Kertas Cadangan Lawatan Ke Kedah

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Cadangan Lawatan Ke Kedah as PDF for free.

More details

  • Words: 1,735
  • Pages: 9
KERTAS CADANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Tarikh : 22 hingga 24 April 2005 Hari : Jumaat-Ahad Destinasi: 1. Asrama SM. Syed Omar, Alor Setar 2. Universiti Utara Malaysia, Sintok 3. Wisma Darul Aman, Alor Setar 4. Bukit Kayu Hitam 5. SMK. Sultan Abdul Halim, Jitra

Disediakan oleh:

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK. ABDUL RAHMAN TALIB, TELUK INTAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE NEGERI KEDAH DARUL AMAN 1.0.

PENGENALAN

Kecemerlangan pendidikan bukan sahaja diperolehi dalam bilik darjah semata-mata tetapi ianya boleh juga didapati dengan kegiatan luar bilik darjah seperti membuat tinjauan alam atau lawatan sambil belajar. Lawatan sambil belajar dapat dimanfaatkan oleh murid-murid dengan melihat sendiri tempat-tempat yang telah dipelajari dalam buku di sekolah. Murid-murid juga boleh membuat perbandingan tempat yang dilawati dengan apa yang telah dipelajarinya atau dapat di ambil pengalaman untuk memperbaiki kelemahan yang ada untuk menuju kecemerlangan. Dengan itu, pihak Pengurusan Asrama SMART dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMART bercadang untuk menganjurkan Lawatan Sambil Belajar ke Negeri Kedah Darul Aman dengan destinasi utamanya Asrama Sekolah Menengah Syed Omar, Alor Setar. Asrama tersebut pernah dinobatkan sebagai antara asrama sekolah yang terbaik di negara kita. Murid-murid juga akan dibawa melawat ke salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Negeri Kedah iaitu Universiti Utara Malaysia bagi mendedahkan pelajar suasana pembelajaran di kampus agar menjadi perangsang kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi. 2.0.

MATLAMAT

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar dengan suasana pembelajaran yang kondusif di asrama yang terbaik dan seterusnya menimba pengalaman untuk dipraktikkan di sekolah sendiri. 3.0.

OBJEKTIF 3.1. Murid-murid dapat mempelajari pengalaman untuk mengindahkan persekitaran tempat tinggal (asrama), 3.2. Murid-murid dapat membuat perbandingan untuk memperbaiki kelemahan yang sedia ada; 3.3. Murid-murid dapat merasakan suasana pembelajaran di tempat yang kondusif dan terapeutik; 3.4. Murid-murid dapat pendedahan tentang suasana pembelajaran di IPT.

4.0.

SASARAN

Majlis Perwakilan Pelajar Asrama dan Ketua-ketua Kamar Aspura & Aspuri seramai 40 orang. 5.0.

JANGKAMASA

Program ini dilaksanakan selama 3 hari iaitu bermula 22hb. April 2005 hingga 24hb. April 2005.

6.0.

KAEDAH PELAKSANAAN 6.1. 6.2.

Lawatan Dialog

7.0. JAWATANKUASA INDUK Penasihat

: Tn. Hj. Mat Noh Bin Supaat (Pengetua SMART)

Pengerusi

: Pn. Samsiah Bt Raji (P.K HEM)

Naib Pengerusi 1

: En. Mohd. Radzi Bin Ismail (Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2

: En. Amin Zaki Bin Mohd. Yusuf (Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

Penyelaras Program : En Roshaimmi Bin Mohamad (Guru Bimbingan & Kaunseling) Encik Ahmad Puad Bin Esa (Guru Bimbingan & Kaunseling) Setiausaha

: Encik Zainal Abidin Bin Abu Yamin (Ketua Warden Asrama SMART)

Bendahari

: En. Abdul Aziz Bin Ahmad

AJK-AJK En. Zaaimuddin Bin Hussain En. Azmi Bin Haron En. Norizal Bin Fatahum En. Khairul Azman Bin Mahayuddin 8.0.

KEWANGAN

Anggaran Pendapatan Pengurusan Asrama Yuran Peserta @ RM12 x 40 JUMLAH

RM2800.00 RM 480.00 -------------RM3280.00 --------------

Anggaran Perbelanjaan Sewa Bas Makan & Minum @ 44 orang x RM12 x 2 hari Penginapan @ 44 orang x RM5 Cenderamata Perbelanjaan Runcit JUMLAH

9.0.

RM1600.00 RM1056.00 RM 220.00 RM200.00 RM 204.00 --------------RM3280.00 ---------------

TENTATIF PELAKSANAAN PROGRAM

TARIKH/HARI

MASA

AKTIVITI

22/3/2005 JUMAAT

9.30 pagi 1.30tgh 3.30ptg 6.00ptg

Bertolak dari SMK. Abd. Rahman Talib, Teluk Intan Tiba di Alor Setar Lawatan ke Asrama SMK. Dato’ Syed Omar, Alor Setar Bertolak ke penginapan di SM. Sultan Abdul Halim, Jitra

23/3/2005 SABTU

8.00 pagi 12.00tgh 3.00 petang 6.00 petang 9.00 malam

Lawatan ke Universiti Utara Malaysia, Sintok Melawat Gua Kelam, Perlis. Bersiar di Bukit Kayu Hitam Balik ke penginapan di SM. Sultan Abdul Halim, Jitra Majlis Dialog dengan MPPA SMSAH.

24/3/2005 AHAD

8.00 pagi 11.30 pagi 3.00 petang 9.00 malam

Lawatan ke Wisma Darul Aman Bersiar di Pekan Rabu, Alor Setar Bertolak pulang ke Teluk Intan Tiba di SMART

10.0. PENUTUP Lawatan ini diharapkan dapat mencapai matlamat dan objektifnya seterusnya dapat menjadikan SMART sekolah Harapan Negara dan Menajdikan Asrama SMART sebagai Asrama BITARA menjelang 2006. Ini semua dapat dicapai sekiranya dapat kerjasama dari semua pihak yang dengan ikhlas memberikan kerjasama. Insya Allah.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN TALIB JALAN CHANGKAT JONG 36000 TELUK INTAN PERAK TEL : 05-6216070 FAX: 05-6216070

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------“PERAK GEMILANG” Ruj.Kami :SMART.UBK.02/02/2.2 (02)

Tarikh

: 04 April 2005

Pegawai Perhubungan Awam, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah Darul Aman (U.P : Cik Suraya Bt. Deraman) Tuan, LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM Berhubung dengan perkara di atas, pelajar-pelajar sekolah kami akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Kedah Darul Aman. Salah satu destinasi lawatan kami ialah ke IPTA iaitu Universiti Utara Malaysia. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar kami tentang kursus-kursus yang ditawarkan di UUM serta suasana pembelajaran di kampus. 2.

Butir-butir lawatan adalah seperti berikut: 2.1. Tarikh/Masa : 23hb. April 2005/ 9.00pagi – 11.30pagi 2.2. Bilangan pelajar : 40 orang 2.3. Bilangan guru pengiring : 4 orang

3. Kami berharap agar pihak tuan dapat menjelaskan kepada pelajar-pelajar kami mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh institusi tuan beserta dengan syarat kemasukan ke kursus-kursus berkenaan. 4. Pihak kami sangat berharap agar pihak tuan dapat menerima lawatan kami tersebut demi menambah pengetahuan pelajar berkaitan peluang melanjutkan pelajaran selepas selesai pendidikan menengah mereka kelak. Untuk itu, sebarang maklumat yang pihak tuan ingin sampaikan bolehlah menghubungi pegawai kami Encik Roshaimmi Bin Mohamad (0125563257). 5.

Perhatian dari pihak tuan, kami dahului dengan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah,

…………………………………........

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN TALIB JALAN CHANGKAT JONG 36000 TELUK INTAN PERAK TEL : 05-6216070 FAX: 05-6216070

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------“PERAK GEMILANG” Ruj.Kami : SMART.UBK.02/02/2.3 (02)

Tarikh

: 04 April 2005

Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Omar, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tuan, LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ASRAMA SEKOLAH Berhubung dengan perkara di atas, pelajar-pelajar sekolah kami akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Kedah Darul Aman. Salah satu destinasi lawatan kami ialah ke Asrama SMK Dato’ Syed Omar. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar kami mengenai kebersihan, keindahan dan keceriaan asrama sekolah serta berkongsi pengalaman dengan pihak tuan dalam pengurusan dan pentadbiran asrama sekolah tuan. 2.

Butir-butir lawatan adalah seperti berikut: 2.1. Tarikh/Masa : 22hb. April 2005/ 3.30petang- 5.30petang 2.2. Bilangan pelajar : 40 orang 2.3. Bilangan guru pengiring : 4 orang

3. Pihak kami sangat berharap agar pihak tuan dapat menerima lawatan kami tersebut demi menambah pengetahuan dan menimba pengalaman sabagai usaha kami untuk memperbaiki kekurangan dan mempertingkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran asrama sekolah kami. 4.

Perhatian dari pihak tuan, kami dahului dengan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah,

…………………………………......

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN TALIB JALAN CHANGKAT JONG 36000 TELUK INTAN PERAK TEL : 05-6216070 FAX: 05-6216070

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------“PERAK GEMILANG” Ruj.Kami : SMART.UBK.02/02/2.3 (02)

Tarikh

: 04 April 2005

Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Pentadbiran), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman Tuan, LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE WISMA DARUL AMAN Berhubung dengan perkara di atas, pelajar-pelajar sekolah kami akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Kedah Darul Aman. Salah satu destinasi lawatan kami ialah ke Wisma Darul Aman. Tujuan lawatan ini adalah mendedahkan kepada pelajar kami tempat berlangsungnya sidang dewan rakyat dan mengenali dengan lebih dekat lagi struktur jentera pentadbiran Negeri Kedah Darul Aman. 2.

Butir-butir lawatan adalah seperti berikut: 2.1. Tarikh/Masa : 24hb. April 2005/ 8.45 pagi – 11.30 tgh 2.2. Bilangan pelajar : 40 orang 2.3. Bilangan guru pengiring : 4 orang

3. Pihak kami sangat berharap agar pihak tuan dapat menerima lawatan kami tersebut demi menambah pengetahuan pelajar-pelajar kami . 4.

Perhatian dari pihak tuan, kami dahului dengan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah,

…………………………………...

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN TALIB JALAN CHANGKAT JONG 36000 TELUK INTAN PERAK TEL : 05-6216070 FAX: 05-6216070

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------“PERAK GEMILANG” Ruj.Kami : SMART.UBK.02/02/2.3 (02)

Tarikh

: 04 April 2005

Pengetua, Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, 06009 Jitra, Kedah Darul Aman. Tuan, PERMOHONAN PENGINAPAN DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ASRAMA SEKOLAH Berhubung dengan perkara di atas, pelajar-pelajar sekolah kami akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Kedah Darul Aman. Salah satu destinasi lawatan kami ialah ke Asrama SM Sultan Abdul Halim, Jitra. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar kami mengenai kebersihan, keindahan dan keceriaan asrama sekolah serta berkongsi pengalaman dengan pihak tuan dalam pengurusan dan pentadbiran asrama sekolah tuan. 2.

Butir-butir lawatan adalah seperti berikut: 2.1. Tarikh/Masa : 22hb. April 2005/ 6.00 petang 2.2. Bilangan pelajar : 40 orang 2.3. Bilangan guru pengiring : 4 orang

3. Kami memohon jasa baik dari pihak tuan untuk menyediakan penginapan untuk peserta kami seperti bilangan di atas pada 22 April dan 23 April 2005. 4. Dalam program lawatan tersebut kami ingin mengadakan majlis dialog antara peserta kami yang terdiri dari MPPA dan Exco asrama dengan MPPA sekolah tuan pada jam 9.00 malam 23 April 2005. 5. Pihak kami sangat berharap agar pihak tuan dapat menerima lawatan kami tersebut demi menambah pengetahuan dan menimba pengalaman sabagai usaha kami untuk memperbaiki kekurangan dan mempertingkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran asrama sekolah kami. 6.

Perhatian dari pihak tuan, kami dahului dengan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah,

………………………….....

R.1

UNDANG-UNDANG LAWATAN SEKOLAH 1957 1. 2. 3. 4.

Nama Nama Nama Nama

Sekolah Pengetua Sekolah Guru yang Mengetuai Guru-guru Pembantu

5. Tujuan Lawatan 6. Jenis Kenderaan 7. Tempat-tempat lawatan

: SMK. ABDUL RAHMAN TALIB, 36000 TELUK INTAN : TN. HJ. MAT NOH BIN SUPAAT : EN. ZAINAL ABIDIN BIN ABU YAMIN : a. EN. ROSHAIMMI BIN MOHAMAD b. EN. AHMAD PUAD BIN ESA c. PN. ZUNAIRAH BT. ZAKARIA : LAWATAN SAMBIL BELAJAR : BAS SEKOLAH : SMK. SYED OMAR, WISMA DARUL AMAN, UUM SINTOK, BUKIT KAYU HITAM.

Nama Tempat /Masa SMK. Dato’ Syed Omar, Alor Setar SM. Sultan Abd. Halim, Jitra. UUM Sintok Bukit Kayu Hitam Wisma Darul Aman

Tarikh Dari/Hingga 22 22 23 23 24

April April April April April

2005/9.00 pagi-2.00ptg 2005/ 6.00ptg 2005/8.30 pagi-11.30pg 2005/3.00ptg- 5.30ptg 2005/8.30pg – 12.00tgh

Nama dan Alamat Tempat Bermalam SMK. Sultan Abd. Halim Alor Setar

8. Nama dan Alamat Guru yang dibenarkan memungut dan menggunakan wang: Nama Guru : EN. ZAINAL ABIDIN BIN ABU YAMIN No. Kad Pengenalan : 630108-08-6077 Umur : 42 Alamat : Asrama SMK. Abdul Rahman Talib, Teluk Intan, Perak. 9. Sumber Kewangan Kutipan dari murid seramai 40 orang Setiap seorang murid sebanyak RM12.00 x 40 Pengurusan Asrama Kutipan dari guru : -

= RM480.00 RM2800.00

Anggaran Perbelanjaan Sewa bas selama 3 hari 2 malam Lain-lain (Makan,minum, penginapan) 10. Kenderaan yang digunakan : a. Bas No. : WCR 3604

Tarikh: 04 April 2005

= RM1600.00 = RM1680.00 b. Bas No. : AEN 7666

Related Documents