Kertas-kerja-lawatan-uss.docx

  • Uploaded by: Fariza Ezlin Zamri
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas-kerja-lawatan-uss.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,047
  • Pages: 7
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG 76300 SUNGAI UDANG MELAKA

KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE TARIKH : 28 MEI 2014 HARI : RABU TEMPAT LAWATAN: UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE DISEDIAKAN OLEH : EN. MOHD REDZUAN BIN SNUSI

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE Muqaddimah Konsep lawatan sambil belajar adalah salah satu kaedah pembelajaran dan pengajaran secara tidak langsung di mana ia mempunyai kesan yang tersendiri dan lebih berkesan. Murid-murid sekolah terutama di kawasan luar bandar perlu didedahkan dengan realiti dan dunia yang sebenar dengan membawa mereka ini melihat dengan mata mereka sendiri akan pembangunan negara kita yang kian pesat membangun. Program lawatan sambil belajar ini juga dapat menambah lagi pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan kepada murid-murid agar tidak menjadi seperti ‘katak di bawah tempurung’. Selain itu, ia juga mampu memberi impak semangat kepada murid-murid untuk mencapai kejayaan seiring dengan kejayaan yang dicapai oleh negara kita. Justeru itu, pihak kami telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program lawatan sambil belajar ini ke Universal Studis Singapore. Program ini juga diadakan untuk memberi peluang kepada murid-murid khas yang datang dari keluarga yang berpendapatan rendah dan miskin untuk turut sama merasai nikmat dan suasana lawatan ke tempat yang belum pernah mereka lawati. Semoga program yang sekecil ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT dan ia juga dapat memberi semangat kepada anak-anak ini untuk berjaya dalam kehidupan mereka pada masa akan datang.

Objektif    

Mendedahkan murid dengan perkembangan dan kemajuan negara yang semakin pesat membangun terutama Singapura. Menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat kepada murid agar lebih peka dengan kemajuan yang telah dikecapi oleh negara. Membantu golongan yang berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik untuk turut sama merasai program lawatan ini. Menyedarkan serta mendidik murid akan pentingnya mencapai kecemerlangan diri agar seiring dengan kemajuan negara.

Tarikh lawatan 28 Oktober 2014( Rabu)

Golongan Sasaran/Peserta Murid Tahun 5, 6 dan guru dan keluarga guru

Tempat-tempat lawatan Universal Studios Singapore

Ketua Lawatan En. Mohd Redzuan Bin Snusi

Pembantu Ketua Lawatan Pn. Norazlina Binti Che Deraman

Aturcara Lawatan 02.30 – 03.00 pagi

- Berkumpul di Dataran SKSU

03.30 pagi

- Perjalanan ke Singapura

06.00 pagi

- Berhenti Solat Subuh

07.00 pagi

- Sarapan pagi di RnR Gelang Patah

08.00 – 9.30 pagi

- Urusan Imigresen Singapura

10.00 pagi

-Dijangka tiba di Sentosa Island

10.30 pagi

- Lawatan di Universal Studios Singapore

01.00 – 2.00 petang

- Solat Zuhur dan Asar (Jamak Taqdim) dan Makan Tengahari

06.30 petang

- Perjalanan pulang ke SKSU

8.30 malam

-Berhenti rehat di RNR Machap, Johor untuk Makan

Malam & Solat Isyak dan Maghrib

(Jamak Takhir) 10.30 malam

-Dijangka tiba di SKSU

Anggaran Perbelanjaan

1. Pengangkutan

( 2 buah bas x RM 1200)

= RM 2400.00

2. Bayaran masuk tiket ke Universal Studios Singapore (RM 180 x 80 orang)

= RM 14400.00

JUMLAH PERBELANJAAN

= RM 16800.00

Sumber Pendapatan Kutipan Perindividu (RM 210X80)

= RM 16800.00

Penutup Semoga program ini akan menaikkan semangat dan motivasi murid-murid dan dapat memberikan pendedahan yang amat berguna kepada mereka. Kerjasama semua pihak untuk menjayakan program lawatan ini amatlah dihargai terutama pihak sekolah dan semua penyumbang ke arah kejayaan program ini. Semoga usaha kecil ini akan dapat keberkatan dan diredhai Allah SWT.

Disediakan oleh, …………………….. (MOHD REDZUAN BIN SNUSI) Guru Bimbingan SK Sg Udang, Melaka.

Disahkan oleh, …………………………. ( HJH NORYATI BINTI CHEMAN ) Guru Besar, SK Sg Udang, Melaka.

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG, SUNGAI UDANG POS, Kod Sekolah : MBA 2027 76300 MELAKA. Tel. : 06-3512164 Rujukan Kami : SKSUM.F.700-16/2/01 ( 7-14 ) Bertarikh : 28 Februari 2014 Ibu Bapa / Penjaga, Murid Tahun 5 dan 6, S.K. Sungai Udang, Melaka. Tuan/ Puan, Program Lawatan Sambil Belajar ke Universal Studios Singapore (USS). Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk: 2. Sukacita dimaklumkan bahawa unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Sungai Udang akan mengadakan program lawatan sambil belajar ke Universal Studios Singapore (USS), Singapura untuk murid tahun 5 dan 6 yang terpilih sahaja. 3.

Butiran lawatan adah seperti dibawah : Aktiviti Tarikh Masa Tempat Bayaran

: Lawatan Sambil Belajar : 28 Mei 2014 (Rabu) : 3.00 pagi hingga 10.30 malam. : Universal Studios Singapore (USS). : RM 210.00 (Pengangkutan, Tiket USS, “Meal Voucher-10 Dolar Singapore & Retail Voucher-5 Dolar Singapore”) Passport : Tambahan RM10 dikenakan bagi tujuan Passport berkumpulan yang akan diuruskan oleh ajk lawatan sekiranya murid tidak mempunyai Passport. Tentatif lawatan : Lihat lampiran 1 di belakang. 4. Justeru itu anak-anak tuan/puan boleh mendaftar kepada Encik Mohd Redzuan Snusi (0133301608) berserta dengan bayaran untuk tujuan tersebut.Bayaran boleh dibuat sebanyak 3kali bayaran. (Cadangan bayaran mengikut bulan : Mac-RM100, April-RM60, MeiRM50). 5. Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan di dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah, …………………………………… (HJH. NORYATI BTE CHEMAN) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sungai Udang.

PENGAKUAN KEBENARAN IBUBAPA / PENJAGA

1.

Saya

No. K/P :

ibu bapa / penjaga kepada

(Tahun) __________

MEMBENARKAN anak jagaan saya untuk menyertai PROGRAM LAWATAN SAMBIL

BELAJAR DI UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE (USS), SINGAPURA yang akan diadakan pada 28 MEI 2014 (Rabu).

2.

Saya sedar bahawa pihak sekolah telah pun mengambil langkah keselamatan. Walaupun

demikian, saya mengaku tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang atau mahkamah terhadap pihak pengelola / wakil mereka berkaitan apa-apa kemalangan, kematian, kecacatan anggota atau kehilangan anggota dan sebarang kecederaan lain terhadap anak jagaan saya yang berlaku samada dalam perjalanan pergi dan balik serta sepanjang aktiviti ini dijalankan.

3.

Dengan ini saya juga memberi kebenaran kepada pihak pengelola aktiviti atau wakilnya

memberi apa-apa rawatan atau pertolongan perubatan kepada anak jagaan saya jika didapati perlu oleh pihak berkenaan.

Tandatangan ibu bapa / penjaga : No. Kad Pengenalan (Anak)

:

Alamat rumah

:

No. Telefon (R)

:

No. Telefon (HP)

:

Tarikh

:

LAMPIRAN 1.

Aturcara Lawatan 02.30 – 03.00 pagi

- Berkumpul di Dataran SKSU

03.30 pagi

- Perjalanan ke Singapura

06.00 pagi

- Berhenti Solat Subuh

07.00 pagi

- Sarapan pagi di RnR Gelang Patah

08.00 – 9.30 pagi

- Urusan Imigresen Singapura

10.00 pagi

-Dijangka tiba di Sentosa Island

10.30 pagi

- Lawatan di Universal Studios Singapore

01.00 – 2.00 petang

- Solat Zuhur dan Asar (Jamak Taqdim) dan Makan Tengahari di dalam kawasan USS

06.30 petang

- Perjalanan pulang ke SKSU

8.30 malam

-Berhenti rehat di RNR Machap, Johor untuk Makan

Malam & Solat Isyak dan Maghrib

(Jamak Takhir) 10.30 malam

-Dijangka tiba di SKSU

More Documents from "Fariza Ezlin Zamri"

Bi Thn 1 Rpt 2019.docx
December 2019 31
Quell - Aoi Mizu.docx
December 2019 25
Tabel Gizi.docx
December 2019 34
Lapkas Volvulus Fariza.docx
December 2019 32
10. Lampiran 3.docx
November 2019 29