Kertas Cadangan Lawatan Sains

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Cadangan Lawatan Sains as PDF for free.

More details

  • Words: 533
  • Pages: 4
KERTAS CADANGAN LAWATAN SAINS & TEKNOLOGI KE KUALA LUMPUR

Tarikh : 8 hingga 9 Jun 2002 (Sabtu & Ahad) Destinasi: 1. Planetarium Negara, Kuala Lumpur 2. Taman Botani, Putrajaya 3. Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur 4. Petrosains, KLCC

Disediakan oleh:

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK. BATU EMPAT, TELUK INTAN

LAWATAN SAINS & TEKNOLOGI KE KUALA LUMPUR 1.0. PENGENALAN Kecemerlangan pendidikan bukan sahaja diperolehi dalam bilik darjah semata-mata tetapi ianya boleh juga didapati dengan kegiatan luar bilik darjah seperti membuat tinjauan alam atau lawatan sambil belajar. Lawatan sambil belajar dapat dimanfaatkan oleh murid-murid dengan melihat sendiri tempat-tempat yang telah dipelajari dalam buku di sekolah. Murid-murid juga boleh membuat perbandingan tempat yang dilawati dengan apa yang telah dipelajarinya atau dapat di ambil pengalaman untuk memperbaiki kelemahan yang ada untuk menuju kecemerlangan. Lawatan yang bertemakan sains dan teknologi ini bertujuan juga sebagai penggalakan pelajar dalam bidang tersebut. Dengan itu, pihak Pengurusan Asrama SMAT dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMAT bercadang untuk menganjurkan Lawatan Sains & Teknologi ke Kuala Lumpur. 2.0. MATLAMAT Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar asrama SMAT dengan bidang sains dan teknologi untuk memupuk minat mereka dalam bidang tersebut serta menggalakkan mereka mendalami bidang tersebut seterusnya mencapai dasar kerajaan 60:40. 3.0. OBJEKTIF 3.1. Memupuk minat pelajar dalam bidang sains dan teknologi 3.2. Pelajar dapat melihat sendiri fenomena alam 3.3. Pelajar dapat berfikir secara kritis dan kreatif 3.4. Menanam minat untuk menjadi manusia inovatif dan produktif 4.0. SASARAN Pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 yang tinggal di asrama SMAT. 5.0. JANGKAMASA Program ini dilaksanakan selama 2 hari iaitu bermula 8hb. Jun 2002 hingga 9hb. Jun 2002. 6.0. KAEDAH PELAKSANAAN 6.1. Lawatan 6.2. Kuiz 6.3. Dialog

7.0. JAWATANKUASA PELAKSANA Penasihat

: En. Pakhrurrazi B. Hj. Arshad (Pengetua SMAT)

Pengerusi

: En. Mohamad. Ramli B. Mokiat (Guru Kanan HEM)

Naib Pengerusi 1

: Tn. Hj. Elias B. Abd. Hamid (Guru Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2

: En. Mohd. Mudasir B. Yunos (Guru Kanan Ko-Kurikulum)

Setiausaha

: Encik Ahmad Puad Bin Esa (Guru Bimbingan & Kaunseling)

Penyelaras Program : En Roshaimmi Bin Mohamad (Guru Bimbingan & Kaunseling) Bendahari

: Cik Mardina Bt. Muhayidin (Warden Asrama)

8.0. KEWANGAN Anggaran Perbelanjaan Sewa Bas 2 hari Makan & Minum @ 40 orang x RM5.50 x 2 hari Penginapan @ 40orang x RM7 Tiket masuk tempat lawatan RM13.30 x 40 JUMLAH

RM1200.00 RM 440.00 RM 280.00 RM 532.00* --------------RM2452.00

--------------* Tiket masuk: Taman Botani Putrajaya Planetarium Negara Pusat Sains Negara Petrosains

RM2.00 RM2.00 RM3.00 RM6.30

9.0. TENTATIF PELAKSANAAN PROGRAM

TARIKH/HARI

MASA

AKTIVITI

8/6/2002 SABTU

6.30 pagi 9.30 pagi 11.30 tgh 1.00 tgh 2.00ptg 2.45 ptg 5.30ptg

-

Bertolak ke K. Lumpur Tiba di Planetarium Negara Melawat Pusat Sains Negara Rehat/Makan Tengahari Solat Zohor di Masjid Putrajaya Melawat Taman Botani ,Putrajaya Bertolak ke PPK (Penginapan)

9/6/2002 AHAD

9.00 pagi 11.30 pagi 1.00 tengahari 3.00 petang

-

Melawat Petrosains, KLCC Melawat Pasar Budaya, Balai Seni Lukis Negara Makan Tengahari dan Solat di Masjid Negara Bertolak pulang ke Teluk Intan

10.0.

PENUTUP

Lawatan ini diharapkan dapat mencapai matlamat dan objektifnya seterusnya dapat menjadikan SMAT sekolah bertaraf dunia sehingga dapat merealisasikan slogan Berilmu, Berakhlak dan Berwawasan. Ini semua dapat dicapai sekiranya dapat kerjasama dari semua pihak yang dengan ikhlas memberikan kerjasama. Insya Allah.

Related Documents