KERTAS CADANGAN LAWATAN KERJAYA DAN PENGGALAKKAN SAINS DAN TEKNOLOGI KE KLCC DAN SHAH ALAM
Tarikh : 3 Februari 2007 (Sabtu) Destinasi: 1. KLCC 2. Shah Alam
Disediakan oleh: UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN TALIB, JALAN CHANGKAT JONG, 36000 TELUK INTAN, PERAK.
LAWATAN KERJAYA DAN PENGGALAKKAN SAINS DAN TEKNOLOGI KE KLCC DAN SHAH ALAM 1.0. PENGENALAN Kecemerlangan pendidikan bukan sahaja diperolehi dalam bilik darjah semata-mata tetapi ia boleh juga diperolehi dengan mengikuti program kegiatan luar bilik darjah seperti program lawatan sambil belajar. Lawatan sambil belajar dapat dimanfaatkan oleh murid-murid dengan melihat sendiri tempat-tempat yang telah dipelajari di sekolah. Murid-murid juga boleh membuat perbandingan tempat yang dilawati dengan apa yang telah dipelajarinya serta dapat menimba pengalaman untuk memperbaiki kelemahan yang sedia ada untuk mencapai kecemerlangan. Lawatan yang bertemakan kerjaya dan penggalakkan sains dan teknologi ini bertujuan menggalakkan pelajar berminat menceburi bidang kerjaya yang berkaitan sains dan teknologi.. Sehubungan dengan itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMART bercadang untuk menganjurkan Lawatan Kerjaya Dan Penggalakkan Sains Dan Teknologi ke KLCC dan Shan Alam. 2.0. MATLAMAT Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar tingkatan 5 dan KRK dengan kerjaya yang berkaitan dengan bidang sains dan teknologi seterusnya memupuk minat mereka dalam bidang tersebut. Ia turut menggalakkan mereka mendalami bidang tersebut seterusnya mencapai nisbah dasar kerajaan 60:40 di mana 60% pelajar mengambil jurusan sains manakala 40% pelajar mengambil jurusan sastera atau kemanusiaan. 3.0. OBJEKTIF 3.1. Memupuk minat pelajar dalam bidang sains dan teknologi 3.2. Pelajar dapat didedahkan dengan bidang kerjaya berkaitan sains dan teknologi. 3.3. Pelajar dapat berfikir secara kritis dan kreatif 3.4. Menanam minat pelajar untuk menjadi manusia inovatif dan produktif 4.0. SASARAN Pelajar Tingkatan 5 dan KRK. 5.0. JANGKAMASA Program ini dilaksanakan selama 1 hari iaitu pada 3 Februari 2007 6.0. KAEDAH PELAKSANAAN 6.1. Lawatan 6.2. Kuiz 6.3. Dialog
7.0. JAWATANKUASA PELAKSANA Penasihat
: En. Mohd Hashim Bin Ahmad (Pengetua SMART)
Pengerusi
:
Naib Pengerusi 1
:
Naib Pengerusi 2
:
Setiausaha
:
Penyelaras Program : En Roshaimmi Bin Mohamad (Guru Bimbingan & Kaunseling) Bendahari
:
8.0. KEWANGAN Anggaran Perbelanjaan Sewa Bas 1 hari Makan & Minum @ 40 orang x RM5.50 Tiket masuk tempat lawatan JUMLAH
RM RM RM 532.00* --------------RM ---------------
* Tiket masuk: Taman Cahaya Alam Petrosains
RM RM
9.0. TENTATIF PELAKSANAAN PROGRAM
TARIKH/HARI 3/2/2006 SABTU
10.0.
MASA
6.30 pagi 10.00 pagi 1.00 tgh 2.00ptg 3.00 ptg 6.00 ptg
AKTIVITI
-
-
Bertolak ke Shah Alam Tiba di Bukit Cahaya Alam Rehat/Makan Tengahari Solat Zohor di Masjid Shah Alam Melawat Petrosains, KLCC Bertolak pulang ke Teluk Intan
PENUTUP
Lawatan ini diharapkan dapat mencapai matlamat dan objektifnya seterusnya dapat menjadikan SMART sekolah bertaraf dunia sehingga dapat merealisasikan slogan Berilmu, Berakhlak dan Berwawasan. Ini semua dapat dicapai sekiranya dapat kerjasama dari semua pihak yang dengan ikhlas memberikan kerjasama. Insya Allah.