bagi membincangkan satu agenda sahaja. Notis hendaklah disiarkan dua minggu sebelum diadakan.

Mesyuarat ini juga boleh diadakan kerana:

11.2.1 Permintaan bertulis 2/3 ahli 11.2.2 Pengerusi memikirkan perlunya mesyuarat diadakan.

Mesyuarat Jawatankuasa

11.3

Mesyuarat ini diadakan untuk mengerakkan aktiviti kelab. Mesyuarat hanya boleh dijalankan sekiranya cukup korum (2/3 daripada ahli jawatankuasa). Mesyuarat ini hendaklah dihadiri oleh Guru Penasihat yang dilantik oleh Pengetua. Notis panggilan mesyuarat hendaklah diberi dalam tempoh satu minggu. (Lampiran C).

Agenda Mesyuarat hendaklah merakumi perkara berikut:

11.3.1 Ucapan Pengerusi. 11.3.2 Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu. (Contoh minit mesyuarat jawatankuasa – Lampiran D) 11.3.3 Perkara berbangkit. 11.3.4 Laporan biro-biro. 11.3.5 Laporan kewangan. 11.3.6 Hal-hal lain.

11.4

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Projek Agenda Mesyuarat : 11.4.1 Ucapan Pengerusi 11.4.2 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

11.4.3 Perkara-perkara berbangkit 11.4.4 Membincangkan hal projek (Lampiran E) a) Tarikh b) Hari c) Masa d) Tempat 11.4.5 Melantik ahli jawatankuasa projek 11.4.6 Tugas-tugas ahli jawatankuasa projek 11.4.7 Kewangan projek 11.4.8 Hal-hal lain.

12.0

SURAT PANGGILAN MESYUARAT Ruj. Kami: PK 18/1 Tarikh: 22 Februari 2018

Sekolah Kebangsaan Sri Sakti, 81200 Batu Pahat, Johor Tuan, MESYUARAT PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI REMIS KALI PERTAMA Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut : Tarikh

: 22 Februari 2018

Masa

: 2.00 – 3.00 petang

Tempat

: Pusat Sumber SK Sri Sakti

Pengerusi Sementara 3.

: En. Muhammad Bin Ali

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut; 3.1 3.2 3.3 3.4

Perutusan Pengerusi Sementara Pelantikan AJK Tertinggi Perancangan Aktiviti Penutup

Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Saya yang menurut perintah,

__________________________________ (Ahmad Hizami Bin Hasbullah) Setiausaha Sementara, Persatuan Kompang SK Sri Sakti.

13.0

MINIT MESYUARAT PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI REMIS KALI PERTAMA

Tarikh

: 22 Februari 2018

Masa

: 2.00 – 3.00 petang

Tempat

: Pusat Sumber SK Sri Sakti

Pengerusi Sementara

: En. Muhammad Bin Ali

Kehadiran: 1.

En. Muhammad Bin Ali

Pengerusi Sementara

2.

En. Ahmad Hizami Bin Hasbullah

Setiausaha Sementara

3.

En. Muhammad Zamri Bin Halim

4.

En. Muhammad Safuan Bin Hadi

5.

Pn. Zarina Binti Mustapa

6.

Pn. Aqilah Binti Zulkifli

7.

Pn. Amira Binti Said

1.

UCAPAN PENGERUSI SEMENTARA

En. Muhammad Bin Ali mengalu-alukan kedatangan kepada ahli-ahli Mesyuarat Agung kali pertama bagi tahun 2018. Tindakan: Makluman

2.

MELANTIK AJK SOKONGAN

2.1

En. Muhammad memaklumkan kepada semua untuk melantik AJK Tertinggi.

2.2

En. Muhammad Zamri mencadangkan En. Muhammad sebagai Pengerusi dan disokong oleh En. Ahmad Hizami.

2.3

En. Muhammad Safuan mencadangkan En. Muhammad Zamri sebagai Naib Pengerusi dan disokong oleh En. Ahmad Hizami, Pn. Zarina, Pn. Aqilah dan Pn. Amira

2.4

Pn. Amira mencadangkan En. Ahmad Hizami sebagai setiausaha dan disokong oleh En. Muhammad, En. Muhammad Zamri, Pn. Zarina, Pn. Aqilah dan Pn. Amira

2.5

Pn. Aqilah mencadangkan En. Muhammad Safuan sebagai bendahari dan disokong oleh En. Ahmad Hizami, En. Muhammad, Pn. Zarina, dan Pn. Amira. Tindakan: Makluman

3.

PERANCANGAN AKTIVITI

3.1

, En. Muhammad mencadangkan pada bulan Januari diadakan pendaftaran ahli, mesyuarat agung dan perancangan aktiviti manakala bulan Februari diadakan kursus kepimpinan dan hal ini disokong oleh En. Ahmad Hizami.

3.2

Pn. Amira mencadangkan pada bulan Mac diadakan seminar kompang di sekolah, pada bulan April diadakan sukan tahunan sekolah dan antara bulan Mei atau Jun diadakan majlis bebuka puasa perdana dan hal ini disokong oleh En. Muhammad Safuan.

3.3

Pn. Zarina mencadangkan pada bulan Ogos diadakan hari kokurikulum dan program motivasi, pada bulan September dikemaskini fail induk dan AJK dan pada bulan November diadakan jamuan akhir tahun dan hal ini disokong oleh Pn. Amirah. Tindakan: Makluman

4.

PENANGGUHAN MESYUARAT

4.1

En. Muhammad Zamri mencadangkan mesyuarat kali pertama ini ditangguhkan dan disokong oleh Pn. Aqilah. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh,

__________________________________ (Ahmad Hizami Bin Hasbullah) Setiausaha Sementara, Persatuan Alumni SK Sri Sakti.

Disemak oleh,

______________________________ (En. Muhammad Bin Ali) Pengerusi Sementara, Persatuan Alumni SK Sri Sakti

22 Februari 2018

14.0

KEWANGAN

BIL

BUTIRAN

15.0

JUMLAH (RM)

PENUTUP

Berdasarkan kertas kerja ini, kita dapat melihat dengan jelas bahawa penubuhan Persatuan Kompang adalah relevan dengan keperluan semasa SK Sri Sakti. Melalui penubuhannya semua pihak akan mendapat pelbagai manfaat dan kebaikan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Seharusnya semua pihak memberi bekerjasama agar penubuhan Persatuan Kompang SK Sri Sakti dapat direalisasikan dengan jayanya.

16.0

RUJUKAN

Amir Hamzah bin Aman. (2014). Pengurusan Persatuan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Amir Hamzah bin Aman. (2014). Panduan Pengurusan Kokurikulum. Selangor: Penerbitan Miltimedia Sdn. Bhd. Kamus Dewan (Edisi Keempat) (2005), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://ukkppdsel.wixsite.com/kokuppds/kelab---persatuan http://skskjb.blogspot.my/2009/12/surat-panggilan-mesyuarat-guru-taklimat.html

17.0

LAMPIRAN PERLEMBAGAAN KELAB KOMPANG SEKOLAH KEBANGSAAN BATU PAHAT NAMA DAN ALAMAT

Nama Kelab

:

Persatuan Kompang

Alamat

:

Sekolah Kebangsaan Sri Sakti, 81200 Batu Pahat, Johor.

17.1

MATLAMAT Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan pontensi

secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

17.2

OBJEKTIF 17.2.1 Memberi peluang kepada murid menceburkan diri dalam aktiviti kemahiran baru. 17.2.2 Mengeratkan hubungan antara murid tanpa mengira kaum melalui aktiviti kelab. 17.2.3 Menghargai warisan kebudayaan yang terdapat di Malaysia supaya tidak pupus ditelan zaman.

17.3

KEAHLIAN 17.3.1 Dibuka kepada semua murid tahap sekolah SK Sri Sejati. 17.3.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan 17.3.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan kelab ini.

17.4

GURU PENASIHAT 17.4.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini. 17.4.2 Guru

Penasihat

mempunyai

kuasa

mutlak,

merancang

membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

atau

17.4.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

17.5

AHLI JAWATANKUASA 17.5.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung. 17.5.2 Ahli

yang

Jawatankuasa menulis

hadir

layak

manakala

ahli

surat

dicalonkan yang

tidak

sebagai

Ahli

dapat hadir tetapi

tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli

Jawatankuasa.

17.5.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian. 17.5.4 Ahli

Jawatankuasa

Kecil

boleh

dilantik

oleh

Guru

Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat. 17.5.5 Ahli

Jawatankuasa

yang

hendak

meletakkan

hendaklah menghantar surat perletakan jawatan

jawatan

kepada Guru

Penasihat 17.5.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:a) Pengerusi b) Naib Pengerusi c) Setiausaha d) Penolong Setiausaha e) Bendahari f)

Penolong Bendahari

g) Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan) h) Pemeriksa Kira-Kira (2 orang)

17.6

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

17.6.1 Pengerusi a) Mempengerusikan

semua

mesyuarat

dan

bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat. b) Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan

yang

diputuskan

diambil

tindakan

yang

sewajarnya. c) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

17.6.2 Naib Pengerusi

a) Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi. b) Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. c) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

17.6.3 Setiausaha

a) Menguruskan hal-hal surat menyurat. b) Mencatat

dan

menandatangani minit mesyuarat/laporan

kegiatan-kegiatan. c) Mencatat kehadiran ahli. d) Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan. e) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

17.6.4 Penolong Setiausaha a) Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya. b) Menjalankan

tugas

Setiausaha

sewaktu ketiadaan

Setiausaha. c) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

17.6.5 Bendahari a) Bertanggungjawab

berkenaan

semua

hal

kewangan

Kelab/Persatuan b) Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya. c) Menyediakan penyata

kira-kira

bulanan

dan tahunan serta

menandatanganinya. d) Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

e) Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung. f)

Menjalankan

tugas-tugas

lain yang diarahkan

oleh

Guru

Penasihat dari masa ke semasa.

17.6.6 Penolong Bendahari a) Menjalankan

tugas-tugas

Bendahari

tugas-tugas

lain

sewaktu

ketiadaan

Bendahari. b) Menjalankan

yang diarahkan oleh

Guru

Penasihat dari masa ke semasa.

17.6.7 Ahli Jawatankuasa a) Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. b) Mempengerusikan biro sekiranya dilantik. c) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa 17.6.8 Pemeriksa Kira-Kira

a) Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya. b) Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

17.7

KEWANGAN 17.7.1 Sumber utama kewangan persatuan/kelab adalah melalui

derma

yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung. 17.7.2 Persatuan/Kelab

juga

boleh

memperoleh

bersetuju

menyertai

kewangan melalui

aktiviti. 17.7.3 Ahli-ahli

yang

aktiviti

yang

memerlukan perbelanjaaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut. 17.7.4 Semua pungutan/penyimpanan

hendaklah

dimasukkan ke dalam

akaun sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua

17.8

KEHADIRAN/PENYERTAAN

17.8.1 Ahli persatuan/kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan/kelab sepanjang tahun.

17.8.2 Kegagalan dikehendaki

berbuat

demikian

menulis

surat

sebanyak tiga kali berturut-turut

tunjuk

markah kehadiran dalam penilaian

sebab.

Tindakan memotong

kokurikulum boleh diambil

sekiranya gagal berbuat demikian.

17.9 AKTIVITI 17.9.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau

mesyuarat ahli jawatankuasa. 17.9.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan

diumumkan kepada pengetahuan ahli.

17.10

PERATURAN-PERATURAN 17.10.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas. 17.10.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua

ahli. 17.10.3 Ahli-ahli

yang

melanggar

peraturan akan

dikenakan tindakan

tatatertib.

17.11

TINDAKAN DISIPLIN 17.11.1 Diambil

terhadap

ahli

yang

melanggar

perlembagaan

persatuan/kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. 17.11.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

a) Amaran lisan b) Amaran bertulis 17.11.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh

membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan/kelab bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

secara

17.12 PINDAAN PERLEMBAGAAN

17.12.1

Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga

ia dipinda.

17.12.2

Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli

jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

17.12.3

Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan

Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

17.12.4

Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dilampirkan

dan disahkan oleh Guru Besar.

17.13 PEMBUBARAN PERSATUAN

17.13.1

Pengetua

diberi kuasa untuk membubarkan

jika didapati melanggar

persatuan

perlembagaan dan Falsafah Pendidikan

Negara.

17.13.2

Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan

dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

17.14 HAL-HAL LAIN

17.14.1

Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap

aktiviti yang dijalankan.

17.14.2

Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti

dengan penuh minat.

Surat Pemohonan Penubuhan Kelab Atau Persatuan

Persatuan Kompang, Sekolah Kebangsaan Batu Pahat, Batu Pahat, Johor. No. Tel : 07-4599344

_____________________________________________________________________ Ruj kami : SKPT/09/01/01(1) Tarikh : 01 Januari 2017 Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Batu Pahat, Batu Pahat, Johor. Tuan , PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN KOMPANG Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya Ahmad Hizami Bin HAsbullah berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998,P.U. (A) 196, yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan Persatuan Kompang, Sekolah Kebangsaan Sri Sakti.. 2. Sehubungan itu ,bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut: 1.1 Draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan 1.2 Senarai AJK Persatuan Alumni Sekolah Kebangsaan Pantai Remis 1.3 Senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan kepada permohonan ini. Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu diucapkan terima kasih Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN” Saya yang menurut perintah, ……………………………………… (Ahmad Hizami Bin Hasbullah) Guru Penasihat, Persatuan Kompang, Sekolah Kebangsaan Sri Sakti.

Related Documents

Keje Sivik
June 2020 15
Keje Group
May 2020 18
Keje Group
June 2020 18
Keje Abah
April 2020 25

More Documents from "mohamad rafe"