Kertas Cadangan Lawatan 2017.docx

  • Uploaded by: Brandon Law
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Cadangan Lawatan 2017.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 616
  • Pages: 5
KERTAS CADANGAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUCHING

Tarikh : 05/10/2017 ~ 06/10/2017

Anjuran : SJK(C) CHUNG HUA ENGKILILI

1.0 PENGENALAN Perkembangan minda seseorang berkait rapat dengan percambahan pengetahuan sama ada yang diperolehi secara formal atau tidak formal. Jauh perjalanan menjadikan pengetahuan pelajar luas dan berkembang. Lawatan akademik merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran bagi memberikan pendedahan kepada para murid tentang dunia yang sebenar. Justeru, pihak sekolah akan mengadakan satu program lawatan sambal belajar bagi melengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah rendah.

2.0 MATLAMAT Menerusi lawatan ini, kami berharap dapat melahirkan para pelajar yang cemerlang dari pelbagai aspek terutamanya: a) Menghayati dan mengamailkan nilai-nilai murni, sikap positif dan perasaan cinta akan negara; b) Menyedari kepentingan memelihara alam sekitar yang berhubung rapat dengan kehidupan manusia; c) Menanam minat kendiri murid dalam saons social untuk kerjaya pada masa depan; d) Menghayati bahawa ketahanan fizikal diperlukan untuk menghadapicabaran hidup; e) Memupuk semangat patrotisme dan maju diri; f) Mempamerkan displin, adab dan akhlak yang baik dalam kehidupan seharian. 3.0 OBJEKTIF a) Membolehkan murid mempelajari konteks sebenar yang berhubung kait dengan pengalaman dan kehidupan seharian, kehidupan bermasyarakat, pekerjaan serta kebudayaan; b) Menjalankan strategi pembelajaran berasaskan projek untuk mengembangkan intelek, rohani, social dan jasmani murid secara menyeluruh dan seimbang; c) Memperkembangkan kuasa pemerhatian pelajar serta memahami isi pelajaran yang dirancang dengan lebih dekat dan mendalam; d) Memberi pendidikan bercorak lawatan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar;

e) Menanam minat terhadap keindahan alam sekitar yang dapat membawa kemajuan dan kemakmuran kepada nusa dan bangsa f) Mengagumi kurniaan Tuhan yang mewarnai hidup kita. 4.0 SASARAN Murid Tahun 6 seramai 41 orang serta 7 orang guru pengiring. 5.0 TARIKH PROGRAM 05/10/2017(Khamis) ~ 06/10/2017 (Jumaat) 6.0 TEMPAT Kuching, Sarawak. 7.0 TENTATIF PROGRAM HARI DAN

AKTIVITI

MASA 05/10/2017 (Khamis) 05.45 a.m.

Berkumpul di SJKC Chung Hua Engkilili

06.00 a.m.

Bertolak ke Kuching

07.30 a.m.

Sarapan di Lachau

10.30 a.m.

Melawat ke Jong Crocodile Farm

12.00 noon

Makan Tengah Hari

01.00 p.m.

Melawat ke VH Green Nature Park Kuching

02.30 p.m.

Melawat ke Kampung Budaya Sarawak

04.00 p.m.

Daftar masuk ke Kem Permai

04.30 p.m.

Aktiviti kumpulan

07.00 p.m.

Makan Malam

08.30 p.m.

Aktiviti kumpulan

10.00 p.m.

Berehat

06/10/2017 (Jumaat) 07.00 a.m.

Sarapan Pagi

08.00 a.m.

Aktiviti Membina Semangat Pasukan

11.00 a.m.

Bertolak ke Bandaraya Kuching

12.30 p.m.

Makan Tengah Hari

02.30 p.m.

Melawat ke The Borneo House Museum

03.30 p.m

Balik ke Engkilili

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA 1. Sewaan Bas Engkilili-Kuching-Engkilili 2. Penginapan (RM 290 x 8 bilik x 1 malam) 3. Makan (RM 25 x 2 hari x 48 Orang) 4. Insurans (RM15 x 48 Orang) 5. Tiket Masuk (RM30 x 48 orang) 6. Cenderamata dan lain-lain

JUMLAH (RM) 2,800.00 2,320.00 2,400.00 720.00 1,440.00 200.00 JUMLAH

9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM Pengerusi

: En. Voon Yik Kuan (Guru Besar)

Naib Pengerusi

: Pn. Hii Hiee Ing (PK1)

Setiausaha

: En. Jee Jit Khian (PKKK)

Bendahari

: Pn. Boon Oi Jew (Guru Kelas 6K)

Juru Audit

: Pn. Lee Then Hiong (PK Hem)

Ketua Rombongan

: Law Nge Siang (Guru Kelas 6M)

Pengangkutan

: Pn. Lee Nyuk Moi

Makanan

: Pn. Lau Lie Hie, Pn. Jap Chuo Cing

Penginapan

: Cik Lo Chuk Moi

Aktiviti

: Cik. Kiew Pai Hui, En. Kung Chiew Ping

9,880.00

10.0 PENUTUP Besarlah harapan sekolah agar lawatan ini dapat melahirkan golongan murid sekolah sentiasa sedar akan kepentingan memelihara alam sekitar demi kesejahteraan hidup. Selain itu, sikap berusaha gigih untuk memajukan diri dapat diupuk dalam hati warga sekolah melalui lawatan ini. Akhirnya, para pelajar berwawasan untuk menyumbangkan tenaga dan ilmu mereka kea rah pembangunan negara.

Disediakan Oleh,

Disokong Oleh,

Dilulukan Oleh,

…………………………………… (Law Nge Siang) Guru Kelas 6M,

………………………………… (Jee Jit Khian) PKKK

…………………………………… (Voon Yik Kuan) Guru Besar

Related Documents


More Documents from ""